Search This Blog

Monday, September 28, 2009

Mana Murabbi UPSI ?


Kelewatan pagi itu bukanlah menjadi batu panghalang untuk aku menghadirkan diri ke kelas. Keriuhan, terkaman, gasakan dan kesesakan adalah satu fenomena biasa yang sudah menjadi rutin harian pelajar sini. Mungkin ini dianggap perkara asing bagi pelajar tahun satu, tetapi bukanlah aneh lagi bagi aku yang sudah pun berada disaat - saat terakhirku di sini.

Seperti biasa aku menjadi diriku sendiri, berbekalkan mata hati dan sebatang tongkat lipatku itu, aku melangkah dengan penuh keazaman tanpa ada rasa bimbang apatah lagi resah dan gusar. Aku bukan perlukan bantuan mereka, aku bisa berdiri atas kakiku sendiri. Namun, kemampuanku tetap terbatas, aku tidak bisa bergasakan dengan mereka, aku tidak mampu hatta untuk mencari celahan cahaya dalam ribuan, tapi itu mungkin hanya cahaya yang terzahir, cahaya mata hatiku mungkin jauh lebih terang berbanding mereka. Syukur ku padaNya selalu.

Selangkah tangga aku naiki sehingga tangga teratas, rupanya akulah pelajar terakhir yang menaiki bas itu. Semuanya atas usahaku sendiri, mereka? tak ada yang sudi menolongku yang teraba-raba ini. Mungkin aku ini dipandang seperti manusia yang aneh, pelik, dan paling utama, menyusahkan orang saja! Dalam kesesakan aku masih mencari kalau ada sinar pertolongan yang bakal dihulur buatku yang makin kabur, meskipun itu bukanlah satu harapan besar dariku untuk mereka. Aku mencari murabbi UPSI...

Samar-samar, aku mendengar derapan kaki diseret keluar, seolah-olah mahu turun dari bas. Aku binggung, sedangkan aku masih berdiri, dan masih juga aku dapat merasakan bahawa bas edaran suasana (kawan aku beritahu dulu) ni, belum pun bergerak walau sejengkal. Aku terasa mata tongkatku ditarik lembut, dengan satu suara, 'tunduk, tunduk...' serta merta aku tunduk, dan sudah menjangkakan satu tragedi bakal berlaku. Aku diberi tempat paling selesa. Antara dengar atau tak, aku ucapkan ' terima kasih' kepada dia yang entah siapa.

Mana murabbi UPSI? aku masih tertanya, aku tak inginkan guru, aku juga tak inginkan cikgu, aku tak inginkan siapa-siapa terlahir dari UPSI, tapi aku inginkan murabbi UPSI. Bukan sekadar mendidik, bukan sekadar mengajar pelajar kurang ajar, bukan juga sekadar apa-apa sahaja, tetapi ianya lebih dari itu, ianya datang dari hati nurani suci murni. Membantu seikhlas rela, merasa keperitan semua, menjadi putera puteri syurga, melahirkan mata-mata rantai perjuangan Islam di dunia.

'usah bicara soal berjalan kalau berdiri pun belum mampu'

wallahu ' alam

wslm

Wednesday, September 16, 2009

tak ingin berpisah......


(copy kad raya MPP jer, Terima kasih Qilah,: ihsan dari blog ukhti Qilah: http://guruohguru.wordpress.com/)

Assalamualaikum wbt,

salam lebaran syawal, salam penghujung ramadhan yang tak ingin berpisah.....

Allahu rabbi, sebegini pantas masa bersama ramadhanMu sehingga aku tidak terasa bahawa ramadhanMu akan pergi. Ramadhan kali ini aku temui sesuatu dalam diriku yang selama ini aku abaikan dan mungkin aku tidak ambil endah. Ramadhan juga membawa aku ke dasar peribadi kerana di sini aku terdidik dan mendidik jiwa supaya menjadi insan yang lebih inginkan kebahagiaan insan lain lantas sama sekali tidak mengabaikan hak diri, melainkan hanya diletakkan dipinggir sejenak. Jika ada yang mengatakan bahawa Ramadhan tidak membawa sebarang perubahan kepada diri mereka, aku marah. Ya memang aku marah, kerana mereka buta untuk menilai tetamu istimewa itu yang hanya datang setahun sekali.

Hanya yang layak dan terpilih Allah untuk berada dalam Ramadhan akan datang sahaja yang akan menikmatinya nanti, namun aku belum pasti. Manusia memang sentiasa merancang, tetapi Allah jualah perancang terhebat. Dalam syawal kelak bakal ditemui fardhilat syawal yakni puasa syawal sebagaimana hadith yang diriwatakan dari Abu Ayyub Al Anshari, Rasulullah s.a.w bersabda,

“Barangsiapa yang berpuasa Romadhon kemudian berpuasa enam hari di bulan Syawal, maka dia seperti berpuasa setahun penuh.”
(HR. Muslim no. 1164).

Diriwayatkan dari Tsauban pula, Rasulullah s.a.w bersabda,

“Barangsiapa berpuasa enam hari setelah hari raya Iedul Fitri, maka seperti berpuasa setahun penuh. Barangsiapa berbuat satu kebaikan, maka baginya sepuluh lipatnya.”
(HR. Ibnu Majah dan dishohihkan oleh Al Albani dalam Irwa’ul Gholil).

