Search This Blog

Tuesday, July 27, 2010

kangen Ayah


Perit luka semalam masih terasa, membenam ke dasar hatiku. Seusia sekecil 2 tahun, air panas sudah bersimbah seluruh badan. Perut melecur. Sakit. Aku sakit tapi aku hanya mampu merintih ketika itu. Umur berganjak 3 tahun, batang paip pula hinggap di paha dan betis kecilku. Ngilunya hanya Tuhan yang tahun. Apalah daya kanak-kanak seusia itu untuk melawan apa lagi bertindak melarikan diri. Jentikan di telinga sampai merah dan libasan lidi di badan sememangnya sudah lali bagiku sehinggalah aku menginjak remaja belasan tahun. Siapa ayahku? Itu bukan ayah, itu singa. Kataku apabila ditanya. Aku benci ayah.

            Hari ini aku adalah insan yang diberi jiwa murni. Aku digelar ustaz dalam kalangan pelajar-pelajar dan teman-teman. Nikmatnya terasa diri dihargai sedemikian. Kini singa itu mungkin sudah tua dan lemah. Tidak mampu lagi dia melibas aku ke sana ke mari. Baru hari ini juga aku sedar bahawa singa itu adalah ayahku yang selama ini sangat menyayangiku. Dulu darah mudanya yang membuak membuat dia kurang sabar. Namun, dia sudah merangkak ke alam tua, jiwanya lebih tenang dan sabar.

            Aku ingin bicara satu perkara. Sekarang akulah anak yang paling menghargai ayahku. Aku sayang dia sepenuhnya. Segala kesakitan silam masih terpahat, namun itu sebagai mahar untuk aku lahir sebagai seorang insan cemerlang. Ayah sudah pergi. Tapi ayah tinggalkan semua kenangannya padaku.

Ayah, aku rindu padamu. Andai kau mendengar aku hari ini, ketahuilah aku ingin lahirkan perasaan dengan lafaz terima kasih buat ayah!

Dalam dunia global dan era millennium kini, anak-anak makin sukar dibentuk.apalagi jika gunakan kekerasan seperti zamanku. Mungkin kaedah itu tidak menjadi. Tapi pukullah sekadarnya sekiranya kedegilannya melampaui batas.

Anak-anak hari ini, aku ingin berpesan, ‘ingatlah seperit mana pun kenangan silammu, semua itu tidak lain hanyalah sebagai mahar untuk kita lahir sebagai manusia berguna. Jangan lupa mendoakan kedua orang tua kita, ketahuilah bahawa keredhoan Allah terletak pada keredhoan ibu dan ayah kita’

Wallahu’alam

p/s: kepada pelajar tingkatan 3 SMK tanah merah dan seluruh Malaysia, selamat menjalani ibadah menjawab soalan percubaan PMR. Matematik make sure dapat A ok!

Monday, July 19, 2010

Laluan


Amalan soleh seorang ibu amat mempengaruhi setiap watak dan peribadi anak yang bakal dilahirkan...