• Home
  • My sister
  • Life Style
  • About
  • Wajib Cuba
  • Download

mrs cikgu

Bismillahir rahmanir rahim...

Assalamualaikum wbt.

Setelah beberapa minggu, Moon kembali menulis, kali ini adalah tentang cinta dan ianya satu berita gembira tak dapat digambarkan. Moon ada share this great moment dalam facebook dan mendapat ratusan mesej dan ucapan daripada komen post tersebut. Terima kasih...

Ya, setelah hampir 5 tahun, Moon kini hamil anak kedua, hasil perkongsian hidup bersama pasangan teristimewa Mohd Azman. Syukur kepada Allah. Siapa sangka yang Moon akan ditakdirkan hamil lagi. Pernah mencuba dan berharap sebelum ini, tapi berakhir hampa... dan kali ini, yes ianya menjadi. Syukur lagi dan lagi. 

Dalam Facebook kemudiannya Moon ada up status untuk share tips apa yang Moon amalkan dalam usaha untuk mengandung lagi. Iya, mungkin bagi sesetengah individu, mereka tiada masalah untuk segera hamil sebab ianya jenis mudah lekat. Berbanding sesetengah wanita yang memang menunggu kehadiran janin dalam rahim termasuklah Moon sendiri. Peritkan rasa bila diri tak mengandung walaupun pelbagai usaha dibuat. Sakit tu dalaman wanita sahaja yang alami.

Untuk pengetahuan semua, Moon berkahwin pada 26 Disember 2011 ketika berusia 24 tahun. Agak muda la... tapi Moon dapat first baby iaitu Ahmad Idris pada 12 April 2016 iaitu setelah 5 tahun bernikah. dan ketika itu usia Moon adalah 29 tahun, lambatkan? Tapi syukur masih ada rezeki...

Tahniah Moon nak ucap kepada sahabat sahabat yang masih setia sabar menanti kehadiran cahaya mata yang entah bila akan tiba... Moon salute kalian sebab tak mudah untuk lalui semua ujian ini... Selepas setahun berkahwin, Moon dan suami terus ke klinik pergi check up, manalah tahu kan, mungkin ada masalah sana sini... benda kat dalam, tak nampak... 

Alhamdulillah lepas check doc kata kami berdua sihat cuma perlu turunkan berat badan. Alamak panjang, nak pendekkan cerita Moon terus kepada apa amalam Moon buat ya.



Ujian kehamilan Moon guna clear blue bukan digital la... test 2 hari sebelum lambat haid. Positif akhirnya. Tapi Moon punya ghairah nak cek tu memang tinggi, tengok sajalah berapa test Moon cuba sampai saat petang tadi. Moon beli Pregnancy test kedai eco ja 3 yang belakang tu, dua line pun terang dah, alhamdulillah. Seronok ni Tuhan saja tahu. 


#Amalan 1 : Consume Herbatusauda

Yes, herbatusauda yang Moon consume sewaktu nak dapatkan Idris sama dengan untuk kali ini. Moon dan suami sama-sama amalkannya. Bagus sangat, sesetengah wanita, mereka mengalami pcos atau cyst dalam rahim cuma bahaya atau tidak sahaja. Dengan izin Allah, ramai pelanggan herbatusauda ni yang berjaya kecutkan atau kecikkan cyst mereka tanpa ubatan doc atau pembedahan. Ya semuanya dengan izin Allah jua. Tapi tak salahkan kita ikhtiar. Allah nampak tau usaha tu ada.

#Amalan 2 : Surah Maryan (ayat 1 - 10)

Yes, mesti ramai cakap klise la, dah buat dah baca tapi tak da hasil juga. Sabar dulu.. baca penjelasan Moon satu persatu. Surah Maryam ini Moon baca setiap hari lepas magrib tanpa gagal. Macam mana? Masa Moon baca tu, Moon niatkan dan sungguh sungguh minta dalam hati untuk Allah kurniakan zuriat buat Moon. Baca memang tak susah, sebab Moon tahu, yang hebat siap hafal lagi. Awak memang terbaik. Tapi seberapa yakin awak dengan ayat dalam surah tu? Ayat Quran ni, kalau tak yakin memang tak jadi, tapi kalau yakin, baca surah Alfatihah hembus kat air pun boleh hilang migrain. Awak baca dan yakin sepenuh hati serah pada Allah. Minta kalau boleh dengan cara menangis semahunya.

Tak logik gais, Allah tak mungkin sia siakan doa hambaNya yang sungguh-sungguh meminta. Tiada yang mustahil bagi Allah. Dia bisa buat apa sahaja dengan kemahuanNya. Malah Allah suka jika kita sentiasa meminta minta padanya, dan Dia malu sekiranya tidak maqbulkan doa dan permintaan kita. Cuma Allah akan beri pada masa yang tepat. Ingat tu...

#Amalan 3 : Sedekah

Yes, sedekah paling ikhlas adalah ketika tiada manusia lain yang nampak akan sedekah itu selain Allah. Tak perlu tunjuk nak sedekah berapa, bila dan di mana. Nampak sahaja depan mata sumbanglah duit, tak banyak sikit pun jadilah. Semua itu adalah mengorbanan dan bayarannya hanya Allah akan beri pada tepat waktunya. 

Sedekah kita jadi jariah. Jika kita mati, meskipun belum punya zuriat, tapi telah Allah janjikan pahalanya mengalir pada kita. Tak boleh lah kita masih kedekut dan fikir orang ni menipu atau apa. Itu terserah pada orang itu, kita hanya niatkan untuk sedekah. Sambil hulur, pasti kita akan didoakan yang baik-baik sahaja.

ke ada orang yang bila dah dapat duit sedekah, dimakinya pemberi sedekah tu? Moon kira tak ada kan. Semuanya pasti mendoakan yang baik baik sahaja. Sedekah yang paling utama adalah pada ahli keluarga kita. Mana ada ahli keluarga kita doakan yang tak elok untuk kita? Pasti mereka doakan yang baik. Jangan berhenti sedekah.

#Amalan 4 : Minta doa semua orang dan stay positive

Kalau awak perasan la, setiap post kawan-kawan dalam facebook, terutama pasal mengandung ni, Moon mesti letak komen, macam ni 

"Semoga Allah permudahkan urusan awak dan doakan untuk saya juga merasainya ya"

100% sure yang pemilik post akan baca dan automatik dia doakan kita, jangan sombonglah...

