satu coretan

by - October 18, 2009


Assalamualaikum..

Alhamdulillah, tika ini aku suci tanpa cinta lelaki bukan muhrimku… mungkin inilah usaha aku selama ini, memang sukar melupakan sesuatu yang dahulunya amat aku sayangi, namun aku rasa ini adalah jalan terbaik buat aku, dia dan kamu… walaupun perit aku gagahkan juga hati ini menerimanya, kerana aku pasti tuhan lebih mengetahui… apa yang aku harapkan kini adalah kehadiran suamiku agar aku dapat kenalnya walaupun melalui mimpi… Allahu Akbar!

Walaubagaimana pun hatiku ini kini lebih tenang, dan selesa… ya benar, cinta yang tidak diiktiraf tiada maknanya… hanya cinta Allah kekal abadi… namun aku tetap bersyukur kerana Kau masih sudi menyelamatkan aku dari terus hanyut dengan cinta dunia yang penuh dengan janji manis yang selama ini tidak pernah tertunai… hari ini telah wujud keinsafan yang mendalam bagiku…

Wahai hatiku yang pernah terpalit titik hitam yang tak mungkin terpadam walaupun 1000 kali aku bertaubat kepadaNya, sabarlah dikau menerima semua dugaan ini… jangan mudah melatah…wahai tuhan ku, sesungguhnya aku tidak layak ke syurgaMu namun tak kan pula aku sanggup ke nerakaMu… selamatkanlah daku! Kerana hanya kepadaMu kuyakini hidup ini ditujui…

Ya tuhan, perasaan ini kadang-kadang sukar di kawal, Kau kuatkanlah semangatku dan Kau bangkitkanlah kekuatan yang pernah aku ada suatu ketika dulu, semuga aku dapat menempuh ujian-ujianMu ini dengan tenang… Allah hu Akbar, aku amat memerlukan pertolonganMu…

Allah hu Akbar…jika aku mengeluh dengan keadaanku di dunia ini, Kau sedarkanlah aku bahawa aku telah berdosa kepadaMu dan Kau gerakkanlah hatiku untuk segera bertaubat kepadaMu.. Jangan Kau biarkan aku terus di dalam kebatilan dan kajahilan…

Aamiiin.

You May Also Like

2 comments

  1. cukup untuk berpegang pada ayat Allah ini..

    Surah an-Nur; ayat 26, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, "Wanita baik untuk lelaki baik dan lelaki baik untuk wanita baik."

    ReplyDelete

Selamat Berkomen. Silakan komen yang membina ya!