Admin

Thursday, February 11, 2010

Jurnal 12 Februari 2010



12 Februari 2010 (Jumaat)



Assalamualaikum wbt…
Subhanallah… peluang ini tak datang berulang kali dalam hidup ini. Ianya mungkin akan datang sekali atau pun langsung tidak. Atau mungkin singgah seketika dan dibiarkan bertenggek kemudian beredar kepada jiwa yang lain, yakni yang lebih memahaminya. Itulah dia Roh Guru. Semua orang boleh cakap, cikgu ni senang jer kerjanya, tapi berapa orang jer yang sanggup berkhidmat sebagai guru? Dan berapa orang juga yang datang dan pergi dari menjadi seorang guru? Berapa kerat jer yang mengajar dengan seikhlas hati untuk membina ummah cemerlang dunia wa akhirat? Berapa jer? Berapa???



Seorang guru…kehadirannya dinanti,
derap kakinya dikenali,
ajarannya diamati,
amalnya dituruti,
tutur katanya dimengerti,
hidupnya diberkati,
matinya diingati,
namun keikhlasan jiwanya tidak mungkin difahami,
raut wajahnya berhati-hati,
kerana kasihnya termetri,
sebuah ikatan pasti.



Dedikasi ini saya tujukan khas kepada semua insan bergelar guru yang mengajar dengan Roh Guru dan lebih-lebih lagi dengan jiwa Murobbi. Allahu Rabbi.



Bukan semua tinta yang menari di white board itu lahir seikhlas hati, saya menyanjung setiap insan bergelar murobbi. Tapi saya kecewa bila keadaan menjadi-jadi apabila ada pelajar yang nakal tidak dikasihi lagi. Mengapa begitu? Adakah jiwa ini kita lahirkan dengan jiwa guru? Berapa ramai guru-guru yang lahirnya secara tiba-tiba, asuhannya dari jiwa yang lain, namun satu saat lahirnya jiwa guru? Bisakah begitu? No way, guru tetap guru, tak akan dapat diubah ketetapan taqdirnya hidup seorang guru.



Tidak pula saya berkata guru-guru dari ijazah pendidikan ini jiwanya jiwa guru, ramai ajer yang aslinya cita-cita lain, tapi dek kerana kelatnya pekerjaan hari ini, medan guru menjadi persinggahan. DPLI wa KPLI juga saya kira tidak semua berminat menjadi guru, tetapi ada yang minat, Alhamdulillah! Ayuhlah sahabat-sahabat kita bina seteguh mungkin Roh Murobbi dalam jiwa kita supaya didikan kita menjadi, kasih sayang nan abadi tercurah untuk anak-anak didik ini.



Kepada ustaz Hashim yang dah bersara, cikgu sobri yang dah berkahwin, cikgu Lee yang belum dapat hidayah untuk masuk Islam, Sir Raffi merangkap bapa angkat, pengetua sekolah SMKTM selaku kaunselor yang sokmo-sokmo support saya kalau saya ada masalah jiwa, hehe, syukran cikgu, jasa kalian sampai mati saya kenang. Terasa ingin benar saya mendendangkan sajak guru untuk cikgu-cikgu pada hari guru nanti, kerana saya masih merasakan saya pelajar kalian tingkatan 5 (04), 6 tahun yang lalu, kelas paling pasif dan paling cemertang itulah kelas kami.

p/s : jom balik kedah... tompang!



Selamat untuk ALUMNI SMKTM yang bakal lahir sebentar sahaja lagi!
Wallahu alam,
wasalam

No comments:

Post a Comment