5 Tips menjadi gila demi hasil yang giler-giler!
Bismillahir Rahmanir Rahim...
Syukur lagi dan lagi masih ada kesempatan waktu dan nikmat sihat untuk menulis untuk entah kesekian kalinya menyepi.
Tenggelam,... Timbul... Tenggelam lagi... Timbul lagi... Tenggelam lagi dan lagi... dan harini timbul la...
Beberapa hari ini satu keluarga kena cirit birit... muntah-muntah... letihnya Allah sahaja yang tahu! Tapi sekarang dah 3 hari keluar masuk tandas selang 30 minit, dah baik dah... syukur sangat... serius terasa nikmat sihat itu sangat indah. Walaupun hakikatnya sakit itu penghapus dosaku!
Menjadi gila demi hasil yang giler-giler! Tajuk saya nak mula menulis kembali. Kekok sebenarnya nak menyusun ayat. Harap tak da la tunggang langgang sangat.
Tahun 2018 ini, saya nak ubah style sikit. Nak cuba jadi 'gila'. Eh, jangan la, bukannya gila betul tau. Just nak jadi 'gila' sikit dalam mendidik. Karang tak pasal-pasal parents claim cikgu gila ajar anak-anak dorang pula. Bukan gila yang dok tanjung rambotan tu kay...
Dah hampir 8 tahun menjadi warga pendidik sebahagian dari kaki dan tangan Kementerian Pendidikan Malaysia, saya memang berjiwa dan memilih untuk berperwatakan garang (maklum la cikgu matematik memang sinonim la kan). Masuk kelas jer stress kemain. Kenkonon nak bagi students takut la kan.. tapi hakikatnya dorang menyampah sebenarnya dengan karektor guru yang buget bagus ni. Kan? Sapa students kat sini? Sila angkat tangan?
Baiklah, sekarang ni saya tengah usaha nak tukar 360 darjah karektor untuk jadi 'gila'. Tapi kenapa? Kenapa perlu jadi orang lain sedangkan orang sekarang lebih kepada nak jadi diri sendiri kan? No... No.. No... bukan nak jadi orang lain, tapi cuma nak merubah suasana supaya students lebih selesa... boleh kan? Tak kan salah kot? Tak sama sekali...
'Gila' kat sini adalah dalam erti kata, boleh berseloroh, tak mudah sentap, tidak menyentapkan.. Boleh jadi kawan dengan dorang.. Saya cuba jadi seperti yang dorang nak saya jadi... itulah maksud 'gila' dalam entry saya kali ini.
Saya memang tak tahu kenapa... tapi saya mesti ubah... demi nak tengok hasil yang giler-giler. Pelajar harini bukan macam pelajar tahun 90-an okay... dorang harini dah celik IT. Dorang lebih tahu serba serbi... semua nak teroka...
Saya senaraikan di sini, cara saya jadi 'gila'
1. Ikut kemahuan pelajar selagi boleh
contoh : tanya pelajar macam mana saya perlu jadi supaya kamu minat nak belajar? Dorang akan jawab dalam pelbagai versi dan kemahuan dorang. Tapi jangan lupa, bila dorang letakkan syarat, kita pun main tarik tali letakkan syarat kembali.
"okay, kalau kamu nak saya tak marah, kamu kena duduk dan belajar dalam kelas saya, itu sahaja"
jadi dorang kena ikut juga syarat kita sebab syarat kita senang sahaja kan. Tapi sekali sahaja dorang tak ikut syarat kita, wajib denda dan buat dorang sedar kenapa kita bagi denda. Im sure, dorang akan lebih respect! InsyaAllah. Jika ada yang keterlaluan, boleh hantar je kat kaunselor.
2. Mengajar dan mendidik dengan bernada
contoh : semasa mengajar, perlu ada nada, senyum bila dorang beri respon walaupun salah, gelak bila dorang buat lawak walaupun lawak hambar.... Menjegil mata bila dorang mula sembang walaupun bisik-bisik nak tunang... naikkan suara sedikit bila dorang tak beri perhatian dan minta supaya mereka beri perhatian. Tetapi lebihkan senyum lah! Supaya dorang tak stress dan enjoy!
3. Beri galakan dan peneguhan
contoh : bila dorang cuba memberi respon semasa kita soal, minta pelajar lain tepuk tangan walaupun jawapan tu salah. Tepuk tangan bukan mengejek jawapan salah, tapi tepuk tangan adalah peneguhan paling mudah. bermakna pelajar itu berani memberi respon.
contoh : Beri mereka imbuhan seperti sticker atau hadiah jika dapat menjawab soalan, walaupun hadiah itu cuma sebiji gula-gula. Seriusly mereka sangat hargai okay. Confirm dorang makan masa tu juga. Adatlah kan sebab bagi makanan. Tak apa, kita sediakan plastik sampah.
4. Beri keperluan belajar
contoh : khas untuk pelajar kelas F. Dorang ni selalunya la... datang sekolah bawa diri jer, beg pon kosong kelepet je... biasa la tu.. Cikgu-cikgu kena banyak banyak banyak sabar okay! Memang korang akan jumpa students macam ni. Tak pe, anggap benda ni benda kecil jer. Buku dorang kutip setiap kali habis kelas, pensel dan pen, pemadam, correction even gam dan kalkulator pun sediakan selagi mampu. gila ke tak??? Gila kan... Inilah guru masa kini. Tak per, hadap jer.. relax dan teruskanlah!
5. Enjoy mengajar
Contoh : Adatlah kan.. tak akan students satu kelas pandai belaka.. mesti ada satu or dua orang pelajar yang akan jadi virus. acah-acah bagus... usik-usik.. kalau perlu layan, layankan jer la sekejap.. kalau dah melampau , abaikan or buat-buat tak dengar jer.. senyap la nanti.
contoh : Takle pelajar yang buat masalah dalam kelas tu. Make him or her as a leader walaupun kita tahu dia hancus... tapi just make a try.. mana tahu bila kita bagi dia tanggung jawab nanti dia boleh ikut. Lazimnya begitu... try la!
Done 5 cara saya. Pssst.. saya dah try tau 5 tips ni, ada kelas menjadi, ada yang tak jalan sangat, but at least, I am trying to make a difference, right? Tak salah kan cuba!
Kesimpulannya, cikgu kena berubah demi menghasilkan pelajar berkualiti. Jangan ingat kualiti tu dalam pelajaran sahaja, pandang juga pada kemahiran mereka. Guru kena faham.. belajar kan masa dekat universiti tentang 7 kecerdasan pelbagai by HOWARD GARDNER .
okay, nanti kita buat entry pasal pakcik tu eh, kot-kot dah lupa...
Jumpa lagi for the next sweet entry by me!
12.00 a.m.
nite!
wslm
0 comments
Selamat Berkomen. Silakan komen yang membina ya!