Search This Blog

Friday, March 26, 2010

Cerita Kekasih Allah

Kekasih Allah

Garis kehidupan Nabi merupakan contoh sempurna, dalam hal prinsip-prinsip universal Islam, bahwa agar dapat berbuat baik seseorang harus terlebih dahulu menjadi baik, agar dapat menaklukkan dunia seseorang harus terlebih menaklukkan diri sendiri, ertinya menaklukkan nafsu rendahnya. Kebanyakan manusia yang berkeinginan memperbaiki dunia tanpa terlebih dahulu memperbaiki diri mereka sendiri. Barangkali, pelajaran paling besar yang bisa dipetik dari kehidupan Nabi Muhammad SAW yang ditawarkan kepada orang-orang muslim yang ingin menerapkan ajaran-ajaran Islam kepada dunia luar. Nabi Muhammad SAW adalah kekasih Allah dan juga menjadi penguasa, pimpinan militer dan hakim untuk masyarakat. Kehidupan Nabi Muhammad SAW yang memberikan suatu pelajaran yang benar-benar paling esensial untuk orang-orang muslim adalah penyempurnaan batin haruslah terlebih dahulu dilakukan ketimbang perbuatan-perbuatan lahir.

Abdul Mutholib adalah datuk nabi pernah mengalami mimpi yang memberitahukan lahirnya seorang manusia yang akan membawa firman Allah SWT, kitab suci Al Qur’an kepada seluruh manusia. Dalam mimpinya itu Abdul Mutholib melihat sebatang pohon yang tumbuh dibelakang rumahnya. Sebatang pohon yang pucuknya mencapai langit dan rantingnya membentang dari timur ke barat. Dari pohon itu memancar sinar yang lebih terang ketimbang sinar matahari. Sebagaimana telah disebutkan di dalam Al Qur’an, 

Dan tidaklah Kami utus engkau (Muhammad) kecuali sebagai Rahmat bagi sekalian alam“.

Diriwayatkan bahwa ketika ia berumur empat tahun, dua Malaikat membuka dadanya dan membasuhnya dengan salju. Ertinya wujud bathinnya telah disucikan oleh kekuatan Malaikat Allah ketika ia masih dalam usia muda. Hal ini bererti bahwa ia (Muhammad)-lah yang paling penting di hadapan Allah, dan merupakan seseorang yang pada suatu ketika nanti akan memimpin umat manusia menuju kepada Allah. Di dalam penglihatan Yang Maha Agung, kemanusiaan dilihat dan dinilai sebagai dari suatu komunitas keagamaan yang dibangun oleh para Nabi utusan Allah.

wallahu a'lam...
wslm

http://mimbarjumat.com/archives/39

Thursday, March 11, 2010

Pengumuman Aktiviti Alumni Musim Cuti Sekolah Akan Datang!

Kepada yang berminat nak top-up saham ASA (Amanah Saham Akhirat) - 

Ketua guru kelas tambahan PMR ialah Sir Raffi (0194428576) dan 

SPM lak ialah Cikgu Faridah Hashim(019-4639557) atau
boleh juga hubungi Penyelaras Alumni Pn. S. Mariam (019-4485640).

Jom, join, semuga mendapat sedikit hadiah akhirat dengan amal yang tak seberapa,

Syarat Kelayakan mengajar : Boleh mengajar dan mendidik serta Ikhlas! 

Syeikh Tantawi meninggal dunia


Syeikh Al-Azhar, Syeikh Mohamed Sayed Tantawi meninggal dunia semasa melakukan lawatan ke Arab Saudi hari ini.
Tantawi, 82, meninggal dunia di Riyadh - ibu negara Arab Saudi - selepas mengalami serangan sakit jantung, lapor agensi berita Al-Jazeera.
Tantawi banyak memberi sumbangan kepada dunia intelektual Islam dengan menghasilkan buku-buku agama, termasuk 15 jilid kitab tafsir al-Quran.
Tantawi dilahirkan pada tahun 1928. Beliau dilantik menjadi Sheikh Al-Azhar sejak 1996 di Universiti Al-Azhar - pusat pengajian sunah yang tersohor di dunia Islam.

