Syawal...

by - September 21, 2010

Salam Syawal mulia…

Setiap yang bernafas pasti akan merasai mati. Itu hakikat yang memang tidak boleh dipertikaikan lagi. Mahu tidak mahu, percaya atau tidak segalanya memang sudah dijanjikan. Cuma mungkin masa, ketika, tempat dan bagaimana kematian itu berlaku masing-masing berbeza bagi setiap makhluk. Tragedi ngeri yang berlaku kepada Dato’ Sosilawati Lawiya juga berbeza dengan kematian datuk atau nenek kita atau sesiapa juga sebelumnya.

Kematian beliau adalah antara yang terkejam yang pernah berlaku. Beliau dan 3 lagi yang lain ditusuk dengan benda tajam di leher dan di pukul bertubi-tubi. Kemudiannya, dibakar di atas 6 keping zink dan setelah itu abu mereka di hanyutkan di pantai. Bayangkan betapa dahsyatnya kepergian mereka.

Sehingga beberapa hari kes ini disiasat dan akan disahkan keputusan ujian DNA mereka. Kita mungkin tidak terlibat apa-apa atau tidak punya hubungan saudara apa pun dengan mereka. Tapi sedikit sebanyak kita merasai penderitaan mereka. Atas dasar keperihatinan saudara seagama dan sebangsa juga senegara kita wajar bersimpati atas nasib yang menimpa mereka ini. Allahu akbar.

Saya kira kisah mereka ini sangat terkesan dan memberi seribu pengajaran dan pengertian buat kita.

Wallahu’alam.

You May Also Like

0 comments

Selamat Berkomen. Silakan komen yang membina ya!