Imam Nawawi rahimahullah mengatakan dalam Syarh Shohih Muslim 8/138,

“Dalam hadits ini terdapat dalil yang jelas bagi madzhab Syafi’i, Ahmad, Dawud beserta ulama yang sependapat dengannya yaitu puasa enam hari di bulan Syawal adalah suatu hal yang dianjurkan.”


Puasa Syawal dilakukan setelah Aidil Fitri, ia tidak boleh dilakukan pada hari pertama raya. Hal ini berdasarkan larangan Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan dari Umar bin Khatthab, beliau berkata, “Ini adalah dua hari raya yang Rosulullah melarang berpuasa di hari tersebut: Hari raya Aidil Fitri setelah kalian berpuasa dan hari lainnya tatkala kalian makan daging korban kalian (Aidil Adha).” (Muttafaq ‘alaih)

Kejap lagi mesti ada yang tanya bila seseorang ada tanggungan puasa (qadho’) sedangkan ia ingin berpuasa Syawal juga, manakah yang didahulukan? Pendapat yang benar adalah mendahulukan puasa qadho’. Sebab mendahulukan sesuatu yang wajib daripada sunnah itu lebih melepaskan diri dari beban kewajiban. Ibnu Rajab rahimahullah berkata dalam Lathiiful Ma’arif,

“Barangsiapa yang mempunyai tanggungan puasa Romadhan, hendaklah ia mendahulukan qadho’nya terlebih dahulu kerana hal tersebut lebih melepaskan dirinya dari beban kewajiban dan hal itu (qodho’) lebih baik daripada puasa sunnah Syawal”.

Pendapat ini juga disetujui oleh Syaikh Muhammad bin Sholih Al Utsaimin dalam Syarh Mumthi’. Pendapat ini sesuai dengan makna eksplisit hadits Abu Ayyub di atas.

Selamat menghadapi hari pengijazahan, doa saya supaya Ramadhan dan Syawal kali ini tidak sia-sia seperti Ramadhan dan Syawal yang lepas. Kerana kita tidak pasti sama ada kita layak untuk membaiki kelak atau tidak, maka usahakan yang terbaik untuk kali ini....

InsyaAlllah, semuga Allah permudahkan segala urusan kalian, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menutup tirai ramadhan dan membuka jendela syawal nan mulia.

~selamat bermuhasabah~

wallahu'alam

wslm wbt.

sumber: http://muslim.or.id/fiqh-dan-muamalah/puasa-enam-hari-di-bulan-syawal.html

Friday, September 11, 2009

Kapan Bertemu Tetamu Misteri?


Salam Ramadhan Kareem...

Bertemu sekali lagi dalam 10 terakhir ramadhan mulia ini,

Tergerak hati

Ketika saya menyelak halaman blogger lain, kebanyakannya sibuk dengan isu terhangat, kepala lembu, hati agak terpanggil untuk membuat penulisan, tapi minda mula berpusing ligat cuba menyuarakan, apa alasan untuk diulas isu itu, ada baiknya sibukkan diri dengan menunggu tetamu misteri bulan mulia ini, itu 10 ganda lebih baik dari bersisa penulisan dengan isu yang tak berkesudahan. Namun, sempat juga juga menyelitkan komen-komen pada entry yang diselami. Semuga isu ini segera selesai.

Detik-detik pengharapan yang semakin hampir, sehingga hati tertanya-tanya adakah keluarga Lailatul qadr sudi menyinggahi kamarku pada saat mereka bertamu? Semua yang kenal keluarga ini pasti tidak sabar untuk mengundang tetamu istimewa ini untuk masuk ke rumahnya, agar bersinar segala isi rumah dengan cahaya si tetamu. Namun, tetamu itu hanya bertandang ke rumah yang dipilih Allah sahaja, Allah Hu Akbar, abis tu kita macam mana? Renungkan kembali, adakah kita layak dipilih Allah untuk mengundang tetamu seistimewa itu? Adakah cukup sekadar amalan yang kita usahakan ini? Jawapannya ada pada diri kita masing-masing.

Subhanallah, segala puji itu hanya bagi Allah, ingatlah kita di seluruh dunia sedang memasuki fasa keempat pelaksanaan ibadat puasa serta amal-amal ibadat sunat yang lain, ini bermakna sedar atau tidak, Ramadhan tetap akan meninggalkan kita buat tempoh setahun. Pilunya berpisah dengan kamu, wahai tetamuku. Wahai Ramadhan, bulan yang banyak memberi aku dan kamu peluang untuk mendapatkan rahmat Allah, keampunan-Nya dari segala kesalahan yang telah dilakukan sebelum ini, memohon kepada-Nya agar diri, keluarga serta anak-anak bebas daripada siksaan api neraka. Astagfirullah...

