Search This Blog

Thursday, November 7, 2013

~menanti hikmah~

Lamanya tak update my lovely blog... Apa khabar kepada yang sudi singgah? Memang agak lama bersarang blog saya ni... Ada masa baru dapat update...

Teringin nak kongsi cerita yang menjadi rahsia Allah... hurmmmm

memang menjadi fenomena sekarang ini tentang tugas guru... apa lagi PBS...

Apa itu PBS? mungkin ramai juga yang tak tahu kan?


PBS ni Pentaksiran Berasaskan Sekolah.. senang cerita kerja sekolah pelajar yang dinilai dan ditafsir oleh guru subjek sendiri. Nama PBS memang tak asing lagi dalam pendidikan. Mungkin ada sesetengah individu yang tak pernah kesah pon apa itu PBS... tapi bagi guru, kementerian, jabatan, sekolah, ibu bapa dan murid... PBS adalah tiket untuk nilai prestasi...

Memang susah nak faham sebenarnya... tapi itulah hakikat yang semua guru kena hadapi...

Kami dipihak pelaksana ini, hanya menjalankan amanah yang diberikan. PBS ni boleh lah dikatakan masih dalam percubaan... kira2nya murid2 sekarang ni jadi bahan eksperimen la juga... alah, macam PPSMI dolo2 tu...



dolo2 ku menderita sekarang aku lagi derita.... hehehe ubah suai lagi tegar sket....

masih menjadi tanda tanya dalam diriku ini... mengapa tidak ada guide line yang cantik sket untuk guru laksanakan PBS? at least adalah garis panduan. yang menjadi masalahnya, eviden murid pun tidak selaras... agak sukar untuk menilai prestasi murid...

owh lupa plak... eviden tu apa kebenda pula? ok eviden tu adalah soalan2 atau item2 yang disoal kepada murid untuk dijawab setelah tamat sesuatu sesi pengajaran... senang cerita macam latihan pengukuhan laaaaa....


setiap subjek ada senarai eviden masing2 berkait dengan hsp dan dsp... apa pulak hsp dan dsp tu???

hsp adalah huraian sukatan pelajaran dan dsp pula adalah dokumen standard prestasi yang sentiasa berubah ubah... contoh matematik.. bulan 12/2012 aritu lepas kursus senarai eviden lain... bila masuk sekolah.. cikgu yang rajin ni pon buat la mapping.. (nanti saya cerita mapping tu apa pulak ek...) huhu... bila dah buat mapping sendiri dan cari eviden.. dan print siap rezo sampai bab 13... tup tup kebabom.... ditukar pulak dah pada april 2013 aritu... sedih laaaa... kena buat mapping balik dan try cari eviden.. but saya still guna juga eviden yang dah di rezo tu... (rezo tu apa pulak?) banyaknya benda chek nak kena translate hehee...



mapping tu macam buat jadual eviden laaa.... mate sahaja perlu ada 106 helai eviden... huh.... asalnya 134 helai... rezo tu plak adalah mesin ala2 fotostat semua eviden murid ...


besarnya pengorbanan guru dalam kerjaya... bukanlah nak mengungkit apa yang telah dilakukan, cuma agak2 lah... kalau semua nak lambakkan tugas pada guru... kuranglah kot kualiti pengajaran guru dalam p&p nanti... bayangkanlah smua guru di malaysia mesti buat benda2 ni:

1. hadiri kursus
2. buat mapping
3. bina instrumen dan eviden
4. print instrumen / eviden tu
5. hantar untuk rezo
6. stapler yang dah di rezo tu...
7. beri kepada murid untuk jawab soalan2 tu
8. semak jawapan murid..
9. beri murid band ( prestasi pelajar dari 1-6 : band 1 paling lemah dan band 6 paling bagus)
10. masukkan dalam rekod transit individu dan kelas
11. key in dalam SPPBS (internet tu) - guna pelayar internet explorer 7 hingga 9 sajeeee)-very slow dan memerlukan guru bagun 3 4 pagi... kalau single ok la lagi, kalau dah beranak pinak... hope tak terabai la anak dan suami tu. kena sabar dan sabar...

tapi.......

PBS tidak membebankan guru sekiranya tidak bercampur dengan karenah... pbs adalah kerja sekolah... perlu rekod... itu sahaja... asalnya mudah, tapi disusahkan... dengan alasan guru kurang kerja dan gaji guru tinggi... cuti banyak... wahhhhh....itu saja yang dinampaknya...


hebat kan seorang guru....demi murid guru akan buat juga walaupun letih.. kadang merungut.. normal la guru pun manusia bukanlah robot... guru sayang anak-anak muridnya...tak sorang pun terabai... di sekolah terpaksa melayan pula karenah murid yang pelbagai... tapi guru tetap sabar dan masih tersenyum setiap hari...

sebab...

kejayaan murid adalah kepuasan guru... hati guru siapa tahu... janganlah mengatakan guru malas sebab tak siap key in sppbs... setiap malam guru bersengkang mata semata2 nak key in sppbs murid... kerna tarikh tutup semakin dekat... terkejar2 ke sana ke mari.. mengalah on call seorang doktor...

lahirnya guru adalah dari seorang guru terdahulu... lahirnya pemimpin, doktor, jutawan, bos, kerani, tukang sapu, driver, peguam semuanya dari seorang guru mengajar tulis baca dan kira...

jangan pula mengatakan yang guru gila duit... tanpa duit gaji, masakan guru dapat meneruskan keperluan kehidupan? satu perkara perlu dibanggakan, guru tidak perlukan rasuah... hanya dengan gaji yang tidak seberapa itu lebih mulia dan berkat... insyaAllah...

guru menjunjung amanah... tanpa benci dan dendam... terus bertahan ibarat matahari yang menyinari bumi...

sesiapa saja boleh jadi guru, tapi tidak semua orang mampu bertahan menjadi guru hingga ke akhirnya....

owh ya, apa yang menjadi rahsia Allah? Aku masih menanti hikmah...

nanti saya sambung lagi dalam entry akan datang insyaAllah...