Kematian ulama yang disegani itu sudah pasti meninggalkan kesan yang cukup mendalam kepada masyarakat Islam dan antarabangsa.

Sementara itu, agensi berita
AFP melaporkan, anaknya, Amr Tantawi, berkata kematian bapanya merupakan satu kejutan yang tidak dapat digambarkan.
"Ahli keluarga allahyarham sudah membuat keputusan, Allah sudah memilihnya meninggal dunia di tanah Saudi, maka beliau akan dikebumikan di tanah perkuburan Al-Baqie, di Madinah, tanah suci kedua umat Islam," katanya.

Sumber: Malaysiakini

CINTA MONYET KE???

USIA masih setahun jagung dan masih bersekolah namun sudah mempunyai keinginan bercinta dan mempunyai teman lelaki.


Lebih menakutkan, ada yang sanggup mengenepikan ke luarga dan mengabaikan persekolahan kerana taksub pada emosi.


Sukar mengagak apa sebenarnya kehendak remaja hari ini terutama yang masih belajar. Meskipun guru mahupun keluarga sudah puas memberi nasihat, gelodak perasaan mengatasi pertimbangan akal.


Menghadapi situasi ini, guru terutama kaunselor berada dalam dilema, antara memikul tanggungjawab dan me mahami kehendak pelajar.


Mereka cuba mengimbangi kedua-duanya supaya tidak dikatakan berat sebelah.


Guru kaunselor di sebuah sekolah menengah di Shah Alam, Selangor, Norlela Abdul Rahman, berkata dia cuba me mahami kehendak sebenar pelajar terutama berkaitan emo si.


Menurutnya, tumbesaran fizikal dan emosi remaja hari ini berbeza selain pengaruh persekitaran luas dan mencabar menjadikan mereka lebih cepat dewasa.


"Pelajar dulu tidak memperoleh maklumat yang cepat, ruang pergaulan terhad serta masih berpegang pada rasa hormat kepada ibu bapa menjadikan emosi atau pergerakan mudah dikawal.


"Sebaliknya, pelajar hari ini memperoleh maklumat di hujung jari, institusi keluarga juga sudah renggang men jadikan mereka lebih matang dan berani menyahut per mainan emosi daripada rakan berlawanan jenis.


"Masalahnya, apabila masyarakat melihat situasi ini, sudah tentu tidak suka manakala guru pula pening kepala sebab pada masa ini, mereka seharusnya menumpukan perhatian pada sekolah bukan teman lelaki," katanya.


Media massa sering memaparkan tragedi atau permasalahan membabitkan pelajar sekolah yang masih remaja terjebak dalam kemelut percintaan usia muda.


Permainan emosi itu secara tidak langsung menimbulkan polemik di kalangan masyarakat yang menganggapnya pe nyakit sosial yang perlu ditangani segera.


Apatah lagi dengan pelbagai kes seperti bohsia dan rogol yang membuatkan masyarakat tidak menggemari senario itu.


Mengulas mengenai pertikaian isu ketidakfahaman ke hendak golongan muda, Norlela berkata, perasaan tidak puas hati pelajar terhadap guru, ibu bapa atau masyarakat tidak dapat dielakkan.


Menurutnya, tanggapan pelajar ini ialah mereka dikongkong dan tidak dipercayai selain menganggap emosi bersifat sub jektif serta tidak mampu dikawal.


"Selalunya, itulah anggapan pelajar. Masalahnya kedua-dua pihak melihat konteks itu daripada perspektif berbeza, go longan muda mahukan kebebasan tapi golongan dewasa beranggapan masanya belum sesuai.


"Konflik tercetus dan jika tidak diselesaikan akan me lebarkan jurang perbezaan itu. Jalan penyelesaian ada tapi caranya pula tidak kena seperti salah seorang menunjukkan kuasa veto menyebabkan penolakan ketara.