kesesuaian jadual dengan tetamu

Dan masa yang sangat sesuai untuk kita lakukan kesemua itu tentulah waktu yang kena diusahakan juga iaitu di sepertiga akhir malam (nak dapatkan sesuatu yang berharga, perlulah korbankan waktu nikmat), ketika ramai manusia sedang terbungkang tidur dan mungkin juga sebahagian mereka sedang enak menonton rancangan kesukaan mereka (Bola), kerana pada waktu itu suasana hening menyelubungi jiwa, justeru waktu itu juga amat berkesan untuk menyatakan rasa hati, merayu, menagih, meratap memohon keampunan mahupun hajat kepada Maha Pencipta. Apatah lagi pada malam akhir-akhir di bulan Ramadhan, terdapat satu malam yang disebut oleh Allah SWT dengan jelas sebutan namanya yang mulia dalam satu surah yang pendek, malam yang diturunkan padanya kitab suci al-Quran sebagai petunjuk kepada manusia menuju jalan kebenaran dan keselamatan di dunia dan akhirat, iaitulah dia malam yang sangat dikenali dengan Lailatul Qadr atau diterjemahkan sebagai malam takdir.

Fardhilat Tetamu kita tu...

Dalam al-Quran, Allah SWT telah berfirman yang bermaksud:

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!"

(Al-Qadr 97: 1-5)

Jelas, berdasarkan ayat di atas dapat dilihat bahawa malam al-Qadr disebut juga dengan malam yang penuh keberkatan. Sebab pada malam itu Allah mencucuri pelbagai rahmat, keampunan dan keberkatan kepada orang yang beramal dengan khusyuk dan berdoa dengan penuh keikhlasan.

"Kepada mereka Allah memberikan ganjaran kebaikan yang sama nilainya dengan beramal seribu bulan. Firman Allah bermaksud: "Malam al-Qadr itu itu lebih baik daripada seribu bulan"

(Surah al-Qadr, ayat 3) .

Muhaddis terkenal pernah berkata, Sheikh Nasyirudin Al-Albani (di dalam buku Risalah Qiyam Ramadhan) :

"Sebaik-baik malam ialah Malam Al-Qadr, kerana baginda s.a.w bersabda :'Barangsiapa yang berqiyam pada Malam Al-Qadr (berjaya mendapatkannya) dengan keimanan dan pengharapan, telah diampunkan dosa-dosa yang telah lalu' "

[Hadith riwayat kedua Sheikh dari hadith Abu Hurairah, Ahmad 5/318].

Sementara itu Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi menceritakan mengenai syarat beramal pada malam Al-Qadr, katanya :

"Membawa kepada apa yang harus dilakukan oleh seorang Islam pada malam tersebut ialah: bersolat Isya' berjemaah, Solat subuh berjemaah dan pada malamnya mendirikan qiyamullail"

MasyaAllah, Subhanallah.. begitu besarnya fardhilat yang Allah kurniakan kepada hambaNya yang berusaha memikat keluarga LailatulQadr supaya menyinggahi kamarnya pada saat itu, beruntunglah dia. Hakikatnya hari ini, manusia hanya mampu dan berani berkata malah ada yang petah berhujah, namun terjemahan hatinya, belum pasti terjawab. Biarlah kita tidak dikenali penduduk bumi, mungkin kita sangat dikenali dikalangan penduduk langit, Allah hu Akbar. Demikianlah, dalam Islam tidak sah perbuatan dilakukan secara ikut-ikut. Setiap perbuatan hendaklah didasari ilmu. Ilmulah yang menjadi penyuluh; pun begitu, ilmu tanpa amal adalah sia-sia; ibarat pokok rendang tanpa buah.

'Dah tau kelebihan tetamu, bila nak jemputnya?'

Lontaran lemah dari insan hina. MasyaAllah Tabarakallah, Astagfirullah hal'azim!

wallahu'alam

wslm

Tuesday, September 8, 2009

Kad Undangan Mr Duka?




Assalamualaikum wbt.

Salam Ramadhan kareem kembali kepada pengunjung yang saya sanjungi, saya tepanggil untuk membuat penulisan lagi mengenai epilog hidup dan hakikat penghidupan, sekadar penulisan lemah dari insan hina sebagai santapan kerohanian di 10 kedua ramadhan ini. Juga sebagai pengingat kepada hati yang sentiasa ditusuk nafsu.

Kad Undangan MR DUKA

hidup bukan sekadar suka, tetapi harus ada duka, kerana kedukaan itu memanggil kita untuk kembali berfikir mengapa kedukaan yang tidak pernah diberi kad jemputan untuk hadir itu tetap berdegil untuk muncul pada saat hati sedang bersukacita. Ketahuilah bahawa Allah sangat menyayangi kita, bila mana kita gembira, Dia tidak ingin kita terlalu gembira, lalu Dia titipkan duka agar kita sentiasa ingat padaNya walaupun Dia tidak rugi apa-apa sekalipun kita lupa padaNya, malah kitalah yang akan menanggung kerugian seumur hidup selagimana kita tidak kembali ke jalanNya... MasyaAllah tabarakallah.

Seringkali bila mana MR Duka muncul, kita tertanya-tanya mengapa aku diuji? Mengapa aku diuji seberat ini? mengapa aku tak dapat apa yang aku idamkan-idamkan? apa yang aku dapat dari semua ini? malah ada yang bertanya kepada siapa harus aku berharap? dan akhirnya muncul persoalan bahawa aku tidak dapat bertahan lagi....

