Admin

Sunday, January 31, 2010

Umat Islam umpama buih

Assalamualaikum, mari bersama kita hayati artikel ini:-

Dunia islam kian tercabar; dicabar dan dihina oleh musuh-musuh islam. Umat Islam tidak dapat berbuat apa-apa melihat saudara seagamanya ditindas. Hal ini sudah dapat diramal oleh Nabi Muhammad saw sejak dulu lagi, dalam hadithnya:



"Umat lain akan meratah kamu dengan rakus sebagaimana anjing-anjing yang mengelilingi hidangan makanan. Sahabat bertanya adakah kerana bilangan umat islam yang sedikit? Baginda menjawab Tidak, bahkan jumlah kamu masa itu banyak sebagaimana banyaknya buih di permukaan air banjir. Allah mengikis perasaan gerun di dalam hati musuh terhadap kamu 'al-wahan'. Sahabat bertanya apa dia wahan itu ya Rasulullah. Jawab baginda "cintakan dunia dan bencikan akhirat".



Mari kita renung sejenak tentang kebenaran sabda Rasulullah ini. Jumlah umat Islam pada hari ini mencecah lebih 1 billion, satu angka yang ramai. Mereka bertebaran di muka bumi ini; kebanyakannya tinggal di negara yang dikurniakan Allah hasil bumi yang lumayan.



Sumber ekonomi yang kukuh dan tenaga kerja yang ramai boleh menjadi aset memajukan negara dan sekaligus memartabatkan Islam sehingga disegani seantero dunia. Persoalannya ialah Kenapa faktor-faktor ini tidak dimanfaatkan? Kenapa umat Islam kini menjadi lemah dan mudah diperkotak-katikkan oleh musuh-musuh Islam? Sebaliknya musuh Islam yang mempunyai kedudukan ekonomi yang kukuh menjalankan pelbagai strategi melumpuhkan dan memporak-perandakan negara Islam.



Hasil kekayaan bumi milik negara Islam dieksploit oleh musuh Islam. Negara Iraq yang kaya dengan sumber minyak dijajah dalam pelbagai bentuk hinggakan minyak sendiri pun tak boleh dijual untuk kegunaan rakyat. Kekayaan yang mereka perolehi hasil bumi negara Islam digunakan bagi membina kilang-kilang senjata untuk membunuh umat islam.



Nabi menjelaskan punca kelemahan ini ialah wujudnya kecintaan kepada dunia mengatasi kecintaan kepada akhirat. Apabila kecintaan ini meresap dan menjadi budaya hidup umat, Allah memasukkan perasaan berani dalam hati musuh Islam dan pada masa yang sama mencabut keberanian itu dalam hati orang Islam lalu digantikan dengan peasaan penakut: takut kepada musuh Islam.



Kejatuhan Baghdad ketika diserang oleh orang-orang Mongol sepatutnya dijadikan teladan supaya peristiwa hitam ini tidak akan berulang kembali. Adakah faktor-faktor kejatuhan Baghdad mula meresap dalam masyarakat dewasa ini. Masalah rasuah sekarang semakin menjadi. Ia telah meresap dalam pelbagai organisasi kepimpinan. Keadaan begini memudahkan musuh Islam menggunakan wang ringgit untuk membeli pucuk pimpinan supaya tercapai hasrat mereka melumpuhkan umat Islam sendiri. Jika dibiarkan berleluasa bukan saja ekonomi umat islam merudum malahan negara juga turut tergadai.



Bagaimana keadaan realiti masyarakat Islam sekarang? Sudahlah ekonomi lemah ditokok pula dengan pelbagai penyakit dan gejala sosial. Bagaimana dapat membasmi keruntuhan akhlak sekiranya media massa semakin galak menonjolkan isu-isu ganas dan seks. Isu pemulihan hanya sekadar melepas batuk di tangga dan seolah-olah 'lain sakit lain pula ubat yang diberi'.