"Berdasarkan pengalaman, semakin ditolak, pelajar ini akan menunjukkan pemberontakan dan membina sikap ingin mencuba hingga akhirnya tidak mampu dikawal. Jika sampai tahap ini, sukar mendampingi mereka kecuali jika timbul kesedaran untuk berubah," katanya.


Ditanya mengenai kaedah sesuai menangani masalah emosi pelajar sekolah, menurutnya, penumpuan aspek asas seperti komunikasi dua hala sangat berkesan.


"Malangnya, kebanyakan ibu bapa tidak mahu mengambil berat atau bercakap dengan anak malah memberi sepatah dua kata nasihat pun susah. Mereka lebih pentingkan aspek ekonomi berbanding keperluan emosi anak.


"Apabila sering diabaikan, sudah tentu mereka mencari orang mengambil berat, contohnya kekasih. Apabila setiap hari berkongsi masalah, emosi boleh berubah sekali gus melalaikan dan lari daripada tujuan asal iaitu belajar.


"Emosi itu khayalan, tapi mereka rasa lega dan gembira. Selepas itu, mula merancang masa depan, melakukan perkara di luar batasan menyebabkan masyarakat tidak dapat terima," katanya.


Mengenai pelajar bercinta pada usia muda, beliau berkata, perubahan zaman menyebabkan perasaan itu tidak wajar dipersalahkan asal boleh menjuruskan pada landasan po sitif.


"Emosi bersifat subjektif, jadi sukar halang keinginan itu, cuma pelajar perlu diberi bimbingan agar menjuruskan perasaan itu bagi mencerna kecemerlangan. Contohnya, menjadikan matlamat hidup bersama masa depan dengan belajar bersungguh-sungguh.


"Ibu bapa pula janganlah terlalu mengongkong anak, se baliknya beri panduan apa yang boleh dilakukan dan tidak ketika belajar. Saya percaya, jika ada kemesraan, jalinan ikatan kekeluargaan erat dan dengan sikap mengambil berat masalah emosi pelajar boleh diatasi," katanya.
sumber: http://shuhmy.multiply.com/reviews/item/131
 Banyak dugaan mendidik ni, siap ada yang cintan-cintun dalam kelas, pasing2 surat cinta, siap ada orang tengah pulak tu, kesian cikgu2...sabor...  

Monday, March 8, 2010

TANDA AKHIR ZAMAN MAKIN JELAS!



Assalamualaikum wbt...

Menjeling ke dada akhbar saban hari, hati saya makin panas apalagi ditambah dengan keadaan cuaca yang membahang...lagi-lagi kes akhlak, Allahu Akbar. Dan sekarang ni bukan remaja lagi yang keruntuhan akhlak, malah menjalar kepada mak dan ayah yang semakin menjadi-jadi. Sebab apa? Sebab yang remaja dah jadi mak ayah dalam usia yang muda, sebab itulah generasi yang lahir pun dirosakkan dan merosak. Lebih memilukan, mak yang tidak seperti mak. Saya sudah cukup terkesan dengan kes adik nurin jazlin jazimin ditambah dengan penderitaan yang lain. Sekarang ini kes terbaru adalah kes penderaan untuk adik ummi syafia yang baru 3 tahun hidup. Ya Allah, saya sedar ini adalah taqdir dan ajal, namun pemergian sebegini rupa perlukah berulang? Wahai ibu adik ummi syafia, mengapa kamu tak cegah awal, tinggalkan sahajalah manusia durjana itu, mengapa sanggup lagi kamu menjadi pacarannya sedangkan anakmu sering didera. Bila dah begini jadinya baru nak tengadah. Saya pelik. Layakkah kekasih ibu ummi syafia menjadi seorang ayah, saya dengan tegang menjawab, TIDAK layak terang-terangan! Jadi persoalan saya mengapalah diberi ruang untuk bersama sedangkan anak kecil itu emang sudah seringkali didera, tak boleh berfikir lagikah? Bila anak sudah menjadi mangsa baru menangis meraung tak terkata. Sudahlah! Semuanya pura-pura saja!