TERIMA KASIH ALLAH ATAS NIKMATMU, AKU BANGGA KINI AKU MENCAPAI CITAKU MENJADI SEORANG GURU...

ni kira sesi luahan rasa la ni.... hahah...

wallahu'alam... wslm wbt

Friday, August 23, 2013

Betapa Beruntungnya Kami...



Ya Hanana... Ya Allah betapa beruntungnya kami....

Solawat dan salam hanya untuk junjungan besar nabi Muhammad saw

Bersyukurlah kita menjadi ummat nabi Muhammad saw yang menjadi golongan pertama yang diperhitung amalan di padang mahsyar....

Allahu akbar!

Ketika kita sedang bergumbira ingatlahhhhh......

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah wa syukurillah...
Ternyata Allah masih memberi ruang dan peluang untuk bernafas menghirup udara di buminya ini... Terdetik di hati sekiranya saat ini bukan milikku lagi, dia mana aku? Mampukah aku mengharungi alam barzakh, dengan amalan yang belum cukup dan terlalu sedikit ini... Banyak dan besar dosaku dan amanah yang belum terlaksana juga terpikul... Ya Allah.....


Ketika kita sedang bergembira, ramai insan lain sedang berduka... tapi pernahkah kita sedar? Fikir? Saat ini kita merasakan ketenangan untuk hari kita, merasa hidup berkeluarga, rasa aman... boleh keluar ke sana ke mari tanpa ada sekatan... Lain pula keadaannya di tempat yang sedang hebat bergolak dan peperangan serta kematian yang berlaku hampir tidak masuk akal... pernah tak kita fikir?


Hari ini kita ke sekolah dengan senang lenang, hati tenang, hingga buku pun tak perlu bawak, dan hanya tinggalkan sahaja di sekolah... Tapi pernah tak fikir cam mana erti sebuah buku untuk blajar bagi mereka yang kurang bernasib baik? 

Pergolakan di Mesir semakin menggila... Saya cuma ingin menyatakan supaya anak-anak didik saya lebih menghargai ilmu yang mereka punya hari ni... Bagaimana susahnya anak-anak mesir untuk mendapatkan segugus ilmu... Kalau hari ni, anak-anak didik saya tidak datang ke sekolah asbab demam... pening kepala... sakit perut sikit jer... bayangkan anak-anak mesir yang tak datang sekolah asbab shahid.... Allahu Akbar...

'kita orang baik cikgu, tak kan Allah kejam nak timpakan bala....' enak percakapan si budak ini... habis tu macam mana dengan gerakan Ikhwan Muslimin, yang sebenarnya memperjuangkan Islam tetapi dikatakan teroris? Sedangkan hanya brsenjatakan kayu besball... batu2 kecil... tidakkah kita rasa mereka itu dizalimi? sedangkan baik? so Tuhan tu kejamlah??? Belajarlah brfikir... 

ada fakta yang saya cedok dari page lain tentang siapa itu ikhwan muslimin antaranya:


Apa/Siapa itu Ikhwanul Muslimin? 

Ikhwanul Muslimin merupakan suatu pergerakan dakwah yang telah diasaskan oleh Hassan al-Banna pada tahun 1928, sebagai tindakan langsung daripada kejatuhan khilafah Uthmaniyyah pada tahun 1924. Sejarah pergerakan ini sangat panjang dan berwarna-warni; cukuplah saya merumuskan sejarah Mesir moden terlalu banyak dipengaruhi oleh pergerakan ini.


Perbalahan yang berlaku antara pihak tentera dan Ikhwanul Muslimin sememangnya diketahui umum. Ahli-ahli IM telah ditangkap, dihumban ke dalam penjara dan diseksa dalam jumlah yang pukal pada zaman Jamal Abdul Nassir, sehingga dianggarkan jutaan ahli IM ditangkap di seluruh Mesir. Ramai daripada mereka dibebaskan pada zaman Anwar Sadat, kemudian ditangkap dan sekali lagi dihumban ke dalam penjara ketika era Hosni Mubarak. Antara tokoh-tokoh besar IM yang mati di tangan pihak pemerintah diktator termasuklah Sayyid Qutb, Abdul Qadir Audah dan Syaikh al-Faraghli. 


Semenjak itu, IM diharamkan daripada bergiat aktif, apatah lagi dalam arena politik kerana pihak pemerintah melihat mereka sebagai ancaman besar. Namun ahli-ahli IM terus bergiat aktif dalam masyarakat dengan berselindung di sebalik nama persatuan atau badan yang lain.


Kepopularan dan pengaruh IM dalam kalangan masyarakat amat ketara apabila akhirnya mereka dibenarkan bertanding dalam pilihanraya Mesir usai kejatuhan Mubarak, mereka menang mudah di kebanyakan tempat terutamanya di kawasan luar bandar. Selain itu, kebangkitan rakyat menentang penggulingan Presiden Mursi yang melibatkan jutaan rakyat Mesir juga menggambarkan sokongan padu rakyat terhadap pergerakan yang hampir mencecah usia 100 tahun itu. 


