Admin

Monday, March 8, 2010

TANDA AKHIR ZAMAN MAKIN JELAS!



Assalamualaikum wbt...

Menjeling ke dada akhbar saban hari, hati saya makin panas apalagi ditambah dengan keadaan cuaca yang membahang...lagi-lagi kes akhlak, Allahu Akbar. Dan sekarang ni bukan remaja lagi yang keruntuhan akhlak, malah menjalar kepada mak dan ayah yang semakin menjadi-jadi. Sebab apa? Sebab yang remaja dah jadi mak ayah dalam usia yang muda, sebab itulah generasi yang lahir pun dirosakkan dan merosak. Lebih memilukan, mak yang tidak seperti mak. Saya sudah cukup terkesan dengan kes adik nurin jazlin jazimin ditambah dengan penderitaan yang lain. Sekarang ini kes terbaru adalah kes penderaan untuk adik ummi syafia yang baru 3 tahun hidup. Ya Allah, saya sedar ini adalah taqdir dan ajal, namun pemergian sebegini rupa perlukah berulang? Wahai ibu adik ummi syafia, mengapa kamu tak cegah awal, tinggalkan sahajalah manusia durjana itu, mengapa sanggup lagi kamu menjadi pacarannya sedangkan anakmu sering didera. Bila dah begini jadinya baru nak tengadah. Saya pelik. Layakkah kekasih ibu ummi syafia menjadi seorang ayah, saya dengan tegang menjawab, TIDAK layak terang-terangan! Jadi persoalan saya mengapalah diberi ruang untuk bersama sedangkan anak kecil itu emang sudah seringkali didera, tak boleh berfikir lagikah? Bila anak sudah menjadi mangsa baru menangis meraung tak terkata. Sudahlah! Semuanya pura-pura saja!

Bukan ingin menuding jari kepada mana-mana pihak, tetapi sebenarnya dan hakikatnya, semua pihak harus memainkan peranan masing-masing, bukan hanya sekadar melepaskan batuk ditangga. Anak itu apa? Untuk apa? Dan dari siapa? Anak itu amanah, untuk dijaga dan dididik menjadi anak soleh dan solehah untuk mendoakan kita dunia akhirat, dari yang Maha Pencipta. Mengapa hal ini diremehkan dan dipermainkan? Pilu saya mendengar berita dari negara luar yang membiarkan anaknya berusia belum sampai setahun dirumah, sedangkan ibu dan ayah keluar ke Cyber Cafe untuk semata-mata bermain games, dan anaknya hanya diberi susu sebotol sehari, bodoh betul ibu ayahnya! Sedangkan kita makan nasi sepinggan sehari pun tidak kenyang, inikan bayi minum susu hanya sebotol sehari? Kasihan, pertumbuhannya terbantut, dan kurus kering...

Kematian adalah satu kepastian dan peringatan, tetapi ianya bukan pengakhiran segalanya, kerana di alam baqa’ (kekal) nanti kita pasti diadili, maka perlihatkanlah kelak segala perlakuan kita didunia di layar dihadapan Allah. Berbahagialah semua bayi dan kanak-kanak ini dialam yang nyaman dan saya ingin bertemu kalian nanti, InsyaAllah!

Sebelum ditiupkan RUH ke alam RAHIM ibu, ruh telah berjanji untuk hanya mentaati Allah dan Rasul Muhammad adalah pesuruh Allah. Namun, bila terbuka mata didunia, maka terpulang kepada kedua ibu bapa untuk mencorakkan anak masing-masing, maka jadilah mereka ini, sama ada majusi, nasrani dan yahudi. Namun, adik-adik dan bayi yang meninggal ini, tidak sempat dicorak kedua ibu bapanya, mereka telah dipanggil Ilahi, apa pun saya syukur, kerana Allah sangat kasih dan sayangkan mereka, jika dibiarkan hidup dengan kehidupan keluarga mereka didunia ini pasti mereka rosak dan jahil, maka berbahagialah kalian di sana disisi kekasih hati, Ya Rabb.

2 comments:

  1. eh... Kurang cerdiknya mak ayah baby tu.... dia ingat anak2 tu ape??
    anak tu amanah ALLAH. jage baek2...
    memang dunia dah x betul....

    ReplyDelete
  2. sama-samalah kita usaha untuk membina keluarga sakinah dan dibawa hingga ke alam syurga!

    ReplyDelete