Search This Blog

Wednesday, December 15, 2010

~Tampang Yang Di Jajah~

Assalamualaikum wbt…

Alhamdulillahi wabihamdihi… memakin hari keadaan semakin dingin malah mungkin hampir kaku kini. Aku berdiri di birai jendela melihat perlakuan manusia tidak berperikemanusiaan. Apakah masih ada lagi manusia yang dijajah sebegini? Sungguh aku kasihan melihat si dia itu. Tanpa ibu… tanpa ayah bersama. Mereka merangkah, meraung minta dilepaskan. Apakah aku yang salah perhitungan. Mainan apa semua ini? Aduhai remaja itu, sungguh kasihan aku melihat tampangnya dia.

Hari ini bangsa kita terus dijajah dan terjajah. Meskipun kita punya agama, punya rasa bertuhan. Namun tak ramai yang merasai nikmat itu. Remaja kini seolah-oleh lupa akan asal usul mereka? Sudah merasa diri makin hebatkah? Makanan itu haram. Tapi tetap mahu dirasai. Apa otaknya sudah tidak bisa berfikir lagi? Ketandusan atau tersumbat kali? Kasihan mereka, sehingga kini masih terus dijajah bangsa asing itu. Aku juga khuartir, apa generasi aku kelak akan seperti ini atau lebih kasihan dari ini? Semoga saja tidak…

Dalam dunia maya, wah! Aku lihat semuanya makin hebat… ya, hebat dalam erti kata tidak tahu langsung aplikasi sebenarnya alam maya ini. Mungkin dibenak fikirannya hanya tahu alam maya ini untuk akses benda-benda yang itu… Sungguh kurang ajar namanya remaja itu. Jalan fikirannya yang sempit melambangkan dirinya yang sengkek. Aduh, sungguh aku makin kasihan kepadanya…

Remaja kita… ramai yang bijak kata… tapi berapa kerat saja yang bijak membaca? Jangan salah tafsiran kata… membaca bererti mengaji alif bad ta…  apalagi baca quran selancarnya… Kasihan lagi aku kepada mereka. Apakah salah ibu bapa? Tidak mengajar tulis baca? Ataukah mereka yang ingkar kata?

Semakin jauh aku meniti perjalanan kehidupan, semakin aku temui ramai yang kebuntuan. Maka dengan itu, mungkin juga ramai yang hilang rasa bertuhan. Bunuh diri jadi habuan. Lupakah kita pada ajaran Quran? Tunjuk ajar Muhammad pesuruh Tuhan? Ke mana kita jauh sudah meninggalkan jalan? Jalan hidup Islam adalah sebaik panduan. Menangis hati ini keranamu remajaku.

Allah kurniakan kita aqal sihat lagi berfikiran. Apakah kita sedungu lembu-lembu di ladang wak leman? Tidak mampu berfikiran yang sebaiknya? Ingatlah dunia ini tentunya sementara buat kita, persinggahan seketika cuma… Pasti hanya dua jalan untuk kita pilih ke tempat baqa’ kita… Cuma tinggal pilih saja… jalan mana? Jalan sempit atau lorong luas?

~Tepuk dada tanya IMAN~

Wallahualam!

Saturday, December 11, 2010

Kenapa Perlu Berusaha Sedangkan Semuanya Telah Ditentukan?


Kenapa perlu susah-payah jika semuanya telah pun ditakdirkan? Kenapa harus kecewa sebelum bertemu gembira? Kenapa si dia tidak datang begitu sahaja?

Begitu juga para sahabat nabi, mereka pernah bertanyakan soalan yang hampir sama lebih 1400 tahun yang lalu.

Menurut Ali Abi Talib, pada suatu hari ketika para sahabat sedang menghadiri satu pengkebumian, Rasulullah datang dan duduk berhampiran. Para sahabat kemudian duduk mengelilinginya. Beliau menggenggam sebatang kayu kecil sambil menggores-gores tanah. Rasulullah kemudian bersabda, “Setiap daripada kamu yang diciptakan telah pun ditentukan neraka atau syurganya.” Bertanya salah seorang sahabat, “Kalau demikian, apa perlunya kita beramal ya Rasulullah?”

