Search This Blog

Saturday, November 21, 2009

Sebat: Ada hikmahnya kepada Pezina


Apabila Allah menjadikan manusia, Allah juga menjadikan bersama kejadian manusia itu undang-undang yang dapat mengawal manusia daripada terjerumus ke lembah kehinaan dan kesengsaraan akibat daripada perbuatan manusia itu sendiri. Terdapat 17 jenis kesalahan yang dihukum dengan hukuman hudud antaranya ialah hukuman bagi mereka yang melakukan penzinaan. Apabila sabit kesalahan, terdapat dua jenis hukuman bagi dua kategori manusia yang melakukan kesalahan itu :


1. Sebat 100 rotan untuk pesalah yang BELUM BERKAHWIN.
2. Rejam sampai mati untuk pesalah yang SUDAH BERKAHWIN.


Maksudnya:“Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman.”


Juga telah diriwatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Ibn. Mas’ud r.a bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda yang bermaksud:


“Tidak halal darah orang-orang Islam kecuali berlakunya salah satu daripada tiga perkara iaitu orang yang telah berkahwin berzina, orang yang membunuh dengan sengaja dan orang yang keluar daripada agamanya juga yang berpecah daripada jamaah orang-orang Islam.”


Adakah sahabat-sahabat sekalian terfikir mengapa terdapat perbezaan di dalam hukuman yang dijalankan bagi kesalahan yang sama tetapi dilakukan oleh kategori manusia yang berbeza?


Sepintas lalu ulama’ menggariskan bahawa menghukum mereka yang belum berkahwin jika sabit kesalahan dengan 100 rotan adalah wajar sebagai pengajaran kepada mereka yang telah melakukannya ataupun remaja yang berkeinginan mencubanya. Hukuman sebat ditentukan bagi pesalah jenis ini adalah kerana mereka belum pernah merasa nikmat perkahwinan. Keinginan mereka adalah disebabkan oleh dorongan nafsu yang kadangkala dapat mengatasi fikiran manusia sehingga menjerumuskannya melakukan kesalahan zina.


Rejam sampai mati pula adalah hukuman yang dijatuhkan ke atas pesalah yang sudah berkahwin kerana pesalah jenis ini sudah merasai nikmat perkahwinan dan tidak ada alasan yang boleh diterima sebagai kemaafan kerana dikhuatiri tabiat mereka itu akan merosakkan banyak manusia. Rejam sampai mati adalah ubat yang paling mujarab bagi manusia jenis ini.


HIKMAH DISEBALIK PELAKSANAAN HUDUD INI DARI SUDUT SAINS


Di dalam badan manusia, terdapat satu sistem pertahanan badan yang dipanggil sistem Imuniti. Sel yang paling berperanan dalam menghasilkan sistem pertahanan badan ialah sel darah putih. Sama ada B Limfosit yang berperanan menghasilkan Imuniti pembaikan sel ”Cell-Mediated Immune System”. Apabila virus Aids menyerang manusia, sistem pertahanan badan T4 Limfosit akan dimusnahkan dengan cara virus itu melekatkan dirinya di permukaan T4 Limfosit bagi menggagalkan fungsi T4 Limfosit sehingga manusia mengalami kelumpuhan sistem pertahanan badan AIDS ”Acquired Immunologic Deficiency Syndrome”. Bagi pesalah yang belum berkahwin, mereka mempunyai antibodi T4 Limfosit yang kuat dan masih bertenaga. Sekiranya seseorang pesalah itu sudah dihinggapi HIV selepas penzinaannya T4 Limfositnya akan diserang oleh HIV AIDS yang akan menyebabkan sel-sel T4 Limfositnya musnah sehingga menyebabkan sel-sel sum-sum tulangnya mati tidak dapat lagi menghasilkan sel-sel T4 yang baru dengan jumlah yang banyak kerana sebahagian daripada sel darah putih itu bertukar menjadi benih manusia. Badan akan lemah dan Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit akan menyerang. Pesakit jenis ini mempunyai kemungkinan untuk disembuhkan.


Tetapi dengan syarat :


Ia mesti didera dan badannya mesti mengalami kerosakan sel yang banyak bagi merangsang penghasilan sel-sel T4 yang baru serta menggalakkan sum-sum tulang mengeluarkan antibodi yang baru.


Cara yang terbaik adalah dengan cara menyebat di bahagian belakang tulang belakang manusia di kawasan antara bawah tengkuk dan di atas pinggang di bahagian belakang tubuh badan manusiadengan sebatan yang merangsang penghasilan semula antibodi T4 yang baru dan pesakit tersebut boleh sembuh daripada AIDS selepas antibodi sel-sel T4 Limfosit menjadi dua kali ganda jumlahnya daripada jumlah Virus Aids dalam tubuh badan manusia dan ia menjadi lebih dominan daripada Virus Aids sehingga ia dapat memusnahkan virus Aids dan terselamat daripada virus Aids.


Jika pesalah tersebut adalah mereka yang telah berkahwin, apabila dihinggapi virus Aids sel-sel T4 mereka telah lemah berbanding dengan sel-sel T4 mereka yang belum berkahwin. Kelemahan ini berpunca daripada sum-sum tulang yang kurang menghasilkan antibodi kerana fungsinya lebih banyak ditumpukan ke arah penghasilan benih-benih bagi menghasilkan sperma-sperma baru. Pesalah jenis ini tidak akan dapat diselamatkan daripada virus Aids dan rejam sehingga mati merupakan penyelesaian terbaik bagi mengelakkan jangkitan dan penyebaran penyakit di samping memberi pengajaran yang menyebabkan orang lain takut untuk melakukan kesalahan yang sama.


Oleh :
Dr. Haji Jamnul Azhar B. Haji Mulkan

[semuga mengambil pelajaran bagi yang mahu berfikir] 


Cerpen Zina Hati : MAAF


“Siti Syazwani. Happy Birthday! Semoga kamu akan sentiasa dirahmati Nya… All the best in everything you do… Jaga diri & iman baik-baik ya~…
-Amin, UK-”


Aku mencapai telefon mobilku dan membelek-belek SMS ucapan hari lahir yang diterima minggu lepas. Cukup ringkas. Namun. Aku masih tertanya-tanya mengapa Amin hanya mengirimkan SMS sahaja kali ini? Jika tidak, tahun-tahun sebelum ini pasti sudah ada kad besar dan bermuzik akan tiba beberapa hari sebelum hari lahir ku. Dah lah pakai nombor orang lain, siap tulis nama penuh aku pula tu. Tak pernah pula dia tulis macam ni… Ish, hati mula ragu-ragu. Menyangka sesuatu yang tak baik sedang berlaku.


Adakah dia sudah ….? Argh, tak mungkinlah! Dia dah kata takkan ….


Aku teringat ketika dia pulang bercuti pada musim summer tahun lepas. Namun, sebelum itu aku sudah rasa banyak perubahan berlaku pada dirinya. Dia telah mula banyak memberi nasihat-nasihat baik ketika kami berhubung sama ada melalui telefon, SMS, email, YM dan juga friendster. Dan ketika itu. Aku mendapat cuti seminggu dan telah bercadang untuk turun ke KL dengan kakak melawat saudara-mara, dan sambil-sambil itu bolehlah juga berjumpa dengan si Amin. Setahun sekali tak salah rasanya. Melepas rindu lah sedikit. ‘Boring’ juga kalau asyik berhubung melalui telefon saja. Lagipun Kuantan-KL sekarang boleh travel dalam 3 jam 1/2 dah. Ulang-alik setiap hari pun boleh.