Sehingga kini, IM memainkan peranan yang penting dan aktif dalam mencorakkan sosia- politik dan -ekonomi rakyat Mesir.

----------

Sebelum berbicara harulah berfikir... dan belajar menghargai... dan saling menghormati. boleh bayangkan kalau kita sedang di mesir skarang ini? mungkin dah shahid....

~titipkan doa untuk saudara kita di sana, agar mereka lebih kuat dan tenang hadapi ujian Allah dan diberi keamanan sewajarnya untuk mereka~

Allahu Akbar... Amin

wallahu 'alam

wassalamu

Wednesday, April 3, 2013

~Teruskanlah usaha kalian~

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah hari ini berlalu dengan baik, terima kasih kepada Allah kerna mengurniakan tubuh badan yang sihat untuk menjalankan amanah Allah ini.

Hari beri banyak kerja rumah kepada pelajar saya... semua ni bukan tujuan lain, tentulah ingin melihat peningkatan mereka dalam pelajaran terutama subjek kritikal seperti matematik ni...

kerja rumah 2 amanah: cikgu dah tak ingat, so boleh tanya kawan2 lain ye, terutama kepada pelajar yang tak hadir hari ni yer...

selamat membuat blog 

ok 

wslm

Monday, March 18, 2013

~Selamat Hari Lahir untuk saya dan suami~

Assalamualaikum wbt....

Alhamdulillah, baru jer berlalu bestday saya dan suami...

hehe, nak ambil ruang kat sini untuk wish kepada suami tercinta En Azman Bin Hashim...

"Kita lahir pada bulan yang sama... En Azman 11 mac dan saya 6 mac... best rasanya sambut bestday sekali walaupun tak der la meriah mana setakat date kat secret resepi dengan chicken rice shop jer..."

Tapi saya sangat hargainya, setiap detik masa bersama dengan suami tercinta disisi membuatkan hati menjadi tenang dan selamat... terima kasih Ya Allah kerana Kau telah gantikan segala jerih perih kehidupan aku selama ini dengan suami yang sangat penyayang dan memahami diri ini...

~Selamat Hari Lahir untuk diri dan suami~


Siapa Guru di Hati Kita...

Assalamualaikum wbt....

Alhamdulillah segala kerja selesai tepat jam 10 malam.. now, masa untuk blogging hehe...

Sekolah ada exam (ujian bulanan 1) hari ni dengan esok. Tapi tak de la lega sangat pun sebab kelas saya, kelas PBS, so kena mengajar juga la dan buat PBS... Tapi Alhamdulillah semuanya berlalu dengan baik, walaupun ada part yang saya mood... haha lukisan kanvas hidup saya untuk hari ni, totally tak der la moody sangat. Harini boleh kawal emosi... Hopefully semakin baik la keadaan selepas ini.

owh, saya lupa nak cakap, jadi guru ni memang best sebenarnya... tapi banyak yang merungut la... memang tidak saya nafikan kerja kita sebagai guru ni berlambak... 

-PBS (itu tak termasuk kalau pelajar tu ponteng, kena gantung, pelajar sekolah lain kena buang then masuk sekolah kita pastu tak bawak PBS sekolah dia) memang jadi satu tekanan. PBS kalau sekolah hebat ok jer...

-kerja pengkeranian tu biasa, fotostat sendiri, isi borang sendiri... haha, hebatkan jadi guru

-kalau kat sekolah, guru ni banyak peranan dia... kita la guru yang mengajar dan mendidik, kita juga polis yang mengawal disiplin, kita juga doktor dan misi rawat pelajar sakit, kita juga tok bomoh kalau pelajar kena rasuk dan psiko... kita juga ambulan ok kalau ada pelajar sakit kecemasan... pendek kata kita boleh apa saja kalau kita jadi cikgu haha... best kan?

-Saya memang suka jadi cikgu, dari kecik lagi cita-cita nak jadi cikgu...alhamdulillah tercapai juga.... terima kasih Ya Allah. (Jadikan aku hambaMu yang sentiasa bersyukur kepadaMu, dan bukan hambaMu yang kufur nikmatMu)

Kerja lebih masa?

meh tengok keluhan guru kita... Keluh kesah guru

Sebenarnya kerja apa pun letih betul tak? Masa kita jadi pelajar dulu, kita sibuk nak cepat besar kan? sebab nak kerja dan ada duit sendiri, tapi bila dah dapat semua tu kita lupa dan asyik nak merungut lebih2 jer, fitrah manusia memang suka meluahkan, tak salah pun, mungkin dengan cara meluahkan boleh buat hati tenang skit dan boleh teruskan kerja kan.... 

Kepada para guru, saya sangat hargai perjuangan kalian... bila saya dah rasa sendiri jadi guru ni, beetul, memang puas bila dapat didik anak-anak murid, tapi kalau yang degil tu, eeee... rasa nak piat jer telingat tu... apasal la degil sangat, tapi jangan over ok, sebab parent sekarang suka SAMAN, opsssss... no komen!

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Tidaklah 
berterima kasih kepada Allah SWT sesiapa yang

tidak berterima kasih kepada manusia."

(Hadis riwayat Bukhari).

Belajar mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang bantu kita tak kira muda atau tua ok!

Sesungguhnya segala amal bakti seorang guru dalam 

menyampaikan ilmu yang bermanfaat kepada anak didiknya 

akan melayakkan dirinya mendapat ganjaran kebaikan, 

meskipun setelah pergi mengadap Ilahi. Firman Allah SWT 

yang bermaksud: "Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang 

kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah 

kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, sebagai 

balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar 

pahalanya." (Surah al-Muzammil, ayat 20). Rasulullah SAW 

juga bersabda yang bermaksud: "Apabila meninggal dunia 

seorang manusia, maka terputuslah pahala amalannya 

kecuali tiga perkara; sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, 

anak soleh yang mendoakannya." (Hadis riwayat Muslim). 

