Ramadhan yang Kaya!

by - September 03, 2009

UQ

Salam Ramadhan kareem!

UQ bersendirian malam ini, sebelum melabuhkan tirai kamar malam ni, UQ ingin kongsi tentang pengisian Ramadhan yang memberi seribu makna kepada kita. Segala amalan yang dilakukan dilipat gandakan pahalanya, Subhanallah. Menyingkap hadith yang diriwayatkan menunjukkan betapa hebatnya bulan ini.


“Semulia mulia sedeqah ialah sedeqah pada bulan Ramadhan.” (Al Hadith)


“Puasa itu perisai dan sedeqah itu memadam kesalahan dosa sepertimana air memadamkan api.” (Al Hadith)


“Siapa memberi makan ( berbuka puasa) kepada orang puasa makan baginya seumpama balasan pahala orang yang berpuasa dengan tidak kurang sedikitpun .” (Al Hadith)


Sabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba berpuasa Ramadan, diam tiada berkata yang sia sia dan daripada yang haram dan yang makruh, dan sentiasa menyebut Allah (berzikrullah), menghalalkan yang dihalalkan Allah, mengharamkan akan yang diharamkan Allah, tiada mengerjakan kejahatan, melainkan sehingga berakhir Ramadan, telah diampunkan baginya segala dosanya, dan tiap tasbih, tiap tahlil, dibinakan sebuah rumah yang terindah di dalam syurga daripada permata zamrud, di dalamnya daripada yaqut merah indah, di dalam rangka permata itu (yaqut) terdapat sebuah khemah, di dalamnya terdapat bidadari ( hurul ain isteri syurga). Terhias dengan permata bercahaya indah yang menerangkan bumi seluruhnya.(Al Hadith)


Apabila berakhirlah malam bulan Ramadan, menangislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, dan segala malaikat, jerana berlalu Ramadan berlalulah kelebihan, sebab musibah bagi umatku, dan duduk segala malaikat bagi musibah, orang bertanya : Ya Rasullullah, apa itu musibah ? Jawab rasullullah (s.a.w), Kerana segala doa padaNya itu mustajab, sedakah makbul, segala kebajikan digandakan dan siksa kubur diangkat, maka apakah musibah yang terlebih besar daripada ini bagi umatku?! (Al-Hadith)


Malam Lailatul Qadar adalah malam rahsia, yang turunnya padanya malaikat Jibrail dan beberapa malaikat dengan perintah Allah. Orang yang berjaga dengan malam ibadatnya untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar yang terahsia itu yang tidak diketahui oleh manusia, hanya orang-orang solihin yang hampir, orang berusaha mendapatkan malam mulia itu dengan berjaga malam pada sepuloh malam Ramadan yang terakhir maka diampunkan tuhan segala dosanya. Di pahalakannya dengan banyak , dirahmatkannya dengan limpah kurnia. Dan orang-orang solihin yang dikurniakan Allah mendapat malam Lailatul Qadar itu satu keberuntungan kebahagiaan bagi akhirat, mendapat keampunan dan rahmat terbesar, mendapat pimpinan Allah dalam hatinya, mendapat keredaan Allah dalam hidupnya dunia dan akhirat.


alam Aidilfitri, malam raya, disunatkan kepada kita berjaga malam, beribadah, bertakbir “AllahuAkbar” sepanjang malamnya. Akan mendapat keampunan yang banyak, pahala yang besar, rahmat Allah tercurah kepadanya. Siapa yang menghidupkan dua malam raya (AidilFitri & AidilAdha) dengan ibadatnya dan takbirnya , tiada dimatikan hatinya pada hari yang dimatikan segala hati. (Al-Hadith).


Teringat kata seorang ustaz dalam sebuah ceramah baru-baru ini, katanya “puasa ini ibarat peperiksaan, ada paper buka puasa, paper sahur, paper menahan nafsu. tapi biasanya kebanyakan orang gagal bila tiba paper sahur, ramai yang miss. dan aidil fitri itu adalah hari pengijazahannya. siapa berjaya akan menerima segulung ijazah istimewa.”


Hebatkan Allah? Mengapa kita masih menidakkan benda yang memang hebat dan menakjubkan? Semuga segala amal yang kita lakukan tiadalah kerna lain melainkan kerana Allah (lillahi ta’ala). InsyaAllah.


UQ nak beruundur dulu, byk kerja untuk dirush malam ini, mohon segala kesilapan dimaafi… UQ berlapang dada memaafkan segala salah silap siapa sahaja yang pernah terjadi kepada UQ.


Wallahu’alam


assalamualaikum wbt


sumber:Petikan dari buku Fadilat Rejab, Syaaban, Ramadan oleh Budiman Radhi

http://members.tripod.com/siti_2/01/12.html

You May Also Like

0 comments

Selamat Berkomen. Silakan komen yang membina ya!