Admin

Monday, November 17, 2014

~ Kematian itu pasti ~

Bismillahi Rahmanir Rahim...

Al Fatihah untuk bapa saudara saya Allahyarham Bukhari Bin Ahmad yang telah pulang ke rahmatullah petang semalam. Saya terkilan sebenarnya sebab tak dapat balik kampung menziarahi jenazahnya untuk kali terakhir kerana terikat dengan kerja. Maklumlah dah hujung-hujung persekolahan kan... Banyak perkara penting yang harus diselesaikan.

Marilah sama-sama kita mendoakan kesejahteraan beliau untuk alamnya yang baru iaitu alam barzakh...

dan 

teringat satu perkara bila kita melihat kematian seseorang...

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: 

"Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : 
sedekah jariah,atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." 

(Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya)

Kita semua akan merasai hal yang sama, kita juga mengharapkan perkara yang sama...

Selamat meninggalkan dunia ini dan melangkah ke alam yang baru, semuga pak lang tenang di alam sana.

HANDSOCKS LYCRA COTTON ISTIMEWA UNTUK ANDA !

Alhamdulillah masih di beri ruang untuk bernafas!

Saya menjual HANDSOCK yang sangat selesa dan comel dengan harga yang sangat berpatutan.

Material kain Lycra Cotton yang sangat best!


SAIZ : M
HARGA : RM 9 EXC POS






SAIZ : L
HARGA : RM 10 EXC POS







Sangat selesa, best dan teruja!

cepat terus Wassap saya
Munirah : 0134582893

Wednesday, November 12, 2014

# kesibukan melampau di hari hari terakhir persekolahan #

Minggu ni adalah minggu peperiksaan untuk semua pelajar saya termasuk pelajar SPM 2014...

Wow... sungguh terasa penatnya sebab biasalah nak tinggal sekolah untuk sebulan... kena la bereskan kerja untuk tahun ini semuanya...

Satu persatu saya cuba siapkan dan terasa rindu akan masa2 yang lalu... rupanya sudah hampir nak masuk tahun ke 5 sudah saya di sini... mencurah bakti yang tidak pernah pudah untuk anak anak bangsa...

Cikgu sayang kalian...

~Jom mulakan bisness kecil-kecilan~

Wow... memang pecah rekod la kan... ini adalah entry ke 2 untuk tahun 2014? Nampak kan buzy? hehe...

Alhamdulillah, hari ini adalah hari ke 3 saya on page Kuih Sepit Special - Balik Pulau... dah 62 Like dan lebih daripada 30 tempahan untuk deliver nanti... ada yang post dan ada yang COD...  Kalau sapa-sapa yang berminat tu boleh jer order kat saya... atau boleh terus ke Page Kuih Sepit Special - Balik Pulau ok!

ok, back to the topic, actually promote tu bukanlah tujuan utama... cuma saya cerita berkenaan bagaimana nak mulakan bisness kecil-kecil melalui pengalaman saya. Yalah walaupun bukanlah usahawan yang berjaya, tapi setidaknya, peniaga kecil yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia perniagaan sebenar.

Saya bermula dengan menjadi agen dropship sebab tak perlu modal. Mula-mula sekali dropship cadar... dapat la untung skit... lepas tu saya beralih arah kepada dropship beg tangan... ada untung juga... best berniaga cara dropship. Tak perlu susah-susah nak post barang, cuma promote jer then kita up harga sendiri. Biasanya saya tak ambil la untuk terlalu banyak memandangkan kerja saya cuma promote jer kan heheh... kerja mudah tak kan nak untung lebih sangatkan...

Dalam setahun lebih juga la saya cuba dalam drop shipping ni... tapi perlu diingat, sebelum memulakan sesuatu perkara, kita kaji dulu apa yang kita nak buat tu ok. Saya search dulu dalam google apa maksud dropship... dan saya tengok juga hukum dalam Islam pasal dropship ni, boleh ke tidak ke... so saya ambil masa juga untuk join dropship ni...

