Search This Blog

Wednesday, December 15, 2010

~Tampang Yang Di Jajah~

Assalamualaikum wbt…

Alhamdulillahi wabihamdihi… memakin hari keadaan semakin dingin malah mungkin hampir kaku kini. Aku berdiri di birai jendela melihat perlakuan manusia tidak berperikemanusiaan. Apakah masih ada lagi manusia yang dijajah sebegini? Sungguh aku kasihan melihat si dia itu. Tanpa ibu… tanpa ayah bersama. Mereka merangkah, meraung minta dilepaskan. Apakah aku yang salah perhitungan. Mainan apa semua ini? Aduhai remaja itu, sungguh kasihan aku melihat tampangnya dia.

Hari ini bangsa kita terus dijajah dan terjajah. Meskipun kita punya agama, punya rasa bertuhan. Namun tak ramai yang merasai nikmat itu. Remaja kini seolah-oleh lupa akan asal usul mereka? Sudah merasa diri makin hebatkah? Makanan itu haram. Tapi tetap mahu dirasai. Apa otaknya sudah tidak bisa berfikir lagi? Ketandusan atau tersumbat kali? Kasihan mereka, sehingga kini masih terus dijajah bangsa asing itu. Aku juga khuartir, apa generasi aku kelak akan seperti ini atau lebih kasihan dari ini? Semoga saja tidak…

Dalam dunia maya, wah! Aku lihat semuanya makin hebat… ya, hebat dalam erti kata tidak tahu langsung aplikasi sebenarnya alam maya ini. Mungkin dibenak fikirannya hanya tahu alam maya ini untuk akses benda-benda yang itu… Sungguh kurang ajar namanya remaja itu. Jalan fikirannya yang sempit melambangkan dirinya yang sengkek. Aduh, sungguh aku makin kasihan kepadanya…

Remaja kita… ramai yang bijak kata… tapi berapa kerat saja yang bijak membaca? Jangan salah tafsiran kata… membaca bererti mengaji alif bad ta…  apalagi baca quran selancarnya… Kasihan lagi aku kepada mereka. Apakah salah ibu bapa? Tidak mengajar tulis baca? Ataukah mereka yang ingkar kata?

Semakin jauh aku meniti perjalanan kehidupan, semakin aku temui ramai yang kebuntuan. Maka dengan itu, mungkin juga ramai yang hilang rasa bertuhan. Bunuh diri jadi habuan. Lupakah kita pada ajaran Quran? Tunjuk ajar Muhammad pesuruh Tuhan? Ke mana kita jauh sudah meninggalkan jalan? Jalan hidup Islam adalah sebaik panduan. Menangis hati ini keranamu remajaku.

Allah kurniakan kita aqal sihat lagi berfikiran. Apakah kita sedungu lembu-lembu di ladang wak leman? Tidak mampu berfikiran yang sebaiknya? Ingatlah dunia ini tentunya sementara buat kita, persinggahan seketika cuma… Pasti hanya dua jalan untuk kita pilih ke tempat baqa’ kita… Cuma tinggal pilih saja… jalan mana? Jalan sempit atau lorong luas?

~Tepuk dada tanya IMAN~

Wallahualam!

Saturday, December 11, 2010

Kenapa Perlu Berusaha Sedangkan Semuanya Telah Ditentukan?


Kenapa perlu susah-payah jika semuanya telah pun ditakdirkan? Kenapa harus kecewa sebelum bertemu gembira? Kenapa si dia tidak datang begitu sahaja?

Begitu juga para sahabat nabi, mereka pernah bertanyakan soalan yang hampir sama lebih 1400 tahun yang lalu.

Menurut Ali Abi Talib, pada suatu hari ketika para sahabat sedang menghadiri satu pengkebumian, Rasulullah datang dan duduk berhampiran. Para sahabat kemudian duduk mengelilinginya. Beliau menggenggam sebatang kayu kecil sambil menggores-gores tanah. Rasulullah kemudian bersabda, “Setiap daripada kamu yang diciptakan telah pun ditentukan neraka atau syurganya.” Bertanya salah seorang sahabat, “Kalau demikian, apa perlunya kita beramal ya Rasulullah?”

Mendengar sedemikan, Rasulullah bersabda lagi, “Beramallah, setiap orang akan dipermudahkan oleh Allah kepada jalan yang telah ditetapkan oleh-Nya.” Kemudian beliau membaca surah Al-Lail ayat 5 hingga 10” [1]

Di dalam surah Al-Lail ayat 5 hingga 10, Allah telah berfirman, “Adapun orang yang memberikan (menafkahkan hartanya) apa yang ada padanya ke jalan kebaikkan dan bertakwa (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya). Dan dia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik. Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (syurga). Sebaliknya orang yang bakhil (daripada berbuat kebaikkan) dan berasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya. Dan dia mendustakan perkara yang baik. Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan. ”

Begitulah penjelasan nabi ke atas pengertian takdir dan amalan manusia. Beliau tidak menyuruh para sahabat mempersoalkan ketentuan tuhan, sebaliknya menyuruh mereka memberi fokus kepada usaha dan amalan semata-mata.

Firman Allah di dalam Surah Al-Mulk ayat 2, “Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya;”

Hidup ini adalah untuk berusaha dan beramal, bukan untuk mempersoalkan takdir. Jangan ditanya, “kenapa perlu mencari si dia sedangkan si dia telah pun ditentukan” sebaliknya tanyalah diri sendiri “apakah usaha yang telah dicurahkan di dalam perjalanan mencari si dia.”

Wallahu’alam.

sumber : blog ini

Friday, December 10, 2010

SAAT LAFAZ SAKINAH

Heningnya...
Sunyi suasana...
Lafaz sakinah bermula


Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah, tangis ibunda


Adalah aku, wali puteriku
Serah kini amanahku ini pada mu
Nafkahilah dia, curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya


Dulu esakkannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna, dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu


Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya




Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu



Tajuk: Saat Lafaz Sakinah
Lagu: Hafiz Hamidun
Lirik: Fadzli Far East





Thursday, December 9, 2010

Dialog Aku & Hati...

“ Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun ( beribadat ) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah ( beribadat ) disepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh ”-
Ibrahim Al-Khawas RA






Tirai malam dibuka. Di hujung pentas dua sahabat karib sedang berbicara. Aku dan Hati. Kelihatan sang Hati berduka nestapa.