Bagi Yang Mau Berfikir...

Hanya untuk bergumbira sahajakah kita dijadikan? hanya untuk menikmati dunia sahajakah kita dihidupkan? hanya untuk berfoya-foya sahajakah kita dikandungkan dirahim bonda, ketika mana bonda susah payah melahir dan membesarkan kita, sekadar ini sahajakah kekuatan kita untuk meneruskan kehidupan? - lebih baik pergi mati kalau sekadar ini sahaja yang kita mampu. Ingatlah, bahawa Allah tidak menjadikan setiap dari kita ini sia-sia, sudah pasti ada asbabnya and have its function. saya keluarkan kata-kata, no body is nothing, all is for a reasons. lillahi ta'ala, pastinya kita tak akan tergelincir dari jalanNya.

segala persoalan yang diutarakan diatas pastinya ada jawapan, dan setiap jawapannya telah Allah persiapkan in detail in Quran NulKareem.

Menjawab setiap persoalan


mengapa aku diuji?

'
Apakah manusia mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "kami telah beriman", sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta'

(al-Ankabut ayat 2-3)

Mengapa aku diuji seberat ini?

'
Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya'

(al-Baqarah ayat 286)

mengapa aku tak dapat apa yang aku idamkan-idamkan?

'
Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal itu amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui'

(al-Baqarah ayat 216)

apa yang aku dapat dari semua ini?

'
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka...'

(at-Taubah ayat 111)

kepada siapa harus aku berharap?

'
Cukuplah Allah bagiku, tidak ada tuhan selain dariNya Hanya kepadaNya aku bertawakkal'

(at-Taubah ayat 129)

dan akhirnya muncul persoalan bahawa aku tidak dapat bertahan lagi....

'
.... dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir'

(Yusuf ayat 87)

Subhanallah, masyaAllah, sebelum sebarang pertanyaan diutarakan lagi, sejak awal Allah telah berikan jawapannya kepada kita, mengapa masih ada yang mempersoalkannya...

Ayat Keramat Yang Menundukkan

'Maka nikmat Tuhan yang manakah yang kamu dustakan?'

(al-Rahman ayat 36)

setiap kali diperdengarkan ayat ini, dan diulang-ulang, tundukan wajah hingga mencecah bumi, genangan air mata saya menghujani wajah, sepertinya terasa diri ini dilembah paling rendah dan paling bawah, masyaAllah, selamatkan kami dari musibahMu, sekiranya kami ditimpakan musibah Kau berilah kami kekuatan agar kami bisa kuat untuk menghadapinya, segalanya atas pertolonganMu Ya Rabbi.

Keberkatan Hidup

Bila mana hidup kita ini kita sandarkan pada Allah, segala perbuatan hanya kerana Allah, saya yakin pastinya kita tidak akan berani untuk menabur dosa yang sudah memang sentiasa bertimbun di pundak kita selama hidup ini. Sesungguhnya memang, memang kita hamba yang hina, lemah dan tidak sempurna, tetapi kita adalah sebaik-baik penciptaan yang Allah jadikan. Namun ini bukanlah untuk menjadikan kita bongkak, meninggi diri dimuka bumi, kerana sebaik-baik penciptaan ini, ditugaskan juga seberat-berat tugasan. Yakin akan ketentuan Allah pastinya kita akan menjadi manusia yang sentiasa sudi menerima segalanya dengan redha dan pasrah kepada Allah semata-mata.

Pun begitu, hidup juga bukan sekadar berserah sahaja kepada Allah semata-mata tanpa usaha dan doa. Allah memberi memang yang setimpal dengan apa yang kita lakukan, baik hukuman maupun hadiah sekalipun sebesar zarah kedua-duanya dipandang Allah dan dihisab. Subhanallah, Selemah-lemah perkongsian saya ini saya harap mampu meberi kekuatan kepada diri saya dan juga pengunjung sekalian.

Ilmu Hisab

USAHA + DOA + TAWAKKAL TU'ALALLAH = KEJAYAAN + KEBERKATAN HIDUP DUNIA AKHIRAT

USAHA + DOA + YAKIN + TAWAKKAL = KEBERHASILAN

Kesudahan

Alhamdulillah, saya yang lemah ini ingin memberikan sedikit pengisian, walaupun tidaklah sehebat ust Dzulkhairi atau Ust Azlan, mahupun Fatimah Syarha Nordin apatah lagi penulis La Tahzan serta penulis-penulis lain yang terkemuka dunia, paling tidak saya melakukan sesuatu untuk menyentuh hati pengunjung dan mentabiyahkan sedikit hati-hati yang gersang. Syukran kerana sudi menghabiskan bacaan ini, wallahu'alam

wasalam wbt




Sunday, September 6, 2009

Generasi Al-Fateh

Salam Ramadhan Kareem,


Satu kemenangan kepada UQ hari ini kerana berjaya menghabiskan bacaan Novel Sejarah Islam karangan Pak Latip (Abdul Latif Talib). Kisah sejarah Islam yang diolah dalam bentuk penceritaan novel ini sangat menarik. Sebelum ni UQ sendiri pernah baca buku sirah yang lain, tapi agak bosan dan kesudahannya tak masuk dalam pemikiran pun sirahnya. Tapi novel yang ini sememangnya lain dari yang lain, sehingga membuatkan UQ terpanggil untuk menghabiskan segera pembacaan. Pernah juga UQ baca buku ini sewaktu menonton cereka di televisyen, tapi lazatnya pembacaan buku seperti ini melebihi kelazatan menonoton, wah, hebat kan?