Minta semua orang doakan kita, orang yang kita sedekahkan, orang yang kita jumpa terutama ibu hamil yang lain. Minta mereka doakan kita. Ehh, satu lagi, kucing pun akan doakan kita. jadi kenalah berbuat baik pada binatang dan jangan menganiaya mereka, sebab mereka pasti doakan kebaikan pada kita, dan sebaliknya jika kita zalim terhadap mereka.

Jangan selalu negatif, cuba gembirakan hati setiap hari dan stay positive sebab bila ion positif sentiasa dalam diri, ianya kan serap dan hapuskan cas negatif dan menghasilkan neutral. Senyum dan positif setiap hari, fikir yang kebaikan sentiasa ada untuk awak.

#Amalan 5 : Solat Sunnat

Yes, solat Dhuha dan tahajjud kerapkan buat. Benda ni tak perlu tunjuk, buat je... Allah nampak usaha kita dan Dia tahu, kita ready atau tidak, mampu atau tak...  Dhuha untuk murahkan rezeki, dan anak juga rezeki kan... benda ni Moon tak da lah buat setiap hari tapi usahakan buat.. Mula-mula memang payah, malas dan sebagainya, lama-lama macam kalau tak buat rasa bersalah... faham kan maksud Moon tu? Tapi bukanlah berdosa kalau tak buat pun.

Allah berfirman : Jika kamu bersyukur akan aku tambahkan nikmatKu kepadamu.

Awak fikirlah, kalau awak minta pada manusia pun mereka nak tengok usaha awak dulu, inikan pula Allah... kenalah berkorban untuk dapatkan sesuatu yang indah.. Mana ada yang indah tu datang semudah abc je kan, pasti diuji dan dilihat usahanya. Tunjuklah effort tu sikit pada Allah. InshaAllah, Dia pasti tunaikan. Awak jangan putus asa ya... Kecewa tak pa, tapi jangan putus asa sama sekali sebab Allah tak suka hambaNya berputus asa dariNya.

Moon rasa sekadar tu sahaja perkongsia kali ini... Moon doakan kawan-kawan yang masih belum dikurniakan zuriat untuk segera dapat merasainya.. InshaAllah, tiada yang mustahil bagi Allah.

Sekian, wslm
July 14, 2020 No comments
PERBEDAAN PERSEPSI | Jimmysie's Blog

Lewat ini, negara kita digemparkan dengan satu serangan menduga. Walau bagaimana pun yang pastinya ia bukan serangan fizikal kerana inilah yang dikatakan serangan biologi. Rakyat Malaysia ibaratnya sedang berperang dan mempertaruhkan nyawa masing-masing. Baik dari yang terkena mahupun yang berada di barisan hadapan serangan. 

Berat! Tapi harus ditempuhi jua. Sakit! Tapi harus dirasai jua. Resah! Tapi harus diharungi jua sehingga ketitisan darah yang terakhir dan nyawa yang penghabisan. Masing-masing dalam tekanan dan kurungan. Ia! Malaysia mengambil langkah yang sangat bijak dan agak awal untuk memutuskan rangkaian serangan ini. Serangan Corona Virus atau lebih popular dengan nama Covic19. 

Sehingga semalam 3 April 2020, Jumaat, angka semakin meningkat sehingga 3, 333 orang yang meragut 53 nyawa insan tidak berdosa. Banyak keluhan dan resah disuarakan oleh rakyat tentang perintah Kawalan Pergerakan ini. Mereka menyuarakan rasa tidak puas hati kepada segelintir masyarakat yang masih berdegil tidak mengikut peraturan yang ditetapkan. 

Saya cuba memandang hal ini, (Covic19) dan segala permasalahan ini sebagai satu perkara dari sudut positif. Yes memang tidak dinafikan banyak negatifnya kepada negara. Tapi kita masih selamatkan? Masih cukup makan pakai kan? cuma tak boleh keluar sewenangnya sahaja. Mari saya kongsi pandangan saya tentang hal positif ini.

5 Kesan Positif Tentang Corona Virus

1. Masa Emas bersama keluarga.

Benarkan? Saya dapat rasakan betapa berharganya masa ketika ini untuk dinikmati bersama keluarga dan yang tercinta. Saya memandang dari sudut rakyat marhain ya, bukan aspek fronliners. Fronliners ada urusannya tersendiri, Masa yang selama ini ditagih oleh anak-anak daripada ibu bapanya, oleh suami kepada isterinya yang sibuk bekerja, oleh isteri kepada suaminya, oleh ibu kepada anak anaknya. Bersyukurlah dan redha dengan apa yang diusahakan harini. 

Binalah suatu urusan atau aktiviti yang menyeronokkan untuk dilaksanakan bersama. Aktiviti yang dilakukan bersama akan dapat mengeratkan silaturrahim yang hampir berburai dek kerana kekangan masa selama ini. Contoh aktiviti bersama keluarga, bermain permainan tradisional seperti batu seremban, congkak dan sebagainya. Aktiviti lain seperti bermain catur, dam, jutaria, sadina, sahiba dan banyak lagi. Boleh juga buat aktiviti seperti berkhemah dalam rumah atau luar rumah. Tidaklah membosankan bila ada aktiviti untuk dilakukan!

2. Belajar Resepi Memasak untuk keluarga

Rata-rata wanita bekerjaya harini, yang tidak berapa expert memasak akan menggunakan modal kekangan masa untuk belajar memasak kan? Nah, sebulan atau dua bulan ini, peruntukkanlah masa anda untuk memasak. Belajar memasak tidaklah semestinya pergi ke kelas masakan. Boleh sahaja melalui instagram, facebook malah youtube juga membantu saat ini.

Belajarlah sesuatu agar ketika PKP ini, kita mampu membpositifkan diri dan orang sekeliling kita.  Benarkan, masih ada yang positif tentang Corona Virus. Tidaklah semuanya negatif semata-mata. cuba panda dari sudut yang baik.

