M16 Hati

by - March 27, 2015

Bismillahi rahmani rahim...


Assalamualaikum wbt!

Tembak! Peng! Haha... Seronok sangat tengok 20 orang pelajar Kadet Polis Sekolah belajar Musketry harini... ala.... menembak la,,, guna senapang M16 tau... jangan buat main!


Wow! Bukan students saja teruja, malah cikgunya lebih teruja... teringin nak pegang senjata api tu... 

Jika senjata boleh membunuh makhluk bernyawa, maka kata-kata juga boleh membunuh hati yang mungkin sedang gumbira mahupun berkelana... namun M16 hati pengubat segalanya!

Bagaimana?

Situasi dalam kelas :

cikgu sedang mengajar dengan rancaknya. Tiba-tiba seorang murid berkata,

Murid : Cikgu, saya tak faham lagi la cikgu...
Cikgu : aaa... ni kes tak solat la ni pagi tadi... tu yang lambat jer sel otak nak berhubung kan...
Murid : Heeee... acaner cikgu tahu?
Cikgu : Cikgu kan cikgu! Mesti la tahu semua kan.... (murid lain semua bersorakan cikgu)

M16 dalam mengubati hati adalah solat! mengapalah masih ramai yang tidak mahu solat sedangkan M16 ni lah yang paling terbaik dalam segalanya... Sibuk nak kejar M16 senjata apa pagi tadi tu sampai ada yang tak terbuat M16 subuh tadi...

dalam ramai-ramai murid tadi ada seorang murid yang sangat kecil badannya. almaklumlah baru F1 kan... bayangkan M16 mempunya berat kira-kira 2.98 kg tu dia nak kena angkat dalam keadaan duduk dan menembak sambil meniarap.. 2.98 kg tu macam lebih kurang kita angkat 3 kampit gula 1kg kan! Berat la juga! heeeeee

Kalau M16 yang seberat 3 kampit gula kita beriya jer nak angkat-angkat bagai... kenapalah masih malas nak angkat wuduk yang ringat tu... air je pon! then solat yang tak sampai 5 minit pon! Apa lah yang dikejarkan sangat dengan M16 dunia berbanding dengan M16 akhirat yang JAUH lebih hebat dan berbaloi baloi ganjarannya kan?

Ya Allah.. binalah M16 hati dalam diri kami agar kami semakin  MENDEKATIMU dan berlari sekuat hati ke ARAHMU. Ya Allah jadikan kaki kami M16 demi melangkah ke SYURGAMU... Jadikan solat kami sebagai M16 dalam mengejar REDHOMU...

InsyaAllah!

Amin Ya Robb...

P/s : feeling malam hari. hati meronta!


You May Also Like

0 comments

Selamat Berkomen. Silakan komen yang membina ya!