Aku: Duhai hati, mengapa kau bermuram durja hari ini? Kongsilah masalahmu padaku.




Hati : Aku kongsikan kiranya kau sudi mendengar.




Aku : Ya, aku ingin mendengar.




Hati : Bagaimana aku tidak bermuram. Aku sedih. Kau tidak seperti dulu lagi. Kau tidak lagi menemani aku dengan Tahajjudmu dimalam hari. Kau biarkan aku merintih rindu pada Tuhan.




Aku : Maafkan aku. Apakah itu sahaja? Wajahmu jua kulihat pucat tidak bermaya. Mengapa begini?




Hati : Wahai diri, mana mungkin aku tidak pucat sebegini kalau tidak kau tidak berikan aku makanan padaku lagi?




Aku : Makanan? Apa maksudmu? Aku tidak mengerti.




Hati : Bodohnya engkau. Bukankah dahulu engkau memberi aku makanan kepadaku dengan bersedekah pada yang memerlu? Mengapa sekarang kau tinggalkan sedekah itu??




Aku : Jahilnya aku. Aku minta maaf. Apa lagi yang membuat engkau menjadi lemah dan tidak bermaya begini?




Hati : Ke mana Al Quranmu minggu ini? Aku belum mendengarnya walau sepatah. Aku rindukan lantunan ayatNya. Mengapa kau begini? Mahukah engkau melihat aku mati lantaran tidak ku dengar lagi ia kini?




Aku : Jangan begitu wahai hati. Aku bersalah! Aku bersalah! Maafkan aku. Aku tidak mahu melihat engkau mati atau derita. Terus khabarkan padaku apa lagi yang membuat kau menderita sebegini?




Hati : Aku merasakah hidupku kosong. Tiada ruh. Tahukah engkau mengapa?




Aku : Tidaklah engkau lebih mengetahui dari aku. Aku ternyata jahil sekali.




Hati : Ke mana solat jemaahmu? Aku merasa duniaku tidak bererti dan tidak ada keberkatan dek solat jemaah yang kau jauhkan. Mengapa kau sebegini teruk?? Bukankah kita pernah bersama-sama mendengar bahawa Rasulillah SAW pernah ingin membakar rumah sahabat yang tidak bersolat jemaah? Jua kau pernah membacakan hadis kepadaku berkenaan Baginda menyuruh sahabat yang buta sekalipun untuk datang mendirikan solat jemaah! Apakah kau lupa?? Maka, lantaran alasan apakah lagi yang kau berikan pada Ilahi ketika dihitungkan kelak??




Aku :Duhai hatiku sayang, Aku menyesal. Entah syaitan apa yang merasukku sampai aku menjadi begini. Aku terkadang ingin kembali kepada fitrah tetapi tidak terdaya rasa.




Hati : Kau memang bodoh! Bagaimana engkau ingin terbitkan kekuatan seandainya kekuatan itu sendiri kau halau bilamana ia menghampirimu?? Bukankah kau tahu, aku menjadi kuat dengan segala apa yang pernah kau lakukan dahulu?? Sekarang kau tinggalkannya, maka bagaimana kau dan aku ingin menjadi kuat? Kuatkan aku dalam kau maka kau akan kuat bersamaku.




Aku: Ternyata segala katamu tepat belaka. Aku memang jahil. Beruntung sungguh aku mendapat sahabat sepertimu. Suka duka bersama. Baiklah, aku akan menjadi lebih baik dari aku sekarang. Maafkan aku atas segala kekejaman aku terhadapmu wahai hati. Maafkan aku.




Hati : Aku gembira amat mendengar begitu. Ayuh, kita mulakan taubat denganNya. Moga-moga Dia menerima ampunmu dan ampunku jua.




Aku : Ayuh!




Dua bersahabat meninggalkan pentas menuju ke kamar solat. Tirai malam ditutup perlahan-lahan. Sebuah lagu diputarkan.




Tombo Ati iku limo perkorone
Kaping pisan moco Qur’an lan maknane
Kaping pindo sholat wengi lakonono
Kaping telu wong kang sholeh kumpulono
Kaping papat kudu weteng ingkang luwe
Kaping limo dzikir wengi ingkang suwe
Salah sawijine sopo iso ngelakoni
Mugi-mugi Gusti Allah nyembadani




Obat Hati ada lima perkaranya
Yang pertama baca Qur’an dan maknanya
Yang kedua sholat malam dirikanlah
Yang ketiga berkumpullah dengan orang sholeh
Yang keempat perbanyaklah berpuasa
Yang kelima dzikir malam perbanyaklah
Salah satunya siapa bisa menjalaniMoga-moga Gusti Allah mencukupi






junaidiahmad
kelanafaqir.blogspot.com
Kangar,Perlis

Tuesday, December 7, 2010

Mustahilkah Untuk Melakukan Perubahan?

Mustahilkah? Susahkah? Pasti jawapannya tidak mustahil.


Tetapi bukankah perubahan itu ada dua jenis iaitu perubahan positif atau perubahan negatif (nauzubillah).


Tiba-tiba terfikir satu persoalan.


Mengapakah untuk melakukan perubahan yang positif itu lebih susah berbanding perubahan ke arah yang lebih negatif?


Adakah kerana diri ini lemah? Lemah untuk melawan godaan syaitan?


"Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar menghalangi mereka dari jalan yang benar dan mereka menyangka bahwa mereka mendapat petunjuk" - Surah Az-Zukhruf 43 : 37


"Dan janganlah kamu sekali-kali dipalingkan oleh syaitan sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu" - Surah Az-Zukhruf 43 : 62


Tarik nafas dalam-dalam. Ambil masa, fikir sejenak.


Yang mana lebih kita kejarkan? Perbuahan yang lebih bagus atau yang sebaliknya?


Pastinya yang lebih baik.


Tetapi tidak dapat untuk kita nafikan untuk melakukan perubahan kearah kebaikan ini, jalannya dihiasi dengan ranjau yang peuh berduri, halangan, ejekan, ujian, dan semua ini adalah dugaan.


