5 Cara Beri Ganjaran kepada Pelajar

by - February 27, 2018









Bismillahir rahmanir rahim..

Hye korang.. tengah buat apa tu.. saya tengah buat ramen original ni... nak makan sambil menulis entry untuk 5 Cara Beri Ganjaran kepada Pelajar. Saya sebenarnya tiada masa yang banyak untuk menulis. Biasalah kekangan masa. Baru sudah tidurkan anak sekejap tadi. Teringat nak menulis.. Terus cari laptop... 

Sebenarnya, dalam dunia realiti harini, ganjaran adalah benda yang sangat diidamkan oleh sesiapa sahaja yang melakukan sesuatu. Contohnya, kita sendiri masa kecik dulu kan, mak minta kita puasa.. tapi puasa tu kan macam berat untuk kita pada permulaannya... jadi mak cakap.. sapa puasa penuh mak bagi RM30... agak2 kita nak tak puasa? mesti nak kan? So sebab apa kita puasa waktu itu? Sebab duit kan? Jadi duit tu dikira sebagai satu ganjaran setelah menyelesaikan sesuatu tuntutan.

Samalah macam kes pelajar kita harini. Semuanya memerlukan ganjaran demi menaikkan semangat untuk terus belajar. Yalah, saya faham bukan mudah untuk meletakkan diri kita sebagai pelajar yang setiap hari perlu belajar dengan pelbagai karaktor guru. Faham sangat sebab kita adalah pelajar setiap masa.

Okay, berbalik kepada 5 Cara yang saya nak kongsikan di sini. Saya tegaskan di sini, ini cara saya. Jika ada mana2 bahagian cara yang tidak kena di mata korang, korang boleh abaikan atau komen la sikit yang membina taw..

#Cara 1: Ganjaran Lisan
Ganjaran Lisan ni biasanya dalam bentuk kata2 la... kata2 yang membina.

Contoh : Bagusnya awak atau wah.. hebat!! atau good try... atau apa saja kata2 yang membina yang boleh menaikkan semangat pelajar untuk belajar.




#Cara 2 : Ganjaran Tingkah
Ganjaran Tingkah biasa dilakukan dalam pelbagai cara. 

Contoh : Tepukan atau senyuman atau reaksi muka yang menunjukkan rasa bangga dengan pelajar tersebut. Itu juga memadai untuk membuatkan rasa membuak2 untuk terus belajar.

#Cara 3 : Carta Ganjaran
Carta Ganjaran biasanya dalam bentuk papan ganjaran la. Sama ada dalam bentuk jadual atau carta pai. Boleh membantu pelajar untuk lebih semangat meneruskan sesi pembelajaran.

Contoh : Pada papan ganjaran itu boleh diletakkan pelbagai jenis sticker menarik. Jangan la sepesen ajer stickernye.. alah, korang boleh beli kat kedai ECO RM2 or MR DIY. Murah jer... Dengan syarat papan ganjaran tu jangan tinggal dalam kelas ye. Alamatnya menipu je lah! Tapi kalau korang percayakan pelajar itu tidak menjadi masalah.

#Cara 4 : Ganjaran Makanan / Minuman


Ganjaran Makanan dan minuman biasanya sangat menjadi daya penarik yang tinggi kepada pelajar. Tidak kira sama ada kelas paling depan atau kelas paling belakang. Keadaan reaksi sama sahaja. Mereka akan sangat suka dan enjoy belajar. Jangan lupa sediakan plastik sampah.


Contoh : Gula2, air kotak, atau apa sahaja makanan dan minuman yang releven untuk dimakan semasa kelas. Jangan la KFC pulak waktu... Masalah besar tu, alamatnya tak belajar la.. sebab nak makan KFC punya pasal la...


#Cara 5 : Ganjaran Benda
Ganjaran Benda biasanya diberikan selepas dinilai pada papan ganjaran. Ganjaran Benda boleh diberikan sama ada dalam kumpulan atau invividu.
Contoh : Kotak Pensel, Geometri Set, Buku Nota Cute, Pen Cute atau apa sahaja benda yang releven. Ini sangat ditunggu oleh pelajar taw.

Okay lah rasanya cukup 5 Cara untuk Beri Ganjaran Kepada Pelajar. Semuga panduan ringkas saya ini boleh jadi rujukan dan buka minda kita untuk terus berusaha membantu pelajar kita. Eh bukan guru je boleh apply cara ni, PARENTS pon boleh taw... Beri peneguhan atau ganjaran kepada anak2 penting sangat. Sebab anak2 perlukan perhatian. So berilah perhatian dengan cara masing2, jangan hanya laburkan DUIT sahaja kepada mereka sebab itu tidak memberi makna apa2... 

Jangan sampai jadi ANAKKU SAZALI ye.. YES, money is everything but it cant buy everything!

sekadar itu perkongsian humble saya, 

wslm

p/s : sila beri komen membina, Saya bukan pakar motivasi okay, but i try to use my own words and share opinion.

You May Also Like

2 comments

  1. bab makanan tu sy stuju cikgu.. haha. meruntun jiwa kalau bawa makanan. tu anak murid syg tu.

    ReplyDelete
  2. hehe, ye la sangat... tapi agak membantu la!

    ReplyDelete

Selamat Berkomen. Silakan komen yang membina ya!