Pelancaran TV Mega dan Astro serta alat komunikasi lain bukan menjadi ubat gejala sosial dewasa ini malah menjadikannya lebih kronik. Babak-babak yang tidak sepatutnya ditonton sudah menjadi semakin lumrah dan video lucah pula dapat dibeli oleh sesiapa sahaja. Bukankah ini menjadi pemangkin ke arah gejala yang lebih dahsyat? Umat Islam kini tidak mempunyai ketahanan dan iman yang kuat untuk menangkis serangan yang hebat ini. Semua ini adalah antara strategi dan perancangan musuh Islam yang tidak akan redha terhadap perkembangan Islam selamanya. Bayangkan apa yang akan berlaku beberapa tahun lagi dengan kemunculan teknologi IT yang semakin canggih.



Firman Allah dalam Al-Quran "Orang Yahudi dan Nasrani sekali-kali tidak redha terhadap kamu buat selama-lamanya sehinggalah kamu mengikut carahidup mereka."



Masjid kian terpinggir dengan kewujudan kilang yang banyak. Manusia lebih suka ke kilang daripada masjid. Kilang diimarahkan siang dan malam tetapi masjid menjadi lengang,cuma diimarahkan dengan karpet dan keceriaan. Bukankah ini juga perancangan musuh islam? Lantaran cinta kepada dunia sanggup menjauhi masjid dan berkejaran ke kilang.



Dalam hadith tadi, Nabi memberi 2 faktor berlakunya begini: cintakan dunia dan benci kepada mati. Umat Islam generasi pertama dulu cintakan mati kerana dapat bertemu dengan Allah segera. Oleh sebab itu bila ada panggilan jihad, mereka sukarela bergabung tenaga memerangi musuh Islam. Mereka tidak takut menghadapi mati. Sebaliknya masyarakat Islam hari ini takut kepada mati malahan mengingatkan mati pun dianggap menyekat kemajuan. Mereka takut mati kerana memikirkan dosa yang terlalu banyak dilakukan dan sedikitnya amalan pahala yang dibuat. Akhirnya semangat jihad memperjuang dan menegakkan agama Allah pudar dan terhakis.



Oleh itu, sama-samalah kita menginsafi diri dan bertaubat di atas segala keterlanjuran yang kita lakukan. Hanya dengan kembali kepada Allah, segala penyakit akan terubat, insyaallah.

wasalam


Umat Islam umpama buih
Artikel Dari: Portal Komuniti :: Ukhwah.com
http://www.ukhwah.com/

Thursday, January 28, 2010

ilmu melangit akhlak cetek....

Assalamualaikum, 


Sedih rasnya apa bila melihat di kebanyakan dada akhbar, tak kiralah mana-mana akhbar sekalipun majalah, isu akhlak menjadi keutamaan. Sebagai seorang bakal guru saya memandang ini sebagai satu yang sangat berat dan merosakkan individu terutama remaja. Bukan sekadar dari bangku sekolah rendah dan menengah sahaja akhlak perlu ditekankan malah sejak dari kecil lagi, akhlak terbaik perlu diterapkan kepada anak-anak generasi hari ini. Apa guna ilmu melangit, menggunung tetapi cetek akhlaknya.


Nauzubillah, semuga anak-anak kita generasi akan datang dapat kita bentuk peribadinya menjadi insan mulia, hidup dirasa kehadirannya, mati dirasa kepergiannya, malah tetap hidup dihati insan lain, insyaAllah, begitulah hendaknya.




mungkin artikel ini bukanlah isu terbaru dipaparkan, tak guna belajar tinggi-tinggi tetapi cetek dari aspek akhlak... lihat sahaja sendiri....



KUALA LUMPUR, 10 Dis: Dr. Lo' Lo' Ghazali (PAS-Titiwangsa) mendakwa sahsiah dan akhlak pelajar-pelajar Kolej komuniti membimbangkan menyebabkan ibu bapa ragu-ragu untuk menghantar anak mereka melanjurtkan pelajaran ke institusi berkenaan.

Dr. Lo' Lo' sewaktu mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat pagi tadi ingin tahu samada mata pelajaran Pendidikan Agama Islam diajar atau tidak di kolej berkenaan.

"Saya mendapat rungutan daripada ibu bapa yang gusar untuk menghantar anak mereka ke kolej komuniti kerana ia dicemari dengan budaya negatif seperti budaya couple, vandalisme, buli dan sebagainya.