Friday, March 15, 2013

~Pengajaran Daripada Satu Tamparan Seorang Guru~

Assalamualaikum wbt....

entah apa yang ada dalam benak fikiran hari ini, asyik terkenang zaman sekolah, Terkenang zaman cikgu dolu dolu mengajar.. walau pun cara chack and talk tapi sangat terkesan sampai hari ini...

Saya masih ingat sorang guru, sampai hari ini masih ingat namanya, cikgu Azizah Binti Mustafa...



Masa tu, saya baru darjah 5... cikgu Azizah mengajar subjek matematik... dulu juga saya lemah matematik... sifir pun tak berapa ingat... sampai la hari tu, cikgu azizah yang garang ni, ternampak saya mengira guna jari di dalam laci meja... cikgu azizah soal kami dalam kelas tentang sifir dan semuanya mesti dicongak sahaja, tak boleh kira...

Apa lagi, satu tamparan hebat melekat dimuka saya, sentap la saya, apa lagi kan... malu kot...


Story pasal cikgu azizah ni, saya pun tak tahu dia dah ada kat masa la ni, sebab dia masuk sekolah tu sekejap jer, around 1 tahun jer, lepas tu dia bertukar ke sekolah lain, Masa cikgu azizah mengajar saya, subjek matematik saya mesti dapat A.... masa darjah 5 result matematik saya naik.... dari C kepada A... menakjubkan bukan? Pelik tapi benar... Cuma lepas cikgu tu pindah, saya pun down dan result pun jatuh sikit.... lepas dapat semangat dari guru dan kengkawan lain, saya pun berusaha lagi, dah akhirnya UPSR alhamdillah dapat la A matematik....

Sampai hari ini kot, saya masih ingat tamparan hebat dari seorang guru yang hebat, saya langsung tak de dendam dengan beliau, malah saya bertambah suka dengan pengajarannya, mudah difahami....

**************************

Hari ini,

Saya terpaksa menggunakan kaedah tamparan kasih sayang kepada seorang pelajar saya, tetapi bukan kerana dia mengira sifir guna jari dibawah meja, tapi kerna dia berkata satu perkataan yang saya benci dengar , perkataan tu adalah 'BODOH'

Pertama kali saya menampar pelajar saya setelah hampir tiga tahun mengajar.... Memang tak nak, tapi saya pernah sebut, kalau ada pelajar yang sebut perkataan yang tak baik depan saya, saya akan tampar, jadi untuk buat mereka takut dan tak buat lagi, saya terpaksa menampar mulutnya.... Maafkan cikgu.... cikgu benar tak suka kalau kalian cakap macam tu, belajarlah menjadi pelajar yang baik dan berakhlak cam mana yang cikgu selalu tekan kan dalam kelas tu....

Saya sangat berharap kes hari ni tidak berlaku lagi sampai bila-bila... sayang kalau budak begini tidak berubah... ya saya akui , mungkin kekerasan semakin tidak sesuai untuk pelajar hari ini, tapi, entahlah, bila saya tinggikan suara baru mereka akan buka buku dan menulis, kalau tak, mereka akan main-main,,,

saya betul2 terpaksa buat semua ini...

Ya Allah, aku sedar caraku ini keras, tapi bagaimana lagi hari aku ubah anak-anak didikku, mereka tak solat.... hati mereka sangat keras dan tak mahu mendengar nasihat... berilah cara terbaik untuk aku mendidik mereka ini... bukakan lah pintu hati mereka Ya Allah untuk bersama agama Mu.... dan memperjuangkan agama Islam ini....

Satu pengajaran dari dua kisah berbeza ini dalam tamparan seorang guru, inilah naluri seorang guru bernama Azizah Mustafa dan hari ni aku benar-benar merasainya.... terima kasih kepada Allah atas pengalaman semalam buat diri ini


wallahu 'alam bisowwab

wslm wbt....

Wednesday, March 13, 2013

~Mencuba jadi Guru Prihatin~

Assalamualaikum wbt...

Dua tiga hari ini cuaca agak panas, melayani kerenah pelajar yang terkadang buat hati ini panas menjadi-jadi... Ya Allah berikanlah aku kesabaran yang tinggi dalam menangani keadaan pelajar yang semakin membimbangkan. Aku kasihan kan mereka dengan cara hidup yang mereka lalui,... Ya, mungkin bukan ini yang mereka pinta, tapi ini yang terpaksa mereka hadapi.



Kepada dirimu yang ku gelar pelajarku,
Aku bukan sengaja untuk marah padamu,
Aku juga bukan sengaja mencari salahmu,
Aku sekadar ingin mengingatkanmu,
Aku sekadar ingin membantumu,
Kalian yang semakin jauh dengan agama,
Bila ditanya solat,
Pastinya liat
tak cukup tak tepat....

Ya Allah bantulah anak-anak didikku ini,
Jangan biarkan mereka terus hanyut,
Jauhkan mereka dengan rokok
Jauhkan mereka dengan GAM
Jauhkan mereka dengan najis dadah,

Hampir 3 tahun aku di sini,
bukanlah satu masa yang singkat untuk mengenal mereka,
Sayangilah dirimu sendiri,
Jangan biarkan syaitan menguasaimu,
Bila kalian merasa diri kalian tidak sempurna,
tidak ada ayah,
tidak ada ibu,
atau berpisah dengan mereka,
ingatlah, bahawa ....

