Search This Blog

Monday, August 14, 2017

Apa yang bagus sangat dengan Modul Hebat

Bismillahir rahmanir rahim.

Hye, saya sekarang ada dalam kursus penyebaran KSSM tingkatan 2. I'm just want to share about modul hebat yang sering digembar gemburkan. Dan kami kena guna modul ini untuk buat lesson plan for the next year.

Kepada cikgu-cikgi yang nak modul ni boleh share link ini


Sharing is caring!

Thursday, August 10, 2017

Tolong... Jangan pukul saya!

Bismillahir rahmanir rahim...

Allahu Akbar... Tolong laa... jangan pukul saya! Sakit... Sakit... Allahu Akbar! Allahu Akbar!

Mungkin inilah raungan yang kedengaran setiap kali dibuli. Dahsyat kan... Kes buli di malaysia semakin menjadi jadi. Hampir tak terbendung. Di sekolah, asrama dan mana saja, buli berleluasa. Hakikatnya, siapa yang harus dipersalahkan? Pembuli? Yang dibuli? Ibu Bapa? Guru? atau Masyarakat? dalam era yang seba moden sekarang ni pon masih ada kes buli. Apa yang mereka mahukan? dan apa yang si pembuli dapat? Kepuasan? Nikmat? Rasa Hebat? entah, hanya mereka sahaja yang merasainya. Tapi buli ada banyak kategorinya. Yang saya maksudkan dalam entry ni adalah berkaitan buli fizikal.

Minggu lepas ada lagi kes buli pelajar tingkatan 4. Dua orang pulak tu...  sebelum tu kes buli Zulfarhan Osman, pon masih belum settle dah timbul kes baru. Baca kes Zulfarhan di SINI.
pendek kata google jer kes buli di malaysia, nahhh keluar berlambak kesnya!

jom lihat faktor faktor terjadinya kes buli terutama dalam kalangan pelajar hari ini



Faktor Utama

Faktor utamanya adalah bermula daripada rumah. Bagaimana asuhan dan didikan di rumah menjadi punca anak berkelakuan suka membuli orang. Anak adalah kain putih dan tergantung ibu bapanya untuk mencorakkannya. Sayangkan anak tidak semestinya semua kemahuannya dituruti. Salah! Sayangkan anak adalah mendidik dirinya menjadi insan bukan sekadar menjadi orang. Mulakan didikan dengan akhlak ibu bapa yang baik. Ibu bapa adalah contoh paling dekat yang anak akan ikuti. mereka adalah idola anak-anak masing-masing. Jadi didiklah dan tunjuklah perilaku yang baik agar anak menuruti tingkah laku yang baik.

Faktor kedua

Faktor pengaruh rakan sebaya juga menjadi punca kepada terjadinya kegiatan membuli. Pengaruh rakan sebaya dalam tingkah laku seseorang memang tidak dapat disangkal lagi. Terdapat pelajar yang membuli pelajar lain kerana mengikut kawan. Mereka seronok melihat pelajar yang dibuli menangis atau marah kepada mereka. Lebih menjejaskan keadaan apabila perbuatan buli ini boleh membawa kepada kecederaan atau kematian.

Faktor ketiga


Perbuatan buli juga boleh berpunca daripada pengaruh media massa. Media massa yang paling berpengaruh ialah televisyen dan permainan video. Dewasa ini terdapat banyak stesen televisyen yang menayangkan filem yang berunsur ganas. Sewajarnya pihak media perlu memastikan program yang disiarkan di televisyen tidak mendatangkan kesan negatif kepada golongan muda, terutamanya peiajar sekolah.



Faktor keempat

Pentadbiran sekolah yang kurang berkesan juga boleh menyebabkan kepada berlakunya gejala buli. Adalah amat penting bagi jawatankuasa disiplin sekolah  dapat berperanan dengan baik. Sesungguhnya, pelajar akan menjadi semakin nakal jika mendapati pihak jawatankuasa disiplin sekolah tidak mengambil tindakan disiplin yang sewajarnya terhadap pelajar yang melanggar peraturan sekolah. Antara masalah disiplin yang perlu diambil tindakan dengan segera ialah bergaduh, menghisap rokok dan ponteng sekolah. Jika pihak jawatankuasa disiplin sekolah dapat memainkan peranan dengan proaktif, maka sudah pastilah gejala buli dapat dibanteras.