3. Menyempurnakan segala tugasan tertunggak

Benar, tugasan kita memang sedang tertunggak dek kerana serangan Covic19 yang semakin menggila. Tapi, inilah masanya juga untuk kita selesaikan apa yang tertunggak sebelumnya. Yang sudah sedia tertunggak itu. Lakukan sesuatu untuk  strategi marketing untuk yang berniaga. Cuba membuat modul latihan untuk murid bagi yang  bergelar guru dan banyak lagi agar segala urusan yang sedia tertunggak dilangsaikan segera.

4. Mengeratkan silatur rahim

Siapa kata tak boleh keluar rumah, maka silaturrahim tak leh terjalin? Dari sinilah kita boleh mula mencipta jaringan rangkaian silatur rahim! Melalui facebook, instagram, whatsapps dan macam macam lagi media sosial yang ada. sepanjang Covic 19 juga semua orang diberi data free 1GB setiap hari kan. Jadi gunakan ia sebaik mungkin!

5. Peluang Muhasabah diri

Dalam kesibukan kerajaan meminta kita semua tetap kekal berada di rumah, kita boleh mengambil peluang ini untuk bermuhasabah diri kita yang banyak kekhilafan dan dosa. Tetaplah berada di rumah untuk mengelakkan jangkitan ini, tapi dalam masa yang sama gunakan peluang ini untuk memohon ampun kepada sang Pencipta atas segala kemungkaran yang pernah kita buat. Bermuhasabahlah dengan menunaikan solat sunat taubat dan sebagainya. Cari peluang ini untuk menambahkan pahala, meningkatkan peluang ke syurga, bukannya menambah dosa, peluang untuk mengangkat darjat kita ke suatu aras yang lebih baik. 

Kesimpulan

Anda boleh semak sendirikan? Betapa jika kita memandang hanya dari sudut negatif, berkurung sahaja, bosan dan sebagainya, maka jadilah kita orang yang rugi dan tidak mengambil peluang yang ada. Tetapi, jika kita memandangnya dari sudut positif, maka seluruh diri dan keluarga kita makin ceria, makin berkembang makin seronok dan kesihatan pun terjaga, sebab kita stay di rumah, InsyaAllah!

Pesan saya, kita tidak akan boleh menongkat langit hari ini yang bakal runtuh, tetapi kita boleh membina rumah bahagia untuk hari esok. Stay at home, stay positif, stay strong!

Sekadar perkongsian!




April 03, 2020 No comments
Bismillahir rahmanir rahim.

Syukur lagi sebab ada masa walaupun sekejap untuk updated blog ini yang makin jauh tenggalam. Tapi tak apa, saya nak juga biar dia hidup sebab saya suka menulis cuma tak ada masa sekarang ini. Masa saya sangat terhad dan perlu dihabiskan untuk yang lebih penting, cuma sesekali saya akan cuba melemparkan perasaan hati ke dasar laut saya yang mungkin dah jadi pulau berhantu ini.

Esok last persekolahan untuk sesi ini, maka bermulalah cuti pertengahan penggal 1 yang sangat indah dan mempersonakan bagi saya. Mungkin bagi orang lain cuti kali ini membosankan sebab wabak Covi 19 sedang mengganas. Tapi bagi saya cuti kali ini best sebab :

1. Dapat habiskan masa bersama keluarga tercinta
2. Peluang untuk menjana pendapatan dengan berjinak perniagaan  baru
3. Peluang untuk menyiapkan tugasan kerja  belum selesai tugas hakiki
4. Layan perasaan dengan menonton drama kesukaan
5. Masa yang ada nak tambah amalan, puasa dan baca Quran
6. Muhasabah diri!


Banyak lagi sebenarnya sebab kenapa saya suka cuti kali ini. Masa nak menulis terlalu singkat. Sekarang saya ada tuntutan kerja perlu disiapkan. Doakan saya dipermudahkan segalanya. Di sini saya na share templete buku rph cuti pertengahan penggal 1 2020

semoga bermanafaat ya, terima kasih

jumpa lagi guys, kawan alam maya tak pernah ku lupa.. kalian ada dalam doaku!


March 11, 2020 No comments
Assalamualaikum wbt

Semua orang sukakan kecantikan dan keindahan. Penampilan yang cantik dan bergaya adalah idaman semua. Wajah yang cantik dan bersih juga memainkan peranan penting dalam menterjemahkan makna bergaya. Apabila semuanya lengkap, ianya umpama pakej menarik. Penampilan yang eligan membuatkan kita lebih berkeyakinan. Yakin bermakna kita seronok dan selesa dengan diri sendiri.

Mesti ramai yang tercari-cari macam mana cara nak jaga wajah dengan betul supaya ianya kekal cantik, muda dan berseri. Disini saya nak share cara penjagaan wajah yang saya praktikkan. Alhamdulillah menjadi. Tidak ada masalah untuk mendapatkan kulit yang bersih setiap hari jika kena pada cara penjagaannya.
#Tips penjagaan wajah 1

Pemilihan pencuci muka yang sesuai

Pencuci mestilah :
✅ kurang buih / tidak berbuih (tiada bahan kimia berbahaya)
✅ Mengecilkan liang pori
✅ Bertindak sebagai anti-penuaan
✅ Menghapus jerawat baru dan mengurangkan penumbuhan jerawat
✅ Melembapkan kulit (hydration)
✅ Anti-inflammatory
✅ Membantu untuk yang kulit kering dan mengelupas
✅ Mengurangkan Burn
✅ Menyegarkan kulit anda
✅ Membantu masalah kulit berminyak dan berkedut
✅ Mengurangkan parut

#Tips penjagaan wajah 2

Pemilihan Serum wajah yang bagus


Serum wajah sangat bagus dalam memberi :

🚨Pudarkan parut jerawat
🚨Membantu warna kulit lebih sekata
🚨Menghidratkan kulit supaya lebih lembab dan tidak kering
🚨 Mengurangkan pertumbuhan jerawat
🚨 Kulit lebih sihat dan sempurna
🚨 Melindungi kulit dari sinaran UV berbahaya

🚨 Membantu mencerahkan kulit dan lebih segar

#Tips penjagaan wajah 3

Pemilihan foundation yang kena pada wajah


Foundation mestilah :

👉 Mempunyai 3 code color yang sangat menepati tona kulit wanita asia (pilih yang kena dengan kulit)
👉 Texture yang sangat-sangat ringan
👉 Tidak sumbatkan liang pori walaupun guna hari-hari
👉 Sangat full coverage
👉 Sangat sesuai bagi yang tidak suka heavy make up
👉 Look so natural sebab foundation akan blend elok dengan tona skin kita
👉 Tak bercapuk
👉 Tak buat muka berminyak
👉 Makin lama pakai , makin glowing helokk
👉 Tahan lebih dari 6 bulan even hari-hari guna
👉Merawat secara tidak langsung

#Tips penjagaan wajah 4

Pemilihan make up remover yang berkesan


Make up remover ini mestilah :

💓mampu membuatkan kulit anda bersih,
💓tidak berminyak dan melekit.