Di KL. Aku telah menghubunginya dan cuba mengajak untuk berjumpa. Dia menolak ajakan aku untuk keluar berjalan-jalan daripada pagi sampai ke petang. Dia hanya boleh berjumpa dengan ku seketika sahaja pada petang hari. Walaupun dia beralasan sibuk, tapi aku tahu dia taklah sesibuk mana. Nak tak nak. Aku terpaksalah menerima sahaja cadangannya. Asal boleh berjumpa, ia sudah cukup bagi aku. Dan petang itu kami taklah ke mana-mana sangat. Ronda-ronda sahaja dengan kereta Wira kesukaannya itu. Selepas ber-Asar di Masjid Wilayah, Amin membawa aku ke sebuah restoran dan kami makan ‘early dinner’ di situ. Kemudian, satu detik yang agak ‘mengingatkan’ bagi aku adalah sewaktu kami dalam perjalanan menghantar pulang aku ke rumah saudaraku…


Dia ada bertanya “Apa beza kita dengan mereka kat situ tu ye?” Amin menunjuk-nunjuk ke arah beberapa pasang ‘couple’ yang sedang lepak berdua-duan di tempat-tempat duduk sepanjang sebuah taman. Aku tergamam sekejap. Huh. Agak menduga, tapi ’simple’ saja. “Ala, kita ni baik sikit. Tak ada pegang-pegang. Tutup aurat elok. Sampai waktu solat, kita solat. Erm… Islamik sikit lah pendek cerita!.”


“Hmm..” Amin hanya mengangguk-angguk.


“Dalam Islam ada ke macam ni?” Amin menduga lagi.


Erk… Semakin terkesima aku dibuatnya. Kali ini aku terus diam terpaku. Aku tahu dia lebih banyak tahu selok-belok masalah benda-benda macam ini. Kalau aku jawab lagi, mesti dia ‘counter’ lagi. Huh. Diam sahaja lah!


“Erh, abaikan saja lah. Saja saja saya tanya…” Amin cuba menyedapkan hati.


Tidak lama selepas Amin terbang pulang semula ke UK untuk menyambung sesi pelajarannya yang baru, dia ada menghantar satu email kepada ku untuk menerangkan kedudukan dan tujuan dia bertanya akan hal itu. Aku sudah mula faham sedikit-sebanyak yang aku perlu mengawal hubungan yang masih tidak ‘rasmi’ ini. Dan sejak daripada itu dia tidak pernah langsung menelefon aku. SMS pula hanya bertanyakan tentang pelajaran sahaja. Itu pun boleh dibilang dengan jari. Namun. Aku bersyukur dan gembira kerana dialah yang membuat aku berubah untuk jadi lebih baik dan lebih faham Islam. Jika dulu pakaian aku agak ketat dan singkat, kini sudah banyak yang labuh dan longgar aku beli. Tudungku pun pernah ditegurnya agar melabuhkan ke bawah dada. Dialah yang memperkenalkan padaku apa itu usrah dan dakwah. Dia juga ada berpesan – ‘Jaga hubungan dengan Allah tu lagi penting. Insya Allah, kemudian Dia akan jaga hubungan kita.’


Jadi, apakah yang akan berlaku selepas ini? Hatiku masih tak tenteram memikirkan SMS ucapan hari lahir itu. Macam-macam sangkaan buruk bermain-main dalam hati yang mula busuk ini. Aku masih setia menanti kepulangannya. Dan aku yakin dia juga setia pada aku. Aku tak pernah memikirkan lelaki-lelaki lain selain dia. Dan aku yakin dia juga tak pernah nak menggatal dengan perempuan-perempuan lain. Dia taklah seperti kebanyakan lelaki yang ‘playboy’ pada masa kini.


Ops! Mungkin agak kasar untuk berkata sedemikian.


‘Tuuut. Tuuut…’ Nada dering SMS berbunyi. Nombor Amin yang terpapar.


“Esok free tak? Boleh kita chatting?”


“Boleh… Saya free saja.” jawab aku ringkas. Erm, mesti dia saja nak buat ’surprise.’ Aku dah agak dah, takkanlah dia hantar SMS saja untuk ‘wish birthday. Aku. Keyakinan aku mula bertambah. Dia masih sayang padaku.


“Ok.thank you…” balasnya pula.


Keesokannya. Aku menanti awal dia online.


‘untuk. untuk. untuk..’ Amin has signed in.


Oh, tepat sungguh waktunya…


Amin: assalamualaikum wbt.


Wani: wsalam…


Amin: apa khabar? sihat? iman baik?


Wani: alhamdulillah. .. sihat2..=) awak?


Amin: alhamdulilah… baik2 juga… iman selalu turun naik sejak kebelakagn ni… tapi tak mengapa, ok saja semua


Wani: awak tak balik ke tahun ni? btw, thanks for the birthday wish last week…


Amin: welcome… tak balik. banyak kerja sikit tahun ni… lagi pun saya nak try bekerja… cari duit…


Wani: wah, rajinnya… baguslah!


Amin: hurm…


Amin: study macam mana?


Wani: ok saja… new sem ni berat sikit.. Jadual pack.


Amin: oic…


Amin: tak mengapa, study rajin2 ye..


Amin: hurm, dah lama nak tanya ni sebenarnya…


Amin: hurm…


Wani: apa dia? tanya lah… sila2..


Amin: 1st of all sorry dulu ye… hurm, apa pendapat awak tentang kita sekarang?


Wani: erh… macam awak kata dalam email tu dulu yang kita ni kan ‘kawan’… tak lebih daripada tu… tapi, special sikit… tiada couple-couple macam org lain… declare pun tak kan?


Wani: so, statusnya kawan saja lah…


Amin: hurm…


…..


Wani: erh, tak betul ke?


Amin: hurm.. ni opinion saja lah – antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram, tiada perhubungan yang lebih akrab melainkan hubungan suami isteri sahaja… yang lain-lain.. atas alasan apa sekali pun ia tak patut diterima..


Aku tergamam seketika. Tertampar keras juga rasanya…


Wani: jadi…


Amin: saya rasa kita harus stop… stop untuk berpisah…


Amin: sebab……


Amin: sebab saya sedar yang semua ini adalah salah dan juga keliru…


Amin: benda ni akan buatkan hati ternodai… zina hati akan banyak berlaku…


Amin: walaupun kita jauh, tak call, tak jumpa dll, tapi hati tetap ber’zina’…


Amin: huh…


Amin: saya bercakap itu dan ini pada org ramai… tapi, dalam masa yang sama saya meyelindungi sesuatu yang tak sepatutnya saya buat…


Amin: kononya Islamik…


Amin: saya rasa cara ni tak betul… kita sebenarnya yang dah menyarungkan benda yang tak baik ni dengan Islam… then, org nampak Islamik…


Amin: saya rasa tak ada beza pun kita dengan org lain yang duduk ber’couple2′ ini..


Amin: hurm…..


Amin: jadi, saya rasa kita harus berpisah…


Amin: demi menjaga diri…& sama-sama untuk kembali harungi hidup dalam redha Ilahi…


Amin: sorry… sorry banyak-banyak untuk segala apa yang telah kita buat…


Amin: dan sorry juga sebab telah membawa awak ke jalan yang lupa pada-Nya…


Amin: andai ada jodoh, moga dipertemukan…


Astaghfirullahalazi m. Aku beristighfar panjang. Ku kesat peluh di dahi… Air mata jahiliyah ku deras menitis membahasi meja. Sedikit terpercik pada keyboard laptop. Aku tak sangka perkara seperti ini akan terjadi sepantas ini. Ringkas, lembut, berhikmah serta points-nya yang jelas membuat aku tak dapat membantah dan berkata-kata. Sedih, pilu, kecewa, dan sesekali timbul rasa kesal pun ada. Tapi, semua itu tak bermakna lagi…


Aku tak mampu lagi untuk menyambung perbualan tersebut. Ku pasrah dan terima sahaja keputusan yang dibuat oleh Amin itu. Di saat ini, hanya Allah yang bisa mendengar bisikan hati rapuh ini. Dialah juga tempat ku pohon keampunan atas segala kekeliruan yang telah aku timbulkan. Rupanya selama ini aku telah tertipu dengan biskan musuh, mengikut jalan taghut, mencampurkan halal dan haram, serta mengandunkan yang Islam dan al-hawa…


Cinta hakiki hanyalah pada Allah…


Tiba-tiba aku teringat hadis halawatul iman yang pernah dibincangkan oleh naqibah aku tak lama dahulu; pertama-tama sekali mestilah mencintai Allah dan RasulNya lebih daripada makhlukNya, kemudian mencintai seseorang itu hanya kerana Allah dan akhir sekali, mesti benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana ia benci dicampakkan dirinya ke dalam api neraka. Dengan demikian barulah dapat merasai kemanisan iman itu.