Dalam sedar dan tidak sedar, dah separuh buku UQ baca, telek punya telek, sampai ke muka teakhir. Sampai dalam bas nak gi kuliah pun UQ tela’ah, mengalahkan hafal Quran. UQ mahu setiap sejarah yang ada dalam cerita itu, UQ hafal supaya kelak UQ ingat asal usul Islam, dan bagaimana susah payahnya kebangkitan Islam Dunia. Sultan Muhammad sangat bijak dan berketahanan tinggi. Kuat dalam beribadah dan sangat bersabar dengan segala kerenah manusia sekelilingnya, dengan tindakan yang sangat bijaksana dalam melaksanakan pemerintahan walaupun dalam usia 19 tahun, baginda mampu memimpin sebuah negara Islam dengan hebat.

Banyak pengajaran yang UQ nak kongsi dengan semua bahawa hidup ini bukan semudah dan seindah yang diimpi, banyak liku dan cabarannya. Dunia ini bulat dan bengkok, tapi dek kerana kelurusan diri kita membuatkan kita tersasar dari orbitnya.

‘Kota Konstantinopel hanya jatuh ke tangan seorang ketua yang baik , tentera yang baik dan rakyat yang baik’. (hadith)

Kita boleh lihat dan rasa sendiri bila kita baca buku ni, Sultan Murad iaitu ayahanda Sultan Muhammad al-Fateh sangat percaya bahawa hadith yang dinyatakan Rasulullah s.a.w ini akan berlaku pada zaman anaknya itu, dan setelah itu anaknya juga percaya bahawa dialah sultan yang bakal merealisasikan hadith nabi itu. Apabila kita yakin bahawa sesuatu itu bakal kita kecapi, apakah kita sudah tidak mahu berusaha? UQ cuba bawakan cara tersebut dalam konteks hari ini, bila mana kita tahu bahawa Allah pasti memberi pada yang meminta padaNya, tapi adakah kita sekadar memohon? Tidak pula adanya usaha dan setelah itu tawakal tu’alallah? Kita hari ni, sangat jauh panggang dari apa dengan ciri-ciri yang ada pada Sultan Muhammad al-fateh. Kita mudah putus asa dengan ujian Allah, mudah menyalahkan taqdir sekiranya apa yang dihajati tidak kita kecapi. Cuba kita pandang setiap yang berlaku pada diri kita sebagai satu benda yang pasti berlaku, tentunya kita redha dan menerimanya dengan tenang bukan?

Dalam konteks berdakwah pula, kita boleh ambil pengajaran dan pembelajaran dari kisah sirah Sultan Muhammad al-Fateh yang sangat bijak dalam menyebarkan dakwah Islamiyah. Menyusuri bagaimana dakwah Sultan Muhammad berjalan dalam giatnya kerja menakluk snagat memberi kesan kepada UQ. Kelembutan yang bertempat dipaparkan dalam watak Sultan Muhammad sangat membuka hati-hati mereka yang dahagakan agama yang indah dan tiada kezaliman seperti Islam. Rakyat yang bukan Islam pasti tertarik dengan pemerintahan cara Islam, dan cara Sultan Muhammad berkomunikasi. Ketika mana Zaqhanus, paderi terbesar di konstantinopel yang diperintahkan oleh maharaja konstantinopel supaya memalukan Sultan Muhammad dengan menguji kesahihan hadith satu hadith nabi s.a.w. Bila mana hadith itu terbukit, maka Zaqhanus sendiri tanpa paksaan, mengucapkan syahadah serta merta, beliau adalah Islam.

Banyak lagi pengajaran yang boleh diambil dari kisah ini, kisah kehebatan Sultan Muhammad yang mana Rasulullah maksudkan pemimpin yang baik yang menakluk konstantinopel. Subhanallah. Malaysia juga bakal jadi seperti Istanbul sekiranya ada pemimpin yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik, tapi buat masa ini, semua itu belum Malaysia kecapi. Muga kelak Allah mengurniakan seorang pemimpin Malaysia yang baik, memimpin tenteranya dengan baik dan mendidik rakyatnya menjadi baik. Setelah itu barulah Malaysia setanding dengan Istanbul.

Bukan novel ini sahaja yang ditulis oleh Pak Latip, banyak lagi tokoh Islam terpenting yang kita lupa sejarah mereka. Antaranya seperti berikut, ini pun sebahagian sahaja, ada banyak lagi sebenarnya. Harganya kalau tak silap UQ RM 24 sahaja. Segeralah dapatkannya di pasaran ye..



Wasalam wbt.

Thursday, September 3, 2009

Kembara di Bumi Ramadhan Kareem


Assalamualaikum wbt.