"Adakah mata pelajaran Agama Islam turut diajar kepada mereka bagi memastikan mereka bukan sahaja menjadi pekerja yang amanah tetapi tinggi akhlak dan sahsiahnya," soalnya.

Sebelum itu, Datuk Dr. Tekhee @ Tiki anak Lafe (BN-Mas Gading) meminta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan jumlah terkini Kolej Komuniti dan jumlah keseluruhan pelajar sepenuh masa mengikut bidang kursus yang mereka ikuti di seluruh negara dan mekanisme yang digunakan untuk memastikan mereka tidak akan menyumbang kepada masalah graduan menganggur di negara ini nanti.

Timbalan Menteri, Datuk Saifuddin Abdullah (BN-Temerloh) dalam jawapannya memberitahu, sehingga Oktober 2009, terdapat 42 buah kolej komuniti induk dan 18 buah kolej komuniti cawangan yang beroperasi di seleruh negara.

Bilangan enrolmen pelajar program sepenuh masa, bagi sesi pengajian Julai 2009 ialah seramai 17,279 orang. Sebanyak 34 program pendidikan dan latihan dalam bidang teknkal, teknologi, perdagangan dan perkhidmatan dijalankan di kolej komuniti.

Beberapa langkah telah dilaksanakan bagi memastikan graduan kolej komuniti memenuhi pasaran kerja, antaranya ialah menggunakan pendekatan Work-Based Learning (WBL) yang mewajibkan pelajar menjalankan latihan pekerjaan selama setahun di tempat kerja.

Selain itu, Kementerian juga melaksanakan Skim Pengukuhan Graduan (SPG) yang bersifat enrichment, reinforcement, dan updating berkonsepkan tambah nilai, khususnya dalam bidang teknikal, teknologi, perkhidmatan dan keusahawanan.


Sama-sama kita berfikir, adakah kita perlu membiarkan sahaja ianya berleluasa, saya menyeru kepada semua ibu dan bapa dan guru supaya memandang serius kepada isu ini, akhlak mencerminkan peribadi seseorang individu. 


wallahualam, wasalam..


p/s: hari ini pilihan raya kampus UPSI, pilihlah calon yang dirasakan layak dan terbaik, saya mendoakan agar kepimpinan kali ini mampu menegakkan yang hak dan melumpuhkan yang batil...


Monday, January 25, 2010

Masih dan sentiasa terasa...






Salam perutusan sang hati,
Sebuah jiwa yang bersemangat,
Mencoret sebentuk kata untuk dirasa,
Mengubah buah fikiran yang melanda,
Bila mana ingatan menerawang entah kemana,
Ku temuni sebuah lorong ke alam buana,
Ya, sebuah kehidupan zaman silam rupanya.


Namun, kisah nan lalu jangan dianggap bosan,
Dalamnya terkandung makna pengajaran,
Kerana aku tidak merasa hairan,
Bila mana Umar Al-Khatob yang baran,
Berubah menjadi insan sabar, taqwa dan beriman,
Hakikatnya ini usah menjadi pertikaian,
Kerana Nabi telah mendoakan,
Semoga Allah bukakan hati dua insan,
Itulah dia Umar Al-Khatob dijadikan.


Nabi begitu kasihkan umatnya,
Mengapa kita masih melupainya,
Sampai kita lupa berselawat ke atasnya,
Jangan harap syafaatnya dapat kita terima.


Aku tidak sehebat khadijah,
Apa lagi Aisyah wa Fathimah,
Jauh sekali Rabiatul Adawiyah,
Cukup sekadar sejatiku seorang muslimah.


Aku bukan seperti diriku yang dulu,
Selalu khianat janjiku padaMu,
Aku juga tidak ingin lagi seperti itu,
Kerana aku muslimah pemalu.


Aku kini bencikan maksiat,
Aku suka pada nasihat,
Biarpun dulu hatiku keras wa liat,
Jadi benci pada sikapku dulu bila diingat.


Hidupku kini ingin beramal,
Bangunkan jiwa bersihkan nurani.
Sebelum subuh ku bangun awal,
Agar aku sempat tahajjudi.