Kadang-kadang untuk berubah ini penuh dengan bisikan dan desas-desus manusia:


"Eh, kenapa A pakai tudung sekarang ini, bukankah dahulu dia seorang minah rempit, ini mesti tak lama nie!"


"Alhamdulillah, A dah mula berubah insya Allah sentiasa dirahmatinya"


Hendaklah kita sematkan dalam pemikiran kita, janganlah sesekali kita terpengaruh dengan kata-kata negatif terhadap diri kita, kerana andai kata kita terpengaruh dengan kata-kata tersebut, pasti berat kaki ini untuk melangkah ke alam baru, berat lagi hati ini untuk melakukannya.


Percayalah, kita lebih mengenali diri kita dari orang-orang lain, dan Allah lebih mengenali kita dari diri sendiri.


Tidaklah semua perkara itu manis untuk menuju ke syurga, kerana pasti Allah selitkan sedikit ujian untuk kita, bagi menguji diri ini.


"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman”, dan mereka tidak diuji?" - Surah Al-Ankabut 29:2


Apakah definisi perubahan sebenar dalam diri kita? Adakah hanya dari segi fizikal atau hati nurani? Yang mana akan datang dulu?


Sebenarnya, yang mana datang dahulu itu tidak penting, kerana yang lagi penting adalah hasilnya.


Andai kita rasa, perubahan fizikal seperti melabuhkan tudung dan pakaian itu lebih mudah, maka lakukan itu dahulu, kemudian kita melatih hati ini satu persatu, andai kita merasakan hati ini lagi senang untuk dilatih, maka latihlah ia dahulu.


Kerana perubahan itu datangnya dari hati yang ikhlas, yang tulus. Insya Allah.


Mari mulakan langkah kita bersama, kerana pintu taubat itu sentiasa terbuka.


Manusia sentiasa perlukan perubahan kerana iman kita naik dan turun. Jangan biar jalan kita dihiasi dengan futur.(sikap malas/ tangguh kerja)


sumber: i luv islam


wslm

Salam Maal HIjrah...

Salam 1 muharram untuk semua ummat Muhammad... selamat memulakan azam yang baru... semuga menjadi hamabNya yang lebih baik dari sebelumnya.. dan semuga biarpun sedikit-sedikit perubahan positif itu, tapi mestilah istiqamah... insyaAllah!

Saturday, December 4, 2010

PROTON TUAH (LIMA BERSAUDARA), NOT BAD....

Assalamualaikum wbt, tadi tengok berita di awani tv... Terkesima lihat proton terbaru keluaran malaysia... not bad... cantiklah...



Proton Tuah, generasi proton terkini...








TUAH, JEBAT, KASTURI, LEKIR DAN LEKIU....


Tak sabar tunggu dipasarkan...


wslm

Taubatku

Dalam hujan renyai,
Aku duduk bersimpuh,
Menghadap rumah Yang Maha Satu,
Jauh dari terlalai,
Tunasku kembali tumbuh,
Dan aku berlari membawa hatiku.


Dalam hujan masih renyai,
Ada rasa jiwa bertuhan,
Mengukir hati demi bersyukur,
Tidak terlafaz kalimah itu,
Hanya Engkau jualah yang tahu,
Kerna Kau ringankan segala beban.

Hidup kini menanti mati,
Hilang sudah kenangan semalam,
Dia semakin hampir,
Melambai padaku memanggil-manggilku,
Ada kesakitan yang menyucuk,
Apakah nafas sudah dihujung tanduk?

Ya Allahu Rabbi,
Inginku hentikan semuanya,
Segala dosaku jangan Kau biarkan,
Melainkan Kau beri keampunan,
Kerna kini aku sedang menanti mati,

Ya Allah,
Meskipun aku tahu,
Curahan air mata kini,
Tidak bisa membersihkan dosaku,
Namun cukuplah sekadar,
Ianya menjadi saksi kunciku,
Bahwa aku sememang benar-benar,
Sudah bertaubat…

5.38 petang, sabtu, 4/12/2010

Thursday, December 2, 2010

Belajar Hargai Masa...

Demi masa!
Sesungguhnya manusia dalam kerugian,
Kecuali orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan,
dan saling berwasiat pada yang benar, dan saling berwasiat untuk bersabar.
(103:1-3)

Friday, November 19, 2010

khusus buat tatapan semua bakal guru!

ASSALAMUALAIKUM WBT...
khusus ditujukan kepada semua yang bakal bergelar guru, khususnya graduan UPSI 06-10.... Selamat menempuhi alam kerjaya yang tersangatlah mencabar kelak. Ada yang dapat posting sekolah harian biasa, berasrama penuh, teknik, politeknik, sekolah cina, tamil, methodist, katholic dan sebagainya. Namun erti kata menjadi guru itu bukanlah semudah yang disangka... ha, ramai yang ingat jadi guru hanya mengajar ajer...tidak sebenarnya....

Tidak mudah menjadi guru yang baik, dikagumi dan dihormati oleh anak didik, masyarakat sekitar dan rakan seprofesyen. Ada beberapa hal yang perlu dilakukan oleh seorang guru untuk mendapat pengakuan sebagai guru yang baik dan berhasil.

Pertama. Berusahalah tampil di muka kelas dengan prima. Kuasai betul ilmu pelajaran yang akan diberikan kepada pelajar. Jika perlu, ketika berbicara di muka kelas tidak membuka catatan atau buku pegangan sama sekali. Berbicaralah yang jelas dan lancar sehingga terkesan di hati pelajar bahawa kita benar-benar tahu segala permasalahan dari materi yang disampaikan.

Kedua. Berlakulah bijaksana. Sedarilah bahawa pelajar yang kita ajar, memiliki tingkat kepandaian yang berbeza-beza.
Ada yang cepat mengerti, ada yang sedang, ada yang lambat dan ada yang sangat lambat bahkan ada yang sulit untuk dimengerti. Jika kita memiliki kesedaran ini, maka sudah boleh dipastikan kita akan memiliki kesabaran yang tinggi untuk menampung pertanyaan-pertanyaan dari anak didik kita. Carilah cara sederhana untuk menjelaskan pada pelajar yang memiliki tingkat kemampuan rendah dengan contoh-contoh sederhana yang sering dijumpai dalam kehidupan sehari-hari walaupun mungkin contoh-contoh itu agak konyol.


