Search This Blog

Saturday, March 19, 2011

Sediakan ruang untuk pelajar berfikir !

Assalamualaikum wbt.

'Cita-cita kamu nak jadi apa? , Saya nak jadi cikgu...'

Bila disoal cikgu satu masa dulu dalam usia 7 tahun, itulah jawapan yang tidak pernah lekang dibibir saya. Tapi waktu itu jika ditanya kepada guru menjadi pilihan, saya senyap sebab tiada jawapan.

setelah 17 tahun berlalu...

'cita-cita kamu nak jadi apa? , saya nak jadi mat-rempit!'

Sekarang bila saya pula bertanya kepada anak didik, jawapan mereka sungguh mengecewakan hati saya. Apa benar seorang remaja hanya bercita-cita menjadi seorang mat-rempit? Sungguh kasihan kepadanya. Meskipun terkejut dan berkecil hati dengan jawapan yang tidak disangka darinya, saya masih cuba mengukir senyuman.

Tak tau la kalau dia menganggap itu senyuman sinis mahupun bermaksud lainnya..

'ooo, cikgu tak sangka ada yang bercita-cita nak jadi mat-rempit? setahu cikgu mat-rempit tak payah mai sekolah, p la rounder kat mana-mana, belajar dengan mat-mat rempit yang bertauliah kat sana, sini tak melahirkan mat rempit... kamu mungkin salah tempat agaknya...' saya gelak je ketawa kecil...

saya membiarkan pelajar itu duduk seperti kemahuannya dan soalan yang sama saya lemparkan kepada rakan sebelahnya. Alhamdulillah, jawapan yang baik dari rakannya,

'saya nak jadi polis cikgu...'

'mana boleh jadi polis saya', saya berseloroh...

satu kelas gelak besar, mungkin keceriaan begini yang saya inginkan ketika saya mengajar.

selang beberapa minit, pelajar yang nak jadi mat-rempit tadi bangun.

Cikgu, saya nak tukar la, saya nak jadi bomba... boleh kan cikgu?

boleh! saya jawab secepatnya untuk menyokongnya.

ternyata mereka ini boleh berfikir jika diberi ruang untuk berfikir dan merenung. kebanyakan guru sekarang terus terusan menyalahkan idea pelajar. Kadang-kadang pelajar ni, mereka bercakap dulu sebelum berfikir, jadi kita perlu menyediakan ruang dan peluang untuk mereka berfikir dan merenung apa yang telah mereka perkatakan tadi.

Pun begitu tak ramai pelajar yang jika diberi peluang berfikir dia akan berfikir. ada juga yang cakap ikut sedap ajer... itu mungkin perlu diambil tindakan yang lebih tegas dan biasanya pelajar yang berfikir jika diberi peluang adalah pelajar dalam semua peringkat.

Saya yakin semua pelajar akan berubah jika diberi peluang, cuma mungkin cepat atau lambat sahaja. saya akui memang susah untuk kendalikan pelajar. tapi sedaya mungkin cubalah menjadi yang terbaik untuk mereka.
Kepada semua pelajar saya, cikgu sentiasa mendoakan kejayaan kamu dan menginginkan perubahan positif dari kamu, dan ingatlah sesungguhnya setiap perbuatan itu bermula dari niat kamu :

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin ‘Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: 

Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

“Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.”
 
seqadar itu, wslm

Tuesday, March 15, 2011

Satu ucapan terima kasih...


Assalamualaikum wbt…


Bukan satu benda mudah untuk buat hati kedua ibu bapa gembira dan senang hati. Pun begitu, ianya bukanlah satu benda yang terlalu susah. Dapat mengembirakan hati mereka adalah satu perkara paling nikmat dalam hidup. Melihat urat-urat tua dan kedutan di wajah mereka yang makin bertambah hari makin bertambah bilangannya sudah cukup membuat hati saya runsing.

Terkenang waktu kecil, zaman kenakalan kanak-kanak dulu. Terasa diri ini ibarat raja yang ingin kemahuannya dituruti. Tapi ayah jarang sekali menuruti kemahuan hati ini. Ada benda yang saya tak tahu satu masa dulu, ayah ajar saya supaya tahu. Walaupun bukan ketika itu juga saya memahaminya, tapi sekarang saya sangat berterima kasih kepada wajah itu, dialah seorang yang bergelar ayah.

Teringat pesan ayah kepada saya:

‘Along, ayah tak dak gherta (harta), tapi ayah bagi pelajaran kat hang. Hang belajaq la ghajin-ghajin, bagi berjaya. Tulah gherta yang ayah ada pun nak bagi kat hang, yang lain tak dak’

Saya ingat sampai hari ini, dan saya sangat mengertinya dan akan sampaikan hal yang sama kepada anak-anak dan anak didik saya. Mungkin ayah tak tahu betapa hati saya sangat bersyukur kerana memilik ayah sehebat ayah saya hari ini.

Ada ketikanya kata-kata ayah membuatkan hati saya tersentak dan tersentuh, tapi bila saya memikirkannya semula, ada benarnya semua nasihat ayah itu. Ketika ayah tidur saya ambil peluang untuk tatap wajah ayah sepuasnya. Dari situ saya dapat baca semuanya.

Sambil menatap saya berbisik sendiri. Ayah nampak semakin tua, ada garisan tua yang semakin ketara, rambut yang mula beruban tidak terbendung lagi oleh inai yang ayah usapkan sebulan sekali. Kulit ayah yang semakin gelap dek kerana cuaca dunia yang semakin bahang membakar ketika ayah bekerja.

