Search This Blog

Wednesday, October 6, 2010

MASBUQ DALAM SEMBAHYANG JEMAAH.

'Sesiapa berjalan untuk berjamaah sembahyang fardu, maka samalah seperti berjalan untuk menunaikan fardu haji. Dan sesiapa yang berjalan untuk menunaikan sembahyang sunat samalah seperti berjalan untuk mengerjakan Umrah Sunat.’


(Diriwayatkanoleh Al-Tabrani)






Sembahyang Jemaah ialah sembahyang beramai-ramai iaitu sekurang-kurangnya dua orang; seorang imam dan seorang makmum. Subhanallah, pahala sembahyang jemaah seperti dalam hadis Nabi saw yang bermaksud:






‘Sembahyang Jemaah itu lebih baik daripada sembahyang bersendirian sebanyak 27 darjat (kelebihan)’






Begitu banyak sekali darjat yang Allah kirimkan melalui sembahyang berjemaah. Namun, masih ramai lagi antara kita yang beralasan untuk solat jemaah. Mereka beranggapan sekiranya mereka tidak bermula takbiratul ihram pertama dengan imam bermakna tidak dapatlah mereka bersembahyang jemaah bersama imam. Ada juga yang tidak tahu macam mana nak masuk dalam sembahyang jemaah yang sudah bermula lebih dari satu atau dua rakaat.






Terdapat beberapa istilah dalam sembahyang jemaah yang kadang-kadang kita tak tahu dan tak faham. Meh sini nak terangkan sikit. Mudah-mudahan dengan penerangan yang ringkas ini mampu untuk memahamkan kita semua, InsyaAllah.






Antara istilah yang kita biasa dengar adalah makmum masbuq.






Masbuq membawa maksud orang yang sembahyang di belakang imam yang tidak ada kesempatan untuk menyempurnakan bacaan fatihahnya.






Muafiq pula membawa maksud orang yang sembahyang di belakang imam yang sempat membaca surah al-Fatihah dari awal hingga akhirnya.






Mufaraqah pula ialah niat berpisah daripada imam sembahyangnya.






Bagaimana nak laksanakan sembahyang jemaah bagi yang masbuq? Jom ikut cara-cara ini.






- Andainya didapati imam sedang berdiri di dalam bacaannya, orang yang masbuq berasa khuatir kalau-kalau ia tidak sempat menyempurnakan bacaan fatihahnya maka bolehlah tinggalkan bacaan doa iftitahnya. Ertinya sempat selepas takbiratul ihram terus sahaja membaca fatihah. Jika imam rukuk waktu ia belum selesai fatihah, terus sahaja turut rukuk, bersama-sama. Sabda Nabi saw yang bermaksud :






‘Sesiapa mendapat satu rakaat sembahyang besama imam sesungguhnya ia telah mendapat pahala berjamaah’






- Andainya kita dapati imam sedang sujud atau sedang membaca tasyahhud (tahiyat) hendaklah kita mengangkat takbiratul ihram dan terus turut sujud atau duduk membaca tasyahhud bersama-sama imam dan mengikut segala perbuatannya pada waktu itu. Akan tetapi ia tidak boleh dihitung sebagai mendapat rakaat; ia hanya mendapat pahala berjamaah sahaja. Bila imam memberi salam, janganlah kita mengikutnya, tetapi kita hendaklah bangun menyempurnakan rakaat sembahyang kita hingga selesai.






Alhamdulillah, moga-moga catatan ringkas ini mampu membantu kita dalam usaha ke arah kebaikan dan kesejahteraan kehidupan dunia akhirat.






p/s : Sapa tak mau jadi jutawan akhirat sila angkat kaki dari blog ini…






Sumber : kitab Hidup Ibadah karangan Dr Ustaz Hj Fadzil Hj Ahmad edisi 2009






Wallahu’alam!


Wasalam wbt.

7 comments:

  1. Assalamualaikum.. nk tnya slepas imam beri salam. Kte xperlu ikot.kte tros bgun smula n troskn smbyang.. sy nk tnya.. brapa rakaat lg kte harus truskn..??

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.. lg 1..smasa makmum masbuk nk msok dlm solat itu.. nk kne bca niat ataupun tidak yer?? Lg 1 msa nk mnangkt takdbir perlu kuat kn suare ataupon xperlu?? Trima ksih.

    ReplyDelete
  3. wslm wbt...

    maaf sebab baru perasan ada komen...

    soalan pertama tu pasal berapa rakaat lagi nak tambah kan? kita hanya perlu tambah berapa rakaat lagi yang kita dah tertinggal al fatihah.... ok.

    soalan kedua tu... masbuk kena niat cam biasa, lepas tu terus ikut pergerakan imam, abaikan dulu semua rukun yang kita dah tertinggal tu , sebab nanti kita ganti balik masa imam dah beri salam, dan tak perlu kuat... sekadar mendengar ditelinga sendiri...

    insyaAllah, bersama perbaiki solat kita... wallahu'alam bisowwab

    ReplyDelete
  4. Jika imam suda smpai ke tahiyat akhir adakah kita perlu ikut bacaan tahiyat akhir juga ?

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. kita cuma teruskan membaca tahiyatul awal.. dan kedudukan seperti tahiyatul awal sebab kita nak sambung rakaat kita yang tertinggal lagi....

    ReplyDelete
  7. Waktu solat zuhur cthnye, jika kita x smpat hbis al fatihah pd rakaat ke2, adakah kita prlu gnti rakaat tsbut menjadikn jumlah yg perlu diganti 3 rakaat atau rakaat itu dikira?? Lagi satu adakh kita perlu bce tahiyyatul akhir sekiranye kita ada rakaat yg prlu diganti strusnya??? Harap maklum balas saudari/saudara segera.. Terima kasih.

    ReplyDelete