Admin

Tuesday, February 23, 2010

Tunggu Carta Organisasi Alumni keluar!


Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah, akhirnya tertubuh juga Alumni ini walaupun belum rasmi sepenuhnya. Ramai juga yang hadir sewaktu perjumpaan sidang pertama, sesi pertama tanggal 14 Februari 2010 baru-baru ini. Syukur!

Pun begitu, AJK Alumni ini masih dalam pertimbangan guru-guru SMKTM untuk memilih presiden dan ajk organisasi lain yang layak untuk memegang jawatan-jawatan tersebut. Ketika hari perjumpaan, hanya nama yang dicalonkan dan kelak mereka akan dinilai dan dipilih. InsyaAllah, semuga mendapat yang terbaik. Masih banyak yang perlu diperbetulkan terutama peribadi mukmin sejati dalam diri pelajar mahupun ahli alumni sendiri. Allahu Rabbi.

Saya hanya mengharapkan Alumni ini bukan setakat menjadi persatuan HIMPUNAN bekas-bekas pelajar SMKTM semata-mata, tetapi yang lebih utama mampu melahirkan insan-insan yang cemerlang ruhaniah wa jasadiah untuk bekalan dunia dan akhirat lebih diutamakan!

Hidup memang cuma sekali, maka lakukanlah yang terbaik, jangan hanya tahu trade mark ini sahaja : hidup biar sedap! (sepatutnya hidup biar tenang!), hidup cuma sekali, yang penting kita enjoy? bukan, tukar sikit, yang penting kita sejati muslim. Not just islamic cover. so, you better watch out your IMAN!

ALUMNI bergerak demi kecemerlangan sejati dunia akhirat! Dunia nak kena bersaing, akhirat apatah lagi, kalau berani jadi kayu api neraka paling bawah, cubalah!

p/s : syukran kepada semua yang terlibat, saudara firdaus, cikgu es mariam, cg lee soon guan, dan lain-lain yang membantu sama ada secara langsung mahupun tidak!

lagi satu, takziah untuk pengetua sekolah yang rumahnya baru dirompak tanggal perjumpaan alumni ni, saya sangat terkejut dan saya juga baru sahaja tahu. Takziah juga kepada bapa dan sepupu pengetua yang pulang ke rahmatullah. Ada hikmah besar di sebalik kejadian ini, semuga cikgu aini (pengetua smktm) bersabar atas ujian ini.

wallahu'alam

wslm

Sunday, February 21, 2010

Benda terharu mak buat untuk saya minggu lepas...

Benda paling terharu yang mak saya buat untuk saya, yang saya kira lillahi ta’ala… adalah seperti ceritera berikut:

Saya kuak perlahan pintu almari yang usang di ruang tengah rumah. Saya tarik lipatan kemas set telekung saya yang memang selalu mak letak di situ. Tapi saya dapat rasakan satu kelainan telah berlaku kepada telekung saya, seolah baru dibeli. Saya belek, lepastu belek lagi dan lagi, sampai mak terperasan pe’el pelik saya pagi itu. Mak tanya selamba, kenapa? Saya tanya dengan cover-cover. Apasal pelik sangat telekung along ni mak? Macam baru beli, dengan nada berbisik saya berkata lagi, tak da kedut sikit pun. Kembali bersuara sedikit kuat memandangkan mak di ruang rindu (dapur). Mak iron ka? Selamba ringkas mak jawab, HA…. Aku terasa mak seperti berperangai pelik (buang tabiat), tapi aku hanya diam dan mengucapkan terima kasih.