Bukan ingin menuding jari kepada mana-mana pihak, tetapi sebenarnya dan hakikatnya, semua pihak harus memainkan peranan masing-masing, bukan hanya sekadar melepaskan batuk ditangga. Anak itu apa? Untuk apa? Dan dari siapa? Anak itu amanah, untuk dijaga dan dididik menjadi anak soleh dan solehah untuk mendoakan kita dunia akhirat, dari yang Maha Pencipta. Mengapa hal ini diremehkan dan dipermainkan? Pilu saya mendengar berita dari negara luar yang membiarkan anaknya berusia belum sampai setahun dirumah, sedangkan ibu dan ayah keluar ke Cyber Cafe untuk semata-mata bermain games, dan anaknya hanya diberi susu sebotol sehari, bodoh betul ibu ayahnya! Sedangkan kita makan nasi sepinggan sehari pun tidak kenyang, inikan bayi minum susu hanya sebotol sehari? Kasihan, pertumbuhannya terbantut, dan kurus kering...

Kematian adalah satu kepastian dan peringatan, tetapi ianya bukan pengakhiran segalanya, kerana di alam baqa’ (kekal) nanti kita pasti diadili, maka perlihatkanlah kelak segala perlakuan kita didunia di layar dihadapan Allah. Berbahagialah semua bayi dan kanak-kanak ini dialam yang nyaman dan saya ingin bertemu kalian nanti, InsyaAllah!

Sebelum ditiupkan RUH ke alam RAHIM ibu, ruh telah berjanji untuk hanya mentaati Allah dan Rasul Muhammad adalah pesuruh Allah. Namun, bila terbuka mata didunia, maka terpulang kepada kedua ibu bapa untuk mencorakkan anak masing-masing, maka jadilah mereka ini, sama ada majusi, nasrani dan yahudi. Namun, adik-adik dan bayi yang meninggal ini, tidak sempat dicorak kedua ibu bapanya, mereka telah dipanggil Ilahi, apa pun saya syukur, kerana Allah sangat kasih dan sayangkan mereka, jika dibiarkan hidup dengan kehidupan keluarga mereka didunia ini pasti mereka rosak dan jahil, maka berbahagialah kalian di sana disisi kekasih hati, Ya Rabb.

BINGKASAN IKHLAS DARI SAYA



HARGAILAH ORANG YANG MENCINTAI KITA,
KERANA SEBENARNYA MEREKA MENCINTAI KITA
LEBIH DARI ORANG YANG KITA CINTAI

TERIMALAH ORANG YANG MENGHARGAI KEWUJUDAN KITA,
KERANA SEBENARNYA MEREKA MENGHARGAI KEWUJUDAN KITA
LEBIH DARI ORANG YANG KITA HARGAI KEWUJUDANNYA.

SAYANGILAH ORANG YANG MENYAYANGI KITA,
KERANA SEBENARNYA MEREKA MENYAYANGI KITA
LEBIH DARI ORANG YANG KITA SAYANGI

NAMUN APA YANG LEBIH UTAMA,
NIKAHILAH ORANG YANG MENERIMA KITA
KERANA AGAMA YANG ADA PADA KITA,
KERANA SEBENARNYA MEREK MENERIMA KITA APA ADANYA KITA DAN KETULUSAN KITA DALAM PERKAHWINAN ITU.

BERBAHAGIALAH ANTUM DENGAN JODOH TERSEBUT...

SALAM WALIMAH KEPADA SEMUA SAHABAT WA SAHABIAH YANG BAKAL WALIMAH TIDAK LAMA LAGI

NUKILAN,
Ummuqaseh

MUNIRAH TAKIYUDIN

Tuesday, March 2, 2010

Murabbi Cinta

“Kepalaku!” kata Aisyah. Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam dan Aisyah radhiyallaahu ‘anha baru sahaja pulang daripada menziarahi perkuburan al-Baqi’ lewat malam tadi. Kepala Aisyah sakit berdenyut-denyut. Baginda menyedarinya. “Bahkan kepalaku juga wahai Aisyah. Oh kepalaku!” kata Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam. 