💓dapat membantu dan mengawal kulit daripada kering
💓melembapkan serta menganjalkan kulit wajah anda menjadi selembut sutera dan sangat selesa. 💓Ia juga merawat secara tidak langsung

#Tips penjagaan wajah 5

Pemilihan face mist yang sesuai


Facemist mestilah :

💕Membantu menenangkan kulit yag teriritasi akibat sinaran UV dan udara panas seharian
💕memberikan kandungan kelembapan intensif bagi kulit
💕Membentuk lapisan pelindung kulit sehingga kulit lebih segar dan sihat
💕Ada effect glowing

Wow, best kan kalau dapat kulit yang cantik, mulus dan bersih. Wajib ikut 5 Tips yang dikongsikan selain daripada berwuduk boleh memberikan keanjalan dan seri kepada wajah dan kesihatan.

Disini saya kongsikan rangkaian produk yang amat menepati dan sesuai untuk 5 Tips di atas.





Semua produk ini moon guna tau, dah setahun lebih dah guna.. alhamdulillah menjadi! Semua orang ada jenis kulit masing-masing. Semuanya kena try and error untuk kenal kulit anda. Tapi yakinlah dengan produk tanpa bahan kimia, ianya lambat sikit tapi kulit semakin hari semakin membaik.

Nak dapatkan produk-produk meeracle? Boleh dapatkan dengan agen sah di sini

👇👇👇👇👇👇👇👇👇

https://www.wasap.my/60134582893

https://www.wasap.my/60134582893

Dengar cerita mereka sedang dalam promosi buy 2 free 1, ayuh grap now!

sekadar ini perkongsian,

wslm
February 14, 2020 2 comments
Bismillahir rahmanir rahim..

Hye semua bloggers, apa khabar...Salam Malaysia Baru, Malaysia Bersih, Salam Kemerdekaan ke 62 tahun dan Salam Maal Hijrah!

Tingga beberapa hari je lagi murid tahun 6 akan mengadapi UPSR kan? Rasa begitu pantas masa, rasanya baru je awal tahun 2019, sekarang dah masuk bulan 9. Hebatkan masa? Pantas berlalu tinggalkan kita yang masih mengatakan... tak pa... lambat lagi... relax jangan gopoh! tengok tengok.. eh eh... rabu ini sudah mau UPSR? ha ambik!

Kebanyakan murid tiada masalah untuk subjek seperti Bahasa Melayu Pemahaman dan Penulisan kan? Tapi ramai yang akan ada masalah kertas Matematik kan? Tak sempat siap la, tak ingat sifir la.. masa cepat sangat laa... sedangkan..... Awak tu yang tak ready sebenarnya kan? Kenapa tak ready? Sebab utama murid tak ready untuk menduduki UPSR terutama subjek kritikal seperti matematik ini adalah :

⧪KURANGNYA LATIH TUBI
⧪MERASA PUAS HANYA DENGAN 1 LATIHAN SETIAP TOPIK
⧪PERASAN SUDAH PANDAI
⧪MALAS
⧪TIDAK MINAT MATEMATIK
⧪PENGAJARAN YANG TIDAK MENARIK

Betui tak? semua yang di atas tu? Kalau tak kesemuanya pon mungkin beberapa sebab itu punca murid lemah Matematik kan?

'Abis tu macam mana? Macam mana ni? aduhhhh tak sempat ahhhhh!'

SABARRRRR, Cikgu ada jalannya... 

sabda Nabi Muhammad SAW, 

"Jika esok nak kiamat, ada benih ditangan, TANAM!" 


Image result for sabda nabi jika esok kiamat ada benih ditangan tanam


Hebatkan? So kenapa nak putu asa kalau boleh berusaha lagi? Kan?

Alamak panjang pulak cikgu membebel. Okay, kembali kepada point asal, TIPS CEMERLANG Matematik Cikgu Fadli Salleh. Sebagai seorang guru matematik, saya sendiri kagum dengan semangat hebat Cikgu Fadli ini. Beliau sanggup bersusah payah menyiapkan beberapa ebook terbaik untuk anak-anak cemerlang matematik. 

Meh saya share 10 tips skor matematik UPSR yang  saya belajar dari seorang guru.

Tip ini dikongsi oleh guru pakar Matematik iaitu Cikgu Shahril Othman. Jom kita ikuti tip daripada Cikgu Shahril ini. 


  • Minat Matematik, Sayang Matematik
  • Tingkatkan Kemahiran Mengira
  • Latih Diri Menjawab dalam Tempoh 1 jam
  • Latih tubi Soalan-soalan UPSR Sebenar Tahun-tahun Sebelum
  • Ketahui Teknik Menjawab Cara Pantas
  • Jawab Soalan Mudah Terlebih Dahulu
  • Jangan Cuai
  • Menjawab Mengikut Apa yang Ditanya
  • Wajibkan Diri Membuat Latihan Sekurang-kurangnya 20 Soalan Sehari
  • Gariskan Maklumat dan Kata Kunci


Sumber: Guru Pakar Matematik, Cikgu Shahril Othman (SK Beruas, Perak)

antara Ebook Cikgu Fadli pulak yang saya nak suggest pada awak adalah:

MODUL PANTAS MATEMATIK


SIFIRLICIOUS


BENGKEL PECUTAN AKHIR UPSR ONLINE


Masih berkira ke dengan pendidikan anak-anak? Untuk hasil yang BOOM, labur lah untuk keuntungan jangka panjang! Saya share benda yang bagus untuk semua!

semoga bermanfaat!

wslm
August 31, 2019 6 comments
Bismillahi rahmanir rahim...
Rata-rata ibu bapa harini ini mengimpikan kejayaan anak-anak bermula dari UPSR. Betui kan? Tapi bukan semua anak dikurniakan akal yang cekap dan cerdas. Ada juga kan anak yang perlukan perhatian yang lebih, jika tidak kegagalan mungkin berlaku.
Kegagalan dalam UPSR menjejaskan peluang murid untuk memilih sekolah yang baik di peringkat menengah. Lebih merunsingkan lagi, kegagalan murid akan memurunkan motivasi mereka dan mereka anggap Matematik adalah subjek yang sukar seterusnya tidak lagi meminati subjek ini.
Akhirnya kegagalan di peringkat UPSR akan terus dibawa ke peringkat PT3, SPM dan seterusnya.

