Admin

Monday, August 16, 2010

Bagaimana Nak Qadha puasa yang lepas???


Salamun alaik..

Dalam keseronokan kita menjalani ibadah puasa ingatlah jua kita kepada yang tidak mampu untuk berpuasa yakni dalam konteks keuzuran termasuk sakit dan musfir. Walaupun Allah mewajibkan puasa terhadap setiap umat Islam, tetapi Allah tidak kejam kepada hambaNya. Maka dengan itu Allah memberi kita rukhsah. Sesuai dengan firmanNya bermaksud:

‘Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana
telah diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, moga
kamu bertaqwa’                      (surah al-Baqarah: ayat 183)

Setelah ayat ini, kemudiannya Allah berfirman lagi berbunyi:

‘Maka sesiapa diantara kamu sakit atau dalam musafir maka hendaklah digantikan pada hari-hari yang lain. Dan bagi orang-orang yang tidak
berdaya berpuasa hendaklah membayar fidyah iaitu memberi makan
seorang miskin; sesiapa yang mengerjakan sunat, maka itu sangat baik
baginya dan sesungguhnya puasa kamu itu sangat baik bagi kamu
sekiranya kamu mengetahui’              (surah al-Baqarah: ayat 183)

Dari ayat 184 & 184 dalam Surah al-Baqarah sudah jelas dan nyata bahawa setiap orang Islam wajib berpuasa pada bulan Ramadhan kecuali golongan yang tertentu keuzurannya maka hendaklah digantikan dengan fidyah.
 
Di bawah ini saya nyatakan jadual bagi orang yang boleh tinggal puasa dengan hokum-hukum tertentu pula:

Dibenarkan buka puasa tetapi kena qadha
Dibenarkan tinggal puasa tetapi wajib bayar fidyah serta qadha
Dibenarkan tinggal puasa tetapi wajib bayar fidyah
  1. Orang sakit ada harapan sembuh
  2. Orang musafir yang harus pada syarak
  3. Ibu yang mengandung takut bahaya diri mereka
  4. Ibu yang mengandung takut bahaya diri dan anak dalam kandungannya sekali.
  1. Perempuan yang mengandung
  2. Perempuan yang menyusu anak

Mereka takut kalau bahaya pada anak dalam kandungan, atau takut kekeringan susunya, iaitu bagi ibu yang menyusukan anak.
  1. Orang tua yang tidak berupaya berpuasa
  2. Orang sakit tidak ada harapan sembuh
  3. Orang yang sepanjang masa kerja berat.

Sumber: Buku Hidup Ibadat Edisi baru 2009 karangan Dr. Ustaz Hj. Fadzil Hj. Ahmad halaman 230.

Cara seseorang mengqadha Puasanya:

Dalam jadual mengenai orang yang boleh meninggalkan puasa seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, nyatalah bahawa agama Islam adalah suatu agama yang cukup bertimbang rasa dan tidak membebankan umatnya dimana seseorang itu dapat melakukan ibadat kepada Tuhannya menurut keupayaannya yang dikurniakan.

Orang-orang yang meninggalkan puasa dengan sebab apa pun, diberi keluangan dan kelapangan masa untuk mengqadha puasanyaitu, asalkan jangan pula kelewatan sehingga masuk kepada bulan Ramadhan yang berikutnya. Andainya ia masih belum mengqadhanya lagi dan masuk Ramadhan yang berikutnya itu, ia dikenakan fidyah iaitu sehari secupak beras berserta qadhanya sekali: Lihat contoh di bawah:

Katakan Umar meninggalkan puasa 5 hari pada tahun pertama dan tidak qadhanya sehingga masuk Ramadhan kedua, maka ia dikenakan :

Tinggal 5 hari
Qadha 5 hari ini bagi tahun pertama, yakni masuk tahun ke 2

Beras 5 cupak = 1 cupak sehari
Tinggal 5 hari
Qadha 5 hari ini bagi tahun pertama, yakni masuk tahun ke 3

Beras 10 cupak = 2 cupak sehari
Tinggal 5 hari
Qadha 5 hari ini bagi tahun pertama, yakni masuk tahun ke 4

Beras 15 cupak = 3 cupak sehari

Begitulah seterusnya sekiranya Umar masih juga belum mengqadha puasanya, maka jumlahkanlah berapa tahun yang belum dijelaskan puasa yang ditinggalkan itu dan berapa pula yang patut dikenakan fidyahnya.

Sebagai seorang Islam yang mengakui menjunjung perintah Allah, maka janganlah lalai untuk mengqadha puasa yang ditinggalkan itu.Lagi cepat kita qadha lagi besar faedahnya yang kita dapati dan ringan penganggungan kita terhadap Allah SWT.

Alhamdulillah, sama-sama ambil peringatan bagi yang dah tahu dan semuga bermanfaat perkongsian ini bagi yang sebelum ini belum pernah tahu ini.

Sekadar ini, mohon ampun jika ada tersalah kata . wallahualam

Sumber Rujukan salinan: Buku Hidup Ibadah edisi baru 2009

No comments:

Post a Comment