Hanya Allah sahajalah yang layak memberi hidayah kepada sesiapa yang dikhendakiNya. Moga-moga Dia kuatkan dan teguhkan hatiku menghadapi dugaan ini dan moga-moga diringankan beban yang kupikul ini.


Aku terus menjawab ringkas….


Wani: thanks & sorry too… saya terima… Alhamdulillah…


Wani: moga awak bahagia dan sukses selalu di sana. doakan saya juga.


Wani: wassalam.


Signed out


Aku merasakan hubungan tiga tahun yang terbina itu memang salah pada dasarnya. Bagaimana mungkin ia dapat mewujudkan sebuah keluarga yang menjunjung Islam jika asasnya terbina melalui cara al-hawa? Ya, kami memang saling menasihati dan bertazkirah, saling mengejut Qiamulali, saling menghantar SMS ayat-ayat Quran serta hadis, tapi semua itu memang tak betul caranya. Aku sedar yang kami telah mempergunakan Islam untuk mencapai matlamat peribadi… Astaghfirullah. . Syukur pada Mu ya Allah kerana lekas mengembalikan ku pada jalan redha-Mu.


“Sayang… Cepat turun ni. Nurul dah nak sampai.” Ops! Tersedar daripada lamunan kisah 15 tahun lepas itu tatkala mendengar sahutan suamiku, Muhammad Aqil untuk bersiap menyambut tetamu istimewa kami Nurul dan Amin.


“Ya bang, Wani turun…”


Alhamdulillah… Siap semuanya. Aku menutup lid laptopku dan bergegas turun ke bawah. Aku sudah bersedia untuk membentangkan ‘presentation’ kepada beliawan-beliawanis negara mengenai Cinta Remaja dalam program ‘Belia Negara 2057′ esok. Aku sangat bersyukur menjadi siapa diri aku sekarang ini dan aku mengharapkan belia-belia harapan negara dapat kembali kepada cara fitrah yang sebenar dalam menguruskan soal cinta.


[ihsan cerpen: Zina Hati berjudul MAAF oleh afiqawe7]

~Anak-anak ZINA~




Assalamu’alaikum wbt...


saya ingin menanyakan tentang hadits ini: 

Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah saw. telah bersabda yang artinya, “Kedua mata itu bisa melakukan zina, kedua tangan itu (bisa) melakukan zina, kedua kaki itu (bisa) melakukan zina. Dan kesemuanya itu akan dibenarkan atau diingkari oleh alat kelamin.” (Hadis sahih diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim dari Ibn Abbas dan Abu Hurairah). 

dan 

“Tercatat atas anak Adam nasibnya dari perzinaan dan dia pasti mengalaminya. Kedua mata zinanya melihat, kedua teling zinanya mendengar, lidah zinanya bicara, tangan zinanya memaksa (memegang dengan keras), kaki zinanya melangkah (berjalan) dan hati yang berhazrat dan berharap. Semua itu dibenarkan (direalisasi) oleh kelamin atau digagalkannya.” (HR Bukhari).


yang ingin saya tanyakan apa yang di maksud dengan “semua itu dibenarkan oleh kelamin atau d gagalkan”…? apakah yang dimaksud disini zina seperti melakukan hubungan suami istri, atau hanya merasakan adanya getaran ketika sedang berbicara (tidak secara langsung dan tidak berdua), apakah hal tersebut termasuk zina hati…?


jawapan:



wa’alaikum salam wbt…


Ungkapan “Dan semuanya dibenarkan atau ditidakkan oleh alat kelamin”, yang merupakan pengertian zina yang sesungguhnya, itu menunjukkan penjelasan terhadap “sesuatu” pada ungkapan-ungkapan sebelumnya.


Zinanya mata adalah melihat [sesuatu], zinanya lisan adalah mengucapkan [sesuatu], zinanya hati adalah mengharap dan menginginkan [sesuatu], sedangkan alat kelamin membenarkan atau mendustakan itu [semua]. … (HR Bukhari & Muslim)


Jadi, “sesuatu” yang hendaknya kita hindari itu adalah yang mengarah pada hubungan kelamin. Inilah yang dimaksud dengan “sedangkan alat kelamin membenarkan atau mendustakan itu [semua]“.


Dengan demikian, melihat bukan muhrim tidak selalu merupakan zina mata. Yang tergolong “zina mata” (berzina dengan mata) adalah melihat dengan syahwat. Misalnya: memandangi foto porno, mengintip cewek mandi, dsb.


Secara demikian pula, menyampaikan kata-kata mesra kepada sang pacar bukanlah tergolong “zina lisan”. Yang tergolong “zina lisan” adalah yang disertai dengan nafsu birahi. Contohnya: ucapan mesum kepada sang kekasih, “Aku ingin sekali meletakkan mulutku ke mulutmu berpagutan dalam ciuman.”


Dengan demikian pula, merindukan si dia atau pun merasakan getaran di hati ketika memikirkan si dia bukanlah tergolong “zina hati”. Pengertian “zina hati” (berzina dalam hati) adalah mengharap dan menginginkan pemenuhan nafsu birahi. Contohnya: berpikiran terkutuk, “Kapan-kapan aku akan ke tempat kosnya saat sepi tiada orang lain. Siapa tahu dia mau kuajak ‘begituan’.”


Demikian pula untuk “zina tangan”, “zina kaki”, dan berbagai aktiviti mendekati zina lainnya


pendek kata dala dunia sekarang (kononnya zaman moden) ini, berpasangan tanpa akad yang sah itu sendiri telah masuk dalam aktiviti-aktiviti ZINA secara keseluruhannya (Pakej 3 in 1), malulah nak sebut satu malaysia kalau macam gini gaya rakyatnya.... nauzubillah!


Ayuh kembali kepangkal jalan, Jalan sirotal mustaqim. Sama-sama mencegah amal ma'ruf nahi mungkar!


Wallaahu a’lam.

[ihsan petikan blog: Fiqih Asmara

Monday, November 2, 2009

Niqab vs aurat

Assalamualaikum wbt... sedikit perkongsian berkenaan isu purdah yang saya kira menarik perhatian kebanyakan muslimah yang ingin lebih menjaga hati masing-masing dari fitnah dunia... semuga perkongsian ini sedikit sebanyak memberi gambaran tentang purdah ini.

Aurat wanita dihadapan lelaki ajnabi ada dua pendapat ulamak. Pertama sekelian badan melainkan kedua tapak tangan dan wajah manakala pendapat kedua pula sekelian badannya termasuk wajah adalah aurat yang wajib di tutup.

Pendapat pertama adalah ulamak2 mazhab Hanafi dan Maliki dan pendapat kedua pula ialah ulamak2 mazhab Syafie dan Hanbali.

Bagi pendapat yang mengatakan muka dan dua tapak tangan bukan aurat itu tetap mewajibkan wanita memakai hijab yang menutup wajah. Perintah tutup ini bukan kerana wajah adalah aurat tetapi sebab menutup pintu fitnah. Memang kita tak dapat menafikan wajah wanita adalah sebesar2 fitnah yang mengundang berbagai maksiat dan dosa.