Saya rasa sekadar itu sahaja perkongsian berkenaan kes buli. Semoga kes kes seperti buli ini dapat dikurang dan dihapuskan segera! Saya doakan keluarga yang dibuli kuat menerima semua ujian ini. Dan kepada yang dibuli yang sudah meninggal, semuga rohnya dicucuri rahmat Allah. Amin Ya Robbal alamin.

okay wslm

Tuesday, August 8, 2017

JOM BAHAGIA BERUMAH TANGGA

Salamun Alaik!

Ya Allah berilah kepada kami kebahagian dalam kehidupan berumah tangga. Jom doa agar Allah mudahkan pelayaran bahtera rumah tangga kita masing-masing ye... meskipun pastinya dilanda gelora yang tak berkesudahan, tapi masih teguh dan utuh menuju destinasi cinta Abadi!

Hye, jom usha 5 tips rumah tangga bahagia yang saya nak share dengan hampa semua.



istiqarahlah dan yakinlah!




Bila suami marah isteri diam bila isteri rasa marah, suami diamlah... jangan ditambah bara!



solat bersama dan meraikan hari-hari bahagia




ucapkan 3 kata dan zahirkan rasa itu




ajar isteri dan ajak suami solat dan cukupkan yang wajib kemudian diselangi dengan ibadah sunnat
ingatlah, bila hubungan dengan Allah cun, tentu hubungan sesama manusia tip top kan!

Robbana Hablana Min Azwajina,
Wazurriyyatina qurrata'ayun,
Waj'alna lil muttaqina imama.

ayuh, berdoalah semuga kita berbahagia dalam rumah tangga inshaAllah berkat!

ok wslm

TIPS ANAK TIDUR NYENYAK

Salamun Alaik...

Hye.. Hampa semua, apa khabaq?

Dua tiga harini, anak saya sukar tidur malam, mungkin nak berganti bulan kot, so tumbesar baby dan caranya juga akan berubah. Saya dapat tips ni melalui pengalaman beberapa hari lepas dan dan share dengan hampa semua. Mana tau tips yang simple ni membantu kan...

Its just about 3 tips. This tips is very simple but its works!








Ianya sangat menjadi, saya buat! Sebelum saya solat Isya' saya letakkan anak dalam cotbed dia. Kemudian saya buat TIPS 3 tu. Biar dia main sat. Lepas saya solat Isya' tengok-tengok dia dah tertidur dengan sendirinya tanpa perlu dodoikan. Hebatkan penangan Ayat-Ayat Allah.

kalau tak percaya boleh cuba. Tips ni dapat dari mak mertua saya. dia ajarkan. Tq mama!

ok wslm

TERBAIK DARI LADANG - DSKP MATEMATIK TINGKATAN 1 DAN 2

Salamun Alaik...

'cikgu, ada surat ni' - penolong kanan

err... surat apa encik? - saya

'cikgu kena p kursus 1 hari je, pasal DSKP matematik tingkatan 2 ni' - penolong kanan

ha... okay.. okay, saya yang menurut perintah. - saya

Hai, sapa yang kerja cikgu, mesti selalu dapat tawaran gini. Apa boleh buat p ja la... Isnin ni kita berkursus yer. Lagi pun, saya bukan pernah ajaq lagi form 2 KSSM. dan depan pon memang tahun pertama KSSM tingkatan 2. Kalau tingkatan 2 KBSM saya pandai laaaa.... heeee

sebut pasai DSKP mesti semua tanya, menatang apa tu? (loghat kedah - bukan kelantan) kang salah faham pulak jadinya.

DSKP - Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
alah... macam HSP + PPPM la... okay yang tu hanya cikgu cikgi je la yang faham. Saya google la DSKP yang dimaksudkan, cari punya cari last2 jumpa... lama juga la dok godek... so sini saya nak share la kot2 sapa yang memang dok cari benda alah ni. Mudahkan korang la skit

DSKP TINGKATAN 2

DSKP TINGKATAN 1

okay la, just nak share tu jer... semoga bermanfaat!

Saya suka jadi Cikgu!

wslm

Sunday, August 6, 2017

HATI YANG KURUS

Bismillahir Rahmanir Rahim

Hati yang kurus,
makin kurus makin kering,
tidak makan tidak pula minum,
wahai kamu, si hati yang kurus,
aku kasihan melihatmu.

Hati yang kurus,
tidak menjamah dan tidak dijamah,
disuap malah diluah kembali
wahai kamu, si hati yang sangat kurus,
aku bertambah kasihan melihatmu.