Lihatlah sendiri, saya kira bukan mak saya saja, tapi mak kalian pun pasti begini sekali sekala kan?, atau entah-entah selalu, bersyukurlah jika ada mak serajin mak kita. Jelas terpancar kasih mak tak bertepi, kalau kita sanggup ka dok iron telekung satu set? Jangan kata telekung, baju mak satu suit pun belum tentu kita sesaja rajin nak iron, betul tak? Hebat kan seorang mak? Dari sebesar-besar benda, hingga seremeh-remeh benda, mak kita sanggup buat untuk kita, kita sanggup tak jaga mak kita nanti? Entah-entah bila dia dah tua, kita sesedap rasa ja buang dia kat rumah orang-orang tua, kebajikan masyarakat. Tak gitu? Kan senang kerja kita tu… bagus, buat la selalu macam tu yerm.. Dua tiga hari lagi Tuhan campak kita kat lubang neraka, sebab jadi anak durhaka… Nauzubillah!

Hargailah mak kita selagi dia masih ada, bila dia dah tak da nanti, rugi… di kesempatan ini saya nak state bestday mak saya adalah pada 18 Mei 1964, mak saya muda lagi, sweet 46…

Rasulullah s.a.w pernah bersabda lebih kurang seperti ini, kalau rajin rujuk dan cari la hadis ni…

‘seorang sahabat datang bertemu dan bertanya baginda, “Ya Rasulullah, siapakah yang berhak saya pergauli dengan baik?, Baginda menjawab, Ibumu, kemudian baginda mengulanginya sebanyak dua kali lagi, kali yang seterusnya barulah, baginda menjawab, ayahmu’


Termenung dan terus melayan saat-saat indah bersama mak, sedari kecil sehingga pagi semalam, mak tak jemu mendengar luahan hati saya, ya, saya yang suka bercakap, hehe.

Renung-renungkan dan selamat beramal (petikan kata pakar motivasi dalam radio)

Thursday, February 11, 2010

Jurnal 12 Februari 2010



12 Februari 2010 (Jumaat)



Assalamualaikum wbt…
Subhanallah… peluang ini tak datang berulang kali dalam hidup ini. Ianya mungkin akan datang sekali atau pun langsung tidak. Atau mungkin singgah seketika dan dibiarkan bertenggek kemudian beredar kepada jiwa yang lain, yakni yang lebih memahaminya. Itulah dia Roh Guru. Semua orang boleh cakap, cikgu ni senang jer kerjanya, tapi berapa orang jer yang sanggup berkhidmat sebagai guru? Dan berapa orang juga yang datang dan pergi dari menjadi seorang guru? Berapa kerat jer yang mengajar dengan seikhlas hati untuk membina ummah cemerlang dunia wa akhirat? Berapa jer? Berapa???



Seorang guru…kehadirannya dinanti,
derap kakinya dikenali,
ajarannya diamati,
amalnya dituruti,
tutur katanya dimengerti,
hidupnya diberkati,
matinya diingati,
namun keikhlasan jiwanya tidak mungkin difahami,
raut wajahnya berhati-hati,
kerana kasihnya termetri,
sebuah ikatan pasti.



Dedikasi ini saya tujukan khas kepada semua insan bergelar guru yang mengajar dengan Roh Guru dan lebih-lebih lagi dengan jiwa Murobbi. Allahu Rabbi.



Bukan semua tinta yang menari di white board itu lahir seikhlas hati, saya menyanjung setiap insan bergelar murobbi. Tapi saya kecewa bila keadaan menjadi-jadi apabila ada pelajar yang nakal tidak dikasihi lagi. Mengapa begitu? Adakah jiwa ini kita lahirkan dengan jiwa guru? Berapa ramai guru-guru yang lahirnya secara tiba-tiba, asuhannya dari jiwa yang lain, namun satu saat lahirnya jiwa guru? Bisakah begitu? No way, guru tetap guru, tak akan dapat diubah ketetapan taqdirnya hidup seorang guru.



Tidak pula saya berkata guru-guru dari ijazah pendidikan ini jiwanya jiwa guru, ramai ajer yang aslinya cita-cita lain, tapi dek kerana kelatnya pekerjaan hari ini, medan guru menjadi persinggahan. DPLI wa KPLI juga saya kira tidak semua berminat menjadi guru, tetapi ada yang minat, Alhamdulillah! Ayuhlah sahabat-sahabat kita bina seteguh mungkin Roh Murobbi dalam jiwa kita supaya didikan kita menjadi, kasih sayang nan abadi tercurah untuk anak-anak didik ini.