“Kenalpasti Kenapa Anak Lemah Matematik …”

Apabila diteliti punca masalah utama yang yang menyebabkan murid gagal adalah TIDAK FOKUS dan SUKAR MEMAHAMI sesuatu topik yang diajar.
Murid hadapi masalah tersebut kerana beberapa perkara seperti berikut :
➡ Kedudukan dalam kelas. Terlalu jauh dengan papan putih.
➡ Gangguan kawan-kawan semasa penerangan guru.➡ Suka berkhayal.➡ Suara guru tidak cukup kuat dan tunjuk ajar terlalu cepat.➡ Pengajaran guru tidak menarik bagi murid tersebut.➡ Masa belajar yang singkat. Tak sempat murid nak faham masa dah habis.
Dan selalunya, mereka yang gagal menguasai matematik adalah kerana tidak dapat menguasai 3 topik penting  yang diajar sejak darjah empat. Dan 3 topik penting ini adalah:
PECAHAN, PERPULUHAN DAN PERATUS
3 Topik ini adalah kunci sebenar kepada lulus gagal anak anda dalam peperiksaan yang bakal mereka hadapi tidak lama lagi.

“Rupanya Ini Sebab Kenapa Anak Tak Dapat Skor”

Saya amat aktif di media sosial. Ramai yang bertanya kepada saya bagaimana nak jadikan anak mereka pandai Matematik.
Ramai juga yang PM saya mengadu anak mereka menghadapi kesukaran menjawab soalan. Sampai penuh inbox saya. 
Nah, di sini saya suka nak kongsikan benda yang baik dengan anda semua terutama para guru dan ibu bapa yang inginkan kejayaan anak-anak.
Peperiksaan UPSR, semakin hampir. Pekara yang paling menggembirakan buat seorang ibubapa adalah melihat wajah anak yang seronok menerima keputusan peperiksaan yang cemerlang. 
Jangan judikan masa depan anak. Anak ini bagaikan kain kanvas putih. Kita yang menentukan corak pada kain tersebut. Kita jugalah membantu membentuk masa depannya. 

Macam mana nak dapatkan? Klik SINI
SAYA NAK MODUL PANTAS MATEMATIK
SAYA NAK MODUL PANTAS MATEMATIK
SAYA NAK MODUL PANTAS MATEMATIK
******************************************************************************************************
Dapatkan Modul Pantas Matematik Sekarang!
p/s : jangan berkira sangat dengan pendidikan untuk anak-anak.
sekadar perkongsian dari insan biasa, jumpa lagi.
August 14, 2019 1 comments


Bismillahir rahmanirrahim

Siapa je yang tak kenal Dato Alif Syukri Kamaruzzaman tu kan.. Jutawan Malaysia yang tersohor sekarang ini. Dari Dunia Herbs, ke D'herbs dan sekarang syarikat terkini as Legacy. Semua orang nak jadikan dia idola kan. Rumah dia je dah lebih 30Juta... apa nak heran kan?

Tapi

siapa je yang tahu kisah dia bukan bermula dengan yang manis sahaja.. suka duka dia harungi tak da sapa tahu.. yang kita tengok harini semua yang indah-indah saja...
ebookdatoalif, ebookzerotohero, ebook, datoalifsyukri, aslegacy, bizzibody

Ramai la nak tahu kisah perjalanan perniagaan dato from zero to hero kan.. dato tak kedekut taw nak share dengan semua kisah hidup dan perjalanan bisness dia dari awal. Semuanya bermula dengan NEKAD.

Di sini, saya nak bongkar kisah dato from ZERO TO HERO. 

hanya dengan satu klik sahaja, kita dah boleh mengenali dunia dato alif.. semuanya terbongkar di sini

EBOOK FROM HERO TO ZERO

EBOOK FROM HERO TO ZERO

EBOOK FROM HERO TO ZERO

bukan senang untuk berjaya, harus bermula dari bawah dan wajar nekad. InsyaAllah hasilnya daboom!

#ebookdatoalif #bukansenangnakkaya #jombelajarebook #ebookzerotohero #ebookakunak#zerotohero

August 14, 2019 1 comments
Assalamualaikum wbt


Tanggal 9 November 2018 (Jumaat) adalah tarikh keramat yang akan terpatri dalam sanbubari. Perginya seorang ayah yang sangat penyayang ke alam yang lain buat selama-lamanya. Ayah pergi dengan sangat tenang dan perlahan-lahan. Ayah mertua saya Hj Hashim Bin Hj Ahmad, 72 telah menghembuskan nafanya yang terakhir pada jam 8.15 malam di rumahnya. 



Ayah telah lama menghidap penyakit kencing manis. Ayah juga penghidap Pakinson tahap awal. Ayah juga ada penyakit Alzheimer yang hanya kami dapat kenalpasti selepas dia mengalami kemalangan 3 tahun lepas. Setelah kemalangan, doktor sahkan yang terdapat satu Blood Clot di bahagian hadapan kepala.


TAPI

Semua penyakit itu adalah untuk 2 tahun lepas. Selepas semua sudah alert dengan tahap kesihatan ayah, dia tidak lagi dibenarkan memandu kerana bimbang akan lupa jalan pulang. Ditambah bimbang lagi apabila dia lupa hendak masuk gear ketika memandu. Mama (Mak Mertua) juga turut menjaga pemakanan ayah sehingga tahap gula dalam darah menjadi normal. Mama juga menjaga jadual makan ubat ayah sehingga pakinsonnya hampir tiada lagi. Walau bagaimanapun, mungkin Blood Clot di kepala ayah yang menyebabkan Alzheimer ayah tidak reda sehingga ayah terpaksa dipakaikan lampir pakai buang orang dewasa.

