Search This Blog

Monday, December 7, 2015

PERCUTIAN BUDGET 2015

Bismillahir rahman nirrahim...

(nada menghirup udara pagi selasa penuh nyaman)

angin sepoi-sepoi bahasa yang menyapa lembut di pipi...

Hai, apa agaknya yang bakal berlaku hari ini ya?

sekarang ni tengah cuti sekolah, apa yang sedang dirancangkan oleh anda? Nak bercuti tapi budget ciput je kan? Ehhhh, sapa kata budget ciput tak boleh bercuti? Jom kita survey tempat2 menarik dalam Malaysia yang boleh kita lawati dengan budget yang ada...

klik sini - http://www.percutianbajet.com/

top 5 destinasi budget dalam malaysia

ala... banyak lagi la yang korang boleh cari kat pakcik google tu kan... ni antara cadangan ajer!

rasa rasa macam nak pergi melaka lagi la cuti ni...  ok kalau saya pergi nanti saya akan upload kan gambar kat sini... mana tau kan boleh jadi ilham kepada korang yang nak bercuti bawak family tapi tak tahu nak ke mana dan dengan budget yang ada.

ok la korang, kita jumpa lagi!

Thursday, November 19, 2015

Saat khabar itu datang!

BISMILLAH...

Pertamanya nak ucap syukur sangat kepada Allah SWT yang telah memberikan anugerah terbaik untuk setiap hambaNya. Dan aku.... adalah hambaNya yang tidak terkecuali menerimanya. Alhamdulillah wa syukurillah... Ya Allah sesungguhnya, hati ini telah redho atas ujianMu, hati ini dengan tenang menerima segala keputusanMu... Jiwa telah terbuka menerima taqdirMu. Menerima suka mahupun duka itu adalah redho dan setiap yang redho itu telah pasti ada habuannya.




Sabar aku telah hampir 4 tahun lamanya. Sakit aku telah berkurun lamanya, duka dan gundah aku semua kernanya. Tapi Engkau titipkan sabar buat aku sampai aku benar-benar rasa terpimpin dan menjadi semakin redho. Hampir genap saat itu, akhirnya Kau hadiahkan aku sesuatu yang telah lama aku nantikan. Terima Kasih Allah!


Jiwa ini terubat. Hati ini sembuh malah hilang semua parut. Aku sayangkan anugerahMu ini. AnugerahMu ini juga aku terima sebagai ujian. Ya Allah jauhkan aku dari sifat sifat MAZMUMAH yang membuatkan aku makin jauh dariMu, jauh dari cintaMu.


Titipkan kasih, lembutkan hati dan tenangkan jiwaku, wahai sang pencipta... Kekuatan ini hanya dariMu, ketabahan ini adalah dari cintaMu, Keredhoan ini adalah dari rinduMu. Untuk insan lain, Kau hadiahkan jua seperti mana kebahagiaan yang sedang aku nikmati saat ini.


Belajar erti sabar, ikhlas dan redho. Hikmah pasti datang menghampiri!


salam rindu untuk pencinta blog!

Monday, June 15, 2015

JOM LA... ONLINE HLP

Hai... apa khabar semua... terima kasih masih sudi nak blogwalking page saya ni hah....

just wanna sharing something with you... you know what? ahah...

Yelah kan, kita kenalah ada perubahan sikit untuk maju, tak sikit banyak kan... ehehhe

pernah dengar tak HLP maksud dia.... Hadiah Latihan Persekutuan. Memang khas untuk kakitangan KPM la termasuklah cikgu cikgi ngajar sekolah rendah, menengah, pensyarah IPG, yang kerja dekat KPM tu... pendek kata untuk kita ajer... heheh... atau pon kalau berminat boleh jer cuba KLIK SINI

actually saya dah 2 kali dah cuba mohon, tapi belum ada rezeki lagi la.... but this year i never give up... try again and again kan... mana tau kot2 sangkut.

HLP ni sesuailah sangat untuk kiter2 yang nak sambung master or PHD la kan.... sebab dia bagi kita cuti bergaji penuh maksimum 2 tahun kot kalau tak silap la then bagi biasiswa lagi.... ok la kan..... sapa tak nak....

best juga sebenarnya teringin nak sambung master... tapi tu la kan... kalau boleh dapat biasiswa lagi bagus daripada keluar duit sendiri... tak gitu?

Ni nak iklankan sikit la... dah buka tau offer untuk online permohonan HLP... sapa2 berminat boleh la try, kot2 kita sama2 ada rezki... tak kena duit pon nak apply, cuma perlu masa skit sebab ada benda2 nak kena sediakan... ok untuk mohon boleh KLIK SINI

jumpa lagi lain masa...doakan saya berjaya! dan untuk korang juga la.....

wslm

Wednesday, April 29, 2015

~nak update ajer~

Kembara jejak malam... tepat 12.01 pg

cewah, tajuk bertukar baru la pulak... tetiba mentari di balik awan kan.... biar la... macam best ajer.. tu yang tukar tu... bertukar... sebab dah 2015 kan...

Isu terkini di sekolah arini ialah ramai pelajar perempuan kena rasuk... rasukan beramai-ramai... adui!

Kesnya bermula masa hari kokurikulum la, pelajar minta nak buat rumah hantu la kononnya... tapi tak jaga batas. masa diorang datang nak prepare buat rumah hantu tu la HANTU keluar... mungkin hantu tu nak ajar diorang jadi hantu kot... jadi HANTU tu pun HANTUKAN depa yang nak jadi hantu tu.... eheheh faham ke...

sampai la ke harini, asal diorang tu datang sekolah aje mesti ada yang dok kena rasukan beramai2... macam hantu tu lompat sana lompat sini... fuh,,, memang letih dan meletihkan!