Salam Ramadhan kareem untuk sekalian pembaca,

UQ sangat senang untuk berkongsi pengisian bagi entry kali ini. Ramadhan kali ini sangat besar maknanya buat UQ, Almaklumlah, UQ dapat merasakan bahawa Ramadhan kali ini adalah lain dari yang lain, sehinggakan UQ dapat merasai nikmatnya. Mungkin juga UQ sudah cukup matang dan mampu berfikiran jauh untuk mengisi ramadhan kali ini sepadat mungkin. Untuk mengelakkan pembaziran masa UQ terus ke pokok tujuan penulisan UQ kali ini.

Di kampus banyak majlis yang berlangsung, tidak kurang juga di kolej kediaman UQ. Ramadhan kali ini sangat meriah dengan kehadiran NUR yang kita cari selama ini. Di bulan ini sirah telah mencatakan pelbagai peristiwa untuk dikenang. Menyingkap sirah yang terhebat dalam bulan Ramadhan sewaktu zaman Nabi Muhammad s.a.w yang sangat kita cintai, Ramadhan adalah bulan yang mana berlakunya peperangan yang besar sehingga membawa kemenangan yang hebat.

Berikut UQ catatkan sebahagian daripada peristiwa itu dan lain-lainnya bagi tatapan dan renungan kita di bulan Ramadhan yang mulia ini.

  • Di bulan Ramadhan al-Qur’an mula diturunkan dengan turunnya ayat yang pertama sehingga yang kelima surah al-‘Alaq kepada Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam semasa Baginda di gua Hira’. Dengan itu bulan Ramadhan disebut juga bulan al-Qur’an, bulan untuk membaca al-Qur’an sebanyak yang boleh.

  • Tahun kedua Hijriyah, terjadi peperangan Badar al-Kubra. Mengikut keterangan Ibn Hisyam, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersama-sama pejuang Islam berangkat dari Madinah menuju Badar pada 8 Ramadhan dan pada 17 Ramadhan terjadilah peperangan Badar al-Kubra semasa Baginda di gua Hira’. Peperangan ini dimenangi oleh Islam dan inilah kemenagan agung pertama pejuang-pejuang Islam menentang kemusyrikan dan kebatilan. Dengan itu bulan Ramadhan disebut juga bulan al-Qur’an sebanyak yang boleh

  • Pada tahun kedua Hijriyah juga, zakat fitrah mula disyariatkan. Pada hakikatnya pensyariatan zakat ini adalah tanda kemenangan orang-orang yang berpuasa menentang hawa nafsu dan mengekang kecintaan terhadap harta.

  • Di bulan ini tahun kelima Hijriyah, para pejuang Islam membuat persiapan untuk menghadapi musuh di Khandaq yang mana peperangan itu terjad pada bula Syawal pada tahun itu juga. Di dalam peperangan yang dinamakan juga sebagai peperangan al-Azhab ini pejuang Islam telah mendapat kemenangan gemilang.

  • Pada 21 Hijriyah Ramadhan tahun kelapan Hijriyah, Allah Ta’ala memberi kemenangan besar kepada Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan umat Islam dengan pembukaan kota suci Makkah. Pada mulanya Baginda bersama-sama para sahabat meninggalkan Madinah menuju Makkah pada 10 Ramadhan dalam keadaan berpuasa. Apabila sampai di al-Kadid, Baginda berbuka kerana bermusafir, kemudian pada 21 Ramadhan barulah Baginda memasuki kota Makkah.

  • Pada bulan Ramadhan tahun yang sama Baginda mengutus beberapa kumpula sahabat untuk merobohkan berhala-berhala yang terkenal pada masa itu. Khalid bin al-Walid diutus merobohkan berhala al-‘Uza, Amr bin al-‘Ash merobohkan berhala Suwa’ dan Sa’d bin Zaid al-Asyhali merobohkan berhala al-Manat.

  • Pada tahun ke sembilan Hijriyah terjadi peristiwa peperangan Tabuk dan Baginda kembali pulang dari peperangan pada bulan itu juga.

  • Di bulan Ramadhan tahun yang sama rombongan dari kota Taif tiba di Madinah. Rombongan ini memeluk agama Islam di hadapan Baginda dan mereka turut berpuasa bersama umat Islam di Madinah.

  • Pada bulan dan tahun yang sama rombongan Raja Himyar tiba di Madinah untuk mengisytiharkan Islam mereka. Mereka menjadi tetamu Baginda dan Baginda menuliskan beberapa panduan tentang hak dan kewajiban mereka. Catatan ini merupakan salah satu dokumen penting di dalam sejarah perundangan Islam.

  • Pada tahun ke sepuluh ke Hijriyah Baginda mengutus rombongan yang diketuai ‘Ali bin Abu Talib ke negeri Yaman dengan membawa bersamanya surat Baginda untuk penduduk Yaman, khasnya suku Hamdan yang kesemua mereka memeluk Islam dalam satu hari.

  • Pada tahun 53 Hijriyah pejuang Arab Islam dapat menakluki pulau Rudes.

  • Pada tahun 91 Hijriyah pejuang Islam mula mendarat di Selatan Andalus.