Ketiga. Berusahalah selalu ceria di depan kelas. Jangan membawa persoalan-persoalan yang tidak menyenangkan dari rumah atau dari tempat lain ke dalam kelas sewaktu kita mulai dan sedang mengajar.

Keempat. Kendalikan emosi. Jangan mudah marah di kelas dan jangan mudah tersinggung kerana perilaku pelajar. Ingat siswa yang kita ajar adalah remaja yang masih sangat rapuh emosinya. Pelajar yang kita ajar berasal dari daerah dan budaya yang mungkin berbeza satu dengan yang lainnya dan berbeza dengan kebiasaan kita, apalagi mungkin pendidikan di rumah dari orang tuanya memang kurang sesuai dengan tata cara dan kebiasaan kita. Marah di kelas akan membuat suasana menjadi tidak enak, pelajar menjadi tegang. Hal ini akan berpengaruh pada daya fikir pelajar untuk menerima butir pelajaran yang kita berikan.

Kelima. Berusaha menjawab setiap pertanyaan yang diajukan pelajar Jangan memarahi pelajar yang yang terlalu sering bertanya. Berusaha menjawab setiap pertanyaan yang diajukan pelajar dengan baik. Jika suatu saat ada pertanyaan dari pelajar yang tidak siap dijawab, berlakulah jujur. Berjanjilah untuk dapat menjawabnya dengan benar pada kesempatan lain sementara kita berusaha mencari jawaban tersebut. Janganlah merasa malu kerana hal ini. Ingat sebagai manusia kita mempunyai keterbatasan. Tapi usahakan hal seperti ini jangan terlalu sering terjadi. Untuk menghindari kejadian seperti ini, berusahalah untuk banyak membaca dan belajar lagi. Jangan bosan belajar. Janganlah menutupi kelemahan kita dengan cara marah-marah bila ada anak yang bertanya sehingga menjadikan anak tidak berani bertanya lagi. Jika pelajar sudah tidak berani bertanya, jangan harap pendidikan/pengajaran kita akan berhasil.


Keenam. Memiliki rasa malu dan rasa takut. Untuk menjadi guru yang baik, maka seorang guru harus memiliki sifat ini. Dalam hal ini yang dimaksud rasa malu adalah malu untuk melakukan perbuatan salah, sementara rasa takut adalah takut dari akibat perbuatan salah yang kita lakukan. Dengan memiliki kedua sifat ini maka setiap perbuatan yang akan kita lakukan akan lebih mudah kita kendalikan dan dipertimbangkan kembali apakah akan terus dilakukan atau tidak.

Ketujuh. Harus dapat menerima hidup ini sebagai mana adanya. Di negeri ini banyak semboyan-semboyan mengagungkan profesi guru tapi kenyataannya negeri ini belum mampu/mau menyejahterakan kehidupan guru. Kita harus menerima kenyataan ini, jangan membandingkan penghasilan dari jerih payah kita dengan penghasilan orang lain/pegawai dari institusi lain. Berusaha untuk hidup sederhana dan jika masih belum mencukupi berusaha mencari sambilan lain yang halal, yang tidak merugikan orang lain dan tidak merugikan diri sendiri.


Kelapan. Tidak sombong.Tidak menyombongkan diri di hadapan pelajar/jangan membanggakan diri sendiri, baik ketika sedang mengajar ataupun berada di lingkungan lain. Jangan mencemohkan pelajar yang tidak pandai di kelas dan jangan mempermalukan pelajar (yang salah sekalipun) di khalayak ramai. Namun pangillah pelajar yang bersalah dan bicaralah dengan baik-baik, tidak berbicara dan berlaku kasar padanya.

Kesembilan. Berlakulah adil. Berusahalah berlaku adil dalam memberi penilaian kepada siswa. Jangan membeza-bezakan pelajar yang pandai/mampu dan pelajar yang kurang pandai/kurang mampu serta tidak memuji secara berlebihan terhadap pelajar yang pandai di hadapan pelajar yang kurang pandai.
Kesepuluh. Mungkin ciri ini adalah yang terakhir saya letakkan kerana, saya menambah ini dengan sendiri. Hal ini kerana ciri ini sangat penting buat kita guru ISLAM. Guru perlu ada agama... dalam erti kata lain, mengamalkan ajaran ISLAM yang sebenar. Memiliki sifat SABAR dalam mengajar itu adalah tindak balas kepada hasil amalan ajaran ISLAM sebenar. InsyaAllah!


Segalanya pasti berbuahkan hasil sekiranya apa yang disemai dibaja dengan sebaik-baik baja, dan diracun dengan sehebat-hebat racun untuk mendapatkan tuaian yang terbagus!

Alhamdulillah, buat renungan bersama....
sumber :
http://zainurie.wordpress.com/2007/05/02/bagaimana-menjadi-guru-yang-baik-profesional/

wallahualam, wslm

Wednesday, November 17, 2010

Salam aidil adha!

Assalamualaikum wbt, salam aidil adha!


Apa rasa hari ini? Apa pengorbanan hari ini dan sebelumnya? Seberapa besar pengorbanan itu? Setulus mana? Renungkanlah yerk!




Alhamdulillah, sudah dapat tahu juga bila dan dimana tempat kita dipostingkan, kepada semua sahabat dan sahabiah yang dapat posting di seluruh malaysia, terutama PENANG, Tahniah saya ucapkan dan selamat masuk ke alam kerjaya mulia yakni seorang guru....


Salam TAHNIAH dari hamba!

Thursday, November 4, 2010

Mangsa banjir di Kedah meningkat, lebih 28,000



ALOR SETAR, 4 Nov — Angka penduduk yang dipindahkan kerana banjir di negeri ini meningkat kepada lebih 28,000 orang pagi ini berbanding sekitar 27,000 malam tadi, ekoran keadaan yang semakin buruk di empat daerah.

Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena dan Pendang mencatatkan peningkatan jumlah mangsa yang dipindahkan, manakala keadaan banjir di Padang Terap pula semakin baik dan jumlah mereka berada di pusat pemindahan berkurangan.
Di Kubang Pasu, seramai 15,637 penduduk daripada 4,347 keluarga kini dipindahkan, manakala di Padang Terap seramai 3,219 orang masih berada di pusat pemindahan, Kota Setar melibatkan 1,788 penduduk, Pokok Sena (1,259 orang) dan daerah Pendang merekodkan 158 penduduk dipindahkan.

