Admin

Wednesday, November 12, 2014

~Jom mulakan bisness kecil-kecilan~

Wow... memang pecah rekod la kan... ini adalah entry ke 2 untuk tahun 2014? Nampak kan buzy? hehe...

Alhamdulillah, hari ini adalah hari ke 3 saya on page Kuih Sepit Special - Balik Pulau... dah 62 Like dan lebih daripada 30 tempahan untuk deliver nanti... ada yang post dan ada yang COD...  Kalau sapa-sapa yang berminat tu boleh jer order kat saya... atau boleh terus ke Page Kuih Sepit Special - Balik Pulau ok!

ok, back to the topic, actually promote tu bukanlah tujuan utama... cuma saya cerita berkenaan bagaimana nak mulakan bisness kecil-kecil melalui pengalaman saya. Yalah walaupun bukanlah usahawan yang berjaya, tapi setidaknya, peniaga kecil yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia perniagaan sebenar.

Saya bermula dengan menjadi agen dropship sebab tak perlu modal. Mula-mula sekali dropship cadar... dapat la untung skit... lepas tu saya beralih arah kepada dropship beg tangan... ada untung juga... best berniaga cara dropship. Tak perlu susah-susah nak post barang, cuma promote jer then kita up harga sendiri. Biasanya saya tak ambil la untuk terlalu banyak memandangkan kerja saya cuma promote jer kan heheh... kerja mudah tak kan nak untung lebih sangatkan...

Dalam setahun lebih juga la saya cuba dalam drop shipping ni... tapi perlu diingat, sebelum memulakan sesuatu perkara, kita kaji dulu apa yang kita nak buat tu ok. Saya search dulu dalam google apa maksud dropship... dan saya tengok juga hukum dalam Islam pasal dropship ni, boleh ke tidak ke... so saya ambil masa juga untuk join dropship ni...

Now, saya mula dah dengan keluarkan modal sendiri hasil aliran wang dropship dalam simpanan saya tu. Jadi saya mulakan dengan menjual Kuih Sepit Special. Tapi... ingat... jangan redah jer, kena kaji dulu, nak keluarkan modal untuk berniaga apa... kena ada target. apa pun yang kita buat kita kena faham dan tahu apa nak buat seterusnya serta ada perancangan masa panjang sekiranya perniagaan kita itu bungkus, heheh...

Saya suka kaji perniagaan walaupun saya bukanlah budak ekonomi atau akaun. Saya suka berniaga sebab sunnah, saya takut dengan risiko, tapi nak cuba juga,so kena berani kalau nak mula berniaga ok! Thats the point!

Kaji apa yang menjadi kegilaan pada satu2 masa itu. Sebab itulah saya pilih makanan sebab makanan available setiap masa berbanding cadar dan beg tangan. Makanan yang macam mana? Mestilah yang mudah di urus dan tahan lama. Semua ini memudahkan kerja kita sekali gus, fikirkan sekali tentang keuntungan atau paling tidak pulangan modal, ok ke tidak ke...

Alhamdulillah saya rasa sudah balik modal dalam masa hanya 2 hari. Seriusly tempahan memang bertimpa-timpa. Seronok dan letih sama banyak hahaha.... apa pon kepuasan menjadi keutamaan saya. dan jangan lupa berdoa dan bersyukur dengan rezki Allah beri. Jangan salahkan Allah jika kita gagal dalam perniagaan tapi cuba nilai kenapa kita gagal...

Sekadar itulah sajalah perkongsian saya. Semuga bermanfaat!

Jom Berniaga

Jom Like Page saya :

Kuih Sepit Special - Balik Pulau

4 comments: