Berdoalah... Dia Maha Mendengar segala DOA.

by - April 25, 2017

Bismillahir rahmanir rahim....

Alhamdulillah masih bernafas untuk menghirup udara di bumi Tuhan ini. Syukur! Mentari di balik awan? Sapa dia ni... ada yang dok tertanya-tanya la pulak... alahhh... saya bukan lah orang yang dikenali, hanya ingin menapak dan bertatih di dunia blog berkongsi kisah bersama kalian pencinta blog dan penulisan.

Sudah lama saya tidak benar2 menulis kerana kekangan masa dan ujian yang tidak berkesudahan. Alahhh biasa la nama pun manusia kan? Kadang2 aktif kadang2 merudum. Apa pun terima kasih kepada sahabat2 yang masih prihatin terhadap diri kerdil ini.

ANAK

Anak adalah anugerah terindah dalam hidup. (ayat klise). Tapi memang betoi pon kan,,, (alamak terkeluar loghat utara cheq) hikhik...  Setiap pasangan yang berkahwin mesti nak anak kan... kalau tau mau anak tu pelik la skit... sikit ja la heheh... Sama la macam saya... hampir 5 tahun bernikah belum dikurniakan zuriat. setelah berikhtiar... akhirnya Allah perkenankan. Alhamdulillah masuk tahun ke 6 perkahwinan terima kami amanah Allah yang diberi nama Ahmad Idris.

Godek punya godek jumpa la satu artikel berkenaan cara mendidik anak dalam prespektif ISLAM. sapa rajin nak baca boleh buka SINI.

DIA TIDAK MEMBERI APA YANG KITA MOHON

Ok, nanti dulu. Jangan terus baca tajuk, lepas tu nak bend blog saya. Sepatutnya baca sampai habis ok! Allah memang tidak akan bagi apa yang kita minta semuanya sekali gus, tapi Dia akan beri apa yang kita perlu dan patut ada pada ketika itu. Maka bersabarlah. Sebab saya banyak belajar dari kehidupan lalu tentang erti sabar. Allah sentiasa dengar doa hambaNya dan Dia memang boleh bagi serta merta macam magik... tapi Dia tak mau buat macam tu, Dia nak kita usaha nak dapatkan semua tu tanpa kenal erti putus asa.

HAMPIR PUTUS ASA

Baiklah, saya nak cerita sedikit kisah benar. 5 tahun berkahwin itu bukan lah satu masa yang singkat. saban hari saya menunggu untuk mendakapnya, membelainya... setiap hari ok.... air mata? sentiasa bergenang dan hanya menangis bila tiada orang dan bila ada orang, menangis dalam hati jelah... dan saya pernah sampai ada hampir putus asa. Tapi cepat2 kembali semula kepadaNya. Sebab hanya Dia yang Maha segalanya. Dan selepas itu, hati saya cuma terbuka dan berserah kepadaNya. Walaupon begitu saya dan suami tidak pernah berhenti berikhtiar itu dan ini. sampailah ke satu tahap.

BULAN PUASA YANG MULIA

Pada bulan puasa itu, saya tidak mengharapkan apa2 lagi cuma berserah dan ikhtiar. Berbekalkan herbatussauda dan esp shakle dan semestinya keberkatan doa orang yang berpuasa dibulan ramadhan, Allah izinkan saya untuk merasai sesuatu di dalam rahim yang sekian lama kosong. Allah... Tq Allah Selepas saya baru saya dapat tahu yang saya berbadan dua. masa tu Allah sahaja yang tahu betapa hati ini sangat inginkan dan sangat berterima kasih tak terhingga. sehingga sujud syukur dan tak putus2 melafazkan syukur kepadanya!

SABAR YANG INDAH

Benarlah sabar orang yang redho itu hasilnya sangat indah dan tidak membebankan. Saya akur ujian itu akan sentiasa ada apa bila kita telah melepasi satu ujian. Pastinya akan ada ujian yang baru dan lebih mencabar lagi. Ujian2 lain tu, jika bekelapangan saya akan curahkan di pena online ini.

TERIMA KASIH TANDA SYUKUR

Dia telah memberi, maka kita kenalah sentiasa bersyukur. Jangan lupa banyakkan bersedekah yer! InshaAllah sedekah kita itu akan menguatkan lagi doa.

DOAKU UNTUK MEREKA YANG MASIH BELUM DIKURNIAKAN ZURIAT

Ya Allah, Kau permudahkanlah dan izinkanlah janin untuk menapak dalam rahim2 ibu yang ingin merasainya. Kau berilah peluang kepada mereka merasai nikmat mengandung dan nikmat sakit untuk melahirkan amanahMu yang sangat indah itu. Tidak tergambar dengan kata-kata ok! Semuga kalian berpeluang untuk merasainya. Saya selalu doakan untuk semua sahabat.



Image result for khasiat esp shaklee

just share ok, saya tak jual produk ni.

Image result for nuderm herbatussauda

saya share, saya ambik harbatussauda jenama ini. ingat, saya tak jual produk ni... sila cari sendiri yer..


Si Kecil saya, Amanah Allah!

terima kasih, wasalam!

You May Also Like

0 comments

Selamat Berkomen. Silakan komen yang membina ya!