Jika suami pening, tangan isteri yang memicit banyak mendatangkan rasa lega.

Jika isteri yang sakit, belaian seorang suami adalah penyembuh paling berharga.

Tetapi di malam itu kedua-duanya sakit. Kepala mereka berat.

“Janganlah engkau bersusah hati wahai Aisyah. Seandainya engkau mati sebelumku, nescaya aku akan menyempurnakan urusanmu. Aku akan mandikan dikau, kukafankan dirimu dan akan kudirikan solat buatmu serta engkau akan kukebumikan!!”, usik sang suami.

“Demi Allah, aku rasa kalau begitulah kisahnya pasti selepas itu engkau akan pulang ke rumahku dan berpesta gembira dengan isteri-isterimu yang masih hidup!” si isteri tersentak dengan gurauan sang suami. Merajuk. Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam ketawa. Dalam sakit yang luar biasa itu, baginda masih suami yang hangat dengan mawaddah. Sakitnya tidak menjadikan beliau keluh kesah. Sempat pula mengusik isteri yang tidak tentu rasa.

SAKIT YANG BERTAMBAH

Malam itu berlalu dengan sakit yang tidak beransur kurang. Kesakitan itu memuncak semasa Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam memenuhi giliran Baginda di rumah isterinya, Maimunah radhiyallaahu ‘anha. Bukan sakit yang sembarangan. Ia sakit yang menjadi kemabukan sebuah kematian. Sakaraat al-Maut!

“Esok aku di mana? Esok aku di mana?” Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam bertanya. Dalam sakit yang bersangatan, Baginda masih ’sedar’ akan tanggungjawab dirinya berlaku adil kepada para isteri. Itulah ukuran adil seorang mukmin terhadap isteri-isterinya. Mengusahakan segala tenaga yang berbaki untuk tidak memalit zalim dalam melunaskan amanah sebagai seorang suami. Tidak mengambil mudah hanya dengan alasan yang remeh temeh untuk melebihkan seorang isteri berbanding yang lain.

Itulah juga ukiran makna bagi sebuah Mawaddah. Cinta yang bertambah hasil kesungguhan mengatasi ujian dan musibah. Namun di situlah terselitnya Rahmah. Sifat belas ihsan yang terbit daripada hati yang mengasihi.

“Izinkan aku berhenti bergilir dengan menetap di rumah Aisyah” Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam meminta izin daripada para isterinya. Siapakah yang pernah membantah permintaan seorang Rasul. Namun Baginda tetap meminta izin kerana keizinan itu hakikatnya kekal bagian seorang isteri. Tiada isteri yang dipinggirkan. Hak masing-masing dihormati. Andaikata seorang Rasul boleh meminta izin menahan giliran daripada isteri Baginda, bagaimana mungkin seorang suami menjadi angkuh mempertahankan haknya di hadapan isteri atau isteri-isterinya?

HARI-HARI TERAKHIR

Masruq meriwayatkan daripada Aisyah radhiyallahu ‘anha:

Tatkala Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam gering, kesemua isteri Baginda berada di sisi. Tiada seorang pun yang tercicir antara mereka. Ketika mereka berhimpun, anakanda kesayangan Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam, Fatimah radhiyallahu ‘anha datang berjalan. Demi sesungguhnya cara berjalan Fatimah tidak ubah seperti ayahandanya, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Selamat datang wahai anakandaku,” Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam dengan suara yang lemah menjemput Fatimah duduk di sisinya. Baginda membisikkan sesuatu ke telinga Fatimah. Anakanda itu menangis. Kemudian Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam membisikkan sesuatu lagi ke telinga anak kesayangannya. Fatimah ketawa. Apabila Fatimah bangun dari sisi ayahandanya, Aisyah radhiyallahu ‘anha bertanya, “apakah yang diperkatakan oleh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam hingga menyebabkan engkau menangis dan engkau ketawa?” Fatimah menjawab, “Aku tidak akan mendedahkan rahsia Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam!” Demi sesungguhnya, selepas wafatnya Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam, Aisyah radhiyallahu ‘anha mengulang kembali soalan yang sama kepada Fatimah, “Aku bertanyakan engkau soalan yang engkau berhak untuk menjawab atau tidak menjawabnya. Aku ingin sekali engkau memberitahuku, apakah rahsia yang dikhabarkan oleh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam dahulu?” Kata Fatimah, “ada pun sekarang, maka ya, aku bisa memberitahunya!

“Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam berbisik kepadaku dengan berkata: sesungguhnya Jibril selalunya mendatangiku untuk mengulang semakan al-Quran sekali dalam setahun. Namun di tahun ini beliau mendatangiku dua kali. Tidaklah aku melihat kelainan itu melainkan ia adalah petanda ketibaan ajalku. Justeru… bertaqwalah kepada Allah dan bersabarlah kamu dengan ketentuan ini. Atas segala yang telah ditempuh dalam kehidupan ini, sesungguhnya aku adalah untukmu wahai Fatimah!

Aku menangis…

Kemudian Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam berbisik lagi kepadaku dengan berkata: apakah engkau gembira kalau aku khabarkan kepadamu bahawa engkau adalah penghulu sekalian wanita di Syurga? Dan sesungguhnya engkau adalah insan pertama yang akan menurutiku daripada kalangan ahli keluargaku!

Aku ketawa”

Sesungguhnya…
Fatimah radhiyallahu ‘anha benar-benar kembali kepada Allah, menuruti pemergian ayahandanya enam bulan selepas kewafatan Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam. Benarlah beliau ahli keluarga pertama Baginda yang pergi. Dan benarlah kalam utusan Allah… sallallaahu ‘alayhi wa sallam!

DETIK SEMAKIN HAMPIR

Dhuha itu tepu dengan kegelisahan. Senyuman yang dilemparkan Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam kepada Abu Bakr dan sahabat semasa mereka mengerjakan Solat Subuh tadi, benar-benar mengubat rindu mereka. Namun para sahabat tidak tahu bahawa kerinduan mereka hanya terubat seketika, dan mereka akan kembali merindui wajah itu, buat selamanya. Senyuman itu bukan senyuman kesembuhan. Ia adalah senyuman perpisahan.

Badan Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam semakin panas. Sesekali ada dengusan yang keras dari nafas kekasih Allah itu mendepani mabuknya kesakitan sebuah kematian.

“Laknat Allah ke atas Yahudi dan Nasrani, mereka menjadikan kubur-kubur Nabi mereka sebagai masjid!” bibir Baginda masih tidak berhenti sallallaahu ‘alayhi wa sallam menuturkan pesan-pesan yang penting buat umat yang bakal dilambai perpisahan.

Aisyah radhiyallahu ‘anha meneruskan catatannya:

Aku melihat sendiri Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam mendepani kematian Baginda.

Kami ketika itu berbicara sesama kami bahawa sesungguhnya Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam tidak akan meninggal dunia sehinggalah Baginda membuat pilihan antara Dunia dan Akhirat. Tatkala Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam semakin gering mendepani kematian, dalam suara yang serak aku mendengar Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam berkata: Aku bersama dengan orang yang diberikan nikmat oleh Allah ke atas mereka daripada kalangan para Nabi, Siddiqin, Syuhada’ dan Solihin, dan itulah sebaik-baik peneman yang menemankan aku!

Dan tahulah kami, Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah menyempurnakan pilihannya itu.

Dalam kegeringan itu, aku sandarkan tubuh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam rapat ke dadaku. Telingaku menangkap bicara lemah di ambang kematian, Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam berbicara: Allahumma, ampunkanlah diriku, rahmatilah aku, dan temukanlah aku dengan-Mu, Temanku yang Maha Tinggi.