Now, saya mula dah dengan keluarkan modal sendiri hasil aliran wang dropship dalam simpanan saya tu. Jadi saya mulakan dengan menjual Kuih Sepit Special. Tapi... ingat... jangan redah jer, kena kaji dulu, nak keluarkan modal untuk berniaga apa... kena ada target. apa pun yang kita buat kita kena faham dan tahu apa nak buat seterusnya serta ada perancangan masa panjang sekiranya perniagaan kita itu bungkus, heheh...

Saya suka kaji perniagaan walaupun saya bukanlah budak ekonomi atau akaun. Saya suka berniaga sebab sunnah, saya takut dengan risiko, tapi nak cuba juga,so kena berani kalau nak mula berniaga ok! Thats the point!

Kaji apa yang menjadi kegilaan pada satu2 masa itu. Sebab itulah saya pilih makanan sebab makanan available setiap masa berbanding cadar dan beg tangan. Makanan yang macam mana? Mestilah yang mudah di urus dan tahan lama. Semua ini memudahkan kerja kita sekali gus, fikirkan sekali tentang keuntungan atau paling tidak pulangan modal, ok ke tidak ke...

Alhamdulillah saya rasa sudah balik modal dalam masa hanya 2 hari. Seriusly tempahan memang bertimpa-timpa. Seronok dan letih sama banyak hahaha.... apa pon kepuasan menjadi keutamaan saya. dan jangan lupa berdoa dan bersyukur dengan rezki Allah beri. Jangan salahkan Allah jika kita gagal dalam perniagaan tapi cuba nilai kenapa kita gagal...

Sekadar itulah sajalah perkongsian saya. Semuga bermanfaat!

Jom Berniaga

Jom Like Page saya :

Kuih Sepit Special - Balik Pulau

Saturday, August 23, 2014

Sekejap benar sudah 4 tahun....

Allahu akbar... apa khabar blogger yang masih setia... satu update bersawang blog ni... kendian update lagi dan bersawang sawang lagi... maaflah kerja makin padat hidup makin sendat... Apa pun saya masih bersyukur kerana masih ampuh bertahan dalam arena blog ini... meskipun sudah semakin uzur...

Sekejap benar sudah 4 tahun berlalu... meninggalkan zaman UPSI yang sangat best... rindunya... sudah 4 tahun juga la aku menjalani impian aku di sini SMK Teluk Kumbar 2... Meski banyak cabaran dan rintangan harus ditempuhi... begitu banyak kerenah zaman kini...  banyak yang berlaku tapi aku belum sempat fikir akan hikmahnya... Sekolah.... oh sekolah...

Tahun kedua aku mengajar matematik di sini... seronok mengajar... tahun mengapa sehingga kini kalian masih tegar... aku yang menjalani kehidupan biasa mahu menjadikan kalian luar biasa... kalian sedar atau tidak semua itu... entah aku tak pasti...

sampai hari ini kalian masih juga tidak mahu solat.... mengapa?? Bukankah solat itu tiang agama...

bercerita mengenai keadaan remaja hari ini... aku makin kasihan melihat mereka walaupun aku pun tidak sebaik mana... ingatlah kalian... solat itu teramat penting dari segala isi dunia... dengan solat kita bisa maju, kaya dan bahagia.... nah... itu kuncinya....

aku akan terus mendoakan kalian biarpun dibibir ini sentiasa meniti kata-kata yang kurang disenangi kalian wahai anak-anak didikku tersayang... bebelan seorang guru demi melihat kejayaan kalian... itu saja yang aku mahu... Solatlah sayang, sebelum kalian disolatkan kelak...

aku sayang kalian anak-anak didikku SMK Teluk Kumbar 2...

biarlah semua mengutuk termasuk aku.... tapi dalam hati masih ada rasa sayang... benci kan tandanya sayang... asalkan kalian berubah pasti akan berjaya...

jom berubah!