Admin

Monday, November 2, 2009

Nikmat sehat itu.... bakal ditarik bila-bila masa... bersedialah!


Assalamualaikum wbt...

Imtihan yang semakin jelas menghampiri. MasyaAllah. Bagaimana dengan tumpuan belajar kita? Ada yang terjejas dek kerana panahan masalah sampingan yang tidak penting? Masalah jiwa? memberontak? Usah melatah dulu... Allah yang menghadiahkan kita beribu macam masalah, dan Dia juga berkuasa menyelesaikannya, semuanya hanya dengan keizinanNya. Allah bisa sahaja menjadikan kita insan kaya, sehat, cantik masa muda, banyak masa terluang... tapi ketahuilah kita bahawa segala nikmat itu adalah ujian dan semuanya bersifat sementara.

Mengapa saya kata semua nikmat itu ujian? Ya, ia sememangnya ujian kepada hambaNya yang terpilih tetapi cuma kita sahaja yang tidak pernah sedar akan nikmat yang sungguh enak itu. Kita lalai, kita lupa, bila kita kaya, kita jadi bakhil, bila kita sehat kita tak pernah nak luangkan masa untuk menghadap Allah dengan lebih lama selain ibadah khusus, bila Allah berikan kecantikan dan kekacakan diusia muda, kita bangga-bangga dengan anugerah itu, kita tak cuba untuk menjadi hamba yang lebih baik... dan bila mana Allah beri kita sedetik dua waktu yang terluang, kita sia-siakan dengan amalan maksiat hari kita, tak pernah pun ke terdetik di hati kita untuk sejenak merenungkan segala nikmat itu? MasyaAllah, memang dhoif lagi hinanya kita, malah kita tidak sedar diri dan masih punya hati untuk meninggi diri sedangkan nikmat itu SEMENTARA.... saya ulang dan ulang lagi, SEMENTARA sahabatku, SEMENTARA...

Maka sementara masih muda inilah, jom kita perbanyakkan ibadah dan amalan kita, mudah-mudahan ianya menjadi amalan bekalan untuk dibawa ke alam Baqa' (alam yang mana kita semua tak mungkin dikembalikan lagi di dunia ini, dan di alam itu, sudah terlambat untuk kita bertaubat)... nauzubillah.

Sihat sebelum sakit,
Muda sebelum tua,
Kaya sebelum miskin,
Lapang sebelum sempit,
Hidup sebelum mati.

(Riwayat dari Ar-Tirmizi dan Muslim)


Hari ini Allah telah menarik nikmat sihatku yang selama ini aku banggakan dengan kesihatan tubuh badanku yang jarang diserang virus dek kerana kononnya antibodiku sangat cepat bertindak dan kuat melawan penyakit. Dulu aku seorang yang lincah, cergas, dan seangkatan dengannya. Tapi aku lupa bahawa itu semua anugerah Allah dan bila-bila masa sahaja Dia berhak menariknya kembali dariku. Allahu rabbi dan aku jadi insan sedhoif ini. Dulu aku ada punya kesempatan untuk melakukan apa sahaja tanpa bantuan hatta pertolongan manusia lain. Tapi sayangkan sekarang semuanya kembali kepada Yang Maha Esa, aku tak bisa bergerak pun walau hanya untuk ke kamar mandi. Pada saat inilah aku memerlukan pertolongan ramai orang untuk membantukan membuat itu dan melakukan ini. Sampai aku tersedar dari satu lamunan panjangku dibirai jendela rumah kampung beratapkan nipah dan berdindingkan buluh.

Satu mutiara hinggap di kamar hatiku, hanya dengan satu kenyataan dari seorang adik yang ku kira masih mentah, ' Akhi, nikmat Allah itu, kalau Dia hendak menariknya bila-bila sahaja, dan sepantas mungkin ', aku tersentak dan mataku terpejam dengan lembut. butir hujan panas mahu mengalir deras. Aku pengsan di situ juga.

Perjuangan aku juga terhenti disitu, dan aku koma untuk entah sekian lama...

wallahu'alam

wasalam!

.......:: Salam imtihan ya akhi ya ukhti::........

2 comments:

  1. HIDUP HANYA SEBUAH PERJALANAN YANG SINGKAT ...TAPI PENUH SELEKOH-SELEKOH TAJAM YANG BOLEH MENYEBABKAN PERJALANAN SINGKAT TAPI TERJELEPOK DI LIKU KEHINAAN... BUAT TEMAN- TEMAN YANG SEPERJALANAN..SELALU BACA DAN FAHAMKAN PETA AL-QURAN DAN HADIS..INSYAALLAH DI SITU ADE PERTOLONGAN ..BAGI YANG SUDAH MASUK KE JALAN KEHINAAN..PULANGLA...INSTIGFAR LAH SEBANYAK MUNGKIN...ATAS KESESATAN YANG DI LAKUKAN...INGATLAH UMAT YANG TERBAIK BUKAN UMAT YANG TIDAK DI UJI..TAPI UMAT YANG TERBAIK ADELAH UMAT YANG PADANYA SIFAT TAWADDUK DAN TAQWA DALAM SETIAP UJIAN ALLAH S.W.T...AKU SEBAGAI TEMAN HANYA MAMPU BERBICARA PADA HURUF-HURUF INI SAHAJA...TAPI KU HARAP HURUF-HURUF YANG DI BACA AKANN DAPAT MEMBANTU SAUDARA DAN SAUDARI...MUNGKIN LUSA ATAU MINGGU HADAPAN ...HURUF-HURUF YANG KU TULIS INI HANYA AKAN TINGGAL HURUF SAHAJA TNPA BERTUAN...DI WAKTU ITU ..KU HARAP TULISAN INI PENINGAT KITA SEMUA

    ReplyDelete
  2. syukran atas komen sekaligus peringatan berharga...

    ReplyDelete