Admin

Sunday, September 6, 2009

Generasi Al-Fateh

Salam Ramadhan Kareem,


Satu kemenangan kepada UQ hari ini kerana berjaya menghabiskan bacaan Novel Sejarah Islam karangan Pak Latip (Abdul Latif Talib). Kisah sejarah Islam yang diolah dalam bentuk penceritaan novel ini sangat menarik. Sebelum ni UQ sendiri pernah baca buku sirah yang lain, tapi agak bosan dan kesudahannya tak masuk dalam pemikiran pun sirahnya. Tapi novel yang ini sememangnya lain dari yang lain, sehingga membuatkan UQ terpanggil untuk menghabiskan segera pembacaan. Pernah juga UQ baca buku ini sewaktu menonton cereka di televisyen, tapi lazatnya pembacaan buku seperti ini melebihi kelazatan menonoton, wah, hebat kan?

Dalam sedar dan tidak sedar, dah separuh buku UQ baca, telek punya telek, sampai ke muka teakhir. Sampai dalam bas nak gi kuliah pun UQ tela’ah, mengalahkan hafal Quran. UQ mahu setiap sejarah yang ada dalam cerita itu, UQ hafal supaya kelak UQ ingat asal usul Islam, dan bagaimana susah payahnya kebangkitan Islam Dunia. Sultan Muhammad sangat bijak dan berketahanan tinggi. Kuat dalam beribadah dan sangat bersabar dengan segala kerenah manusia sekelilingnya, dengan tindakan yang sangat bijaksana dalam melaksanakan pemerintahan walaupun dalam usia 19 tahun, baginda mampu memimpin sebuah negara Islam dengan hebat.

Banyak pengajaran yang UQ nak kongsi dengan semua bahawa hidup ini bukan semudah dan seindah yang diimpi, banyak liku dan cabarannya. Dunia ini bulat dan bengkok, tapi dek kerana kelurusan diri kita membuatkan kita tersasar dari orbitnya.

‘Kota Konstantinopel hanya jatuh ke tangan seorang ketua yang baik , tentera yang baik dan rakyat yang baik’. (hadith)

Kita boleh lihat dan rasa sendiri bila kita baca buku ni, Sultan Murad iaitu ayahanda Sultan Muhammad al-Fateh sangat percaya bahawa hadith yang dinyatakan Rasulullah s.a.w ini akan berlaku pada zaman anaknya itu, dan setelah itu anaknya juga percaya bahawa dialah sultan yang bakal merealisasikan hadith nabi itu. Apabila kita yakin bahawa sesuatu itu bakal kita kecapi, apakah kita sudah tidak mahu berusaha? UQ cuba bawakan cara tersebut dalam konteks hari ini, bila mana kita tahu bahawa Allah pasti memberi pada yang meminta padaNya, tapi adakah kita sekadar memohon? Tidak pula adanya usaha dan setelah itu tawakal tu’alallah? Kita hari ni, sangat jauh panggang dari apa dengan ciri-ciri yang ada pada Sultan Muhammad al-fateh. Kita mudah putus asa dengan ujian Allah, mudah menyalahkan taqdir sekiranya apa yang dihajati tidak kita kecapi. Cuba kita pandang setiap yang berlaku pada diri kita sebagai satu benda yang pasti berlaku, tentunya kita redha dan menerimanya dengan tenang bukan?

Dalam konteks berdakwah pula, kita boleh ambil pengajaran dan pembelajaran dari kisah sirah Sultan Muhammad al-Fateh yang sangat bijak dalam menyebarkan dakwah Islamiyah. Menyusuri bagaimana dakwah Sultan Muhammad berjalan dalam giatnya kerja menakluk snagat memberi kesan kepada UQ. Kelembutan yang bertempat dipaparkan dalam watak Sultan Muhammad sangat membuka hati-hati mereka yang dahagakan agama yang indah dan tiada kezaliman seperti Islam. Rakyat yang bukan Islam pasti tertarik dengan pemerintahan cara Islam, dan cara Sultan Muhammad berkomunikasi. Ketika mana Zaqhanus, paderi terbesar di konstantinopel yang diperintahkan oleh maharaja konstantinopel supaya memalukan Sultan Muhammad dengan menguji kesahihan hadith satu hadith nabi s.a.w. Bila mana hadith itu terbukit, maka Zaqhanus sendiri tanpa paksaan, mengucapkan syahadah serta merta, beliau adalah Islam.

Banyak lagi pengajaran yang boleh diambil dari kisah ini, kisah kehebatan Sultan Muhammad yang mana Rasulullah maksudkan pemimpin yang baik yang menakluk konstantinopel. Subhanallah. Malaysia juga bakal jadi seperti Istanbul sekiranya ada pemimpin yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik, tapi buat masa ini, semua itu belum Malaysia kecapi. Muga kelak Allah mengurniakan seorang pemimpin Malaysia yang baik, memimpin tenteranya dengan baik dan mendidik rakyatnya menjadi baik. Setelah itu barulah Malaysia setanding dengan Istanbul.

Bukan novel ini sahaja yang ditulis oleh Pak Latip, banyak lagi tokoh Islam terpenting yang kita lupa sejarah mereka. Antaranya seperti berikut, ini pun sebahagian sahaja, ada banyak lagi sebenarnya. Harganya kalau tak silap UQ RM 24 sahaja. Segeralah dapatkannya di pasaran ye..



Wasalam wbt.

2 comments:

  1. InsyaAllah...

    Syukran kerna memberi gambaran dan membuka mata saya juga untuk mendapatkannya dan terpanggil membacanya, tq atas promotion!

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, Afwan... teruskan istiqamah dalam pembacaan!

    ReplyDelete