Mendengar sedemikan, Rasulullah bersabda lagi, “Beramallah, setiap orang akan dipermudahkan oleh Allah kepada jalan yang telah ditetapkan oleh-Nya.” Kemudian beliau membaca surah Al-Lail ayat 5 hingga 10” [1]

Di dalam surah Al-Lail ayat 5 hingga 10, Allah telah berfirman, “Adapun orang yang memberikan (menafkahkan hartanya) apa yang ada padanya ke jalan kebaikkan dan bertakwa (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya). Dan dia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik. Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (syurga). Sebaliknya orang yang bakhil (daripada berbuat kebaikkan) dan berasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya. Dan dia mendustakan perkara yang baik. Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan. ”

Begitulah penjelasan nabi ke atas pengertian takdir dan amalan manusia. Beliau tidak menyuruh para sahabat mempersoalkan ketentuan tuhan, sebaliknya menyuruh mereka memberi fokus kepada usaha dan amalan semata-mata.

Firman Allah di dalam Surah Al-Mulk ayat 2, “Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya;”

Hidup ini adalah untuk berusaha dan beramal, bukan untuk mempersoalkan takdir. Jangan ditanya, “kenapa perlu mencari si dia sedangkan si dia telah pun ditentukan” sebaliknya tanyalah diri sendiri “apakah usaha yang telah dicurahkan di dalam perjalanan mencari si dia.”

Wallahu’alam.

sumber : blog ini

Friday, December 10, 2010

SAAT LAFAZ SAKINAH

Heningnya...
Sunyi suasana...
Lafaz sakinah bermula


Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah, tangis ibunda


Adalah aku, wali puteriku
Serah kini amanahku ini pada mu
Nafkahilah dia, curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya


Dulu esakkannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna, dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu


Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya




Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu



Tajuk: Saat Lafaz Sakinah
Lagu: Hafiz Hamidun
Lirik: Fadzli Far East





Thursday, December 9, 2010

Dialog Aku & Hati...

“ Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun ( beribadat ) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah ( beribadat ) disepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh ”-
Ibrahim Al-Khawas RA






Tirai malam dibuka. Di hujung pentas dua sahabat karib sedang berbicara. Aku dan Hati. Kelihatan sang Hati berduka nestapa.




Aku: Duhai hati, mengapa kau bermuram durja hari ini? Kongsilah masalahmu padaku.




Hati : Aku kongsikan kiranya kau sudi mendengar.




Aku : Ya, aku ingin mendengar.




Hati : Bagaimana aku tidak bermuram. Aku sedih. Kau tidak seperti dulu lagi. Kau tidak lagi menemani aku dengan Tahajjudmu dimalam hari. Kau biarkan aku merintih rindu pada Tuhan.




Aku : Maafkan aku. Apakah itu sahaja? Wajahmu jua kulihat pucat tidak bermaya. Mengapa begini?




Hati : Wahai diri, mana mungkin aku tidak pucat sebegini kalau tidak kau tidak berikan aku makanan padaku lagi?




Aku : Makanan? Apa maksudmu? Aku tidak mengerti.




Hati : Bodohnya engkau. Bukankah dahulu engkau memberi aku makanan kepadaku dengan bersedekah pada yang memerlu? Mengapa sekarang kau tinggalkan sedekah itu??




Aku : Jahilnya aku. Aku minta maaf. Apa lagi yang membuat engkau menjadi lemah dan tidak bermaya begini?




Hati : Ke mana Al Quranmu minggu ini? Aku belum mendengarnya walau sepatah. Aku rindukan lantunan ayatNya. Mengapa kau begini? Mahukah engkau melihat aku mati lantaran tidak ku dengar lagi ia kini?




Aku : Jangan begitu wahai hati. Aku bersalah! Aku bersalah! Maafkan aku. Aku tidak mahu melihat engkau mati atau derita. Terus khabarkan padaku apa lagi yang membuat kau menderita sebegini?




Hati : Aku merasakah hidupku kosong. Tiada ruh. Tahukah engkau mengapa?




Aku : Tidaklah engkau lebih mengetahui dari aku. Aku ternyata jahil sekali.