Hidup mewah, hidup bermegah,
Angkuh, riak, dendam amarah,
luaran gemuk dalammu kurus,
wahai kamu si pemilik hati yang kurus,
ada yang kasihan denganmu.

Siapa kamu si hati yang kurus?
hidup dalam mati,
rezeki ilmu tidak dijamah,
makanan iman malah diluah,
minuman kasih sayang tidak disuap.

permaidani hidayah juga rosak,
ketulan akal terlempar entah ke mana,
karpet merah tak pernah tunduk,
ke mana hilangnya setitis kewarasanmu?

Wahai kamu si pemilik hati,
lantunkan mutiara rohanimu,
basahilah dengan air mata keinsafanmu,
bilaslah dengan kelopak zikir,
agar hati yang kurus kembali gemuk,
ya, gemuk seperti dirimu.

makanmu kenyang, makanan hatimu lapar,
minummu melegakan tekak, minuman hatimu masih haus,
lantaran itu, seimbangkanlah keduanya,
jasmanimu sehat apabila rohanimu kuat!

jangan pernah lupa dan leka,
jamulah hatimu yang ketandusan,
dengan makanan kebahagian
dan minuman kesejahteraan.

nukilan on da spot

wasalam

11 Tips Penting Sebelum Hadapi Peperiksaan

Bismillahir Rahmanir Rahim...

Alhamdulillah, malam ni masih ada peluang kali ke3 update untuk harini... wahhh. Dalam kesempitan waktu yang ada ni sempat juga la aku godek2 sumting special untuk hampa yang nak exam tak lama lagi... tips ni sesuai untuk semua jenis EXAM ok dan apa saja subjeknya. Ada 11 tips semuanya.

TIPS 1


TIPS 2

TIPS 3


TIPS 4


TIPS 5


TIPS 6


TIPS 7


TIPS 8


TIPS 9


TIPS 10


TIPS 11


DOA YANG BOLEH DIAMALKAN DAN DIBACA












 Antara tips lain yang berguna yang boleh dikongsikan dengan hampa semua. Boleh baca bawah ni yer!



Pendek kata selamat ulangkaji dan menghadapi peperiksaan terutama anak-anak saya pelajar tingkatan 3 SMKTK2. Cikgu doakan kalian berjaya dunia akhirat ya...

wslm

sumber tips adalah daripada blog cahaya purnama 2015


Saturday, August 5, 2017

Tempah Sticker Murah...

Bismillahir Rahmanir Rahim...

Hari ni nak share something new! Sapa berminat nak tempah sticker murah giler... aku jamin tak dapat semurah ni kat tempat lain tau! 

So bagi sesiapa yang berminat boleh pm di facebook Busyra Takiyudin atau boleh whatsapp di 0175719091.. selain dari sticker, banyak lagi design lain yang dak Busyra ni sediakan seperti kad kahwin, banner, pvc counter, buku bil, keychain, button badge, name card dan macam2 lagi.. 

kalau nak usha dulu, boleh gak... klik Blog Busyra 

Kepada peminat-peminat blog... hampa juga jangan ketinggalan sebab busyra ni dia rajin buat giveaway... mana la tau kan kot kot time hampa jenguk2 blog dia, dia tengah dok buat giveaway kan... try la... nanti boleh dapat barang free... haaaaa.... untung kan! 

okay la.. just nak share tu jer... 

wslm

Kecut PT3

Assalamualaikum wbt.

Peperiksaan PT3 semakin hampir... bahangnya memang aku terasa... sebagai guru aku cukup tertekan dengan keadaan yang menghimpit sanubari. Apa agaknya keadaan anak-anak didikku? Hari- hari aku tengok depa happy ja. Macam tak da masalah pon. Should be result ok la kot kannn.... itu yang aku nampak. Hakikatnya? No... owh no....

Dengan silibus tak terkejar, dengan perbanyakkan latihan tak terbuat... habis tu macam mana nak survive? Depa ok saja... ala cikgu...tak lulus PT3 pon boleh masuk form 4 kan.... relax la cikgu...

susah hati dibuatnya... tapi aku macam biasa... buat-buat tak kesah.... dlm hati Allah saja yang tahu!

Aku nak share skit dengan hampa semua wahai budak-budak PT3 2017. Sapa rajin sila buat!

hampa semua boleh p kat website ni CIKGUSHARE . Download la semua soalan kat situ. Semua ada siap sekali dengan skema tu.

sini pon banyak soalan BUMIGEMILANG. ok aku dah share bahan untuk yang nak cemerlang saja la... yang nak gagal... jangan singgah ok!

wslm