Kepada ustaz Hashim yang dah bersara, cikgu sobri yang dah berkahwin, cikgu Lee yang belum dapat hidayah untuk masuk Islam, Sir Raffi merangkap bapa angkat, pengetua sekolah SMKTM selaku kaunselor yang sokmo-sokmo support saya kalau saya ada masalah jiwa, hehe, syukran cikgu, jasa kalian sampai mati saya kenang. Terasa ingin benar saya mendendangkan sajak guru untuk cikgu-cikgu pada hari guru nanti, kerana saya masih merasakan saya pelajar kalian tingkatan 5 (04), 6 tahun yang lalu, kelas paling pasif dan paling cemertang itulah kelas kami.

p/s : jom balik kedah... tompang!



Selamat untuk ALUMNI SMKTM yang bakal lahir sebentar sahaja lagi!
Wallahu alam,
wasalam

Sia-sia mengajar hari ini...


Jurnal Latihan Mengajar

11 Februari 2010 (Khamis)

Assalamualaikum wbt...

Allahu akbar... Hari ini satu perkara yang membuatkan saya berfikir panjang dan termenung sejenak ketika sedang mengajar. Tersentak pun ada, terkejut pun ada, nasib baik tak ada sakit jantung ja. Astagfirullah, saya semakin ralit rupanya. Satu benda yang paling pelik dan penting. Mata saya melilau keluar ke dalam kelas. Apa nak dikata, satu peristiwa yang bukan pelik tapi janggal bagi saya telah berlaku.

dialong saya bersama ketua kelas satu Bukhari:

Saya : Kelas, kamu solat subuh tak pagi tadi?
Ahmad : tak solat cikgu
Saya : Kenapa kamu tak bersolat?
Ahmad : tak sempat cikgu.
Saya : Kenapa tak sempat?
Ahmad : saya belajar sampai lewat malam tadi cikgu, pastu bangun lambat.
saya : Bangun pukul berapa?
Ahmad : Bangun pukul 7 cikgu.

hati saya panas, terasa sia-sia benar pengajaran saya hari ini, Allah hu Rabbi. Bagaimana mungkin ilmu yang diterima mendapat keberkatan jika bersyukur kepada Allah itu tidak dilakukan sedangkan ianya wajib! Mungkin itu biasa, kerana mungkin IBU BAPA yang tidak pernah kesah dengan tiang agama itu. Paling menyedihkan bertambah-tambah apabila:

saya : ok, kamu semua mengucap tak sebelum tidur malam tadi?
semua diam, saya jadi terkejut.
saya : Kamu mengucap ke tidak?
ahmad : mengucap apa cikgu?
saya diam dan cuba tenangkan hati yang kelana ini dengan menarik nafas panjang, dan ahmad bersuara kembali setelah berfikir sejenak.
ahmad : mengucap dua kalimah syahadah ke cikgu? itu saya tahu...
Saya : cuba mengucap saya nak dengar kelas.
semuanya mengucap sekali-sekali dengan anak-anak orang asli tolong mengucap sekali.

saya berhenti serta merta mengajar. dan tertanya lagi,

saya: berapa orang tak solat subuh pagi tadi?
hampir separuh kelas angkat tangan dengan jujur memberitahu saya walaupun yang perempuannya belum uzur lagi pun tak semayang.

saya: kalau kamu semua tak pandai matematik pun saya tak hairan, sebab kamu tak bersolat, bersyukur pun tidak dengan rezkiNya. Esok kalau kamu semua tak solat subuh, saya suruh kamu towaf pokok kaktus depan tu nak?

semua diam, besar harapan saya jika esoknya mereka bersolat subuh, Allahu Akbar! Saya menghela nafas lebo...

