Search This Blog

Saturday, April 17, 2010

KAU KEKASIHKU

Dia yang ku kasih,
Dia yang lagi dikasihi Ilahi,
Aku menyimpan lama berkurun,
Satu rasa untuk bertemu,
Menatap sebuah wajah cahaya yang terpuji,
Menagih cintanya kembali.

Aku bermohon kepadaNya,
Supaya diangkat darjatnya,
Seperti yang telah Engkau janjikan,
Di mana lagi kan ku cari ganti,
Wahai kekasih hati nan satu,
Merinduiku sebelum aku merinduinya,
Menyintaiku lebih dari aku menyintainya,

Allahu Robbi,
Hati menangis jua merintih,
Ingin benar bertemu dan menyaksikan kehebatannya,
Tentu dan pastinya lagi hebat dari yang sedia tahu,
Kerana aku menyanjung mulia dirinya,
Menyayangi dirinya lebih dari segala yang ada.

Bantu aku wahai Pencipta rasa ini,
Bantu aku bergegas bersua dengannya,
Mengucapkan, melahirkan cinta yang rendang,
Menyusuru perjalanan jihadnya,

Kasihan kekasihku Ya Allah,
Dunianya bermatian mempertahankan cintanya,
Meninggalkan buatku satu pesan,
Hanya pasti aku akan sentiasa berada di jalan yang lurus,
Dengan menggigit Quran wa Hadith dengan gerahamku.

Subhanallah,
Kasihnya dia padaku,
Aku pasti mengikut sabdamu kekasihku,
Sampai bertamu kita di singgahsana,
Indah bertakhta permata,

Sudikah engkau?

-perumahan awam 1-
10.30 pg

ALANGKAH BAIKNYA KALAU SEMUA, BARU DAN BANYAK…


Salah seorang Nabi s.a.w sedang nazak, diambang sakhratul maut. Dalam ketika itu beliau ada sempat menyebut ayat seperti ini, ‘Alangkah baiknya kalau semua, alangkah baiknya kalau baru, alangkah baiknya kalau banyak.’ Sahabat-sahabat yang lainnya terdiam dan tertanya-tanya apakah maksud kata-kata sahabat yang nazak itu.

            Mereka pun ada yang datang menemui Rasulullah dan bertanya kepada baginda akan hal tersebut. ‘Ya Rasulullah, ada seorang sahabat diambang sakhratul maut, dan dalam keadaan itu, beliau ada menyebutkan ‘Alangkah baiknya kalau semua, alangkah baiknya kalau baru, alangkah baiknya kalau banyak’. Rasulullah tersenyum. Sahabat-sahabat ini bertanya lagi, apakah maksudnya ya Habibi?

            Rasulullah mulakan dengan menceritakan segalanya. ‘Sahabat ini ketika sihatnya dulu pernah melakukan tiga perkara. Perkara pertama, suatu hari beliau sedang makan. Di tangannya hanya ada sebuku roti yang termampu untuk dia makan untuk sehari itu. Sebelum sempat dia menjamah, datang seorang pengemis lalu berkata, ‘ Saya melihat saudara sedang makan, bolehkah jika diberikan sedikit kepada saya kerana saya sudah sekian hari tidak menjamah makanan.’ Sahabat itu lalu mengambil roti yang sepatutnya menjadi makanannya pada sehari itu, dan dibahaginya kepada dua bahagian, satu daripadanya dihulurkan dengan sepenuh keikhlasan kepada pengemis tersebut. ‘Satu bahagian ini untuk saya’, katanya. Maka diambang saat kematiannya beliau diperlihatkan di hadapan layar matanya segala pahala kebaikan di syurga kepadanya atas keikhlasannya itu walaupun hanya sebahagian dua roti, lalu dia pun berkata, alangkah baiknya jika semua bermaksud alangkah baiknya jika semua roti itu berikan kepada pengemis tersebut, maka lebih banyaklah pahala yang didapatinya.

           
            Kemudian Ya Rasulullah, apakah pula maksudnya dengan ‘alangkah baiknya jika baru. Rasulullah berkata, perkara kedua, dahulunya sahabat kita ini ketika waktu sihatnya, beliau dalam perjalanan ke suatu daerah, dalam perjalanannya beliau ternampak seorang pak cik uzur yang dalam kesejukan dan bajunya sudah koyak rabak. Sahabat ini menanggalkan baju luarnya yang cantik sedikit dan masih baru, dan memberikan sehelai baju yang dipakai berlapis-lapis dibahagian dalamnya yang tidaklah secantik baju yang dipakai diluar. Dan ketika nazak ini, Allah s.w.t memperlihatkan kebaikan dan keuntungannya di alam sana kelak, maka beliau pun berkata ‘alangkah baiknya kalau baru’, bererti lagi baguslah jika baju yang diluar yang dipakainya yang masih baru itu diberikan kepada pengemis itu. Mungkin lebih banyak lagilah pahala yang diperoleh.

            Sesudah itu, apakah pula yang dimaksudkannya dengan ‘alangkah baiknya jika banyak’ ya Muhammad? Nabi pun menjawab, ketiganya, sahabat ini ketika waktu sihatnya dahulu, beliau sedang berjalan bergegas untuk ke masjid, namun dihadapan perjalanannya ada seorang tua yang sudah uzur dan lambat pula jalannya, untuk memelihara dan menuruti pesananku, beliau tidak mendepani orang tua itu, malah di kendongnya orang itu sehingga sampai di masjid, lalu orang uzur itu berkata kepadanya, ‘saya orang jahudi’, beliau tidak langsung marah tetapi sahabat terus bertanya, ‘dimanakah rumah pakcik, boleh saya hantarkan’, setelah diberitahu sekian tempat maka dikendongnya lagi pak cik tua itu sehingga sampai di depan rumah orang itu, barulah beliau kembali semula ke masjid untuk solat. Di waktu sakhratul mautnya Allah s.w.t menunjukkan segala kebaikan yang bakal diperoleh di alam syurga atas sedikit kebaikan demi keikhlasannya kepada orang tua itu, lantas beliau pun berkata, ‘alangkah bagusnya jika banyak bererti alangkah bagusnya jika banyak tangan yang dikurniakan Allah kepadanya untuk membantu lagi.

Subhanallah, hebatnya sahabat ini, insyaAllah kita juga mampu bertindak sedemikian, ikhlas dan sabar itu kunci segala kebaikan, maka dengan itu, tepuklah dada tanyalah IMAN.

‘teringat pesanan Allah, Nabi dan ibu,: jika mahu bersedekah berilah yang baru, cantik dan elok, lebih-lebih lagi barangan yang kita sayang dengan seikhlas mungkin, insyaAllah akan kita peroleh yang lebih indah dari yang kita hulurkan. Allahu Robbi.

Wallahu’alam bisowab,

Wasalam

(dari ceramah ustazah Siti Nor Bahyah :
ditulis setelah usai mendengar ceramah : 8.30 pagi,
      perumahan awam chenderong balai, perak,
      Isnin – 29 mac 2010)