Beberapa bulan sebelumnya,

Ayah terjatuh dalam toilet menyebabkan ayah tidak lagi mampu untuk berjalan sendiri. Ayah terlantar di rumah setelah dibenarkan pulang dari hospital. Ya Allah beri peluang kepada mama untuk berbakti kepada suaminya. Namun, sejak sseminggu yang lepas, ayah sudah tidak ada selere untuk makan dan minum. Hanya mampu kelip-kelipkan matanya dan mengalirkan air mata.


Saat Kematian datang

Raut wajah ayah tenang semasa kami semua membaca Yassin dan ajarkan mengucap di telinganya. cuma sesekali matanya terbuka seolah-olah memandang sesuatu yang datang menghampirinya. Lidahnya tidak berhenti bergerak seolah-olah melafazkan kalimah La ilaha illallah... Saat itu kami memanggilnya, namun tiada respon balas, hanya nafas yang kedengaran berombak kencang dibahagian dada.

Ayah pergi dengan sangat tenang

Seusai mama membacakan Yassin, mama keluar sebentar dan saya serta Kak Jue (Kakak Ipar) terus datang untuk menyambung bacaan Yassin kerana saat saat ini ayah tidak boleh dibiarkan sendirian. Saat Kak Jue menyentuh bahu ayah, terasa seperti ayah terkejut dan ketika itu, ayah sudah pergi. Tubuhnya kaku. Wajahnya sangat tenang seperti tidur. Biasanya saya hanya mendengar kata orang. Jenazah seperti tidur. Kali ini saya mengalaminya dan menatapi wajah ayah sendiri.

Ayah pergi buat selama-lamanya

Saya mula menjadi menantunya pada tanggal 26 november 2011. Ayah seorang yang sangat ceria. Setiap katanya diselangi dengan ketawa. Syukur saya mendapat ayah dan mama sebagai mertua yang sangat sporting gilerz. Ayah pernah bertanya kepada saya, bilalah ayah akan menimang cucu memandangkan suami adalah satu-satunya anak lelakinya dalam keluarga. Dia sempat berseloroh  dengan saya,


'Ayah ada lagi 2 tahun sahaja tau'

Saya tak ambil pusing masa itu, dan hanya menganggap itu hanyalah gurauan. Tapi setelah difikirkan semula. Iya... Benar selama 7 tahun saya bersama suami, hanya dua tahun sahaja dibenar-benar mengenali saya kerana selebihnya dia lupa memori short term. Dia tidak lagi mengenali saya apa lagi cucunya yang lahir setelah 5 tahun saya dan suami bernikah. Ya saya redho. 

Akhirnya, ayah pergi...  bukan kerana semua penyakitnya itu. tetapi kerana sakit tua.

Jenazah ayah lembut, mudah sangat diuruskan.

wslm
November 16, 2018 12 comments
Bismillahir rahmanir rahim.


Tanggal 25 Jun 2018 (Isnin) jam 2.30 ptg, sehelai surat ku sambut dengan penuh tanda tanya. Ucapan tahniah terpancul dari mulut seorang Penolong Kanan Sekolah. Muka aku berkerut, pelik.. kenapa? Kenapa tahniah? Ku beranikan hati untuk membuka dan membaca isi surat. Aku hanya senyum tawar. Keliru sama ada nak senyum atau sedih.

Ya, perpisahan bakal berlaku. Aku angkat muka beranikan diri untuk bertanya kenapa tengah2 tahun? Isu suami isteri satu sekolah. TAK BOLEH... NO! Okay aku akur ajer. Sekolah yang bakal aku berikan khidmat nanti dekat jer... masih tak masalah bagi aku. No big deal! Sama sahaja. Ya menjadi seorang guru mesti berhati kental dan bersedia diri walau dilempar ke mana sahaja.

8 tahun berkhidmat sebagai guru di SMK Teluk Kumbar 2. Ya, macam-macam yang aku lalui, pahit manis sebagai guru muda di situ sangat aku ingat. Dulu masa mula-mula mengajar di situ, aku diberikan subjek KEMAHIRAN HIDUP, sedangkan major aku MATEMATIK. 3 tahun juga la aku mengajar subjek Kemahiran Hidup. Aku berdoa semoga aku dapat mengajar Matematik. Akhirnya 2014, aku dapat juga.

Sampailah ke saat ini. Esok aku akan mula menceduk pengalaman baru setelah 8 tahun di sekolah yang sama sebelum ini. Sungguh Allah itu Maha Mendengar. Aku doa supaya aku dapat merasa suasana baru dalam mengajar dan DIA bagi aku rasa. Terima Kasih Allah.

Berat sebenarnya untuk aku berpisah dengan pelajar di SMKTK2. Tapi demi tugas aku gagahkan juga! Terima kasih semua yang pernah menjadi sebahagian dalam kehidupanku di SMKTK2. Terlalu banyak kenangan suka duka di situ. Akan aku ingat sampai bila-bila.

wasalam





July 01, 2018 3 comments
Bismillahir rahmanir rahim.

Salam Syawal. Alhamdulillah harini 17 Syawal bersamaan 1 Julai 2018. Rasanya masih belum terlambat  untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FIRTI, Maaf zahir dan batin. 

Mesti ramai kan yang tengah puasa 6. Dah berapa hari dah tu? Tapi ramai juga la yang terpaksa tangguh dan selang selang puasa... betui kan? Almaklum la, ramai yang tengah dok buat open house. Sama la, saya pon baru 4 hari puasa. Isnin ni nak sambung puasa, tapi ada jamuan raya perdana pulak kat sekolah. Selasa la sambung balik puasa. Sayang...


Jom kita semak sikit apa fardhilat PUASA 6 yang ramai dah tahu, tapi kadang-kadang lupa kan?

