Search This Blog

Tuesday, October 6, 2009

Jadi manusia jangan cepat melatah...


Assalamualaikum wbt.....

Salam Syawal yang masih berada dalam buaiannya... 15 syawal baru berlalu, hari hampir menggenapkan 17 syawal kali ini.

Isu yang saya kira sangat menggemparkan hati hampir keseluruhan pelajar UPSI terutama batch saya yang bakal tamat dan di'posting'kan tahun depan. Isu hangat ini sangat mematahkan semangat kebanyakan pelajar, tapi saya hanya menganggap isu ini sebagai satu perkara kecil dan dugaan dalam kehidupan bekerjaya kelak. Isu ini hanya satu simpang siur yang entah keberapa yang bakal dilalui. Perbualan telefon dengan ibu semalam, saya fikir akan membuatkan ibu kecewa dan risaukan saya, tapi rupanya ibu jauh lebih sabar dari saya dan kebanyakan pelajar UPSI ni. Kata ibu,

'Along, banyak kerja yang boleh dibuat, tak akan matinya kamu kalau tak kerja dengan kerajaan, ini ujian untuk kamu, dan benda ni semua berlaku supaya kamu berfikir, pastu buat planning untuk masa depan, mak doakan kamu' (dalam bahasa kedah sebenarnya - sat gi loghat sangat tak paham pulak, heee)
wahh, ibu saya yang tak high educated ni pun mampu fikir dan cakap macam orang berpendidikan, mengapa kita cepat sangat melatah dengan isu yang belum pasti kebenarannya? Sekali pun benar, adakah kita akan hidup susah kalau tak kerja dengan kerajaan, berlambak lagi kerja yang boleh kita lakukan, kita guru, kita sangat laku kalau berada dimana sahaja selagi adanya makhluk bernama manusia.













KLIK PADA GAMBAR UNTUK BESARKAN :Ihsan dari UPSI KINI.blogspot


Jiwa seorang guru tak akan patah sebenarnya jika hanya dengan ancaman ini, guru itu ibarat satu semangat, satu ruh dan satu jiwa yang sangat sebati sehingga tidak ada apa yang menjadi penghalang apatah lagi meluluhkan dirinya sebagai seorang murabbi.

'murabbi pencetus ruhul jadid'

wallahualam

wslm wbt

5 comments:

  1. Salam, berita ini merupakan satu cabaran dan motivasi kepada saya untuk meningkatkan kemahiran yang ada. Walaupun ada rasa gementar tetapi saya anggap berita ini sebagai penguat semangat kepada bakal2 guru. DPLI_UUM

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah shidah... erm, kebanyakan pelajar DPLI UPSI ni semuanya ingat mereka terkecuali... sebenarnya semuanya sekali tak terkecuali, maka bersedialah untuk sebarang kemungkinan, bagus tekad kamu....

    ReplyDelete
  3. salam . tidak perlu merasa gusar dengan segala kemungkinan tapi berusaha untuk mendidik diri untuk lebih kuat menghadapi kegusaran. tetapkan niat untuk destinasi yang sebetulnya, segala kemungkinan pasti dilepasi sebaiknya. Tidak menjadi guru tidak semestinya tamat sudah harapan. Melatah tidak memberikan jawapan, bertenang dan bersedia itulah yang terbaik saat menanti ilmu dijunjung untuk dicurahkan sama ada kepada anak didik mahupun masyarakat.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillahi rabbil’alamin.

    In The Name of The Most Gracios and The Most Merciful

    “to any that desires the tilth of the Hereafter, we give increase In His tilth, and to any that desires the tilth of This world, we grant somewhat thereof, but He has no share or lot In the Hereafter.” [As-syura:20]

    Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

    “sesiapa Yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah Yang dikehendakiNya; dan sesiapa Yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar Yang Kami tentukan), dan ia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak.” [As-syura:20]

    “Sesiapa yang menjadikan akhirat sebagai kerisauannya maka Allah s.w.t akan memperkayakan hatinya dan harta benda dunia akan datang kepadanya dengan keadaan tunduk dan hina dan sesiapa yang menjadikan dunia sebagai kerisauannya Allah s.w.t akan menjadikan kemiskinan terbayang-bayang dihadapannya dan dia akan diselubungi kesusahan. Dia tidak akan mendapat dunia lebih daripada apa yang telah ditakdirkan.” [Hadis Riwayat Ibnu Majah dan Tirmizi]

    Allahulam. Astaghfirullahalazim..

    ReplyDelete
  5. Wasalam syukran atas komentar kalian, semuga Allah permudahkan segalanya, bermohonlah pertolongan hanya kepadaNya... insyaAllah

    ReplyDelete