jasmani sehat... minda??? belum tentu!

by - March 13, 2011

Assalamualaikum wbt...

Apa khabar minda semua? Kenapa saya tak tanya, anda sehat ke tidak, tapi tanya minda? mungkin itu satu persoalan yang agak aneh dan mungkin ada yang menjawab, ' aku waras lagi', 'ingat aku gila ke? sioman lagi la bab tu boleh baca artikel nih'... saya tanya sebab saya tahu dan saya rasa, minda kita kadang-kadang menjadi sangat agresif dan kurang berfikir dengan baik. 


Banyak punca yang menyebabkan kita menjadi pemarah dan mula berfikiran kurang baik. antaranya, kurang pendidikan agama, tekanan yang amat sangat, keadaan persekitaran, tempat kerja dan sebagainya. Kehilangan kewarasan berfikir boleh menyebabkan seseorang mengalami tekanan perasaan atau lebih sinonim dengan masyarakat kita hari ini dengan penyakit sakit jiwa yang kronik.Jadi kewarasan akal itu lebih saya utamakan daripada kesihatan badan. Akal sihat insyaAllah jasmani pun akan sihat juga. Pun begitu, hakikatnya kedua-dua elemen ini sama pentingnya. 

Rata-rata dalam dada akhbar dan media massa mahupun cetak tidak lekang dengan karangan cerita berkenaan kes penderaan kanak-kanak khususnya. inilah sebabnya saya bertanyakan kesihatan akal anda. Adakah akal kita benar-benar sihat untuk mengikuti kisah-kisah hidup kita selanjutnya? Hanya kita yang dapat tentukan kerana semuanya bergantung kepada usaha kita dan hanya Allah jualah yang mengetahui segala yang terlindung dan tersembunyi.

Banyak kes yang hangat lagi hangit sejak dua tiga minggu ini. Pagi tadi dan semalam pun, dalam rancangan NLKO ada juga membincangkan kes yang sama. Ya Allah, tidak tertanggung rasanya mata ini melihatnya. Tergamak jiwa-jiwa wanita yang mengasuh ini memperlakukan sedemikian terhadap kanak-kanak yang tidak berdosa itu. Sungguh tidak sangka, jiwa wanita yang sepatutnya lembut kini hilang sifat-sifat keibunya hanya kerana kehilangan kewarasan akal berfikir. Lihatlah betapa kesihatan akal lebih menjadi keutamaan dalam sudut ini.

Kes penderaan kanak-kanak di negara ini juga semakin membimbangkan dengan sejumlah 2,780 kes baru dilaporkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada tahun lalu. Jumlah itu membabitkan 1,795 kanak-kanak perempuan dan 985 kanak-kanak lelaki. Tindakan tegas di bawah Seksyen 31 Akta Kanak-kanak yang membawa hukuman denda tidak kurang RM20,000 atau penjara  (Sumber) kononnya akan diambil untuk menangani keadaan ini. Hakikatnya, kes ini terlalu lambat untuk dibicarakan sehingga ibu bapa kanak-kanak ini menjadi malas untuk meneruskan dakwaan. Adalah lebih wajar kiranya kes ini diketengahan dan dijadikan keutamaan kerana kes-kes penderaan sebegini semakin menggila.

kesimpulannya, kesihatan fizikal bukanlah cerminan seseorang itu mempunya kewarasan akal berfikir dengan baik. Semuga kita yang masih diberi kewarasan akal ini, dapat menjadikan kes-kes ini sebagai iktibar untuk kita belajar lebih bersabar dalam melayan karenah anak-anak, insyaAllah.

'sesungguhnya, anak adalah amanah dan harta yang tidak ternilai harganya, jagailah mereka dengan sebaik mungkin kerana satu masa kelak kita juga yang akan dipertanggungjawabkan atas setiap perbuatan kita terhadap mereka'

Allahualam, wslm

You May Also Like

0 comments

Selamat Berkomen. Silakan komen yang membina ya!