Ketika Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersandar di dadaku, datang adikku, Abdul Rahman bin Abi Bakr dengan siwak yang basah di tangannya. Aku menyedari yang Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam merenung siwak itu, sebagai isyarat yang Baginda menggemarinya. Apabila ditanya, Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam mengangguk tanda mahukan siwak itu. Lalu kulembutkan siwak itu untuk Baginda dan kuberikan kepadanya. Baginda cuba untuk melakukannya sendiri tetapi ketika siwak yang telah kulembutkan itu kena ke mulut Baginda, ia terlepas daripada tangan dan terjatuh… air liurku bersatu dengan air liur Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam di detik akhirnya di Dunia ini, dan detik pertamanya di Akhirat nanti.

Di sisinya ada sebekas air. Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam mencelupkan tangannya dan kemudian menyapu wajahnya dengan air itu lalu berkata: Laa Ilaaha Illallaah! Sesungguhnya kematian ini kesakitannya amat sakit hingga memabukkan! Allahumma, bantulah aku mendepani Sakaraat al-Maut ini!

Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam mengangkat jari kirinya ke Langit lalu berkata: Kembalilah aku kepada Teman yang Maha Tinggi! Kembalilah aku kepada Teman yang Maha Tinggi!”
Tangan itu layu. Jatuh ke dalam bejana.

Leher Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam terkulai di dada Aisyah.
Pencinta Ilahi yang rebah di pelukan isteri tercinta. Melambai pergi ummah yang dirindui. Pencinta yang agung itu telah mati. Tetapi cintanya harum hingga ke detik ini.

Innaa Lillaah wa Innaa Ilayhi Raaji’un.
Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat kepada Nabi. Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. [Al-Ahzaab 33: 56]

 

Kami rindukanmu.
Murabbi cinta!

Murabbi Cinta, seorang nabi: saifulislam.com

pedihnya terasa kehilangan!

Raut wajah tua si ayah kelihatannya sangat runsing sekali, adakah sang anak tahu akan kepedihan yang dialami si ayah ini? Tentunya tidak. Sang anak hanya peduli halnya sendiri, mana nak dikisahkan hati si ayah yang dirundung kebimbangan melampau ini. Saya dapat merasa betapa peritnya kehilangan anak yang diasuh, dididik sedari kecil. Perginya si anak bukannya dijemput Ilahi, tapi hilangnya si anak kerana menurut nafsu remaja. Mengikut kemahuan diri dan tergoda pujukan kawan-kawan tak berjenis kelakuannya.

Kasihan si ayah, mencari dan terus mencari si anak tanpa kenal lelah dan jemu. Ya pastinya dia tidak akan pernah berhenti mencari kerana A’zim adalah satu-satunya anak lelaki yang dia punya, kepala keluarga apabila dia sudah tiada nanti. Bagaimana mungkin si anak ini mampu mengemudi keluarga ini sedangkan dirinya sendiri masih belum terurus molek. Peluh keletihan dapat aku lihat dari kerlingan mataku kepada si ayah. Ya Allah, Kau berilah ketabahan kepada wajah tua ini agar dia bisa menanggung kepayahan ini dengan kekuatan yang Kau berikan untuknya. Doaku buat si ayah.

Dengan keadaan yang kurang sihat, demam bercampur pening kepala, si ayah meneruskan usaha mencari si A’zim. A’zim pelajar tingkatan dua, entah ke manalah agaknya si anak yang masih mentah itu. Sambil mendengar cerita si ayah, saya cuba memahami apa sebenarnya yang berlaku dan terjadi. Benar, bukan mudah menjadi ibu dan ayah kepada anak-anak zaman moden ini, apalagi akhir zaman yang penuh dengan mehnah dunia.

..:: kepada semua pembaca yang dirahmati Allah selalu, saya mengharapkan doa dari kalian untuk keluarga A’zim, sama-sama kita mendoakan supaya A’zim kembali kepangkuan keluarganya dan insaf serta bertaubat atas segala khilafnya. InsyaAllah! ::..


Wallahu a’lam   !

wslm