Cara terbaik bagi wanita pada zaman sekarang ini tiada lain melainkan memakai hijab yang menutup wajahnya memandangkan kebanyakkan lelaki pada zaman sekarang adalah fasiq dan tidak bermoral.

Jangan kita terkeliru dengan perkataan hijab dan aurat. Hijab adalah jauh berbeza daripada aurat.

Aurat bermaksud suatu yang wajib ditutup sekalipun dari pandangan mahhramnya sendiri manakala hijab adalah suatu yang lebih dari sekadar menutup aurat.

Kepada sesiapa yang mahukan penjelasan dan dalil2 yang terperinci tentang kewajipan berpurdah ini silalah merujuk kitab "Tafsir Ayaatul Ahkam karangan Syeikh 'Ali As-Shobuni juzuk ke 2 muka surat 103-126.

Di sana boleh kita lihat kesemua dalil2 dari Al-Quran & Sunnah dan perkataan Abu 'Ala Al-Maududi tentang kesalahan orang2 yang mengatakan wanita tidak perlu memakai hijab yang menutup wajahnya.

walahua'lam


Subhanallah, kepada muslimah yang inginkannya, semuga kita istiqamah satu masa kelak! Allah pasti bagi kekuatan bagi yang benar-benar mendambakannya. Allah hu akbar!

wasalam

sumber



Nikmat sehat itu.... bakal ditarik bila-bila masa... bersedialah!


Assalamualaikum wbt...

Imtihan yang semakin jelas menghampiri. MasyaAllah. Bagaimana dengan tumpuan belajar kita? Ada yang terjejas dek kerana panahan masalah sampingan yang tidak penting? Masalah jiwa? memberontak? Usah melatah dulu... Allah yang menghadiahkan kita beribu macam masalah, dan Dia juga berkuasa menyelesaikannya, semuanya hanya dengan keizinanNya. Allah bisa sahaja menjadikan kita insan kaya, sehat, cantik masa muda, banyak masa terluang... tapi ketahuilah kita bahawa segala nikmat itu adalah ujian dan semuanya bersifat sementara.

Mengapa saya kata semua nikmat itu ujian? Ya, ia sememangnya ujian kepada hambaNya yang terpilih tetapi cuma kita sahaja yang tidak pernah sedar akan nikmat yang sungguh enak itu. Kita lalai, kita lupa, bila kita kaya, kita jadi bakhil, bila kita sehat kita tak pernah nak luangkan masa untuk menghadap Allah dengan lebih lama selain ibadah khusus, bila Allah berikan kecantikan dan kekacakan diusia muda, kita bangga-bangga dengan anugerah itu, kita tak cuba untuk menjadi hamba yang lebih baik... dan bila mana Allah beri kita sedetik dua waktu yang terluang, kita sia-siakan dengan amalan maksiat hari kita, tak pernah pun ke terdetik di hati kita untuk sejenak merenungkan segala nikmat itu? MasyaAllah, memang dhoif lagi hinanya kita, malah kita tidak sedar diri dan masih punya hati untuk meninggi diri sedangkan nikmat itu SEMENTARA.... saya ulang dan ulang lagi, SEMENTARA sahabatku, SEMENTARA...

Maka sementara masih muda inilah, jom kita perbanyakkan ibadah dan amalan kita, mudah-mudahan ianya menjadi amalan bekalan untuk dibawa ke alam Baqa' (alam yang mana kita semua tak mungkin dikembalikan lagi di dunia ini, dan di alam itu, sudah terlambat untuk kita bertaubat)... nauzubillah.

Sihat sebelum sakit,
Muda sebelum tua,
Kaya sebelum miskin,
Lapang sebelum sempit,
Hidup sebelum mati.

(Riwayat dari Ar-Tirmizi dan Muslim)


Hari ini Allah telah menarik nikmat sihatku yang selama ini aku banggakan dengan kesihatan tubuh badanku yang jarang diserang virus dek kerana kononnya antibodiku sangat cepat bertindak dan kuat melawan penyakit. Dulu aku seorang yang lincah, cergas, dan seangkatan dengannya. Tapi aku lupa bahawa itu semua anugerah Allah dan bila-bila masa sahaja Dia berhak menariknya kembali dariku. Allahu rabbi dan aku jadi insan sedhoif ini. Dulu aku ada punya kesempatan untuk melakukan apa sahaja tanpa bantuan hatta pertolongan manusia lain. Tapi sayangkan sekarang semuanya kembali kepada Yang Maha Esa, aku tak bisa bergerak pun walau hanya untuk ke kamar mandi. Pada saat inilah aku memerlukan pertolongan ramai orang untuk membantukan membuat itu dan melakukan ini. Sampai aku tersedar dari satu lamunan panjangku dibirai jendela rumah kampung beratapkan nipah dan berdindingkan buluh.

Satu mutiara hinggap di kamar hatiku, hanya dengan satu kenyataan dari seorang adik yang ku kira masih mentah, ' Akhi, nikmat Allah itu, kalau Dia hendak menariknya bila-bila sahaja, dan sepantas mungkin ', aku tersentak dan mataku terpejam dengan lembut. butir hujan panas mahu mengalir deras. Aku pengsan di situ juga.

Perjuangan aku juga terhenti disitu, dan aku koma untuk entah sekian lama...

wallahu'alam

wasalam!

.......:: Salam imtihan ya akhi ya ukhti::........

Tuesday, October 20, 2009

ingin aku merasa...


Assalamualaikum wbt.

Kisah seorang sahabat yang sangat baik tetapi diuji dengan ujian yang sangat hebat.
Dunia ini seolah-olah tidak adil bagi seorang muslimah yang sangat berhati mulia tetapi diuji dengan seberat masalah. Saya kira ujian ini belum tentu saya mampu menanggungnya. Mendengarkan rintihan hati seorang sahabat yang saya anggap seperti adik sendiri. Bukan niat saya untuk mempamerkan kisah hidupnya tetapi semua yang tertulis ini adalah untuk pengertian pembaca bahawa hati wanita yang rapuh ini jangan diperkotak-katikkan sehingga menjadi lunyai!

Kemelut itu bukan ujian biasa, ya... mungkin kemahuannya begitu tetapi hakikatnya, hanya Dia yang tahu. Allah tidak menjadikan ini sia-sia sahabatku, saya yakin suatu kemanisan bakal datang kepadamu, namun, hanya kita sahaja yang tak pasti bila ianya akan hadir. Allah bisa membolak-balikkan hati manusia, berdoalah semuga Allah menetapkan hati kita atas agamanya dan memperjuangkan agama yang SUCI ini, sekali gus memberi hidayah yang kau terima ini kepada dia. InsyaAllah, Allah akan memberikan apa sahaja dengan sekelip mata jika Dia kehendaki.

Rasulullah s.a.w. juga bersabda:

"Sesungguhnya, jika Allah s.w.t. mencintai sesuatu kaum, maka mereka akan diuji. Andainya mereka redha dengan ujian tersebut, maka baginya keredhaan Allah s.w.t…"

Perisai kamu adalah doa, sabar yang kau ada itulah sebenarnya kunci kepada kekuatan dan Allah bakal meninggikan martabatmu, wahai sahabatku. Saya tak punya apa untuk kamu tetapi saya punya Allah untuk kamu punyai juga. Bergantunglah hanya kepada Allah, kau terlalu baik sehingga Allah mengujimu dengan ujian bertubi-tubi, tidak lain hanyalah untuk memberi peringatan kepadamu agar kamu hanya perlu bergantung hanya padaNya. Kemanisan akan kau kecapi satu saat nanti.

