KALUT SEMALAM BELUM HABIS, HARI INI PULA……

by - October 10, 2009


Assalamualaikum wbt….

Waduh waduh, makin gawat ni….. aku berceloteh dengan sahabat yang sudah kukenali selama 4 tahun bersama di UPSI ni, bumi yang tidak asing lagi bagi manusia-manusia yang mempunyai target yang sama dengan aku.

‘Betul-betul, banyak betul dugaan kepada kita ni, selalu jadi macam-macam…’ luah saya kepada sahabat berlainan kapal. ‘Itulah kan? Yang kalut semalam belum habis, ni hari ni pulak dah dapat masalah lain’… melihat kepada kegeraman sahabat saya tu makin membimbangkan, saya cuba kendurkan sikit keadaan… ada hikmahnya ni, kita cuba dulu la minta tukar ke apa yang patut, kalau tak dapat gak maknanya memang rezeki kita lebih di sana dari kat sini la tu…. Sabar dan redho jer la….’ Erm ayat untuk tenangkan hati dan jiwa sendiri jua tu…

Kalau semalam punya kesah pasal posting, tapi hari ni pasal praktikum pulak, dah elok-elok ajer kami daftar, tiba-tiba kena tukar pulak, kalau dekat taka pa gak, ni jauh tu… banyak hal nak kena setel tu. Tapi apa pun ini bukanlah isu besar, perkara biasa yang berlaku. Saya kira ini pun satu jihad juga bagi jiwa-jiwa yang sabar dan tenang. Jihad dengan nafsu, dengan sifat sabar insyaAllah nafsu akan kalah… tapi cakap sahaja memang senang, nak lawannya tu, Allah saja yang tahu, Ya… biarlah hanya Allah yang tahu bagaimana diri kita sekarang ini.

Apa pun saya doakan kepada semua sahabat yang mana penempatan praktikumnya dipindahkan ke sekolah lain, agar lebih bersabar dan berusaha semampu yang boleh. Semuga Allah permudahkan segala urusan kita, dan semuga beroleh kejayaan dunia dan akhirat. insyaAllah.

Di kesempatan yang ada ni saya nak ucapkan selamat menghadapi persediaan untuk peperiksaan akhir semester yang bakal bermula 2 nov ni.... All the best!

‘sabar itu kunci kekuatan jiwa’

Wallahu’alam,

Wslm wbt.

You May Also Like

2 comments

  1. kita sama-sama kalut.huwaaaaaaa

    ReplyDelete
  2. sama2 kita cari kunci ketenangan jiwa... Allah mampu mengubah segalanya dalam sekelip mata jika Dia kehendaki.

    tapi, Dia masih sudi untuk menyinggahi ujian ini buat kita, maknanya Allah sayang kita tu, sebab tu Dia menguji...

    Allahu akbar...

    ReplyDelete

Selamat Berkomen. Silakan komen yang membina ya!