Hati : Ke mana solat jemaahmu? Aku merasa duniaku tidak bererti dan tidak ada keberkatan dek solat jemaah yang kau jauhkan. Mengapa kau sebegini teruk?? Bukankah kita pernah bersama-sama mendengar bahawa Rasulillah SAW pernah ingin membakar rumah sahabat yang tidak bersolat jemaah? Jua kau pernah membacakan hadis kepadaku berkenaan Baginda menyuruh sahabat yang buta sekalipun untuk datang mendirikan solat jemaah! Apakah kau lupa?? Maka, lantaran alasan apakah lagi yang kau berikan pada Ilahi ketika dihitungkan kelak??




Aku :Duhai hatiku sayang, Aku menyesal. Entah syaitan apa yang merasukku sampai aku menjadi begini. Aku terkadang ingin kembali kepada fitrah tetapi tidak terdaya rasa.




Hati : Kau memang bodoh! Bagaimana engkau ingin terbitkan kekuatan seandainya kekuatan itu sendiri kau halau bilamana ia menghampirimu?? Bukankah kau tahu, aku menjadi kuat dengan segala apa yang pernah kau lakukan dahulu?? Sekarang kau tinggalkannya, maka bagaimana kau dan aku ingin menjadi kuat? Kuatkan aku dalam kau maka kau akan kuat bersamaku.




Aku: Ternyata segala katamu tepat belaka. Aku memang jahil. Beruntung sungguh aku mendapat sahabat sepertimu. Suka duka bersama. Baiklah, aku akan menjadi lebih baik dari aku sekarang. Maafkan aku atas segala kekejaman aku terhadapmu wahai hati. Maafkan aku.




Hati : Aku gembira amat mendengar begitu. Ayuh, kita mulakan taubat denganNya. Moga-moga Dia menerima ampunmu dan ampunku jua.




Aku : Ayuh!




Dua bersahabat meninggalkan pentas menuju ke kamar solat. Tirai malam ditutup perlahan-lahan. Sebuah lagu diputarkan.




Tombo Ati iku limo perkorone
Kaping pisan moco Qur’an lan maknane
Kaping pindo sholat wengi lakonono
Kaping telu wong kang sholeh kumpulono
Kaping papat kudu weteng ingkang luwe
Kaping limo dzikir wengi ingkang suwe
Salah sawijine sopo iso ngelakoni
Mugi-mugi Gusti Allah nyembadani




Obat Hati ada lima perkaranya
Yang pertama baca Qur’an dan maknanya
Yang kedua sholat malam dirikanlah
Yang ketiga berkumpullah dengan orang sholeh
Yang keempat perbanyaklah berpuasa
Yang kelima dzikir malam perbanyaklah
Salah satunya siapa bisa menjalaniMoga-moga Gusti Allah mencukupi






junaidiahmad
kelanafaqir.blogspot.com
Kangar,Perlis

Tuesday, December 7, 2010

Mustahilkah Untuk Melakukan Perubahan?

Mustahilkah? Susahkah? Pasti jawapannya tidak mustahil.


Tetapi bukankah perubahan itu ada dua jenis iaitu perubahan positif atau perubahan negatif (nauzubillah).


Tiba-tiba terfikir satu persoalan.


Mengapakah untuk melakukan perubahan yang positif itu lebih susah berbanding perubahan ke arah yang lebih negatif?


Adakah kerana diri ini lemah? Lemah untuk melawan godaan syaitan?


"Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar menghalangi mereka dari jalan yang benar dan mereka menyangka bahwa mereka mendapat petunjuk" - Surah Az-Zukhruf 43 : 37


"Dan janganlah kamu sekali-kali dipalingkan oleh syaitan sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu" - Surah Az-Zukhruf 43 : 62


Tarik nafas dalam-dalam. Ambil masa, fikir sejenak.


Yang mana lebih kita kejarkan? Perbuahan yang lebih bagus atau yang sebaliknya?


Pastinya yang lebih baik.


Tetapi tidak dapat untuk kita nafikan untuk melakukan perubahan kearah kebaikan ini, jalannya dihiasi dengan ranjau yang peuh berduri, halangan, ejekan, ujian, dan semua ini adalah dugaan.


