Kad Undangan Mr Duka?

by - September 08, 2009




Assalamualaikum wbt.

Salam Ramadhan kareem kembali kepada pengunjung yang saya sanjungi, saya tepanggil untuk membuat penulisan lagi mengenai epilog hidup dan hakikat penghidupan, sekadar penulisan lemah dari insan hina sebagai santapan kerohanian di 10 kedua ramadhan ini. Juga sebagai pengingat kepada hati yang sentiasa ditusuk nafsu.

Kad Undangan MR DUKA

hidup bukan sekadar suka, tetapi harus ada duka, kerana kedukaan itu memanggil kita untuk kembali berfikir mengapa kedukaan yang tidak pernah diberi kad jemputan untuk hadir itu tetap berdegil untuk muncul pada saat hati sedang bersukacita. Ketahuilah bahawa Allah sangat menyayangi kita, bila mana kita gembira, Dia tidak ingin kita terlalu gembira, lalu Dia titipkan duka agar kita sentiasa ingat padaNya walaupun Dia tidak rugi apa-apa sekalipun kita lupa padaNya, malah kitalah yang akan menanggung kerugian seumur hidup selagimana kita tidak kembali ke jalanNya... MasyaAllah tabarakallah.

Seringkali bila mana MR Duka muncul, kita tertanya-tanya mengapa aku diuji? Mengapa aku diuji seberat ini? mengapa aku tak dapat apa yang aku idamkan-idamkan? apa yang aku dapat dari semua ini? malah ada yang bertanya kepada siapa harus aku berharap? dan akhirnya muncul persoalan bahawa aku tidak dapat bertahan lagi....

Bagi Yang Mau Berfikir...

Hanya untuk bergumbira sahajakah kita dijadikan? hanya untuk menikmati dunia sahajakah kita dihidupkan? hanya untuk berfoya-foya sahajakah kita dikandungkan dirahim bonda, ketika mana bonda susah payah melahir dan membesarkan kita, sekadar ini sahajakah kekuatan kita untuk meneruskan kehidupan? - lebih baik pergi mati kalau sekadar ini sahaja yang kita mampu. Ingatlah, bahawa Allah tidak menjadikan setiap dari kita ini sia-sia, sudah pasti ada asbabnya and have its function. saya keluarkan kata-kata, no body is nothing, all is for a reasons. lillahi ta'ala, pastinya kita tak akan tergelincir dari jalanNya.

segala persoalan yang diutarakan diatas pastinya ada jawapan, dan setiap jawapannya telah Allah persiapkan in detail in Quran NulKareem.

Menjawab setiap persoalan


mengapa aku diuji?

'
Apakah manusia mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "kami telah beriman", sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta'

(al-Ankabut ayat 2-3)

Mengapa aku diuji seberat ini?

'
Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya'

(al-Baqarah ayat 286)

mengapa aku tak dapat apa yang aku idamkan-idamkan?

'
Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal itu amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui'

(al-Baqarah ayat 216)

apa yang aku dapat dari semua ini?

'
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka...'

(at-Taubah ayat 111)

kepada siapa harus aku berharap?

'
Cukuplah Allah bagiku, tidak ada tuhan selain dariNya Hanya kepadaNya aku bertawakkal'

(at-Taubah ayat 129)

dan akhirnya muncul persoalan bahawa aku tidak dapat bertahan lagi....

'
.... dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir'

(Yusuf ayat 87)

Subhanallah, masyaAllah, sebelum sebarang pertanyaan diutarakan lagi, sejak awal Allah telah berikan jawapannya kepada kita, mengapa masih ada yang mempersoalkannya...

Ayat Keramat Yang Menundukkan

'Maka nikmat Tuhan yang manakah yang kamu dustakan?'

(al-Rahman ayat 36)

setiap kali diperdengarkan ayat ini, dan diulang-ulang, tundukan wajah hingga mencecah bumi, genangan air mata saya menghujani wajah, sepertinya terasa diri ini dilembah paling rendah dan paling bawah, masyaAllah, selamatkan kami dari musibahMu, sekiranya kami ditimpakan musibah Kau berilah kami kekuatan agar kami bisa kuat untuk menghadapinya, segalanya atas pertolonganMu Ya Rabbi.

Keberkatan Hidup

Bila mana hidup kita ini kita sandarkan pada Allah, segala perbuatan hanya kerana Allah, saya yakin pastinya kita tidak akan berani untuk menabur dosa yang sudah memang sentiasa bertimbun di pundak kita selama hidup ini. Sesungguhnya memang, memang kita hamba yang hina, lemah dan tidak sempurna, tetapi kita adalah sebaik-baik penciptaan yang Allah jadikan. Namun ini bukanlah untuk menjadikan kita bongkak, meninggi diri dimuka bumi, kerana sebaik-baik penciptaan ini, ditugaskan juga seberat-berat tugasan. Yakin akan ketentuan Allah pastinya kita akan menjadi manusia yang sentiasa sudi menerima segalanya dengan redha dan pasrah kepada Allah semata-mata.

Pun begitu, hidup juga bukan sekadar berserah sahaja kepada Allah semata-mata tanpa usaha dan doa. Allah memberi memang yang setimpal dengan apa yang kita lakukan, baik hukuman maupun hadiah sekalipun sebesar zarah kedua-duanya dipandang Allah dan dihisab. Subhanallah, Selemah-lemah perkongsian saya ini saya harap mampu meberi kekuatan kepada diri saya dan juga pengunjung sekalian.

Ilmu Hisab

USAHA + DOA + TAWAKKAL TU'ALALLAH = KEJAYAAN + KEBERKATAN HIDUP DUNIA AKHIRAT

USAHA + DOA + YAKIN + TAWAKKAL = KEBERHASILAN

Kesudahan

Alhamdulillah, saya yang lemah ini ingin memberikan sedikit pengisian, walaupun tidaklah sehebat ust Dzulkhairi atau Ust Azlan, mahupun Fatimah Syarha Nordin apatah lagi penulis La Tahzan serta penulis-penulis lain yang terkemuka dunia, paling tidak saya melakukan sesuatu untuk menyentuh hati pengunjung dan mentabiyahkan sedikit hati-hati yang gersang. Syukran kerana sudi menghabiskan bacaan ini, wallahu'alam

wasalam wbt




You May Also Like

2 comments

  1. entry yang baik ya ukhti..tapi,boleh ana tahu kenapa duka itu diibaratkan seperti lelaki..ya!tajuknya aja sudah menarik hati untuk membaca..'kad undangan mr.duka'..kenapa tak digelar kad undangan miss duka??punya alasannya??sekadar ingin tahu..sbb penulis yang menulis biasenye punya sbb tertentu dlm setiap yang ditulisnya..

    ReplyDelete
  2. Syukran alaikum humaira',

    entry ini terhasil adalah untuk membetulkan suatu keadaan yang terbengkok, supaya ianya kembali bergerak di atas landasan yang soheh dan stabil. tidak ada kaetan secara mendalam berkenaan tajuk utama entry ini, sekadar pemanis kata.

    doakan kesejaheraan semua... terutama sahabat-sahabat yang sedang terluka dek kerana pukulan mr.duka...

    wallahu'alam

    ReplyDelete

Selamat Berkomen. Silakan komen yang membina ya!