*1* Ganjaran seperti berpuasa selama setahun

Jika puasa di bulan Ramadhan, Rasulullah s.a.w menjanjikan pengampunan dosa yang lampau, maka dengan melengkapkan puasa enam hari dalam bulan Syawal pahalanya sama seperti berpuasa setahun. Seperti yang diriwayatkan oleh Abu Ayyub ra, Rasulullah s.a.w bersabda:

“Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadhan lalu diiringinya dengan puasa enam hari bulan Syawal, bererti ia telah berpuasa setahun penuh.” 
Hadis Riwayat Muslim, Abu Dawud, at-Tirmidzi, an-Nasa’i dan Ibnu Majah

Nabi Muhammad s.a.w sendiri sudah pon menjelaskan bahawa puasa enam hari pada bulan Syawal, pahalanya sama seperti berpuasa penuh setahun dengan syarat, telah kita melengkapkan puasa sebulan Ramadan. 

*2* Melengkapkan kekurangan puasa Ramadhan

Al-Hafiz Ibnu Rajab berkata, berpuasa enam hari di bulan Syawal akan melengkapkan kekurangan dan kecacatan yang terdapat sewaktu melaksanakan ibadah puasa di bulan Ramadhan.

Selain itu, terdapat beberapa pandangan ulama dari mazhab al- Syafi’e antaranya Imam Nawawi, berpendapat seseorang yang telah lengkap berpuasa Ramadhan perlu menyambung puasanya (enam hari bulan Syawal) secara serta-merta dan berturut-turut setelah merayakan Aidilfitri.
Ini adalah untuk mencantikkan lagi puasa Ramadan yang lepas.

*3* Mengigatkan manusia tentang puasa sunat

Dengan mensyariatkan puasa sunat enam hari dalam bulan Syawal, umat Islam akan terlatih untuk meneruskan puasa sunat yang lain. Kemungkinan umat Islam akan terlupa untuk meneruskan ibadah puasa sunat lain setelah menyambut hari raya Aidilfitri.

Oleh itu, melalui puasa sunat enam Syawal sekurang-kurangnya mengingatkan kepada umat Islam untuk terus berpuasa, tidak semata-mata menunggu kedatangan Ramadhan untuk berpuasa.



*4* Mendidik diri supaya bersederhana menyambut Aidilfitri

AidilFitri diraikan sebagai tanda kemenangan menempuhi Ramadhan yang lalu. Namun itu tidak bermakna umat Islam harus meraikannya sehingga sebulan penuh dalam bulan Syawal itu.

Sebaiknya, puasa sunat Syawal sudah pun dimulai pada 2 Syawal dan dilakukan secara berturut-turut. Hal ini menunjukkan kita tidak terlalu berlebihan dalam berhari raya dan lebih mengutamakan kelebihan dan ganjaran dalam bulan Syawal itu.

Oleh itu, puasa sunat enam pada bulan Syawal adalah keutamaan selepas berpuasa di bulan Ramadhan. Dengan itu, ibadah ini sebaiknya dilakukan dengan segera dan lebih afdal secara berterusan atau berselang. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (ke arah mendapatkan) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.”
Surah Ali Imran:133

Namun, bagi golongan wanita yang meninggalkan puasa Ramadhan atas sebab datang haid sebaiknya menggantikan puasa Ramadan sebelum berpuasa sunat.

Kebanyakkan ulama berpendapat, seseorang yang meninggalkan puasa Ramadhan seelok-eloknya menggantikan puasa itu terlebih dahulu sebelum meneruskan puasa enam hari bulan Syawal.

Jom berpuasa 6. Semuga ibadah kita diterima oleh Allah dan menjadikan puasa kita pada Ramadhan lalu lebih sempurna. InshaAllah

wasalam


July 01, 2018 3 comments


Bismillahir rahmanir rahim...

Alhamdulillah, harini dah masuk hari ke 6 kita menyambut Ramadhan yang mulia. Syukur kerana masih diberi kesempatan waktu untuk beribadah dan mengutip pahala. Nikmat sihat yang tidak dapat dibeli. Terima Kasih Allah.

Dalam bulan Ramadhan ini, terdapat satu malam yang sangat dinanti-nanti. Saya percaya semua daripada kita mesti dah boleh teka kan malam apakah itu? Ia, betul malam Lailatul Qadr. Mesti kita pun tercari-cari bila agaknya malam Lailatul Qadr ini akan terjadi. Ada sebab mengapa Allah menyembunyikan bila berlakunya ia. Tetapi kita masih boleh menjejakinya dengan mengenal pasti beberapa tanda-tanda bila berlakunya Lailatul Qadr. Meh kita semak. Manalah tahu, kita bertuah pada tahun ini kan. InsyaAllah.

Tanda-Tanda Malam Lailatul Qadar
Diantara kita mungkin pernah mendengar tanda-tanda malam lailatul qadar yang telah tersebar di masyarakat luas. Sebahagian kaum muslimin memiliki beragam khurafat dan keyakinan bathil tentang tanda-tanda lailatul qadar, diantaranya: pohon sujud, bangunan-bangunan tidur, air tawar berubah masin, anjing-anjing tidak menyalak, dan beberapa tanda yang jelas batil dan rosak.
Maka dalam masalah ini keyakinan tersebut tidak boleh diyakini kecuali berdasarkan atas dalil, sedangkan tanda-tanda di atas sudah jelas kebatilannya kerana tidak adanya dalil baik dari al-Quran ataupun hadis yang menjelaskannya. Maka bagaimanakah tanda-tanda yang sebenar berkenaan dengan malam yang mulia ini ?
Nabi sollallahu’alaihi wa sallam pernah menggambarkan kita di beberapa sabda beliau tentang tanda-tandanya, iaitu:
1. Udara dan suasana pagi yang tenang
Ibnu Abbas radliyallahu’anhu berkata: Rasulullah sollahu’alaihi wa sallam bersabda:
“Lailatul qadar adalah malam tenteram dan tenang, tidak terlalu panas dan tidak pula terlalu dingin, esok paginya sang suria terbit dengan sinar lemah berwarna merah” (Hadist hasan)
2. Cahaya mentari lemah, cerah tak bersinar kuat keesokannya
Dari Ubay bin Ka’ab radliyallahu’anhu, bahwasanya Rasulullah sollahu’alaihi wa sallam bersabda:
“Keesokan hari malam lailatul qadar matahari terbit hingga tinggi tanpa sinar terang” (HR Muslim)
3. Terkadang terbawa dalam mimpi
Seperti yang terkadang dialami oleh sebahagian sahabat Nabi radliyallahu’anhum
4. Bulan nampak separuh bulatan
Abu Hurairah radliyallahu’anhu pernah berkata: Kami pernah berbincang tentang lailatul qadar di sisi Rasulullah solallahu’alaihi wa sallam, beliau berkata,
“Siapakah dari kalian yang masih ingat tatkala bulan muncul, yang berukuran separuh nampak.”(HR. Muslim)
5. Malam yang terang, tidak panas, tidak dingin, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang .
Sebagaimana sebuah hadit, dari Watsilah bin al-Asqo’ dari Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam:
“Lailatul qadar adalah malam yang terang, tidak panas, tidak dingin, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang dan tidak ada yang dilempar pada malam itu dengan bintang (lemparan meteor bagi syaitan)” (HR. at-Thobroni dalam al-Mu’jam al-Kabir 22/59 dengan sanad hasan)
6. Orang yang beribadah pada malam tersebut merasakan lazatnya ibadah, ketenangan hati dan kenikmatan bermunajat kepada Rabb-nya tidak seperti malam-malam lainnya.
Subhanallah, berdoalah semuga kita dapat merasai keberkatan Lailatul Qadr ini.
sekadar itu perkongsian untuk kali ini, jumpa lagi!
kredit to :  http://cahayapurnama.com/fadhilat-malam-lailatul-qadar-kelebihan-dan-tanda-tandanya/
May 21, 2018 1 comments
Older Posts