Jurucakap bilik gerakan Majlis Keselamatan Negara berkata sehingga 9 pagi ini, sebanyak 104 pusat penempatan mangsa banjir dibuka dan daripada jumlah itu, 46 di Kubang Pasu, 35 di Padang Terap, 15 di Kota Setar, tujuh di Pokok Sena dan satu di Pendang.

Katanya keadaan banjir di Padang Terap bertambah baik dengan 774 orang daripada 274 keluarga dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Keadaan banjir di Kota Setar semakin buruk dan tinjauan Bernama mendapati paras air semain naik walaupun hujan telah berhenti.

Beberapa jalan utama di bandar raya Alor Setar pula semakin digenangi air menyebabkan keadaan sesak.

Selain itu beberapa kawasan kediaman juga berdepan dengan gangguan bekalan air, termasuk terputus bekalan. — Bernama

p/s: takziah kepada pak njang sekeluarga dan pak lang sekeluarga atas musibah ini, semuga Allah memberi kesabaran dan ketabahan yang tingga buat kalian, insyaAllah!

Sunday, October 24, 2010

9 MIMPI NABI SAW

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, maka ia telah diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat,setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan,setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil memimpinnya ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita disekelilingnya,sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-menderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukannya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT
lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SAW, "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

"Beriman,Berilmu,Beramal"

sumber : NURUL SHAFAWANI BINTI HAMZAH. PENDIDIKAN ISLAM,SEM-3, UPSI

syukran,
wallahualam
wasalam

Saturday, October 23, 2010

Rozaliya Dijumpai di Bukit Bintang, KL. Reka Cerita & Lari kerana Tak Mahu Kahwin














Kepada semua remaja, jangan tiru perangai si gadis ini. Menyusahkan ibu bapa....Kalau tak setuju atau tidak bersedia untuk kahwin lagi, beritahu perkara sebenarnya. Orang tua pastinya memahami...

Saya petik:

[HM] KUANTAN: “Jika dia (Rozaliya) setuju, perkahwinan mereka akan dibatalkan,” kata Mat Lazim Mat Ismail, 52, bapa kepada Rozaliya, 20, bakal pengantin yang dilaporkan hilang pada 13 Oktober lalu ketika membeli persiapan perkahwinan bersama tunangnya di Pasar Besar Kuantan, di sini.
Menurut Mat Lazim, punca anak perempuannya melarikan diri dipercayai kerana tidak mahu meneruskan perkahwinan dengan tunangnya, Mohd Helmi Mohd Noor, 24, selepas hubungan mereka berdepan masalah kira-kira setahun lalu.

“Anak saya memaklumkan mereka sudah tidak sehaluan dan Mohd Helmi dikatakan mulai berubah sikap.

“Dia memberitahu tunangnya itu bertukar menjadi panas baran, suka mengongkong dan susah diajak ke mana-mana selepas mereka mengikat pertunangan, berbeza ketika mereka masih berkawan dulu,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini, malam tadi.
Terdahulu, Rozaliya ditemui kira-kira jam 12.30 tengah hari, semalam di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, selepas dikatakan dua hari bekerja di sebuah kedai serbaneka 24 jam di kawasan berkenaan.

Difahamkan, penyelia kedai berkenaan memaklumkan perkara itu kepada polis selepas wajah dan berita kehilangan gadis terbabit terpampang dalam akhbar sebelum dia dibawa anggota polis ke IPD Kuantan malam tadi untuk diserahkan kepada keluarganya.

Ketika sidang media di IPD Kuantan, Rozaliya turut hadir, tetapi enggan memberikan sebarang ulasan, sebaliknya lebih banyak tunduk dan menutup mukanya.

Akhbar sebelum ini melaporkan Rozaliya, 20, seorang jurujual di kedai menjual telefon milik bapa saudaranya di Bandar Cheneh Baru, Kemaman, Terengganu dilaporkan hilang sejak 13 Oktober lalu.

Sebelum kejadian itu, dia dikatakan keluar dari rumah keluarganya di Bandar Cheneh Baru dengan berpakaian blaus hitam dan seluar denim gelap bersama tunangnya, kira-kira jam 11 pagi untuk membeli persiapan perkahwinan mereka yang dijadualkan pada 12 November depan.

Selepas membeli-belah di sebuah kedai peralatan pengantin berhampiran Pasar Kuantan di sini, tunang wanita itu bergegas pulang ke pejabatnya di Bandar Cheneh Baru kerana perlu menyelesaikan urusan penting dan berjanji menemui Rozaliya, kira-kira jam 3 petang hari sama.

Bagaimanapun, Mohd Helmi gagal menemui Rozaliya di tempat dijanjikan dan terus mencarinya hingga jam 6 petang sebelum menghubungi keluarga wanita itu.

Kelmarin, akhbar melaporkan ibu Rozaliya, Sabariah Mansor, 42, sebagai berkata dia mengesyaki ada yang tidak kena dalam perhubungan anaknya dan Mohd Helmi.

Wanita itu mendakwa, Rozaliya pernah berhasrat memutuskan pertunangannya.

Semalam, akhbar melaporkan Mohd Helmi tampil di IPD Kuantan untuk menafikan andaian dia terbabit dalam kehilangan tunangnya itu.

Bapa Mohd Helmi, Mohd Noor Juah, 53, turut menafikan anaknya membawa lari dan menyembunyikan Rozaliya.

Sementara itu, Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff berharap kedua-dua pihak mencari penyelesaian terbaik menyelesaikan masalah itu.

“Siasatan mendapati kejadian ini bebas unsur jenayah dan lebih kepada masalah peribadi atau keluarga,” katanya sambil memaklumkan polis turut mengambil keterangan Rozaliya selepas ini bagi melengkapkan siasatan berhubung kehilangannya.

Sementara itu, Mohd Helmi ketika ditemui selepas sidang media sama berkata, sebelum ini, dia begitu menyayangi Rozaliya, namun selepas kejadian itu, hatinya sudah tawar.

“Saya maafkan perbuatannya dan biarlah takdir menentukan nasib kami,” katanya


sumber: http://kafesantai.blogspot.com/

wslm

Tuesday, October 19, 2010

Salam konvokesyen...