Rasulullah, Nabi teragung kita juga tidak punya sesiapa untuk teruskan kehidupan....
Semuanya dilalui sendiri...
Ayuh anak-anak didikku,
Jadikanlah Rasulullah itu pembakar semangatmu,
untuk meneruskan kehidupan yang penuh ranjau ini...

Aku tahu dirimu tak kuat,
aku tahu dirimu terikut,
aku sedar dirimu mudah dipedaya,
tapi ...

aku mahu kalian bangun,
aku mahu kalian celik,
aku mahu kalian ubah hala tuju hidup kalian,
kepada laluan yang lebih baik...

sebab,
aku mahu melihat kalian berjaya dunia dan akhirat

~Kesabaran seorang guru pasti diberi balasan yang setimpal insyaAllah~

terima kasih kepada semua guru yang pernah mendidik diriku ini, daripada manusia yang sangat jahil kepada manusia yang lebih baik dari sebelumnya... aku rindukan zaman persekolahan ku... rindu dengan semua guru dan teman....


aku mencuba jadi guru yang prihatin... MAMPUKAH???

wallahu'alam, wslm

Tuesday, March 12, 2013

~ institusi sekolah era kini~


Assalamualaikum wbt…

Dewasa ini, kita sering mengharapkan sesuatu dari orang lain untuk kita. Tapi pernahkah kita terfikir apakah kita pernah memberikan sesuatu untuk orang lain? Kita sering mendambakan yang terbaik dari orang sekeliling kita, tetapi adakah kita pernah bertanya kepada diri apa sumbangan kita untuk orang sekeliling kita? Begitulah hakikatnya apa yang berlaku di dunia persekolahan hari ini. Terlalu banyak perkara yang kita mengharapkan orang lain memberi dan kita hanya menerima. Adakah kehidupan ini sekejam itu?

Dalam alam sekolah hari ini, mungkin kelihatannya guru terlalu mengharapkan dirinya dihormati. Tidaklah semua guru seperti itu, tapi jika sudah ada seorang dua yang sebegitu pastinya imej seorang guru diperkotak-katikkan dunia ini. Ibarat kata kerana nila setitik rosak susu sebelanga kan? Natijahnya, perlu adanya sikap pro dan kontra… memberi dan menerima. Rasa hormat dan dihormati.

Guru dan pelajar adalah saling memerlukan, ibu dan bapa adalah perdukung dan adanya usaha sama dalam mendidik pelajar. Dalam erti kata lain, perlu seiringan usaha guru dan ibu bapa serta pelajar. Jika masing-masing meletakkan diri masing-masing dalam peranan yang betul dan munasabah, tentunya kejayaan mereka hari ini bukan perkara mustahil untuk setiap pelajar. Akan tetapi mengapa guru dan ibu bapa masih wujud perselisihan faham sedangkan matlamatnya adalah sama.

Perlu diakui, setiap guru dan pelajar serta ibu bapa mempunyai sikap dan cara yang berlainan. Apa pun caranya, apa jua gayanya, tujuannya adalah sama iaitu untuk melihat kejayaan anak-anak. Jika seorang ibu bahagia melihat anaknya berjaya, pasti seorang guru itu lebih gembira kerana kejayaan pelajarnya adalah di bawah didikan dan tunjuk ajarnya. Walau bagaimanapun, bukan bermaksud, ibu bapa tiada peranan dalam mendidik anak-anak. Pada dasarnya perlu ada sifat saling mendukung atau mendorong lebih senang difahami, menyokong.

Dalam era globalisasi ini, dunia tanpa sempadan, pelajar terlalu banyak terdedah kepada teknologi. Kebanyakan remaja bergelar pelajar hari ini mudah hanyut dan leka dengan ledakan teknologi dunia kini. Hal ini tidaklah bermakna kita perlu menyalahkan teknologi semata-mata. Akan tetapi perlu juga diambil peduli oleh ibu bapa, guru dan masyarakat sekeliling kawasan. Perlu adanya pemantauan berkala oleh ibu bapa, guru dan masyarakat. Masyarakat yang ambil peduli remaja hari ini adalah masyarakat yang sayang komunitinya dan paling berjaya. InsyaAllah.


Teknologi hari ini sebenarnya sangat mendidik anak-anak untuk berjaya jika betul dan kena pada caranya. Jadi tugas kita sebagai ibu bapa dan guru untuk menunjuk ajar mereka cara yang terbaik untuk mengaplikasikan teknologi yang meluas era ini. Walau bagaimanapun, jika salah caranya maka rosaklah akhlak dan fikiran mereka. Sebagai contoh, pelajar hari ini semakin berani untuk membawa telefon bimbit tanpa tujuan yang munasabah dan kadang-kadang langsung tidak boleh diterima pakai alasannya. Antara alasan yang diberikan adalah untuk menelefon ibu dan bapa jika ada kecemasan sedangkan telefon awam disediakan di sekolah. Antara banyak-banyak alasan yang diberikan, tidak ada satu pun alasan untuk belajar dan mencari ilmu menggunakan internet. Jadi, bagaimana harus dibendung permasalahan ini sekiranya gandingan yang hebat antara guru dan ibu bapa terlalu ampuh. Hal ini terhalang kerana guru dan ibu bapa masing-masing menyalahkan antara satu sama lain.