Total Pageviews

Penulis Blog

mrs cikgu
View my complete profile

Followers

My Sweet Blogger

  • Blog Sihatimerahjambu
    Menu Berbuka 4 Ramadan : Nasi Beriani Gam Ori
  • //Perdu Cinta
    RAMADAN DUA SUDUT RASA TAKUT DAN RISAU BERBEZA
  • BUSYRA TAKIYUDIN
    Menu Berbuka Udang Masak Lemak Cili Padi Ala Sheila Rusly
  • Kasihku Amani Imani
    ebook | Antagonis oleh Irsyad Tarudin
  • ! Bukan Sekadar Rupa
    Baju Melayu Murah Bawah RM80 Jer
  • A box of Crayon
    Pelancaran Program Diet bersama Kitsui Meal Replacement Plus (KMRP)
  • Noor Maizan
    Makiato Strawberry Nougat Crisp yang Sedap dan Murah
  • dunia miss kepeng
    Selamat Hari Raya Aidiladha
  • Blog Soalan Matematik
    Channel Youtube Cikgu Mali
  • ! Chegu Zam
    Bab 4 Poligon, Matematik Tingkatan 2 Video PDPR
  • Blog Syifa
    Pakej Percutian Penjawat Awam
  • mrs cikgu
    5 Tips untuk mengandung terbongkar
  • Mumbling Mommy
    Susah Senang Hidup Lepas Kahwin| Personal
  • Kisahsidairy.com | Parenting | Lifestyle | Beauty | Travel | Review
    CANNIS APLIKASI MOBILE 7 DALAM 1
  • Ummu Athirah Nama Diberi
    Cara Buka Akaun Simpanan Maybank
  • Stokin Putih
    Jatuh Cinta Pada 'Ustaz' nya Dia....
Show 5 Show All

Blog Archive

  • ▼  2020 (4)
    • ▼  July (1)
      • 5 Tips untuk mengandung terbongkar
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2019 (3)
    • ►  August (3)
  • ►  2018 (15)
    • ►  November (1)
    • ►  July (2)
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (4)
    • ►  February (5)
  • ►  2017 (13)
    • ►  November (1)
    • ►  August (9)
    • ►  April (3)
  • ►  2016 (1)
    • ►  November (1)
  • ►  2015 (7)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  June (1)
    • ►  April (1)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2014 (5)
    • ►  November (4)
    • ►  August (1)
  • ►  2013 (12)
    • ►  November (1)
    • ►  August (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (6)
    • ►  February (2)
  • ►  2012 (12)
    • ►  November (4)
    • ►  September (1)
    • ►  July (1)
    • ►  April (2)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2011 (20)
    • ►  October (2)
    • ►  September (2)
    • ►  July (4)
    • ►  May (3)
    • ►  April (1)
    • ►  March (4)
    • ►  February (4)
  • ►  2010 (57)
    • ►  December (9)
    • ►  November (3)
    • ►  October (7)
    • ►  September (2)
    • ►  August (4)
    • ►  July (2)
    • ►  June (3)
    • ►  May (5)
    • ►  April (2)
    • ►  March (8)
    • ►  February (8)
    • ►  January (4)
  • ►  2009 (20)
    • ►  November (5)
    • ►  October (7)
    • ►  September (8)

Popular Posts

  • Kata hikmah Penguat Semangat
  • MASBUQ DALAM SEMBAHYANG JEMAAH.
  • Cara Best belajar Fizik, Jom Tengok!
  • NOTA PADAT MATEMATIK (TINGKATAN 1 -3)
  • 5 Cara Beri Ganjaran kepada Pelajar

JURU KOMEN MELETOPS

↑ Recent Comments Widget by Jom Bina Belog

Pesanan Untuk Saya

Shoutbox: Free shoutbox for website or blog
Shoutbox Tutorials: How to get a shoutbox
Guestbook: Get a free guestbook for your website
YouTuber Jessica Clements: Ngai Chun Cheung about his crush on Jessica Clements
Model Jessica Clements: Ngai Chun Cheung is reasoning Jessica Clements
Jessica Clements: Ngai Chun Cheung is dissecting his obsession with Jessica Clements
Thousand Origami Cranes: Leaving a trail of thousand origami cranes by Ngai Chun Cheung
Hong Kong Origami: Origami Cranes in Hong Kong by Ngai Chun Cheung
Ngai Chun Cheung
Bonn Bad Godesberg

My Everythigs

My Everythigs

Labels

ALUMNI SMK Tanah Merah cikgu fadli salleh cinta Dunia Guru Dunia Islam ebookdatoalif ebooknakkaya education featured info keberkatan matematik meeracle modul cemerlang matematik modul matematik modul pantas matematik nakcantik nakkaya personal puasa puisi ramadhan review skincare Tinta Ummu Qaseh tips cemerlang matematik tips penjagaan kulit tips skor matematik Warta Berita zerotohero

Created with by ThemeXpose | Distributed By Gooyaabi Templates