Kisah Imam Ramli

by - November 20, 2012

Assalamualaikum wbt....

Alhamdulillah ada kesempatan lagi untuk tulis hari ini. Nak cerita sikit drama sendiri pagi tadi.... Sepatutnya saya kena berkursus PBS mate tingkatan 2 di ILP Nibong Tebal. Beberapa hari sebelum itu, saya minta tolong suami untuk bawak saya ke tempat kursus sebab yelah kan, lepas ni kena pergi sendiri... suami kerja... Alhamdulillah, saya pun ok la, dah faham jalan... jadi dengan bersemangatnya bertolaklah ke Institut Latihan Perindustrian Nibong Tebal selepas subuh tadi. Nak dijadikan ceritanya, tempat kursus telah bertukar ke IPG Pulau Pinang. Jadi sempat la drama kejap kat ILP tu... kesiankan... nasib baik la ada insan yang baik hati tegur saya mengatakan saya ni dah salah tempat. Rupanya kat ILP itu pun ada kursus juga... tapi kursus pengetua-pengetua sekolah... huahuahua (kantoi salah tempat)

owh yeke? patut la semua kereta mewah-mewah kereta saya jer yang kerdil kat situ... heheh

memang dialog drama la hari ni...

pastu drama dalam kereta plak hahaha hujannnnnn...

opssss, cukup-cukup... bukanlah benda ni saya nak tulis, cerita atas tu selingan saje ok!

Saya nak tanya, sapa pernah baca buku Nota Hati Seorang Lelaki karangan ustaz Pahrol Mohd Juoi? antara kisah yang best dalamnya ialah dialog di pusara ayahanda.

Sedih kisah Imam Ramli. Bukan nak cerita sedih tu sangat.... Yang nak cerita kat sini adalah cam mana budak Ramli ni jadi Imam bekerjaya sebagai jurutera tapi dalam masa yang sama adalah Hafiz Quran. Memang hebat. Kisah Imam Ramli ni diceritakan pula oleh seorang ayah kepada anaknya. Apa lagi kagum gila la si anak ni...

kata ayahnya : kalaulah kamu tahu sejarah hidup beliau, kamu akan lebih kagum....

Kisah Imam Ramli yang mempunyai seorang ayah yang buruk perangainya. Bagaimana Imam Ramli dari budak kampung yang serba kekurangan menjadi orang hebat sekali gus mengangkat nama ayahnya yang selalu dijaja kejahatannya meskipun sudah tiada di dunia ini lagi.

Jelas.... iman itu tidak diwarisi... seorang ayah yang jahat tidak bererti mempunyai anak yang jahat juga. begitulah juga sebaliknya... pokok pangkalnya terletak pada keupayaan dan usaha si anak untuk memajukan dirinya sendiri demi masa depan keluarga dan hidupnya.

kisah ini sepertinya pernah berlaku depan mata saya...

Saya pun nak jadi anak yang baik untuk ayah dan ibu saya.... Semuga kita semua ambil iktibar dari kisah Imam Ramli... mungkin cara penyampaian saya kurang menarik... jadi mungkin anda boleh membaca kisahnya sendiri dalam buku yang saya sebutkan tadi...

p/s : Doakan untuk keselamatan umat Islam Palestin dan semua yang teraniaya.... Ya Allah....rebahkan Israel 

sekian

You May Also Like

0 comments

Selamat Berkomen. Silakan komen yang membina ya!