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, akhirnya tamat juga kita semua dalam bidang pendidikan ini. InsyaAllah semuanya bakal menjadi guru-guru Islam yang gemilang dunia dan akhirat.

Rasanya masih belum terlambat bagi saya untuk mengucapkan selamat konvokesyen kepada semua sahabat wa sahabiah yang sentiasa dalam rahmat dan kaseh sayang Allah.

Subhanallah, banyak perkara yang berlaku sepanjang 4 tahun saya bersama kalian. Buat sahabat-sahabat sekelas, terutama yang dekat nurazira dan nafsiah, Kalian telah memberi ruang dan peluang kepada saya. Ketika saya sesat di kawasan UPSI... kalian adalah orang pertama yang menjadi penunjuk jalan. Mungkin semua ni kelakar bagi anda tapi semua ini adalah tanda betapa pentingnya nilai persahabatan dan kasih seorang teman.

Kepada sahabat-sahabat seperjuangan lain di kampus antaranya ahli kelab : sakinah, umira, izyan, tak lupa juga buat naqibah yang selama ini memberi tunjuk ajar, menjawab persoalan-persoalan yang saya utarakan, iaitu hafizawati dan ayuniza. Syukran Ja. Semua yang kalian berikan akan sentiasa saya ingat dan amalkan insyaAllah.

Dalam keseronokan dan kepuasan kita menjalani konvokesyen ini, janganlah pula kita lupa bahawa ada insan yang tidak sempat untuk menerima segulung ijazah. Mereka telah lebih awal dipanggil Ilahi. Sahabat satu jurusan matematik dengan saya, pernah juga sekelas sebelum ini, beliau telah dijemput Allah apabila terlibat dalam kemalangan bersama seorang lagi sahabat awal tahun ini. Almarhum Fadhiri dan Almarhum faizol. Mereka ini adalah orang kuat surau KUO. Kepergian mereka bukan setakat teman-teman yang merasai kesedihan, tetapi juga dirasai oleh seluruh warga UPSI yang pernah mengenali mereka. Semuga Allah menempatkan mereka ditempat yang mulia, InsyaAllah. Alfatihah!

buat adik-adik RPA saya yang mana masih ingat akan diri ini, saya doakan semuga kalian berjaya dalam bidang kalian. kepada yang dah naik jadi naqibah tu, tahniah saya ucapkan. semuga istiqamah dalam setiap tingkah laku yang baik. dah nak exam final ini, semuga berjaya harungi dengan tabah!

dengan itu, sampai bertemu lagi.

wslm

Monday, October 18, 2010

Permaidani Usang


Di atas tikar ini,
Kaki suci bersimpuh,
Tangan bersih menadah,
Mata indah merenung,
Memohon satu hasrat.

Di atas tikar ini,
Sekujur jasad berbaring,
Merehat dari kepenatan,
Tikar ini bukan rumah,
Tikar ini permadani usang,
Singgah sana si pemiliknya.

Permaidani usang ini,
Diseret, diusung ke mana perginya,
Ke tepi longkang,
Ke lorong sempit,
Ke mana sahaja,
Tiada dapat dicari ganti,
Permaidani sesetia ini.

Saturday, October 16, 2010

MENYINTAI DEMI DICINTAI


Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbt.

Sesiapa yang mendengar kalimah cinta pasti berbunga mekar hatinya. Siapa yang tidak ingin mencintai orang yang dicintainya? Tidak ada saya kira. Namun merujuk kepada kitab Apa Ertinya Saya Menganut Islam karangan Fathi Yakan yang sangat glamor ini, saya begitu tersentuh pada bahagian pertama bab dalam buku ini. Bab 1 : Saya mestilah muslim di sudut ‘Aqidah, iaitu elemen ke 15; Saya Wajib Menyintai Allah dengan sebenar-benar cinta. Cinta yang menjadikan hati saya sentiasa berasa rindu dan terikat denganNya. Subhanallah!

Mungkin jika kita menyintai manusia, kita akan mengharapkan cinta itu dibalas tetapi belum tentu terbalas. Namun, jika menyintai Allah, adakah hal yang sama berlaku? Tidak sama sekali, Allah pasti membalas cinta kita kepadaNya itu malah lebih besar cintaNya buat kita dan selamanya kita tidak pernah dikecewakan sampai saat bertemu denganNya. Allahu Akbar…..

Allah telah pun menjanjikan kepada kita iaitu,
‘Barang siapa yang ada padanya tiga syarat ini, ia dapat merasai kemanisan iman:

i.                    Jika ia menyintai Allah dan RasulNya mengatasi kasihnya kepada yang lain
ii.                 Jika ia menyintai seseorang, tidaklah ia cintai melainkan kerana Allah
iii.               Jika ia benci untuk kembali ke dalam kekufuran sebagaimana ia benci untuk memasuki api neraka.’

Sayidina Abu Bakar r.a. berkata:
‘Barangsiapa merasakan lazatnya cinta yang suci murni
kepada Allah, tentu perkara itu lebih menarik perhatiannya
berbanding mencari dan mencintai keduniaan.

Tertarik saya pada satu kisah dalam sebuah kitab yang pernah saya baca dan saya mendapatkan kitab itu semula, kitab Solat Malam Menggamit Kedamaian karangan Syeikh Amru Khalid dan Syeikh Sulaiman Bin Nasih Al-Ulwan, diterjemahkan oleh Syeikh Abu Muhammad Tolha Al-Khairi terbitan Al-Bayan.

Kisah bab 13 halaman 55-57: Ditaip semula.

HAKIKAT CINTA DAN RINDU BAGI ORANG SEDANG BERCINTA.

Pada satu ketika di bulan Ramadhan, pengalaman aneh saya kebetulan bersolat Tarawih bersebelahan seorang pemuda. Ketika imam mengucapkan takbiratul ihram “Allahu Akbar”, tiba-tiba saya mendengar suara rintihan dan tangisan dari pemuda itu.
Saya menjadi terkejut kerana imam itu belum lagi mengucapkan apa-apa. Setelah selesai solat, saya berkata kepada pemuda itu, ‘Wahai saudaraku, kamu jangan marah kepadaku. Khabarkan kepadaku apa yang menyebabkan kamu menangis dan meratap sedih, sedangkan imam sebelum itu, belum lagi mengucapkan satu huruf pun dari al-Qur’an?’