Saya tidak pernah lupa banyak pesanan ayah kerana ayah kuat memberi pesan dan saranan. Kadang nampak macam membebel tetapi bila diamati, semua kata-kata itu benar dan ada maknanya tersendiri. Hanya yang berfikir dapat memahami dan mengambil pelajaran.

Ustaz nadzhir watak asyraf muslim dalam cinta sempurna juga ada berpesan dan saya mengambil pelajaran dari uraian katanya:

Kung fu tze pernah berkata :

learning without thingking is useless and thingking without learning is dangerous.’

Sunday, March 13, 2011

jasmani sehat... minda??? belum tentu!

Assalamualaikum wbt...

Apa khabar minda semua? Kenapa saya tak tanya, anda sehat ke tidak, tapi tanya minda? mungkin itu satu persoalan yang agak aneh dan mungkin ada yang menjawab, ' aku waras lagi', 'ingat aku gila ke? sioman lagi la bab tu boleh baca artikel nih'... saya tanya sebab saya tahu dan saya rasa, minda kita kadang-kadang menjadi sangat agresif dan kurang berfikir dengan baik. 


Banyak punca yang menyebabkan kita menjadi pemarah dan mula berfikiran kurang baik. antaranya, kurang pendidikan agama, tekanan yang amat sangat, keadaan persekitaran, tempat kerja dan sebagainya. Kehilangan kewarasan berfikir boleh menyebabkan seseorang mengalami tekanan perasaan atau lebih sinonim dengan masyarakat kita hari ini dengan penyakit sakit jiwa yang kronik.Jadi kewarasan akal itu lebih saya utamakan daripada kesihatan badan. Akal sihat insyaAllah jasmani pun akan sihat juga. Pun begitu, hakikatnya kedua-dua elemen ini sama pentingnya. 

Rata-rata dalam dada akhbar dan media massa mahupun cetak tidak lekang dengan karangan cerita berkenaan kes penderaan kanak-kanak khususnya. inilah sebabnya saya bertanyakan kesihatan akal anda. Adakah akal kita benar-benar sihat untuk mengikuti kisah-kisah hidup kita selanjutnya? Hanya kita yang dapat tentukan kerana semuanya bergantung kepada usaha kita dan hanya Allah jualah yang mengetahui segala yang terlindung dan tersembunyi.

Banyak kes yang hangat lagi hangit sejak dua tiga minggu ini. Pagi tadi dan semalam pun, dalam rancangan NLKO ada juga membincangkan kes yang sama. Ya Allah, tidak tertanggung rasanya mata ini melihatnya. Tergamak jiwa-jiwa wanita yang mengasuh ini memperlakukan sedemikian terhadap kanak-kanak yang tidak berdosa itu. Sungguh tidak sangka, jiwa wanita yang sepatutnya lembut kini hilang sifat-sifat keibunya hanya kerana kehilangan kewarasan akal berfikir. Lihatlah betapa kesihatan akal lebih menjadi keutamaan dalam sudut ini.

Kes penderaan kanak-kanak di negara ini juga semakin membimbangkan dengan sejumlah 2,780 kes baru dilaporkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada tahun lalu. Jumlah itu membabitkan 1,795 kanak-kanak perempuan dan 985 kanak-kanak lelaki. Tindakan tegas di bawah Seksyen 31 Akta Kanak-kanak yang membawa hukuman denda tidak kurang RM20,000 atau penjara  (Sumber) kononnya akan diambil untuk menangani keadaan ini. Hakikatnya, kes ini terlalu lambat untuk dibicarakan sehingga ibu bapa kanak-kanak ini menjadi malas untuk meneruskan dakwaan. Adalah lebih wajar kiranya kes ini diketengahan dan dijadikan keutamaan kerana kes-kes penderaan sebegini semakin menggila.

kesimpulannya, kesihatan fizikal bukanlah cerminan seseorang itu mempunya kewarasan akal berfikir dengan baik. Semuga kita yang masih diberi kewarasan akal ini, dapat menjadikan kes-kes ini sebagai iktibar untuk kita belajar lebih bersabar dalam melayan karenah anak-anak, insyaAllah.

'sesungguhnya, anak adalah amanah dan harta yang tidak ternilai harganya, jagailah mereka dengan sebaik mungkin kerana satu masa kelak kita juga yang akan dipertanggungjawabkan atas setiap perbuatan kita terhadap mereka'

Allahualam, wslm

Cara Best belajar Fizik, Jom Tengok!

Assalamualaikum wbt...


Hari-hari cikgu-cikgu kita akan pening mikir masalah yang sama... perasan atau tak, memang ya. Cikgu BM akan sibuk dengan karangannya, tatabahasanya, komsas lagi... Cikgu Fizik pulak, pastinya dengan formulanya... yang tah apa-apa... kalau tanya pelajar suka ke tak, confirm depa jawab tidakkkkkkkkk...


Hehe, bagi mengelakkan kestressan pelajar, saya tertarik dengan satu video ni... cara agak best yang boleh dipraktikkan... yalahkan daripada dok ngapai lirik2 yang tak berfaedah, jom hafal lirik ni, sesuai la dengan pelajar...


jom layan kejap: Klik Sini 


sekadar perkongsian untuk semua pelajar dan guru...
wslm