Ya, saya tak boleh berdiam dan berlembut lagi. Mana tidaknya selama hampir 4 minggu saya disini, tidak pernah sekali pun saya mendenda mereka, apa lagi menjentik telinga. Saya cuba menjadi sebaik mungkin untuk tidak menyakiti diri dan hati mereka, rupanya telahan saya silap, suara yang dilantangkan ini disalah erti. saya perlu lebih tegas.

p/s : mungkin lepas ni saya jadi incredible hurk! Arghhhh...

apa pun jadi guru kena enjoy dengan pekerjaan ini. Kerja mendidik menjadi lebih mencabar dengan ujian demi ujian!

wallahu'alam,
wasalam

Tuesday, February 9, 2010

Tak Sabar menunggu Kelahiran suci Alumni SMK Tanah Merah!

Perjumpaan Khas penubuhan Alumni SMKTM

InsyaAllah ALUMNI SMK Tanah Merah akan lahir juga walau apa cara sekalipun... Cumelnye baby ni kan?

Tarikh                 : 14 Feb 2010
Masa                   : 10.00pg - 12.00 tgh
Tempat               : Dewan Terbuka SMK Tanah Merah
Penyelaras          : Pn. S. Mariam (019-4485640)
Kehadiran          : Semua dijemput hadir
                              -sekurang-nya setiap tahun hantaq beberapa orang wakil.
Jamuan              : Makanan ringan disediakan.

DATANG . . . JANGAN TAK DATANG . . . SURE HEBOH PUNYA!

Pesanan  : Adalah besar harapan saya kepada batch saya (spm 04), ringan-ringankanlah diri anda untuk hadir. Besar pengorbanan kalian untuk Alumni ini.
SYUKRAN JAZILAN !

Aku kasihkan mereka...


6 februari 2010, ketika program pemantapan sahsiah dan ibadah pelajar... di Balai Islam SMKSA (Musolla)

4 Februari 2010 ( Khamis)
Assalamualaikum wbt.

Ya Allah… hari ini bila ditanya tentang solat kepada pelajar saya, rupanya masih ramai yang tak solat, Nauzubillah. Sambil mengajar saya selangi dengan nasihat kepada agama Islam, kerana saya yakin biar dimana saya dilemparkan, mesej Islam perlu saya sampaikan kepada sesiapa sahaja. Sesi P & P diteruskan seperti biasa, pelajar nampak lebih bersemangat selepas diberi nasihat dan saya kira mungkin terkesan sedikit dari apa yang saya sampaikan.

Setiap kali mulakan kelas pelajar mesti membaca doa dan saya juga tidak putus untuk mendoakan mereka supaya apa yang saya ajar Allah permudahkan untuk mereka terima. Saya percaya doa guru adalah antara doa yang paling mustajab insyaAllah. Saya sentiasa inginkan yang terbaik untuk mereka agar ilmu yang disampaikan tidak sia-sia.
Dalam kelas saya ada juga 4 ke 5 pelajar keturunan orang asli, saya sendiri tak pasti mereka beragama atau tidak, agama apa juga saya tidak pernah tanya. Saya masih hormat mereka dan menghargai usaha mereka untuk datang belajar, walaupun dengan upah bayaran RM2 untuk setiap kali hari mereka datang ke sekolah. Mereka juga selalu mendengar nasihat saya walaupun berkaitan Islam. Ada sesetengahnya khusyuk mendengar. Alhamdulillah. Saya tidak peduli kerana saya menyampaikan apa yang saya ada, baik ilmu dunia mahupun akhirat. Saya yakin kelak saya akan dipersoalkan jika perkara nasihat ini dibiarkan terabai. Banyak jiwa akan terkorban dengan keasyikan duniawi yang sering mengalpakan mereka juga kita.