Kemudian dia menjawab yang mengejutkan saya daripada kelalaian selama ini, katanya, ‘Ketika lidahku berkata “Allahu Akbar”, hatiku diselubungi oleh ketakutan, jika apa yang diucapkan lidahku berbeza dengan apa yang ada dalam hatiku.’

Ya memang benar! Sebahagian di antara kita merasakan seolah-olah ucapan ‘Allahu Akbar’ itu sebagai ucapan untuk lidah sahaja tanpa dirasakan oleh hati dan untuk keseluruhan diri kita.

Oleh itu, wahai saudaraku! Marilah kita menyintai Allah sebagaimana cintanya pemuda itu kepada Allah. Pemuda itu menjadikan Allah sebagai tempat ia menumpahkan rasa rindu, cinta dan kasih sayang. Betapa cintanya ia kepada Allah sehingga disebut sahaja nama ‘Allah’, gementar rasa hatinya. Sepertimana kita, apabila disebut nama kekasih kita, lalu berdebar-debar jantung kita, kerana rindu…!

Firman Allah bermaksud;

‘Sesungguhnya orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah, gementerlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya, bertambahlah iman mereka (kerananya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal.’
(Surah al-Anfal 8:2)

Dalam ayat ini, Allah menggambarkan hati orang yang benar-benar beriman kepada Allah. Rasa gementar itu tidak akan terjadi kecuali hatinya diselubungi oleh cinta kepada Allah.

Wahai manusia yang hidup di dunia yang fana’ ini, jika anda ingin merasai kelazatan ketika menghadap Allah s.w.t. maka anda hendaklah mengamalkan melakukan solat malam. Kerana solat malam akan melembutkan hati dan akan menerangkan cahaya hati sehingga merasakan kebesaran Allah.

Orang dapat merasakan kebesaran Allah sahaja yang hatinya jadi gementar bila disebut nama Allah, tanda ia telah dapat merasai kemanisan beriman (cinta) kepada Allah.

Seperti mana hadis dari Anas r.a. bahawa Rasulullah saw bersabda:

‘Sesiapa yang memiliki tiga sifat ini, nescaya ia dapat merasai kemanisan iman. Mencintai Allah dan Rasul melebihi yang lain, Menyintai sesama manusia kerana Allah dan enggan kembali kepada jalan kejahatan (kekufuran) sebagaimana ia enggan dimasukkan ke dalam api neraka.’
                                                (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam sebuah hadis qudsi Nabi saw. bersabda bahawa Allah berfirman yang maksudnya:

‘Pandangan (kepada bukan mahram) sebagai panahan beracun dari iblis, barangsiapa yang mengelaknya kerana takut kepada Aku (Allah), maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dapat merasakan kemanisan dalam hatinya.’
                                      (Riwayat al-Baihaqi dan al-Hakim)

Demikianlah jalan-jalan untuk merasai kemanisan iman di dalam hati. Iaitu mengelakkan segala pancaindera daripada terlibat dengan maksiat. Jika terjebak juga, hendaklah segera membersihkan kotoran noda dosa itu dengan bertaubat dan beristighfar kepadaNya dengan penuh rasa takut. Lakukanlah solat Taubat Nasuha!
-Tamat-

Subhanallah, begitu hebat pemuda dalam kisah ini. Semuga mengambil pelajaran berharga dari kisah ini. InsyaAllah, istiqamah!

Semuga usaha kita mencintai Allah ini mendapat ganjaran besar disisi Allah, dan pastinya dicintaiNya, Allahu rabbi!

‘Belajar mencintaiNya demi dicintaiNya’

Wallahu’alam,
Wasalam wbt.

p/s: menaip menghilangkan stress, antara satu senaman ringan yang bagus! Cubalah!

Wednesday, October 6, 2010

MASBUQ DALAM SEMBAHYANG JEMAAH.

'Sesiapa berjalan untuk berjamaah sembahyang fardu, maka samalah seperti berjalan untuk menunaikan fardu haji. Dan sesiapa yang berjalan untuk menunaikan sembahyang sunat samalah seperti berjalan untuk mengerjakan Umrah Sunat.’


(Diriwayatkanoleh Al-Tabrani)






Sembahyang Jemaah ialah sembahyang beramai-ramai iaitu sekurang-kurangnya dua orang; seorang imam dan seorang makmum. Subhanallah, pahala sembahyang jemaah seperti dalam hadis Nabi saw yang bermaksud:






‘Sembahyang Jemaah itu lebih baik daripada sembahyang bersendirian sebanyak 27 darjat (kelebihan)’






Begitu banyak sekali darjat yang Allah kirimkan melalui sembahyang berjemaah. Namun, masih ramai lagi antara kita yang beralasan untuk solat jemaah. Mereka beranggapan sekiranya mereka tidak bermula takbiratul ihram pertama dengan imam bermakna tidak dapatlah mereka bersembahyang jemaah bersama imam. Ada juga yang tidak tahu macam mana nak masuk dalam sembahyang jemaah yang sudah bermula lebih dari satu atau dua rakaat.






Terdapat beberapa istilah dalam sembahyang jemaah yang kadang-kadang kita tak tahu dan tak faham. Meh sini nak terangkan sikit. Mudah-mudahan dengan penerangan yang ringkas ini mampu untuk memahamkan kita semua, InsyaAllah.






Antara istilah yang kita biasa dengar adalah makmum masbuq.






Masbuq membawa maksud orang yang sembahyang di belakang imam yang tidak ada kesempatan untuk menyempurnakan bacaan fatihahnya.






Muafiq pula membawa maksud orang yang sembahyang di belakang imam yang sempat membaca surah al-Fatihah dari awal hingga akhirnya.






Mufaraqah pula ialah niat berpisah daripada imam sembahyangnya.






Bagaimana nak laksanakan sembahyang jemaah bagi yang masbuq? Jom ikut cara-cara ini.