Ya, Allah sedang berbicara denganmu soal sabar... Ingin benar dia mendengar rintihanmu, ingin benar dia menjadi yang pertama dalam pengaduanmu... lantakkan pergi fitnah dunia itu, jagalah dirimu agar fitnah itu pergi dan tidak mahu kembali lagi...

Sahabat…Dalam perjalanan suluk, sebenarnya cara Allah menguatkan keimanan kita adalah dengan mengirimkan berbagai ujian kehidupan kepada kita. Bagaimana kita mengatakan kita benar-benar beriman selagi kita belum diuji? Allahu akbar!

Dan sungguh akan Kami berikan ujian kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (AL BAQARAH (Sapi betina) ayat 155)

Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu, dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ihwalmu.


Sahabat... Saya tahu ujian untukmu sangat berat, saya rela jika bebanan itu saya tanggung juga, agar terasa ringan sedikit beban dibahumu, tapi Allah mengatakan bahawa saya tidak layak untuk menanggungnya seperti mana kau menanggungnya. Maka perlihatlah olehmu bahawa Allah sahaja yang tahu siapa kita sebenarnya, Saya berdoa semuga ketabahan yang kau miliki bukan sedetik cuma tetapi sehingga akhir hayatmu, kerna syurga abadi sedang menantimu.

demi kasih ini saya sampaikan dan saya abadikan dalam blog ini.

untuk sahabat yang pernah ku kenali.

wallahu'alam!

Sunday, October 18, 2009

satu coretan


Assalamualaikum..

Alhamdulillah, tika ini aku suci tanpa cinta lelaki bukan muhrimku… mungkin inilah usaha aku selama ini, memang sukar melupakan sesuatu yang dahulunya amat aku sayangi, namun aku rasa ini adalah jalan terbaik buat aku, dia dan kamu… walaupun perit aku gagahkan juga hati ini menerimanya, kerana aku pasti tuhan lebih mengetahui… apa yang aku harapkan kini adalah kehadiran suamiku agar aku dapat kenalnya walaupun melalui mimpi… Allahu Akbar!

Walaubagaimana pun hatiku ini kini lebih tenang, dan selesa… ya benar, cinta yang tidak diiktiraf tiada maknanya… hanya cinta Allah kekal abadi… namun aku tetap bersyukur kerana Kau masih sudi menyelamatkan aku dari terus hanyut dengan cinta dunia yang penuh dengan janji manis yang selama ini tidak pernah tertunai… hari ini telah wujud keinsafan yang mendalam bagiku…

Wahai hatiku yang pernah terpalit titik hitam yang tak mungkin terpadam walaupun 1000 kali aku bertaubat kepadaNya, sabarlah dikau menerima semua dugaan ini… jangan mudah melatah…wahai tuhan ku, sesungguhnya aku tidak layak ke syurgaMu namun tak kan pula aku sanggup ke nerakaMu… selamatkanlah daku! Kerana hanya kepadaMu kuyakini hidup ini ditujui…

Ya tuhan, perasaan ini kadang-kadang sukar di kawal, Kau kuatkanlah semangatku dan Kau bangkitkanlah kekuatan yang pernah aku ada suatu ketika dulu, semuga aku dapat menempuh ujian-ujianMu ini dengan tenang… Allah hu Akbar, aku amat memerlukan pertolonganMu…

Allah hu Akbar…jika aku mengeluh dengan keadaanku di dunia ini, Kau sedarkanlah aku bahawa aku telah berdosa kepadaMu dan Kau gerakkanlah hatiku untuk segera bertaubat kepadaMu.. Jangan Kau biarkan aku terus di dalam kebatilan dan kajahilan…

Aamiiin.

Wednesday, October 14, 2009

Badan dah besaq, Bodo takat tu lagi.... Jahilnya....


Salamun Alaik… Bismillahi walhamdulillah.

Rezki itu tak turun dari langit. Subhanallah. Permulaan yang baik menampakkan perjalanan yang baik, keturunan yang baik, persinggahan yang terbaik, kehidupan yang terhebat dan pengakhiran yang termolek. MasyaAllah, sebentar saja hidup ini. Tapi banyak perkara yang masih tertunda dan masih belum terlaksanan.

Sedih bila memikirkan pengakhiran hidup masyarakat Islam hari ini semakin hambar, makin keluar taring penyakit WAHN yang sepatutnya hanya wujud dalam jiwa yahudi laknatullah. Tapi penyakit itu makin kejam merenggut setiap jiwa umat Muhammad.


Allahu akbar!

Setakat ini sahajakah hidup kita?

TIDAK SAMA SEKALI

Perhitungan pasti datang, apa yang kita bawa?

DUIT? HARTA? KEDUNIAAN?

Bila ada yang berbicara bab akhirat, dikatakan golongan taksub, tapi kejahilan ketaksuban dunia tidak pula dikira taksub? Dhoifnya pemikiran umat hari ini. Tahu atau tidak, penyakit WAHN? Atau tahu sengaja pura-pura tak tahu?

Penyakit yang pernah disebut oleh Junjungan Mulia Rasulullah s.a.w semasa hayat baginda. Penyakit yang terhebat melanda idealisme kemanusiaan dewasa ini.

‘CINTAKAN DUNIA TAKUTKAN MATI’

Rasulullah salallahu’alaihi wasalam bersabda :

akan datang masanya dimana manusia akan terkena penyakit wahn, lalu seorang sahabat bertanya : apa itu penyakit wahn ya Rasulullah, lalu Rasul pun menjawab : penyakit wahn adalah penyakit cinta dunia ( ubudduniya ) dan takut mati." (Al-hadist)

Penyakit wahn memang sengaja dibisikan oleh syaitan sebagaimana janji syaitan untuk menyesatkan manusia dalam kalam-NYA :

“Iblis menjawab:

"Kerana Engkau telah menghukum aku tersesat, aku benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus, kemudian aku akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat).”
( Q.S. Al- A’raaf 7 : 16-17 )

Ingatlah sahabat…. Kisah Qarun adalah salah satu contoh di zaman Rasulullah yang menggambarkan tentang penyakit wahn ini.

Maka keluarlah Qarun kepada kaumnya dalam kemewahannya berkatalah orang-orang yang menghendaki kehidupan dunia : “ moga- moga kiranya kita mempunyai seperti apa yang telah diberikan kepada Qarun . Sesungguhnya ia benar- benar mempunyai keberuntungan yang besar.

Berkatalah orang-orang yang di anugerahi ilmu : “ kecelakaan yang besarlah bagimu, pahala Allah adalah lebih baik bagi orang- orang yang beriman dan beramal soleh“.

( QS. Al- Qashash 28 : 79- 80 ).

Lihat sendirilah dengan pancaindera kita ni, umat Islam hari ini ibarat buih-buih dilautan. Cepat benar liuk lentok dengan keduniaan. Semurah itukah iman kita? Sejumud itukah hati kita menilai dunia?

Ingat dan pasakkan dalam hati kita ini…. supaya kita sentiasa menjaga ruh yang ada ini. Kalau bahasa kasarnya gini la… ‘Dah la pinjam (Allah yang kasi ruh, jasad, kemewahan), lepas tu tak reti-reti nak jaga dengan baik, cemarkan pula dengan benda-benda kotoq (daki dunia). Kita akan mati… Tak adanya nak angkut harta 7 keturunan tu nak masuk kubur esok… ditinggal-tinggalkan juga akhirnya (tak sempat masuk kubur lagi pewaris dah berebut nak bahagi harta…. Kan nampak jahil tu…). Ketahuilah bahawa:

“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.”
( QS.Al-Imran 3 : 185 )


seperti motto dari Abu bakar radhiallahuanhuma :

rindukanlah kematian niscaya kamu akan dikaruniai kehidupan.