  • Pada tahun 92 Hijriyah ketua pejuang Islam Tariq bin Ziyad dapat mengalahkan Raja Rodrik di dalam satu peperangan sengit.

  • Pada tahun 129 Hijriyah mula muncul di Khurasan pendukung pengasas Kerajaan Bani Abbas dilantik sebagai khalifah al-‘Abbasiyyah yang pertama.

  • Pada bulan Ramadhan tahun 132 Hijriyah berakhir sudah pemerintahan Bani Umaiyyah dan pada masa yang sama Abu al ‘Abbas dilantik sebagai khalifah al-‘Abbasiyyah yang pertama.

  • Pada bulan Ramadhan tahun 361 Hijriyah al-Jami’ah al-Azhar selesai dibina untuk kegunaan tempat beribacar dan mengajarkan ilmu-ilmu Arab dan syara’.

  • Pada tahun 584 Hijriyah Salahuddin al-Ayyubi dapat mengalahkan kaum Salib dan membebaskan semula sebahagian besar negeri yang pernah dikuasai oleh pehak kaum Salib (Kristian). Apabila bulan Ramadhan tiba, pada mulanya Salahuddin al-Ayyubi bermaksud memberi rehat kepada para pejuangnya, akan tetapi kerana takut ajal tiba terlebih dahulu, maka beliau tidak menyempurnakan maksudnya itu, lalu mengarahkan para pejuangnya meneruskan peperangan melawan kaum Salib dan akhirnya mereka mencapai banyak kemenangan sehingga pertengahan bulan ini.

  • Pada tahun 658 Hijriyah Kerajaan mamalik dapat mengalahkan dan membencung kemaraan tentera Tartar di ‘Ain Jalud. Tentera ini bermaksud menguasai selurh negeri Islam, akan memasuki Mesir dan negeri-negeri lain melalui Mesir.

Segala peristiwa yang tercatat dalam kanvas sejarah ini wajar kita ambil sebagai satu titik semangat kepada perjuangan kita melawan kehendak nafsu yang beraja dijiwa selama ini. Jangan kita hanya memandang Islam yang ada pada kita hari ini sudah cukup membuktikan keimanan yang mantap dalam diri kita yang lemah ini. Ketahuilah bahawa iman itu boleh bertambah dan ada ketikanya boleh berkurang malah mungkin jika tidak dijaga atau ianya diisi dengan kalimah merapu, kemungkin besar iman itu sedikit demi sedikit akan terhakis dan akhirnya hilang, itulah dikatakan manusia tidak beriman dengan amal.

  • ‘apakah manusia mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan, Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta. (Al-ankabut:2-3)

Panjang sudah penulisan kali ini, hajatnya penulisan ini ringkas dan padat aja, tetapi tidak mengapalah, perkongsian ini adalah untuk UQ dan tatapan kalian pembaca juga.

Selamat berpuasa dan selamat beribadah semaksimum mungkin. Wujudkan Roh Ramadhan dalam setiap saat dalam diri kita semuga segala amal yang dilakukan adalah kerana Allah, bukan sekadar mengharapkan balasan Allah semata-mata. Setidak2nya inginlah kamu menjadi seperti RABIATUL ADAWIYAH yang segalanya demi Allah bukan demi pahala lain yakni sekalipun syurgaNya..

Wallahu’alam

wasalam wbt

Ramadhan yang Kaya!

UQ

Salam Ramadhan kareem!

UQ bersendirian malam ini, sebelum melabuhkan tirai kamar malam ni, UQ ingin kongsi tentang pengisian Ramadhan yang memberi seribu makna kepada kita. Segala amalan yang dilakukan dilipat gandakan pahalanya, Subhanallah. Menyingkap hadith yang diriwayatkan menunjukkan betapa hebatnya bulan ini.


“Semulia mulia sedeqah ialah sedeqah pada bulan Ramadhan.” (Al Hadith)


“Puasa itu perisai dan sedeqah itu memadam kesalahan dosa sepertimana air memadamkan api.” (Al Hadith)


“Siapa memberi makan ( berbuka puasa) kepada orang puasa makan baginya seumpama balasan pahala orang yang berpuasa dengan tidak kurang sedikitpun .” (Al Hadith)


Sabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba berpuasa Ramadan, diam tiada berkata yang sia sia dan daripada yang haram dan yang makruh, dan sentiasa menyebut Allah (berzikrullah), menghalalkan yang dihalalkan Allah, mengharamkan akan yang diharamkan Allah, tiada mengerjakan kejahatan, melainkan sehingga berakhir Ramadan, telah diampunkan baginya segala dosanya, dan tiap tasbih, tiap tahlil, dibinakan sebuah rumah yang terindah di dalam syurga daripada permata zamrud, di dalamnya daripada yaqut merah indah, di dalam rangka permata itu (yaqut) terdapat sebuah khemah, di dalamnya terdapat bidadari ( hurul ain isteri syurga). Terhias dengan permata bercahaya indah yang menerangkan bumi seluruhnya.(Al Hadith)