Moral of the story, jangan nak berangan nak jadi hantu kalau iman belum kuat... kang tak pasal-pasal tukar warganegara pulak! 

ok lah, badan dah letih, just wanna sharing the story ajer... ok!

jom bummmmmm!

ok then, wslm

Tuesday, March 31, 2015

Usaha Itu Biar Sedikit


Alhamdulillah, baru selesai kelas... Kelas pelajar yang sangat malas untuk belajar. Habis cara saya fikir untuk buka hati mereka untuk belajar. Huh.. memang memenatkan apabila mengajar kepada pelajar yang tidak mahu belajar. Sangat susah dan meletihkan.

Kelmarin saya terfikir 1 cara yang nampak macam tak sesuai. Tapi mungkin berbaloi juga la...

Macam mana tu?

heeee... mungkin ada sesetengah cikgu dah guna cara ni. Dulu saya fikir cara ni tak logik dan bagi muka kat pelajar. Tapi bila duduk sorang2 fikir balik... ada logiknya juga kan? Macam give and take pon ada juga... but just give a try la....

hishhh, apa caranya tu???

guna MUZIK!

saya tanya pelajar lagu lagu yang mereka minat... dan list down!

saya balik rumah... saya cari lagu-lagu tu dan download! DONE!

harini saya bawa pelajar saya yang 'nakal' tu ke LIBRARY. Pasangkan lagu sampai diorang layan habis laaa... then saya bagi nota suruh diorang salin... and WOW! memang diorang salin... tapi yelah kan biar sedikit pon, at lest diorang salin juga! Akhirnya!

Satu perasaan yang saya tak boleh nak gambarkan bila pelajar 'nakal' dapat patuh arahan guru. saya main tarik tali la dengan diorang! then saya dapatlah tarik rambut dalam tepung!

alhamdulillah itulah kan... usaha itu biar sedikit tapi berterusan! saya akan usahakan lagi! mula2 pasang la lagu diorang minat tu, then selitkan lah skit lagu2 ketuhanan! biar menusuk ke kalbu gitu!!

ok la masa pon dah nak balik ni. JOM!

wslm

Friday, March 27, 2015

M16 Hati

Bismillahi rahmani rahim...

Assalamualaikum wbt!

Tembak! Peng! Haha... Seronok sangat tengok 20 orang pelajar Kadet Polis Sekolah belajar Musketry harini... ala.... menembak la,,, guna senapang M16 tau... jangan buat main!


Wow! Bukan students saja teruja, malah cikgunya lebih teruja... teringin nak pegang senjata api tu... 

Jika senjata boleh membunuh makhluk bernyawa, maka kata-kata juga boleh membunuh hati yang mungkin sedang gumbira mahupun berkelana... namun M16 hati pengubat segalanya!

Bagaimana?

Situasi dalam kelas :

cikgu sedang mengajar dengan rancaknya. Tiba-tiba seorang murid berkata,

Murid : Cikgu, saya tak faham lagi la cikgu...
Cikgu : aaa... ni kes tak solat la ni pagi tadi... tu yang lambat jer sel otak nak berhubung kan...
Murid : Heeee... acaner cikgu tahu?
Cikgu : Cikgu kan cikgu! Mesti la tahu semua kan.... (murid lain semua bersorakan cikgu)

M16 dalam mengubati hati adalah solat! mengapalah masih ramai yang tidak mahu solat sedangkan M16 ni lah yang paling terbaik dalam segalanya... Sibuk nak kejar M16 senjata apa pagi tadi tu sampai ada yang tak terbuat M16 subuh tadi...

dalam ramai-ramai murid tadi ada seorang murid yang sangat kecil badannya. almaklumlah baru F1 kan... bayangkan M16 mempunya berat kira-kira 2.98 kg tu dia nak kena angkat dalam keadaan duduk dan menembak sambil meniarap.. 2.98 kg tu macam lebih kurang kita angkat 3 kampit gula 1kg kan! Berat la juga! heeeeee

Kalau M16 yang seberat 3 kampit gula kita beriya jer nak angkat-angkat bagai... kenapalah masih malas nak angkat wuduk yang ringat tu... air je pon! then solat yang tak sampai 5 minit pon! Apa lah yang dikejarkan sangat dengan M16 dunia berbanding dengan M16 akhirat yang JAUH lebih hebat dan berbaloi baloi ganjarannya kan?

Ya Allah.. binalah M16 hati dalam diri kami agar kami semakin  MENDEKATIMU dan berlari sekuat hati ke ARAHMU. Ya Allah jadikan kaki kami M16 demi melangkah ke SYURGAMU... Jadikan solat kami sebagai M16 dalam mengejar REDHOMU...

InsyaAllah!

Amin Ya Robb...

P/s : feeling malam hari. hati meronta!


Thursday, January 8, 2015

Kepada yang buru HSP dan SP Matematik dalam Bahasa Melayu!

Bismillahir rahman nirrahim...

Alhamdulillah... ada masa lagi untuk post satu entry untuk semua guru Matematik yang bakal menyusul ke sekolah hanya beberapa hari sahaja lagi ni kan... Tahun ini saya nak kongsi HSP dan SP Matematik dalam Bahasa Melayu sebab ramai dok cari tapi banyak yang jumpa dalam Inggeris kan.... So meh download sini.

SUKATAN PELAJARAN MATEMATIK KBSM

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN MATEMATIK

just wanna sharing!

ok wslm wbt