Maksud dari motto sahabat Rasul tersebut adalah :

“Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezki.”
( QS.Al-Imran 3 : 169 )

ya, mereka tidaklah mati tapi saat kematian mereka di dunia itu adalah jalan menuju pada keabadian hidup disisi Allah Subhanahu wata’ala, kita yang beriman kepada agama Islam tentunya tahu bahwa adanya alam kehidupan lain setelah alam kematian kita di dunia ini, dan itulah saat kita harus mempertanggungjawabkan seluruh perbuatan kita.

“ Kemudian sungguh, pada hari itu kamu akan ditanya tentang kenikmatan yang kamu peroleh hari ini ( yang kamu megah-megahkan di dunia itu)."
( QS. Al-Takatsur 102:8)


Peringatan:


‘Untuk melihat generasi akan datang, lihatlah kepada generasi hari ini’

‘Hindari permasalahan hati yang kusut hingga membebankan kita terutama masalah ‘couple’ yang tak berkesudahan. Tunang yang belum terikat. (bukan jaminan nak merendek,bukan tiket nak tunjuk aurat kamu wahai muslimatku sayang). Dengaq sini, katakan TIDAK pada COUPLE, katakan YA pada NIKAH. Kalau tak reti-reti juga, balik tela’ah semula la kitab “IQRA’” tu, ulang sampai masuk dalam sanubari yang jahil tu, biar tertusuk sampai tulang putih, lepas tu saya yakin kamu akan jumpa titik penyelesaian masalah hati kamu tu.

Saya menyantap ini untuk diri saya dan kalian yang ingin berbagi ilmu...

Wallahu’alam

Wasalam wbt.

~Khas untuk Ex-SMKTM Pendang~


Assalamualaikum, salam tarbiyah...

Subhanallah, makin hari waktu ini berputar semakin ligat, sehingga tak terasa dah beberapa hari tak update blog ni, baru semalam rasanya saya update, tapi rupanya dah empat hari... MasyaAllah.

Sebenarnya entry kali ni cuma nak inform kepada semua
ex-SMKTM Tanah Merah PENDANG. Alumni SMKTM dalam perancangan untuk ditubuhkan memandangkan masing-masing melihat kepada kepentingan aktiviti dalam alumni. Segala aktiviti yang bakal dijalankan kelak untuk membantu adik-adik sekolah kita yang sangat memerlukan bimbingan dan pimpinan dari abang-abang dan kakak-kakak yang dah melalui zaman remaja seperti mereka sekarang ini.

InsyaAllah sekecil-kecil usaha kita untuk membantu adik-adik kita yang masih mentah dalam menjalani bakal kehidupan di alam peringkat menengah dan matrik mahupun universiti nanti. Sedikit sebanyak perkongsian pengalaman ini boleh membuka mata mereka untuk melihat betapa dunia luar ini terlalu banyak cabarannya dan ianya tidaklah seindah yang dijangkakan.

Kepada yang berkenaan saya mehon kerjasama semua ex-SMKTM untuk menghubungi sama ada Firdaus Khoder, Anis Dzoher, mahupun saya sendiri.

~ayuh berkhidmat untuk sekolah kita~

Saturday, October 10, 2009

KALUT SEMALAM BELUM HABIS, HARI INI PULA……


Assalamualaikum wbt….

Waduh waduh, makin gawat ni….. aku berceloteh dengan sahabat yang sudah kukenali selama 4 tahun bersama di UPSI ni, bumi yang tidak asing lagi bagi manusia-manusia yang mempunyai target yang sama dengan aku.

‘Betul-betul, banyak betul dugaan kepada kita ni, selalu jadi macam-macam…’ luah saya kepada sahabat berlainan kapal. ‘Itulah kan? Yang kalut semalam belum habis, ni hari ni pulak dah dapat masalah lain’… melihat kepada kegeraman sahabat saya tu makin membimbangkan, saya cuba kendurkan sikit keadaan… ada hikmahnya ni, kita cuba dulu la minta tukar ke apa yang patut, kalau tak dapat gak maknanya memang rezeki kita lebih di sana dari kat sini la tu…. Sabar dan redho jer la….’ Erm ayat untuk tenangkan hati dan jiwa sendiri jua tu…

Kalau semalam punya kesah pasal posting, tapi hari ni pasal praktikum pulak, dah elok-elok ajer kami daftar, tiba-tiba kena tukar pulak, kalau dekat taka pa gak, ni jauh tu… banyak hal nak kena setel tu. Tapi apa pun ini bukanlah isu besar, perkara biasa yang berlaku. Saya kira ini pun satu jihad juga bagi jiwa-jiwa yang sabar dan tenang. Jihad dengan nafsu, dengan sifat sabar insyaAllah nafsu akan kalah… tapi cakap sahaja memang senang, nak lawannya tu, Allah saja yang tahu, Ya… biarlah hanya Allah yang tahu bagaimana diri kita sekarang ini.

Apa pun saya doakan kepada semua sahabat yang mana penempatan praktikumnya dipindahkan ke sekolah lain, agar lebih bersabar dan berusaha semampu yang boleh. Semuga Allah permudahkan segala urusan kita, dan semuga beroleh kejayaan dunia dan akhirat. insyaAllah.

Di kesempatan yang ada ni saya nak ucapkan selamat menghadapi persediaan untuk peperiksaan akhir semester yang bakal bermula 2 nov ni.... All the best!

‘sabar itu kunci kekuatan jiwa’

Wallahu’alam,

Wslm wbt.

Tuesday, October 6, 2009

Tahajjudku bukan tontonan...


Assalamualaikum wbt, Salam Syawal penuh makna di pagi nan indah ini.

Hanya Allah tahu apa yang ada dalam hati setiap hambaNya. Setiap malam, terutama di sepertiga malam terakhir, pastilah Dia tercari-cari siapakah antara hambaNya yang bertungkus lumus melawan nafsu, untuk bangun menghambakan diri sehamba-hambanya, dihadapanNya? Pastilah mereka itu adalah mereka yang bersungguh-sungguh ingin berkhalwat dengan tuhannya. Dalam dari mereka hanya ingin bertemu denganNya. Namun, entah siapa tahu akan apa yang terbuku didalam hati setiap manusia.

Persoalannya, adakah ini perlu dipertontonkan? Sia-sia... Engkau hanya akan mendapat ujian dengan pujian menghujan bila ramai yang tahu engkau bertahajjud rupanya. Itulah sebabnya aku mengatakan tahajjudku bukan tontonan, bukan pemberitahuan, bukan juga penyebaran. Tahajjudku hanya untuk tontonanNya, untuk pemberitahuanku padaNya, dariku untukNya. Soalan siapa yang bertahajjud malam tadi, bukanlah dijawab dengan ya atau angkat tangan atau sebagainya yang mengertikan kau melakukannya, tetapi jawapannya tidak, kerna tahajjud bukan dilihat dari jawapannya YA, tetapi dari tingkah laku yang terjaga, wajah yang bersinar, pertuturannya yang lancar dan seumpama dengannya.

Aku kira untuk bertahajjud itu adalah kesudian masing-masing, jika inginkan, dambakan pertemuan denganNya, mulalah kamu bertahajjud, kerna hanya Dia pasti tahu apa yang terbaik untukmu.

'mimpi tahajjud bukanlah disiang hari, bukan juga dimalam hari, tetapi disepertiga terakhir dihujung malam itu'

wallahualam

wslm

Jadi manusia jangan cepat melatah...


Assalamualaikum wbt.....

Salam Syawal yang masih berada dalam buaiannya... 15 syawal baru berlalu, hari hampir menggenapkan 17 syawal kali ini.