Apabila berakhirlah malam bulan Ramadan, menangislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, dan segala malaikat, jerana berlalu Ramadan berlalulah kelebihan, sebab musibah bagi umatku, dan duduk segala malaikat bagi musibah, orang bertanya : Ya Rasullullah, apa itu musibah ? Jawab rasullullah (s.a.w), Kerana segala doa padaNya itu mustajab, sedakah makbul, segala kebajikan digandakan dan siksa kubur diangkat, maka apakah musibah yang terlebih besar daripada ini bagi umatku?! (Al-Hadith)


Malam Lailatul Qadar adalah malam rahsia, yang turunnya padanya malaikat Jibrail dan beberapa malaikat dengan perintah Allah. Orang yang berjaga dengan malam ibadatnya untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar yang terahsia itu yang tidak diketahui oleh manusia, hanya orang-orang solihin yang hampir, orang berusaha mendapatkan malam mulia itu dengan berjaga malam pada sepuloh malam Ramadan yang terakhir maka diampunkan tuhan segala dosanya. Di pahalakannya dengan banyak , dirahmatkannya dengan limpah kurnia. Dan orang-orang solihin yang dikurniakan Allah mendapat malam Lailatul Qadar itu satu keberuntungan kebahagiaan bagi akhirat, mendapat keampunan dan rahmat terbesar, mendapat pimpinan Allah dalam hatinya, mendapat keredaan Allah dalam hidupnya dunia dan akhirat.


alam Aidilfitri, malam raya, disunatkan kepada kita berjaga malam, beribadah, bertakbir “AllahuAkbar” sepanjang malamnya. Akan mendapat keampunan yang banyak, pahala yang besar, rahmat Allah tercurah kepadanya. Siapa yang menghidupkan dua malam raya (AidilFitri & AidilAdha) dengan ibadatnya dan takbirnya , tiada dimatikan hatinya pada hari yang dimatikan segala hati. (Al-Hadith).


Teringat kata seorang ustaz dalam sebuah ceramah baru-baru ini, katanya “puasa ini ibarat peperiksaan, ada paper buka puasa, paper sahur, paper menahan nafsu. tapi biasanya kebanyakan orang gagal bila tiba paper sahur, ramai yang miss. dan aidil fitri itu adalah hari pengijazahannya. siapa berjaya akan menerima segulung ijazah istimewa.”


Hebatkan Allah? Mengapa kita masih menidakkan benda yang memang hebat dan menakjubkan? Semuga segala amal yang kita lakukan tiadalah kerna lain melainkan kerana Allah (lillahi ta’ala). InsyaAllah.


UQ nak beruundur dulu, byk kerja untuk dirush malam ini, mohon segala kesilapan dimaafi… UQ berlapang dada memaafkan segala salah silap siapa sahaja yang pernah terjadi kepada UQ.


Wallahu’alam


assalamualaikum wbt


sumber:Petikan dari buku Fadilat Rejab, Syaaban, Ramadan oleh Budiman Radhi

http://members.tripod.com/siti_2/01/12.html

siapa Ummu Qaseh?

usah siakan ramadhan

Assalamualaikum wbt.

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan kareem…

Setelah sekian setahun, UQ (Ummu Qaseh) menanti saat-saat ini, Alhamdulillah, mampu juga UQ memasuki ruangan dunia ciber yang selama ini sangat digemari oleh sedemikian ramai golongan remaja malah mak-mak dan bapak-bapak juga ada yang sudah bijak IT. UQ ambil kesempatan yang ada ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan (Marhaban Ya Ramadhan Kareem), ambillah segala apa yang Allah dah hulurkan ini dengan sebaiknya.

Untuk pengetahuan semua, blog UQ ini adalah antara blog UQ yang paling terbaru, selain blogspot dan multiply. UQ sudah lama menyelinap senyap-senyap dalam dunia blogging ini namun masih belum punya kesempatan selama ini untuk menunaikan hasrat hati untuk membentuk blog peribadi dan menyampaikan segala khazanah ilmu yang UQ pelajari selama hari ini.

Harapan UQ semuga blog ini bukan semata-mata pameran atau lambakan ilmu, tetapi biarlah ilmu yang ada ini mampu diambil dan diamalkan oleh mujahid wa mujahidah yang sering UQ sebut selama ini. (impian –> insyaAllah)

Setiap detik UQ ingin habiskan untuk membina jannah sebagai bekalan menuju alam baqa’ yang UQ sendiri tak pasti bila akan sampai, yang pasti ianya akan menjemput kita semua termasuk UQ sendiri.

‘ Katakanlah (wahai muhammad): Tuhanku ialah Allah YME (Yang Maha Esa), Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat, ia tidak beranak dan ia tidak pula diperanakkan dan tidak ada sesiapa yang serupa denganNya.’ (surah al-ikhlas (112) ayat 1-4)

sebelum menutup tirai kamar jam 2 pg ini, usai sudah puasa 1 ramadhan UQ dan kalian. UQ tinggalkan blog ini dengan petikan ayat seperti diatas, yang mana surahnya sudah termaktub dalam Quran sejak berkurun dulu yang diwahyukan untuk Rasulullah s.a.w.

UQ berundur mengatur langkah lagi, sampai ketemu.

assalamualaikum wbt.