Keindahan menutup aurat

by - November 17, 2012

Assalamualaikum wbt....

update : # berada di smk Segambut Jaya, Kuala Lumpur.

Alhamdulillah masih lagi bernyawa. Bukan apa, baru ada masa nak update this blog. Yelahkan sekarang cuti sekolah, walaupun cuti tapi kerja banyak sebenarnya. apa tah lagi dengan sistem pendidikan baru ni, Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Biar nampak susah tapi kami para guru ni akur dan cuba yang terbaik lah untuk pelajar insyaAllah.

melalut plak dari topik asal... heheh

Begini... hari-hari, mata naik jenuh melihat keadaan manusia yang makin kedekut. opsss jangan salah faham ok, maksud saya kedekut untuk labuhkan pakaian. Bukan susah pun nak labuhkan skit pakaian tu, baju ke seluar ke kain ke atau tudung perlulah dilabuhkan. Kejap lagi ada yang kata pula,

" nak labuh sampai meleret ke cikgu? Sampai boleh sapu tahi ayam?"

huhuhu tak da lah sampai macam tu sekali, itu dah ikut ajaran agama lain namanya...berpadalah...

saya sekarang setiap dengan i-Nur. Dunia bidang 60 anda gitu... kalau dulu orang cakap tudung labuh tu tak up to date la apa la, hah, i-nur ada jawapan kepada apa yang anda cari. Bergaya tapi dalam masa yang sama menutup aurat... insyaAllah.

tak percaya? meh kita tengok sket:

Kalau pelajar sekolah nak cari tudung yang terbaik di sini...






untuk bakal pengantin, auratmu perlu dijaga, jom tengok sini



untuk menggayakannya dalam pelbagai keadaan, semuanya nampak sopan....



ada banyak lagi sebenarnya....

semuga maal hijrah kali ini memberi satu perubahan dan usaha baru untuk diri kita... insyaAllah

p/s : Saya sedang mencari pasaran untuk tudung ini... sekiranya ada permintaan saya cuba tunaikan....harga sangat berpatutan... boleh PM saya di alamat FB saya Munirah Takiyudin

sedang berjinak dengan perniagaan insyaAllah!

You May Also Like

0 comments

Selamat Berkomen. Silakan komen yang membina ya!