Isu yang saya kira sangat menggemparkan hati hampir keseluruhan pelajar UPSI terutama batch saya yang bakal tamat dan di'posting'kan tahun depan. Isu hangat ini sangat mematahkan semangat kebanyakan pelajar, tapi saya hanya menganggap isu ini sebagai satu perkara kecil dan dugaan dalam kehidupan bekerjaya kelak. Isu ini hanya satu simpang siur yang entah keberapa yang bakal dilalui. Perbualan telefon dengan ibu semalam, saya fikir akan membuatkan ibu kecewa dan risaukan saya, tapi rupanya ibu jauh lebih sabar dari saya dan kebanyakan pelajar UPSI ni. Kata ibu,

'Along, banyak kerja yang boleh dibuat, tak akan matinya kamu kalau tak kerja dengan kerajaan, ini ujian untuk kamu, dan benda ni semua berlaku supaya kamu berfikir, pastu buat planning untuk masa depan, mak doakan kamu' (dalam bahasa kedah sebenarnya - sat gi loghat sangat tak paham pulak, heee)
wahh, ibu saya yang tak high educated ni pun mampu fikir dan cakap macam orang berpendidikan, mengapa kita cepat sangat melatah dengan isu yang belum pasti kebenarannya? Sekali pun benar, adakah kita akan hidup susah kalau tak kerja dengan kerajaan, berlambak lagi kerja yang boleh kita lakukan, kita guru, kita sangat laku kalau berada dimana sahaja selagi adanya makhluk bernama manusia.













KLIK PADA GAMBAR UNTUK BESARKAN :Ihsan dari UPSI KINI.blogspot


Jiwa seorang guru tak akan patah sebenarnya jika hanya dengan ancaman ini, guru itu ibarat satu semangat, satu ruh dan satu jiwa yang sangat sebati sehingga tidak ada apa yang menjadi penghalang apatah lagi meluluhkan dirinya sebagai seorang murabbi.

'murabbi pencetus ruhul jadid'

wallahualam

wslm wbt

Monday, September 28, 2009

Mana Murabbi UPSI ?


Kelewatan pagi itu bukanlah menjadi batu panghalang untuk aku menghadirkan diri ke kelas. Keriuhan, terkaman, gasakan dan kesesakan adalah satu fenomena biasa yang sudah menjadi rutin harian pelajar sini. Mungkin ini dianggap perkara asing bagi pelajar tahun satu, tetapi bukanlah aneh lagi bagi aku yang sudah pun berada disaat - saat terakhirku di sini.

Seperti biasa aku menjadi diriku sendiri, berbekalkan mata hati dan sebatang tongkat lipatku itu, aku melangkah dengan penuh keazaman tanpa ada rasa bimbang apatah lagi resah dan gusar. Aku bukan perlukan bantuan mereka, aku bisa berdiri atas kakiku sendiri. Namun, kemampuanku tetap terbatas, aku tidak bisa bergasakan dengan mereka, aku tidak mampu hatta untuk mencari celahan cahaya dalam ribuan, tapi itu mungkin hanya cahaya yang terzahir, cahaya mata hatiku mungkin jauh lebih terang berbanding mereka. Syukur ku padaNya selalu.

Selangkah tangga aku naiki sehingga tangga teratas, rupanya akulah pelajar terakhir yang menaiki bas itu. Semuanya atas usahaku sendiri, mereka? tak ada yang sudi menolongku yang teraba-raba ini. Mungkin aku ini dipandang seperti manusia yang aneh, pelik, dan paling utama, menyusahkan orang saja! Dalam kesesakan aku masih mencari kalau ada sinar pertolongan yang bakal dihulur buatku yang makin kabur, meskipun itu bukanlah satu harapan besar dariku untuk mereka. Aku mencari murabbi UPSI...

Samar-samar, aku mendengar derapan kaki diseret keluar, seolah-olah mahu turun dari bas. Aku binggung, sedangkan aku masih berdiri, dan masih juga aku dapat merasakan bahawa bas edaran suasana (kawan aku beritahu dulu) ni, belum pun bergerak walau sejengkal. Aku terasa mata tongkatku ditarik lembut, dengan satu suara, 'tunduk, tunduk...' serta merta aku tunduk, dan sudah menjangkakan satu tragedi bakal berlaku. Aku diberi tempat paling selesa. Antara dengar atau tak, aku ucapkan ' terima kasih' kepada dia yang entah siapa.

Mana murabbi UPSI? aku masih tertanya, aku tak inginkan guru, aku juga tak inginkan cikgu, aku tak inginkan siapa-siapa terlahir dari UPSI, tapi aku inginkan murabbi UPSI. Bukan sekadar mendidik, bukan sekadar mengajar pelajar kurang ajar, bukan juga sekadar apa-apa sahaja, tetapi ianya lebih dari itu, ianya datang dari hati nurani suci murni. Membantu seikhlas rela, merasa keperitan semua, menjadi putera puteri syurga, melahirkan mata-mata rantai perjuangan Islam di dunia.

'usah bicara soal berjalan kalau berdiri pun belum mampu'

wallahu ' alam

wslm

Wednesday, September 16, 2009

tak ingin berpisah......


(copy kad raya MPP jer, Terima kasih Qilah,: ihsan dari blog ukhti Qilah: http://guruohguru.wordpress.com/)

Assalamualaikum wbt,

salam lebaran syawal, salam penghujung ramadhan yang tak ingin berpisah.....

Allahu rabbi, sebegini pantas masa bersama ramadhanMu sehingga aku tidak terasa bahawa ramadhanMu akan pergi. Ramadhan kali ini aku temui sesuatu dalam diriku yang selama ini aku abaikan dan mungkin aku tidak ambil endah. Ramadhan juga membawa aku ke dasar peribadi kerana di sini aku terdidik dan mendidik jiwa supaya menjadi insan yang lebih inginkan kebahagiaan insan lain lantas sama sekali tidak mengabaikan hak diri, melainkan hanya diletakkan dipinggir sejenak. Jika ada yang mengatakan bahawa Ramadhan tidak membawa sebarang perubahan kepada diri mereka, aku marah. Ya memang aku marah, kerana mereka buta untuk menilai tetamu istimewa itu yang hanya datang setahun sekali.

Hanya yang layak dan terpilih Allah untuk berada dalam Ramadhan akan datang sahaja yang akan menikmatinya nanti, namun aku belum pasti. Manusia memang sentiasa merancang, tetapi Allah jualah perancang terhebat. Dalam syawal kelak bakal ditemui fardhilat syawal yakni puasa syawal sebagaimana hadith yang diriwatakan dari Abu Ayyub Al Anshari, Rasulullah s.a.w bersabda,

“Barangsiapa yang berpuasa Romadhon kemudian berpuasa enam hari di bulan Syawal, maka dia seperti berpuasa setahun penuh.”
(HR. Muslim no. 1164).

Diriwayatkan dari Tsauban pula, Rasulullah s.a.w bersabda,

“Barangsiapa berpuasa enam hari setelah hari raya Iedul Fitri, maka seperti berpuasa setahun penuh. Barangsiapa berbuat satu kebaikan, maka baginya sepuluh lipatnya.”
(HR. Ibnu Majah dan dishohihkan oleh Al Albani dalam Irwa’ul Gholil).

Imam Nawawi rahimahullah mengatakan dalam Syarh Shohih Muslim 8/138,

“Dalam hadits ini terdapat dalil yang jelas bagi madzhab Syafi’i, Ahmad, Dawud beserta ulama yang sependapat dengannya yaitu puasa enam hari di bulan Syawal adalah suatu hal yang dianjurkan.”