Alhamdulillah, saranan kerajaan Malaysia untuk memberi peluang kepada pelajar membawa telefon bimbit untuk kegunaan belajar sangat baik. Matlamat pihak kerajaan mungkin baik, tetapi caranya mungkin kurang sesuai untuk pelajar hari ini yang mana menyalahgunakan kemudahan internet dan telefon bimbit yang diberikan. Setakat hari ini sahaja, kebanyakan pihak sekolah terpaksa menanggung risiko pelajar merakam aktiviti tidak bermoral seperti merokok dan seksual. Hal ini memang tidak terbatas di antara lelaki dan perempuan. Masing-masing mahu menunjukkan kehebatan masing-masing.

Kita perlu menimbal kembali apa rasional sesuatu keputusan itu dibuat. Fitrah manusia sememangnya gemar kepada suatu yang baharu meskipun akan merosakkan diri sekiranya tidak digunakan dengan betul. Hal ini boleh sekali diibaratkan seperti member lesen kepada semua orang untuk menggunakan pistol atau senapang. Pistol atau senapang adalah satu benda yang baik sekiranya digunakan dengan cara yang betul, namun kematian akan diundang sekiranya tidak digunakan dengan sewajarnya dan mengikut emosi. Perkara ini sangat berbahaya dan boleh mengundang kepada kecelakaan dan membawa maut. Samalah halnya dengan penggunaan telefon bimbit dengan sewenang-wenangnya di sekolah. Jika salah penggunaannya boleh mengundang kepada kecelakaan akhlak dan membawa padah pada masa depan seseorang pelajar.

Kesimpulannya, seseorang pelajar , ibu, bapa dan guru wajar tahu dan cuba sedaya mungkin untuk memainkan peranan masing-masing. Seorang pelajar berperanan untuk menghormati ibu, bapa dan guru selain belajar mengejar cita. Seorang ibu dan bapa mestilah mencorak kanvas kehidupan anak-anak masing-masing dengan cantik bukan sekadar menconteng kanvas kehidupan mereka yang luhur sebelumnya. Seorang guru pula tidak kurang penting dalam berperanan membentuk akhlak dan masa depan pelajar masing-masing. Sekolah yang cemerlang bermula daripada rasa berperanan oleh pelajar, guru dan ibu bapa kerana semuanya saling mendokong.

Wallahu’alam bisowab.

Friday, March 8, 2013

Isu Lahad Datu?

Assalamualaikum wbt,

Masih menunggu berita gembira itu, ternyata Allah ingin memberi pahala buat kita melalui rasa sabar dan redho...

Isu lahad datu?

KUALA LUMPUR:  PAS mengingatkan Umno-BN supaya jangan terlalu ghairah meraikan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Lahad Datu untuk kepentingan politik hingga menenggelamkan jasa para perajurit yang gugur dan yang masih bertungkus-lumus mempertaruhkan nyawa mereka demi mempertahankan kedaulatan negara dan Sabah.

“Keghairahan Umno-BN untuk meraikan kedatangan Najib ke Lahad Datu seolah-olah 'pertempuran sudah tamat dan kini tiba masa untuk meraikannya' tatkala polis dan anggota tentera masih bertungkus-lumus untuk membasmi penceroboh bersenjata dari Filipina amat dikesali,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Dalam kenyataannya hari ini, Tuan Ibrahim berkata insiden pertumpahan darah di Sabah mendedahkan kelemahan ketara cara pihak kerajaan menguruskan sempadan negara.

“Ternyata tahap penjagaan kedaulatan negara di bawah kerajaan BN kini berada pada tahap yang sangat kritikal. Perkara ini sungguh dikesali,” kata beliau.

Selain gagal mengurus isu dalam negara seperti yang diketahui umum, Tuan Ibrahim berkata rakyat masih ingat bagaimana negara kehilangan Pulau Batu Putih kepada Singapura.

Di bawah kepimpinan Umno-BN, katanya negara juga kehilangan tanah keretapi di sepanjang laluan Singapura tanpa mengetahui apa pulangan hasilnya kepada rakyat, dan kawasan telaga minyak Blok L dan M kepada Brunei ketika Tun Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri.

“Tun Dr Mahathir pernah mendakwa kehilangan telaga-telaga minyak mengakibatkan jumlah kerugian dalam bentuk perolehan berjumlah AS$100 bilion (RM320 bilion),” tambahnya lagi.

Dalam insiden pencerobohan di Sabah, kata Tuan Ibrahim, rata-rata rakyat termasuk pemimpin Umno-BN sendiri tercari-cari jawapan bagaimana pasukan penceroboh dari Filipina yang berjumlah ratusan orang boleh menembusi sempadan negara dengan membawa senjata api.

“Mereka juga dibiarkan berada berminggu-minggu lamanya dalam negara tanpa sebarang tindakan, sehingga ia menjadi suatu ancaman terhadap keselamatan rakyat dan pasukan keselamatan.

"Kerajaan BN perlu tampil menjelaskan perkara ini, dan sekiranya ada rundingan dalam tempoh tersebut, kerajaan BN perlu menjawab maklumat rundingan dan punca kegagalan rundingan kepada rakyat sehingga berlaku pertempuran. 

"Kerajaan BN juga perlu menjawab mengapa perkembangan insiden di Sabah tidak dilaporkan secara telus sehingga rakyat terpaksa bergantung kepada berita daripada Filipina untuk mengetahui lanjut mengenai situasi sebenar di Lahad Datu,” tegas beliau.

Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata rakyat menyambut baik tindakan keras kepada para penceroboh yang telah membunuh beberapa anggota polis.