- Andainya didapati imam sedang berdiri di dalam bacaannya, orang yang masbuq berasa khuatir kalau-kalau ia tidak sempat menyempurnakan bacaan fatihahnya maka bolehlah tinggalkan bacaan doa iftitahnya. Ertinya sempat selepas takbiratul ihram terus sahaja membaca fatihah. Jika imam rukuk waktu ia belum selesai fatihah, terus sahaja turut rukuk, bersama-sama. Sabda Nabi saw yang bermaksud :






‘Sesiapa mendapat satu rakaat sembahyang besama imam sesungguhnya ia telah mendapat pahala berjamaah’






- Andainya kita dapati imam sedang sujud atau sedang membaca tasyahhud (tahiyat) hendaklah kita mengangkat takbiratul ihram dan terus turut sujud atau duduk membaca tasyahhud bersama-sama imam dan mengikut segala perbuatannya pada waktu itu. Akan tetapi ia tidak boleh dihitung sebagai mendapat rakaat; ia hanya mendapat pahala berjamaah sahaja. Bila imam memberi salam, janganlah kita mengikutnya, tetapi kita hendaklah bangun menyempurnakan rakaat sembahyang kita hingga selesai.






Alhamdulillah, moga-moga catatan ringkas ini mampu membantu kita dalam usaha ke arah kebaikan dan kesejahteraan kehidupan dunia akhirat.






p/s : Sapa tak mau jadi jutawan akhirat sila angkat kaki dari blog ini…






Sumber : kitab Hidup Ibadah karangan Dr Ustaz Hj Fadzil Hj Ahmad edisi 2009






Wallahu’alam!


Wasalam wbt.

Sunday, October 3, 2010

JATUH UNTUK BANGUN


Sebagai manusia yang mengaku bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad saw itu pesuruh Allah, maka kita wajib beriman dengan sebenar-benarnya. Bagaimana mungkin kita menuturkan sesuatu keinginan tetapi tidak dilaksanakan keinginan itu? Bayangkanlah betapa ramai daripada kita yang mungkin hanya berani melahirkan kata tetapi tidak mampu untuk dikota. Masih boleh dipertimbangkanlah jika kita mempunyai keuzuran dan sebagainya. Pastinya kita tahu bahawa Allah tidak pernah membebankan kita dengan apa yang tidak mampu kita tanggung.

Adalah menjadi lumrah dunia jatuh bangun kembali. Malah ada yang jatuh, jatuh, jatuh dan penghujung hidupnya dia bangun terus berdiri. Ada juga yang sebaliknya. Bagaimana perngakhiran hidup kita, kita sendiri juga tidak pernah tahu. Adakah jika kita seorang yang beriman, selamanya akan beriman? Subhanallah, berimanlah dan istiqamahlah! Dan, adakah pula sekiranya kita seorang yang jahil agama, bermakna selamanya kita akan tenggelam dalam kejahilan? Nauzubillah, belajarlah untuk mencintai, InsyaAllah kita pasti dicintaiNya. Kejahilan kita itu pasti akan tenggelam dalam lautan ilmu yang kita dapat dan amal yang kita perbuat.

Tentunya Allah tidak akan pernah membiarkan kita mengatakan bahawa kita telah beriman sedangkan masih belum teruji iman itu. Dalam bentuk yang bagaimana ujian dan cubaan itu, hanya Allah yang berhak menentukannya. Jika diujiNya dengan kebaikan, kejayaan, pujian dan sebagainya, adakah kita akan bersyukur atau merasakan diri sudah hebat? Dan sekiranya diuji dengan kesakitan, kedhoifan, penghinaan, penfitnahan dan sebagainya, adakah pula kita akan bersabar atau hanya menyalahkan taqdir dari Allah semata-mata? Allahurabbi, pokoknya disini apakah kita benar-benar bersedia dengan setiap ujian dariNya?

Kadangkala Allah sengaja membuat kita jatuh ke dalam lubuk yang paling dalam. Allah biarkan kita berkubang dalam lubuk itu sepuas dan semahu kita. Allah benamkan kita semakin dalam dan semakin terkebawah. Sengaja Allah membiarkannya tanpa sebarang pertolongan. Apakah kita akan mengatakan bahawa Allah sudah membiarkan kita jatuh? Allah tidak mempedulikan kita hambaNya? Tidak sama sekali… Percayalah bahawa Allah sedang menguji kita. Sabar atau marah? Renungkanlah!

Adakalanya pula Allah menjadikan kita seorang yang hebat. Kiri kanan kita penuh dengan pujian, kekayaan, pangkat, perjuangan kita hebat dalam Islam bagi mata zahir manusia. Allah berikan segala kebaikan dan nikmat kesihatan untuk kita mempertahankan Islam. Allah berikan jua apa yang kita hajatkan. Apakah kita akan mengatakan bahawa akulah yang paling hebat, berjuang bermatian demi Islam. Aku seorang yang dikasihi Allah, ke mana sahabat-sahabatku? Adakah mereka telah tersungkur di medan dek kerana permasalahan yang sedikit? Akulah wira dan serikandi Islam yang mampu meneguhkan Islam abad ini. Aku hebat!

Nauzubillah, janganlah menjadi insan yang takabbur setelah dikurniakan Allah kehebatan. Tetapi bersyukurlah dengan nikmatNya itu. Sahabat-sahabat hilang bukan menyepi, tetapi mungkin perjuangannya lebih sunyi. Mungkin mereka sedang merasa keperitan saat kejatuhannya. Ketahuilah kita bahawa kita dan mereka kedua-duanya sedang diuji. Itulah rahsia Allah menguji hambaNya dengan ujian yang berbeza pada setiapnya. Sehingga ada pujangga mengatakan hidup umpama roda, adakala mungkin iman kita di atas dan adakalanya iman itu jatuh ke bawah.

Allah uji kamu Allah juga menguji saya. Allah jatuhkan kita mungkin ke tahap yang paling hina bagi pandangan mata zahir manusia, untuk Allah melihat dengan pandangan paling tinggi. Setiap kesabaran kita akan dibalas dengan darjat ketinggian. Maka bersabarlah dalam setiap cobaan kesusahan dan bersyukurlah atas ujian kesenangan.

‘Sesungguhnya orang yang mulia di antara kamu di sisi Allah ialah mereka yang benar-benar bertaqwa’

Bersedia difikiran, bahawa jatuh itu untuk bangun!

Wallahu’alam
Wasalam wbt.