Admin

Tuesday, February 15, 2011

Berselawatlah Kamu Kepada Nabi

Allah Berfiman," Berselawatlah Kamu Kepada Nabi"

KELIMA: Memperingati kelahiran Rasulullah (s.a.w) akan membuatkan hati kita tergerak untuk berselawat keatas Nabi (s.a.w) dan memuji baginda yang merupakan satu perkara yang diarahkan oleh Allah di dalam ayat,

"Sesungguhnya Allah dan para Malaikat berselawat keatas Nabi, wahai orang-orang yang beriman ! berselawatlah kamu dan berilah salam keatasnya" (Al-Ahzab:56). Berkumpul beramai-ramai dan mengingati Nabi (s.a.w) akan membuat kita mudah untuk mendoakan baginda serta berselawat dan memuji-muji baginda. Siapakah yang berhak untuk menghalang apa yang telah Allah perintahkan di dalam Al-Quran? Pahala dan manfaat serta cahaya yang Allah berikan kepada hati kita kerana mematuhi perintahnya, tidak dapat diukur. Suruhan itu pula dinyatakan dalam keadaan jamak (ramai - 'plural') didalam kaedah nahu bahasa Arab (sila rujuk ayat al-Quran) : Allah dan MalaikatNya berselawat dan memuji Nabi - didalam satu perkumpulan yang ramai. Adalah tidak benar sama sekali untuk menyatakan bahawa selawat keatas Nabi (s.a.w) hanya boleh/perlu dilakukan secara bersendirian.

sumber :http://www.sunnah.org/publication/malay/maulid.htm#2-5

Thursday, February 3, 2011

Nak tergelak pun ada...

Assalamualaikum wbt...

Dalam kita dok sibuk pada berita perkembangan keadaan mesir dan pelajar-pelajar Malaysia kat sana... ada juga saki-baki jahanam tu tersesat di Malaysia ni rupanya... Hai.... tak tau la nak cakap apa lagi dah... nak tergelak pun ada, tapi hope lepas ni semua ibu-ibu dan bapa-bapa juga anak-anak kena jaga-jaga la diri bersama-sama... jangan kerana satu perkara yang tidak penting, kita terpaksa gadaikan yang lebih utama... nauzubillah...

apa benda yang saya nak tergelak sangat tu? ha.. mai sini tengok...


KLIK SINI

Keadaan di Mesir Memburuk...



Keadaan di Mesir - Banduan menyamar polis

03 February 2011 08:28


PUTRAJAYA: Tindakan banduan yang terlepas dan menyamar sebagai polis amat menakutkan kebanyakan pelajar Malaysia di Mesir yang tinggal di bandar Mansoura.

Banduan mula memecah masuk dan merampas senjata di balai polis sebelum membakarnya menyebabkan pengaruh polis di kawasan itu mula lumpuh dan diambil alih askar.

Keadaan itu menyebabkan pelajar tidak berani keluar dan diarahkan berkurung bagi mengelak sebarang kemungkinan buruk.

Menceritakan keadaan itu, pelajar perubatan dari Universiti Mansoura, Zulfazli Zainal, 21, berkata mereka menghadapi kesukaran untuk keluar dari rumah kerana keadaan memang tidak stabil.

Lebih teruk, katanya, banyak kedai ditutup selain bimbang dengan kehadiran banduan terlepas, menyamar sebagai polis yang berkeliaran di merata tempat.

“Keadaan memang bahaya sebab kita tidak tahu sama ada mereka yang berpakaian seragam polis itu betul-betul pihak polis atau banduan yang menyamar.

“Ini amat menyukarkan kami untuk bergerak, tetapi saya nekad keluar dari rumah seorang diri menuju ke Lapangan Terbang Borg el Arab dengan menaiki kereta sewa memandangkan saya sudah menempah tiket pulang.

“Sepanjang perjalanan, saya nampak banyak askar dan kereta kebal, masa itu baru saya tahu sebenarnya keadaan teruk, menyebabkan saya tidak sabar untuk pulang ke Malaysia,” katanya.
Zulfazli berkata, dia menaiki pesawat ke Dubai sebelum berlepas ke Malaysia menaiki Penerbangan Malaysia dan tiba di tanah air Ahad lalu.

“Alhamdulillah, saya amat bersyukur kerana selamat sampai, saya rasa lega sangat,” katanya.

Seorang lagi pelajar perubatan dari universiti yang sama, Nik Mohd Afif Hazman, 20 dari Kajang, Selangor berkata, dia amat risaukan kawan-kawannya yang masih berada di Monsoura kerana bekalan makanan semakin berkurangan.

“Ramai lagi kawan-kawan yang masih berada di sana, sekarang mereka hanya bergantung kepada tuan rumah untuk membekalkan makanan kepada mereka. “Mereka tidak boleh mengeluarkan wang kerana semua mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di bandar itu rosak,” katanya.

Katanya, kebanyakan kawan-kawannya yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah adalah mereka yang membeli tiket penerbangan Egypt Air.

“Mereka mula membeli tiket Egypt Air selepas mendapat tahu keadaan rusuhan semakin teruk, tetapi malangnya syarikat penerbangan itu membatalkan penerbangan,” katanya - BH

Berhenti menangis...!

Assalamualaikum wbt...

Ya Allah... manusia memang pelupa... mudah lupa dan senang melupakan... siapa kita hendak mengajar Tuhan itu dan ini? siapa kita untuk menentukan bagaimana nantinya kesudahan hidup kita? siapa kita untuk mengatakan sumpah itu dan ini? aku bertanya kepada hatiku dan hati kalian... siapa kita?

Jawab yang mudah saja, kita HAMBA... aku hamba... kami hamba... kita sama... yang beza cuma AMAL...

Berhenti menangis... jangan hanya cuma menangis bila diperlihatkan perkara sedih... tapi mulakan bertindak... meski tidak mampu sekuat-kuat kuasa, tongkahlah dengan selemah-lemah IMAN yakni membenci dengan hati... sesungguhnya itu lebih hebat dari sekadar menangis sahaja...

saya akui, tidak semuanya sependapat dengan saya dan penulisan-penulisan saya... cuma satu saya pinta, bukalah mata kita untuk melihat yang tidak kelihatan...

kepada anak-anak didikku yang aku kasih... pesan cikgu:

'jadilah yang terbaik untuk Allah seperti mana kita mahukan hanya yang terbaik dariNya dalam doa kita...'

kamu masih muda, dan jalan hidup masih panjang, tapi jangan terlalu kita mengharapkan pengakhiran hidup kita diusia yang tua... kerna AJAL itu tidak kenal usia... baik muda atau tua... kematian tetap akan menjemput kita ke sana...

ALAM BAQA'

wallahualam!

Cikgu Munirah