Namun ujian itu selalu menimpa,
Pada diriku yang sokmo lupa,
Cepatnya aku mudah menyangka,
Bahawa aku sudah kaya (amal)


Bukan harta yang aku kejar,
Tapi pahala dan redho yang aku inginkan,
Aku tetap sentiasa perlu diajar,
Agar aku mengambil pengajaran.


Manis sungguh si buah iman,
Hendak ku kupas bimbang ketahuan,
Kerana riak satu perasaan,
Allah benci tidak keruan.


Kasih itu umpama lautan,
Cinta itu umpama buihnya,
Berkasih dahulu bersayang kemudian,
Cinta nan satu berikan hanya kepadaNya.


Saat aku memerhatikan ombak,
Fikiranku bawa terbang tinggi ke angkasa,
Saat aku merasakan tiupan bayu,
Diriku bawa ke alam yang terindah,
Saat aku mengukir senyum mesra,
Kepalaku dongak ke langit membiru,
Saat aku mendengar desiran pantai,
Diriku seolah terbang terdampar dipersisirnya.


Begitu aku merasai kebebasan yang belum pernah kurasa,
Begitu hebat perasaan ciptaanNya,
Sehingga membawa aku terbuai leka, Aduh….
Engkau jugalah yang menciptakan rasa ini buatku,
Engkau jugalah yang berhak mengambilnya kembali,
Kerana semua yang aku guna selama ini,
Hanyalah sekadar pinjaman cuma,
Hanya syukur yang aku mampu sebagai ucap terima kasih atas segalanya, Ya Robbi.


Aku bukan pendakwah termahsyur,
Aku bukan penceramah sambilan,
Aku bukan ekstremis keagamaan,
Aku juga bukan penasihat handalan,
Aku cuma mahukan kedamaian,
Yang memberi ketenangan abadi,
Aku cuma mahukan kekuatan,
Dari senjata jiwa istimewa,
Sehingga membina kubu pertahanan,
Dari serangan-serangan biologi,
Idealisme yang merosak aqidah,
Hingga ramai yang sakit kerananya.


Jika hari ini adalah hari terakhirku,
Izinkan aku bertaubat padaMu,
Agar segala dosa silamku,
Terampun dan terbersihlah qalbu,
Dan dengan ini aku isyhtiharkan,
Semuanya ku serahkan hanya kepadaMu,
Wahai pemilik nyawaku.
Hadapkan aku kepadaMu dengan bekalan yang beribu,
Agar aku terang dalam kelabu,
Sampai salam ini kita bertemu,
Berpautlah semula di tinta biru,
Wasalam aku membuka langkah seribu,
Melangkah damai ke alam syurgaMu,
InsyaAllah itu impianku.




Sunday, January 24, 2010

'A' Praktikum!

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah... Kita semua sedang berpraktikum di sekolah yang ditempatkan masing-masing...

Selamat maju dan jaya buat semua sahabat semester 8 yang sedang menjalaninya... Semuga kita semua beroleh keputusan yang cemerlang dalam praktikum nanti, ye... insyaAllah A.

Genap 15 hari sudah dua sahabat kita, Ust Fadhiri dan Ust Faizol pergi meninggalkan kita, begitu terasa kehilangan insan yang sentiasa mengimarahkan surau-suran di kampus dan masjid2... Semuga roh mereka ditempatkan bersama para solihin, insyaAllah.

sepatutnya saya praktikum satu tempat dengan ust fadhiri, tapi ust fadhiri yang dapat praktikum di sekolah yang kami mohon itu, dan akhirnya dua-dua orang tak praktikum di sekolah itu... rupanya ada hikmah besar kenapa saya tidak dapat praktikum di SMK Methodist Tanjong Malim...

Mereka yang pergi sudah tahu haluan mereka bagaimana pula kita? Masih tidak tahu bila dan bagaimana kepergian kita...

Semuga Allah beri kekuatan kepada kita untuk meneruskan kehidupan dan jika ditaqdirkan mati, semuga mati dalam keadaan beriman dan insyaAllah ingin SHAHID....

Wasalam

Al-fatihah untuk ustaz fadhiri wa ust faizol.