CINTA MONYET KE???

by - March 11, 2010

USIA masih setahun jagung dan masih bersekolah namun sudah mempunyai keinginan bercinta dan mempunyai teman lelaki.


Lebih menakutkan, ada yang sanggup mengenepikan ke luarga dan mengabaikan persekolahan kerana taksub pada emosi.


Sukar mengagak apa sebenarnya kehendak remaja hari ini terutama yang masih belajar. Meskipun guru mahupun keluarga sudah puas memberi nasihat, gelodak perasaan mengatasi pertimbangan akal.


Menghadapi situasi ini, guru terutama kaunselor berada dalam dilema, antara memikul tanggungjawab dan me mahami kehendak pelajar.


Mereka cuba mengimbangi kedua-duanya supaya tidak dikatakan berat sebelah.


Guru kaunselor di sebuah sekolah menengah di Shah Alam, Selangor, Norlela Abdul Rahman, berkata dia cuba me mahami kehendak sebenar pelajar terutama berkaitan emo si.


Menurutnya, tumbesaran fizikal dan emosi remaja hari ini berbeza selain pengaruh persekitaran luas dan mencabar menjadikan mereka lebih cepat dewasa.


"Pelajar dulu tidak memperoleh maklumat yang cepat, ruang pergaulan terhad serta masih berpegang pada rasa hormat kepada ibu bapa menjadikan emosi atau pergerakan mudah dikawal.


"Sebaliknya, pelajar hari ini memperoleh maklumat di hujung jari, institusi keluarga juga sudah renggang men jadikan mereka lebih matang dan berani menyahut per mainan emosi daripada rakan berlawanan jenis.


"Masalahnya, apabila masyarakat melihat situasi ini, sudah tentu tidak suka manakala guru pula pening kepala sebab pada masa ini, mereka seharusnya menumpukan perhatian pada sekolah bukan teman lelaki," katanya.


Media massa sering memaparkan tragedi atau permasalahan membabitkan pelajar sekolah yang masih remaja terjebak dalam kemelut percintaan usia muda.


Permainan emosi itu secara tidak langsung menimbulkan polemik di kalangan masyarakat yang menganggapnya pe nyakit sosial yang perlu ditangani segera.


Apatah lagi dengan pelbagai kes seperti bohsia dan rogol yang membuatkan masyarakat tidak menggemari senario itu.


Mengulas mengenai pertikaian isu ketidakfahaman ke hendak golongan muda, Norlela berkata, perasaan tidak puas hati pelajar terhadap guru, ibu bapa atau masyarakat tidak dapat dielakkan.


Menurutnya, tanggapan pelajar ini ialah mereka dikongkong dan tidak dipercayai selain menganggap emosi bersifat sub jektif serta tidak mampu dikawal.


"Selalunya, itulah anggapan pelajar. Masalahnya kedua-dua pihak melihat konteks itu daripada perspektif berbeza, go longan muda mahukan kebebasan tapi golongan dewasa beranggapan masanya belum sesuai.


"Konflik tercetus dan jika tidak diselesaikan akan me lebarkan jurang perbezaan itu. Jalan penyelesaian ada tapi caranya pula tidak kena seperti salah seorang menunjukkan kuasa veto menyebabkan penolakan ketara.


"Berdasarkan pengalaman, semakin ditolak, pelajar ini akan menunjukkan pemberontakan dan membina sikap ingin mencuba hingga akhirnya tidak mampu dikawal. Jika sampai tahap ini, sukar mendampingi mereka kecuali jika timbul kesedaran untuk berubah," katanya.


Ditanya mengenai kaedah sesuai menangani masalah emosi pelajar sekolah, menurutnya, penumpuan aspek asas seperti komunikasi dua hala sangat berkesan.


"Malangnya, kebanyakan ibu bapa tidak mahu mengambil berat atau bercakap dengan anak malah memberi sepatah dua kata nasihat pun susah. Mereka lebih pentingkan aspek ekonomi berbanding keperluan emosi anak.


"Apabila sering diabaikan, sudah tentu mereka mencari orang mengambil berat, contohnya kekasih. Apabila setiap hari berkongsi masalah, emosi boleh berubah sekali gus melalaikan dan lari daripada tujuan asal iaitu belajar.


"Emosi itu khayalan, tapi mereka rasa lega dan gembira. Selepas itu, mula merancang masa depan, melakukan perkara di luar batasan menyebabkan masyarakat tidak dapat terima," katanya.


Mengenai pelajar bercinta pada usia muda, beliau berkata, perubahan zaman menyebabkan perasaan itu tidak wajar dipersalahkan asal boleh menjuruskan pada landasan po sitif.


"Emosi bersifat subjektif, jadi sukar halang keinginan itu, cuma pelajar perlu diberi bimbingan agar menjuruskan perasaan itu bagi mencerna kecemerlangan. Contohnya, menjadikan matlamat hidup bersama masa depan dengan belajar bersungguh-sungguh.


"Ibu bapa pula janganlah terlalu mengongkong anak, se baliknya beri panduan apa yang boleh dilakukan dan tidak ketika belajar. Saya percaya, jika ada kemesraan, jalinan ikatan kekeluargaan erat dan dengan sikap mengambil berat masalah emosi pelajar boleh diatasi," katanya.
sumber: http://shuhmy.multiply.com/reviews/item/131
 Banyak dugaan mendidik ni, siap ada yang cintan-cintun dalam kelas, pasing2 surat cinta, siap ada orang tengah pulak tu, kesian cikgu2...sabor...  

You May Also Like

0 comments

Selamat Berkomen. Silakan komen yang membina ya!