Apa yang saya nampak kepada pelajar ini adalah mereka sangat gersang dengan tazkirah atau dalam erti kata lain, mereka ini ketandusan motivasi. Mana tidaknya, hari kedua saya mengajar mereka berbual ketika belajar, seperti tidak ada guru dihadapan, sepertinya juga tidak berminat langsung untuk meneruskan pelajaran. Maka saya terpaksa menangguhkan P & P seketika, dan membuka laluan kepada nasihat dan motivasi, yang tersengguk terus tersentak, yang berbual terus diam. Dalam hati saya berdoa supaya Allah titipkan kepada anak-anak didik saya ini rasa hormat ketika guru sedang mengajar, rasa ingin belajar dan seronok ketika kelas saya, kelas Matematik.

Saya kira mereka ini tidak nampak apa itu Matematik jauh sekalilah untuk tahu mengapa perlu belajar Matematik. Iyalah almaklumlah baru Tingkatan 1, namun bermula dari sinilah usahanya para guru untuk mendedahkan dunia sebenar Matematik, apa, bagaimana dan untuk apa ia diperlukan dalam kehidupan. Tadi saya sempat bertanya pelajar saya: Kenapa kita perlu belajar Matematik ni? Semuanya diam, saya jawab: Contohnya kamu pergi kedai, harga sebatang pen RM0.80, kamu beli 7 batang, berapa kamu kena bayar? Semua terdiam lagi sebab tak hafal sifir. Itulah antara kegunaan Matematik dalam kehidupan, banyak lagilah kegunaannya nanti, sebab itu kena belajar, saya menyambung kata. Saya tanya saya juga yang jawab, Allahu Rabbi. Hati saya hanya tersenyum pedih.

Selamatkan mereka, jom!
wallahualam

wasalam

Monday, February 8, 2010

pengalaman semalam buat pedoman...

ngajaq budak2 kaum orang asli... boleh tahan, bagus-bagus perangainye...


Jurnal Latihan Mengajar

1 Februari 2010 ( Isnin)

Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, rupanya hidup bergelar guru bukan semudah disangka. Banyak perkara perlu ditekankan dalam hidup. Banyak benda perlu tahu, bukan sekadar soal subjek yang diajar sahaja, tetapi merangkumi segenap aspek kehidupan duniawi wa ukhrawi. Daif rasanya saya untuk bergelar seorang guru dengan ilmu yang masih cetek bak air dalam lopak kecil sahaja. Termenung sejenak ketika melayari blog-blog sahabat sahabiah perjuangan yang masih kental jiwanya, yang masih utuh cintanya, yang masih setia tahajjudnya, yang masih kilat perjuangnya subhanallah. Ya Allah aku bermohon supaya Kau kenalkan aku kepada mereka ini dengan lebih mendalam agar aku bisa sama-sama diajak ke medan mana sekalipun hatta medan jihad. Allahu Akbar. Jangan sisihkan aku, Ya Rabbi…

Guru adalah segalanya bagi insan, guru ibarat tuan kepada hamba, penguat kepada yang lemah, penasihat kepada yang memerlukan, pemberi kepada penerima, pengikat kepada yang hampir putus, tempat bertautnya segala jiwa bila diperlukannya pandangan. Guru punca kejayaan dan kegagalan anak didik, berjaya seorang guru adalah berjayanya anak-anak didiknya. Berjaya anak-anak didiknya pula bukanlah dengan menggenggam segulung ijazah, master wa PHD, bukan jaminan… tetapi berjaya anak-anak didiknya itu adalah dalam aspek keduniaan wa ukhrawi. InsyaAllah.

Guru pencetus revolusi, guru juga kunci masyarakat. Guru adalah doktor, guru adalah jururawat, guru adalah jurutera, guru adalah jurugambar, guru adalah ustaz, guru jugalah ustazahnya, guru adalah gelung simpanan ilmu, namun sejauh mana ilmu yang disimpan dapat tercurah sepenuhnya, atau sekadar ada pengetahuannya cuma, tapi langsung tak berguna untuk anak-anak didik. Nauzubillah.

