Hari ini aku adalah insan yang diberi jiwa murni. Aku digelar ustaz dalam kalangan pelajar-pelajar dan teman-teman. Nikmatnya terasa diri dihargai sedemikian. Kini singa itu mungkin sudah tua dan lemah. Tidak mampu lagi dia melibas aku ke sana ke mari. Baru hari ini juga aku sedar bahawa singa itu adalah ayahku yang selama ini sangat menyayangiku. Dulu darah mudanya yang membuak membuat dia kurang sabar. Namun, dia sudah merangkak ke alam tua, jiwanya lebih tenang dan sabar.
Aku ingin bicara satu perkara. Sekarang akulah anak yang paling menghargai ayahku. Aku sayang dia sepenuhnya. Segala kesakitan silam masih terpahat, namun itu sebagai mahar untuk aku lahir sebagai seorang insan cemerlang. Ayah sudah pergi. Tapi ayah tinggalkan semua kenangannya padaku.
Ayah, aku rindu padamu. Andai kau mendengar aku hari ini, ketahuilah aku ingin lahirkan perasaan dengan lafaz terima kasih buat ayah!
Dalam dunia global dan era millennium kini, anak-anak makin sukar dibentuk.apalagi jika gunakan kekerasan seperti zamanku. Mungkin kaedah itu tidak menjadi. Tapi pukullah sekadarnya sekiranya kedegilannya melampaui batas.
Anak-anak hari ini, aku ingin berpesan, ‘ingatlah seperit mana pun kenangan silammu, semua itu tidak lain hanyalah sebagai mahar untuk kita lahir sebagai manusia berguna. Jangan lupa mendoakan kedua orang tua kita, ketahuilah bahawa keredhoan Allah terletak pada keredhoan ibu dan ayah kita’
Wallahu’alam
p/s: kepada pelajar tingkatan 3 SMK tanah merah dan seluruh Malaysia , selamat menjalani ibadah menjawab soalan percubaan PMR. Matematik make sure dapat A ok!