Akan tetapi, kata beliau, rakyat juga ternanti-nanti ingin mengetahui punca sebenar sehingga menyebabkan pertempuran berlaku sehingga 8 anggota polis terkorban dan juga hukuman berat kepada mereka yang didapati melakukan pengkhianatan terhadap negara dalam insiden ini.

“Sebagai contoh, rakyat ingin mengetahui apakah punca insiden ini lahir daripada tindakan menganugerah warganegara kepada warga asing  secara rakus bermotifkan kepentingan politik dalam Projek IC yang kini hangat dicela merata tempat?

"Lebih menarik perhatian rakyat ialah persoalan kenapa insiden pencerobohan ini berlaku di saat negara berada di ambang pilihanraya umum tatkala laporan kajian mendapati sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri semakin jatuh?” soal beliau

wallahu alam...

~Al fatihah untuk pejuang-pejuang~

Thursday, February 28, 2013

Tabir Malam

Assalamualaikum wbt...

Menyingkap seketika tabir malam ini, suasana dalam keheningan. Teringat semasa dalam usia remaja di alam persekolahan, time-time macam ni mesti dok study lepas tu cikgu kata stadoq (tidoq). Teringin untuk kembali ke zaman itu, tapi amat mustahil.


Banyak perkara yang dilalui adalah untuk pengajaran pada hari kemudian. dan banyak hal yang diuji tuhan kepada kita, meskipun adalah dalam batas kemampuan kita untk terima, tetapi kadang-kadang terasa begitu payah. Cuma satu kita kena percaya bahawa apa yang Allah uji adalah tanda kasih sayangnya dan akan diberikan kebaikan satu ketika yang kita tidak tahu bila dan bagaimana bentuk kebaikan itu....

bersabar dan terus bertenang adalah jalan terbaik, insyaAllah

wallahu alam

Sunday, February 17, 2013

Kata hikmah Penguat Semangat

Assalamualaikum wbt... 

Alhamdulillah, seminggu cuti sudah pun habis... Sambil membuka lembaran baru untuk hari esok, sempat la juga saya kutip senarai kata hikmah pembakar semangat kita ini. Yalah kan, hati manusia ini perlu diperbaharui imannya dan didorong dengan kata semangat. Jika tidak hati mudah layu dan hanyut dibuai mimpi indah yang belum tentu ada matlamatnya. Saya bukan orang yang bijak dalam memberi semangat, cuma mahu berkongsi kata-kata semangat penguat rohani selain daripada ayat-ayat Quran. Al Quran adalah sumber utama ketenangan hati, tapi kata-kata hikmah diberi ini adalah sampingannya sahaja...

Jom Selami....

  • Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.
  • Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi.
  • Ingatlah bahawa anda boleh gagal dalam apa sahaja dalam hidup asalkan tidak menjadi seorang yang gagal.
  • Kegagalan bukan bermakna anda tidak mencapai apa-apa.Ia bermakna anda telah mempelajari sesuatu.
  • Wang bukanlah segala-galanya, namun ia pasti menjadi penghubung dengan anak-anak anda.
  • Ramai orang yang masih bergantung kepada kerja-kerja yang bergaji rendah kerana mereka takut gagal jika mencuba kerja lain.
  • Kesilapan adalah bukti bahawa seseorang itu telah mencuba membuat sesuatu perkara atau pekerjaan.
  • Kesilapan mengajar kita tentang apa yang perlu kita pelajari selepas itu.
  • Apa yang anda pelajari selepas kegagalan sahaja yang dikira.Kegagalan itu sendiri tidak dikira.
  • Anda tidak gagal.Anda hanya menemui cara yang tidak berkesan.
  • Kesilapan adalah realiti kehidupan.yang penting adalah tindakbalas terhadap kesilapan itu.
  • Jika anda inginkan sebuah tempat di matahari,bersedialah untuk terbakar.
  • Anda tidak harus berkata KENAPA SAYA? Anda seharusnya bersyukur kerana ANDA telah dipilih.
  • Malah kesilapan pun mungkin menjadi perkara penting bagi menjamin kejayaan yang bernilai.
  • Sekiranya anda mahu mengambil seorang pekerja,pastikan dia pernah gagal sebelumnya.
  • Kegagalan bukan bermakna anda tidak berusaha bersungguh-sungguh.Kegagagalan itu hanya bermakna anda perlu mengambil masa yang lebih lama untuk berjaya.
  • Sekiranya kita bersaing dengan diri kita sendiri dan kita mengalami kegagalan, siapakah yang menang?Fikirkanlah!.
  • "Lulus" dan "Gagal" adalah cara lama mengkategorikan seseeorang.Cara baru ialah "pengetahuan" dan"Kejahilan".
  • Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan.Seluruh kehidupan adalah satu ujian.
  • Mungkin tiada kegagalan bagi orang yang terus berjuang.
  • Ramai orang mencari tempat yang selamat,tetapi akhirnya tersangkut!
  • Impian yang tidak terlaksana adalah impian yang terpenjara oleh musuh nombor satu-iaitu takut GAGAL!!
  • Tiada siapa yang berha mengecap anda sebagai orang yang gagal,kecuali diri anda sendiri.
  • Sekiranya anda menemui sebuah laluan tanpa halangan, ia mungkin tidak membawa anda ke mana-mana.
  • Kesialpan-kesilapan memberitahu kita tentang apa yang perlu kita pelajari.
  • Apabila anda telah sampai ke penghujung tali......dan tiada lagi simpulan untuk bergantung......lompatlah ke tali yang lain.
  • Kegagalan hanyalah satu peluang untuk anda mencuba lagi untuk berjaya!!.
  • Orang yang kurang berani untuk memulakan sesuatu, sebenarnya telah tewas!!.
  • Kita tidak mungkin dapat mempelajari sesuatu perkara kecuali kita bersedia untuk gagal terlebih dahulu.
  • Cara yang terbaik untuk belajar untuk menjadi pemenang ialah belajar daripada orang-orang yang pernah kalah atau tewas dalam sesuatu pertandingan,perbuatan atau sebagainya.
  • Kegagalan dalam hidup adalah menjadi seorang yang tidak belajar daripada kegagalannya itu.
  • Sekali gagal, tidak bermakna anda telah tewas,.....anda hanya tewas apabila anda telah berputus-asa.
  • Hanya orang yang berani GAGAL DENGAN TERUK mempunyai harapan untuk BERJAYA DENGAN HEBAT sekiranya dia mempelajari sesuatu daripada kegagalannya itu.
  • Kesilapan adalah sebahagian daripada hutang yang perlu dilangsaikan sepanjang hayat.
  • Hadiah paling berharga hanya diberikan kepada orang yang menemui kegagalan tetapi dia tidak pernah berundur atau merungut atau berputus-asa.
  • Setiap orang mempunyai keazaman yang kukuh untuk mencapai matlamat sehingga mampu mengenepikan kegagalan dalam usaha tersebut.
  • Orang yang kalah membayangkan hukuman bagi kegagalan.Orang yang menang membayangkan ganjaran bagi setiap kejayaan.
  • Terseradung bukannya terjatuh.
  • Sekiranya anak-anak diasuh untuk takut mencuba sesuatu yang baru kerana takutkan kegagalan,mereka tidak akan menjadi orang berani kelak.
  • Dalam percubaan-percubaan yang hebat, adalah dianggap cemerlang meskipun gagal.
  • Jika pada awalnya anda tidak berjaya,cubalah cari kembali arah haluan yang pernah anda lemparkan ke dalam tong sampah.
  • Apabila anda kaya,fikirkanlah saat-saat anda pernah miskin dahulu.
  • Kita memerlukan kegelapan untuk melihat bintang.
  • Hidup adalah satu kesilapan yang berterusan di mana kita belajar untuk menjadi sempurna.
  • Salah satu kesilapan besar yang boleh kita lakukan dalam hidup ini adalah sentiasa takut untuk melakukan kesilapan.
  • Jangan berputus-asa kerana biasanya anak kunci terakhirlah yang dapat membuka kumci.
  • Sekiranya anda mengalami kegagalan lebih awal,kegagalan berikutnya kurang terasa pedih.
  • Kesilapan demi kesilapan membawa seseoarang menemui kebenaran hakiki.
  • Perkara paling penting apabila berhadapan dengan keadaan yang kurang menyenangkan adalah dengan memberikan perhatian terhadap apa yang perlu dibuat selepas ini,bukannya mencari-cari-apa silapnya.
  • Kesulitan menyerlahkan sifat sebenar manusia.
  • Pada pendangan saya,sekiranya anda mahukan pelangi, kenalah hujan dahulu.
  • Saya boleh menerima kegagalan kerana setiap orang gagal dalam sesetengah perkara.tetapi saya tidak boleh menerima orang yang tidak berani mencuba.
  • Anda bukannya gagal.Anda hanya tidak tahu beberapa perkara lagi.
  • Satu kesalahan tidak akan menjadi kesilapan sehinggalah anda membetulkannya.
  • Kegagalan tidak menjadikan anda seorang yang gagal sekiranya anda tidak berputus-asa untuk mencuba lagi.
  • Saya tidak membahagikan dunia kepada yang lemah dan gagah,atau yang berjaya dan gagal,juga bukan di antara yang boleh melakukan sesuatu atau sebaliknya.Saya membahagikan dunia kepada mereka yang belajar dan tidak belajar.
  • Perasaan takut untuk melakukan kesilapan menghalang seseorang daripada mengesani potensi diri atau merasakan kehebatan dalam diri sendiri.
  • Setiap kegagalan adalah suatu pengajaran yang mendorong seseorang untuk mencuba pendekatan baru yang tidak pernah dicuba sebelum ini.
  • Jangan katakan kegagalan itu kesilapan.Katakan kegagalan itu adalah pengajaran.
  • Anda tidak akan mengetahu tentang diri sendiri menerusi kejayaan.Anda mengetahuinya menerusi kegagalan dan kesilapan.
  • Janganlah takut untuk mengakui kesilapan.Ia samalah seperti mengatakan bahawa anda lebih bijak pada hari ini berbanding dengan semalam.
  • Kegagalan bukan bermakna anda seorang yang bodoh mencuba.Ia bermakna anda mempunyai keberanian untuk melihat apa yang tidak boleh dilakukan.

PERINGATAN!!!
INI ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KATA-KATA PEMBANGKIT SEMANGAT SAHAJA DAN BUKANNYA FALSAFAH ATAU HADIS ATAU AYAT AL-QURAN.ANDA DINASIHATKAN SUPAYA MEMBACA KATA-KATA INI SEBAGAI PENGETAHUAN SAHAJA.ASASNYA,APA-APAPUN PEKERJAAN YANG ANDA LAKUKAN HENDAKLAH DILAKUKAN BERSUNGGUH-SUNGGUH DAN TIDAK BERPUTUS-ASA DAN BERSERAH KEPADA ALLAH S.W.T APABILA ANDA TELAH BERUSAHA.INSYA-ALLAH ANDA AKAN BERJAYA!!.


~Wasalam~