Kasih guru pada anak-anak didiknya tidak bertepi, kasihnya ibu membawa ke syurga, kasihnya ayah berkorban nyawa, kasihnya guru peniup jihad (ayat terbina sendiri)… Ya, saya kira guru adalah peniup semangat untuk anak-anak didiknya. Penuip jihad, kobarkan jiwa, redahi segala. Jihad apa? Perigkat mula tentunya jihad nafsu, nafsu apa? Amarah mungkin, nafsu makan melampau sehingga asyik tidur, tertinggal subuhnya, terlupa temu janji-temu janji dengan Allah setiap waktu. Nauzubillahi min zalik.

Sepanjang hidup ini, telah banyak guru saya temui, sekalipun rakan seperjuangan, mereka tetap ada yang menjadi guru saya, penasihat ketika saya terlupa, penguat ketika saya hampir jatuh, melarang keras ketika jiwa saya lemah kepada benda lagho… syukran guru-guruku, ketahuilah hari ini dan saat ini, anak didik kalian ini juga sedang meniti ditepi landasan bersama kalian, cuma mungkin landasan saya ini rendah dan masih landai. Ajari saya apa yang saya masih cetek.

Ya Allah sesungguhnya Kau telah memberi rupa yang elok dan sempurna padaku, maka perelokkanlah pula akhlakku, (ketika melihat cermin sakti dikamar)… teringat pula satu hadist Rasulullah s.a.w, baginda pernah bersabda maksudnya lebih kurang seperti ini, sesungguhnya seberat-berat timbangan di neraca akhirat adalah AKHLAK. Subhanallah!

Tuesday, February 2, 2010

Tahukah saudaraku sekalian…?


Tahukah saudaraku sekalian…?

Ketaqwaan adalah simbol atau lambang muslim sejati yang benar-benar beriman kepada Allah. Di dalam al-Quran dan hadis, sifat taqwa seringkali dikaitkan sebagai sifat kejayaan dan kebahagiaan manusia di akhirat.


Dari Abu Zar Jundub bin Junadah dan Abu Abdul Rahman Muaz bin Jabal r.a, bersabda Rasulullah s.a.w. :

“Bertaqwalah kepada Allah di mana saja kamu berada. Dan ikutilah setiap perbuatan dosa dengan mengerjakan amalan kebaikan yang akan memadamkan dosa itu dan pergaulilah manusia dengan akhlak yang terpuji.”
(Riwayat al-Tirmizi)

Berdasarkan saranan Rasulullah s.a.w tersebut dapat disimpulkan bahawa taqwa adalah sifat yang sangat penting pada seseorang Islam yang tunduk dan patuh kepada Allah. Ia tidak dapat dipisahkan dari kehidupan manusia. Malah ia adalah lambang dan simbol utama keteguhan iman yang terpahat dalam hati Muslim.

Namun, segelintir umat Islam hari ini belum memahami pengertian taqwa yang sebenar dan kepentingannya dalam kehidupan harian. Nabi s.a.w. menjelaskan lagi konsep taqwa sebagaimana dalam hadis berikut :

” Sesiapa yang menyebut kalimah “Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dengan ikhlas, nescaya dia dapat masuk syurga.” Kemudian baginda ditanya: “Apakah maksud ikhlas itu?”. Baginda menjawab : “Iaitu kamu memelihara diri kamu daripada melakukan larangan Allah.”

Pendek kata, ketaqwaan menurut alQuran dan hadis adalah menunaikan segala amalan yang difardukan dan meninggalkan segala yang diharamkan Allah dan RasulNya. Inilah pengertian umum bagi taqwa yang sekurang-kurangnya perlu dimaklumi dan dihayati oleh umat Islam dalam kehidupan yang penuh dengan cabaran pada hari ini.

Ibnu Abbas pernah menyatakan :

“Orang yang bertaqwa ialah mereka yang sentiasa beringat akan seksaan Allah apabila meninggalkan segala perintahnya. Oleh itu, mereka tidak akan meninggalkannya dan sebaliknya melaksanakan perintahnya dengan penuh kepatuhan dan ketulusan serta sentiasa mengharapkan rahmatnya dan keredhaannya dalam semua urusan yang diperintahkannya.”

Sumber : Pelbagai