Puasa Syawal dilakukan setelah Aidil Fitri, ia tidak boleh dilakukan pada hari pertama raya. Hal ini berdasarkan larangan Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan dari Umar bin Khatthab, beliau berkata, “Ini adalah dua hari raya yang Rosulullah melarang berpuasa di hari tersebut: Hari raya Aidil Fitri setelah kalian berpuasa dan hari lainnya tatkala kalian makan daging korban kalian (Aidil Adha).” (Muttafaq ‘alaih)

Kejap lagi mesti ada yang tanya bila seseorang ada tanggungan puasa (qadho’) sedangkan ia ingin berpuasa Syawal juga, manakah yang didahulukan? Pendapat yang benar adalah mendahulukan puasa qadho’. Sebab mendahulukan sesuatu yang wajib daripada sunnah itu lebih melepaskan diri dari beban kewajiban. Ibnu Rajab rahimahullah berkata dalam Lathiiful Ma’arif,

“Barangsiapa yang mempunyai tanggungan puasa Romadhan, hendaklah ia mendahulukan qadho’nya terlebih dahulu kerana hal tersebut lebih melepaskan dirinya dari beban kewajiban dan hal itu (qodho’) lebih baik daripada puasa sunnah Syawal”.

Pendapat ini juga disetujui oleh Syaikh Muhammad bin Sholih Al Utsaimin dalam Syarh Mumthi’. Pendapat ini sesuai dengan makna eksplisit hadits Abu Ayyub di atas.

Selamat menghadapi hari pengijazahan, doa saya supaya Ramadhan dan Syawal kali ini tidak sia-sia seperti Ramadhan dan Syawal yang lepas. Kerana kita tidak pasti sama ada kita layak untuk membaiki kelak atau tidak, maka usahakan yang terbaik untuk kali ini....

InsyaAlllah, semuga Allah permudahkan segala urusan kalian, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menutup tirai ramadhan dan membuka jendela syawal nan mulia.

~selamat bermuhasabah~

wallahu'alam

wslm wbt.

sumber: http://muslim.or.id/fiqh-dan-muamalah/puasa-enam-hari-di-bulan-syawal.html

Friday, September 11, 2009

Kapan Bertemu Tetamu Misteri?


Salam Ramadhan Kareem...

Bertemu sekali lagi dalam 10 terakhir ramadhan mulia ini,

Tergerak hati

Ketika saya menyelak halaman blogger lain, kebanyakannya sibuk dengan isu terhangat, kepala lembu, hati agak terpanggil untuk membuat penulisan, tapi minda mula berpusing ligat cuba menyuarakan, apa alasan untuk diulas isu itu, ada baiknya sibukkan diri dengan menunggu tetamu misteri bulan mulia ini, itu 10 ganda lebih baik dari bersisa penulisan dengan isu yang tak berkesudahan. Namun, sempat juga juga menyelitkan komen-komen pada entry yang diselami. Semuga isu ini segera selesai.

Detik-detik pengharapan yang semakin hampir, sehingga hati tertanya-tanya adakah keluarga Lailatul qadr sudi menyinggahi kamarku pada saat mereka bertamu? Semua yang kenal keluarga ini pasti tidak sabar untuk mengundang tetamu istimewa ini untuk masuk ke rumahnya, agar bersinar segala isi rumah dengan cahaya si tetamu. Namun, tetamu itu hanya bertandang ke rumah yang dipilih Allah sahaja, Allah Hu Akbar, abis tu kita macam mana? Renungkan kembali, adakah kita layak dipilih Allah untuk mengundang tetamu seistimewa itu? Adakah cukup sekadar amalan yang kita usahakan ini? Jawapannya ada pada diri kita masing-masing.

Subhanallah, segala puji itu hanya bagi Allah, ingatlah kita di seluruh dunia sedang memasuki fasa keempat pelaksanaan ibadat puasa serta amal-amal ibadat sunat yang lain, ini bermakna sedar atau tidak, Ramadhan tetap akan meninggalkan kita buat tempoh setahun. Pilunya berpisah dengan kamu, wahai tetamuku. Wahai Ramadhan, bulan yang banyak memberi aku dan kamu peluang untuk mendapatkan rahmat Allah, keampunan-Nya dari segala kesalahan yang telah dilakukan sebelum ini, memohon kepada-Nya agar diri, keluarga serta anak-anak bebas daripada siksaan api neraka. Astagfirullah...

kesesuaian jadual dengan tetamu

Dan masa yang sangat sesuai untuk kita lakukan kesemua itu tentulah waktu yang kena diusahakan juga iaitu di sepertiga akhir malam (nak dapatkan sesuatu yang berharga, perlulah korbankan waktu nikmat), ketika ramai manusia sedang terbungkang tidur dan mungkin juga sebahagian mereka sedang enak menonton rancangan kesukaan mereka (Bola), kerana pada waktu itu suasana hening menyelubungi jiwa, justeru waktu itu juga amat berkesan untuk menyatakan rasa hati, merayu, menagih, meratap memohon keampunan mahupun hajat kepada Maha Pencipta. Apatah lagi pada malam akhir-akhir di bulan Ramadhan, terdapat satu malam yang disebut oleh Allah SWT dengan jelas sebutan namanya yang mulia dalam satu surah yang pendek, malam yang diturunkan padanya kitab suci al-Quran sebagai petunjuk kepada manusia menuju jalan kebenaran dan keselamatan di dunia dan akhirat, iaitulah dia malam yang sangat dikenali dengan Lailatul Qadr atau diterjemahkan sebagai malam takdir.

Fardhilat Tetamu kita tu...

Dalam al-Quran, Allah SWT telah berfirman yang bermaksud:

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!"

(Al-Qadr 97: 1-5)

Jelas, berdasarkan ayat di atas dapat dilihat bahawa malam al-Qadr disebut juga dengan malam yang penuh keberkatan. Sebab pada malam itu Allah mencucuri pelbagai rahmat, keampunan dan keberkatan kepada orang yang beramal dengan khusyuk dan berdoa dengan penuh keikhlasan.

"Kepada mereka Allah memberikan ganjaran kebaikan yang sama nilainya dengan beramal seribu bulan. Firman Allah bermaksud: "Malam al-Qadr itu itu lebih baik daripada seribu bulan"

(Surah al-Qadr, ayat 3) .

Muhaddis terkenal pernah berkata, Sheikh Nasyirudin Al-Albani (di dalam buku Risalah Qiyam Ramadhan) :

"Sebaik-baik malam ialah Malam Al-Qadr, kerana baginda s.a.w bersabda :'Barangsiapa yang berqiyam pada Malam Al-Qadr (berjaya mendapatkannya) dengan keimanan dan pengharapan, telah diampunkan dosa-dosa yang telah lalu' "

[Hadith riwayat kedua Sheikh dari hadith Abu Hurairah, Ahmad 5/318].

Sementara itu Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi menceritakan mengenai syarat beramal pada malam Al-Qadr, katanya :

"Membawa kepada apa yang harus dilakukan oleh seorang Islam pada malam tersebut ialah: bersolat Isya' berjemaah, Solat subuh berjemaah dan pada malamnya mendirikan qiyamullail"

MasyaAllah, Subhanallah.. begitu besarnya fardhilat yang Allah kurniakan kepada hambaNya yang berusaha memikat keluarga LailatulQadr supaya menyinggahi kamarnya pada saat itu, beruntunglah dia. Hakikatnya hari ini, manusia hanya mampu dan berani berkata malah ada yang petah berhujah, namun terjemahan hatinya, belum pasti terjawab. Biarlah kita tidak dikenali penduduk bumi, mungkin kita sangat dikenali dikalangan penduduk langit, Allah hu Akbar. Demikianlah, dalam Islam tidak sah perbuatan dilakukan secara ikut-ikut. Setiap perbuatan hendaklah didasari ilmu. Ilmulah yang menjadi penyuluh; pun begitu, ilmu tanpa amal adalah sia-sia; ibarat pokok rendang tanpa buah.

'Dah tau kelebihan tetamu, bila nak jemputnya?'

Lontaran lemah dari insan hina. MasyaAllah Tabarakallah, Astagfirullah hal'azim!

wallahu'alam

wslm