Kadang-kadang untuk berubah ini penuh dengan bisikan dan desas-desus manusia:


"Eh, kenapa A pakai tudung sekarang ini, bukankah dahulu dia seorang minah rempit, ini mesti tak lama nie!"


"Alhamdulillah, A dah mula berubah insya Allah sentiasa dirahmatinya"


Hendaklah kita sematkan dalam pemikiran kita, janganlah sesekali kita terpengaruh dengan kata-kata negatif terhadap diri kita, kerana andai kata kita terpengaruh dengan kata-kata tersebut, pasti berat kaki ini untuk melangkah ke alam baru, berat lagi hati ini untuk melakukannya.


Percayalah, kita lebih mengenali diri kita dari orang-orang lain, dan Allah lebih mengenali kita dari diri sendiri.


Tidaklah semua perkara itu manis untuk menuju ke syurga, kerana pasti Allah selitkan sedikit ujian untuk kita, bagi menguji diri ini.


"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman”, dan mereka tidak diuji?" - Surah Al-Ankabut 29:2


Apakah definisi perubahan sebenar dalam diri kita? Adakah hanya dari segi fizikal atau hati nurani? Yang mana akan datang dulu?


Sebenarnya, yang mana datang dahulu itu tidak penting, kerana yang lagi penting adalah hasilnya.


Andai kita rasa, perubahan fizikal seperti melabuhkan tudung dan pakaian itu lebih mudah, maka lakukan itu dahulu, kemudian kita melatih hati ini satu persatu, andai kita merasakan hati ini lagi senang untuk dilatih, maka latihlah ia dahulu.


Kerana perubahan itu datangnya dari hati yang ikhlas, yang tulus. Insya Allah.


Mari mulakan langkah kita bersama, kerana pintu taubat itu sentiasa terbuka.


Manusia sentiasa perlukan perubahan kerana iman kita naik dan turun. Jangan biar jalan kita dihiasi dengan futur.(sikap malas/ tangguh kerja)


sumber: i luv islam


wslm

Salam Maal HIjrah...

Salam 1 muharram untuk semua ummat Muhammad... selamat memulakan azam yang baru... semuga menjadi hamabNya yang lebih baik dari sebelumnya.. dan semuga biarpun sedikit-sedikit perubahan positif itu, tapi mestilah istiqamah... insyaAllah!

Saturday, December 4, 2010

PROTON TUAH (LIMA BERSAUDARA), NOT BAD....

Assalamualaikum wbt, tadi tengok berita di awani tv... Terkesima lihat proton terbaru keluaran malaysia... not bad... cantiklah...



Proton Tuah, generasi proton terkini...








TUAH, JEBAT, KASTURI, LEKIR DAN LEKIU....


Tak sabar tunggu dipasarkan...


wslm

Taubatku

Dalam hujan renyai,
Aku duduk bersimpuh,
Menghadap rumah Yang Maha Satu,
Jauh dari terlalai,
Tunasku kembali tumbuh,
Dan aku berlari membawa hatiku.


Dalam hujan masih renyai,
Ada rasa jiwa bertuhan,
Mengukir hati demi bersyukur,
Tidak terlafaz kalimah itu,
Hanya Engkau jualah yang tahu,
Kerna Kau ringankan segala beban.

Hidup kini menanti mati,
Hilang sudah kenangan semalam,
Dia semakin hampir,
Melambai padaku memanggil-manggilku,
Ada kesakitan yang menyucuk,
Apakah nafas sudah dihujung tanduk?

Ya Allahu Rabbi,
Inginku hentikan semuanya,
Segala dosaku jangan Kau biarkan,
Melainkan Kau beri keampunan,
Kerna kini aku sedang menanti mati,

Ya Allah,
Meskipun aku tahu,
Curahan air mata kini,
Tidak bisa membersihkan dosaku,
Namun cukuplah sekadar,
Ianya menjadi saksi kunciku,
Bahwa aku sememang benar-benar,
Sudah bertaubat…

5.38 petang, sabtu, 4/12/2010

Thursday, December 2, 2010

Belajar Hargai Masa...

Demi masa!
Sesungguhnya manusia dalam kerugian,
Kecuali orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan,
dan saling berwasiat pada yang benar, dan saling berwasiat untuk bersabar.
(103:1-3)