Search This Blog

Tuesday, November 20, 2012

Kisah Imam Ramli

Assalamualaikum wbt....

Alhamdulillah ada kesempatan lagi untuk tulis hari ini. Nak cerita sikit drama sendiri pagi tadi.... Sepatutnya saya kena berkursus PBS mate tingkatan 2 di ILP Nibong Tebal. Beberapa hari sebelum itu, saya minta tolong suami untuk bawak saya ke tempat kursus sebab yelah kan, lepas ni kena pergi sendiri... suami kerja... Alhamdulillah, saya pun ok la, dah faham jalan... jadi dengan bersemangatnya bertolaklah ke Institut Latihan Perindustrian Nibong Tebal selepas subuh tadi. Nak dijadikan ceritanya, tempat kursus telah bertukar ke IPG Pulau Pinang. Jadi sempat la drama kejap kat ILP tu... kesiankan... nasib baik la ada insan yang baik hati tegur saya mengatakan saya ni dah salah tempat. Rupanya kat ILP itu pun ada kursus juga... tapi kursus pengetua-pengetua sekolah... huahuahua (kantoi salah tempat)

owh yeke? patut la semua kereta mewah-mewah kereta saya jer yang kerdil kat situ... heheh

memang dialog drama la hari ni...

pastu drama dalam kereta plak hahaha hujannnnnn...

opssss, cukup-cukup... bukanlah benda ni saya nak tulis, cerita atas tu selingan saje ok!

Saya nak tanya, sapa pernah baca buku Nota Hati Seorang Lelaki karangan ustaz Pahrol Mohd Juoi? antara kisah yang best dalamnya ialah dialog di pusara ayahanda.

Sedih kisah Imam Ramli. Bukan nak cerita sedih tu sangat.... Yang nak cerita kat sini adalah cam mana budak Ramli ni jadi Imam bekerjaya sebagai jurutera tapi dalam masa yang sama adalah Hafiz Quran. Memang hebat. Kisah Imam Ramli ni diceritakan pula oleh seorang ayah kepada anaknya. Apa lagi kagum gila la si anak ni...

kata ayahnya : kalaulah kamu tahu sejarah hidup beliau, kamu akan lebih kagum....

Kisah Imam Ramli yang mempunyai seorang ayah yang buruk perangainya. Bagaimana Imam Ramli dari budak kampung yang serba kekurangan menjadi orang hebat sekali gus mengangkat nama ayahnya yang selalu dijaja kejahatannya meskipun sudah tiada di dunia ini lagi.

Jelas.... iman itu tidak diwarisi... seorang ayah yang jahat tidak bererti mempunyai anak yang jahat juga. begitulah juga sebaliknya... pokok pangkalnya terletak pada keupayaan dan usaha si anak untuk memajukan dirinya sendiri demi masa depan keluarga dan hidupnya.

kisah ini sepertinya pernah berlaku depan mata saya...

Saya pun nak jadi anak yang baik untuk ayah dan ibu saya.... Semuga kita semua ambil iktibar dari kisah Imam Ramli... mungkin cara penyampaian saya kurang menarik... jadi mungkin anda boleh membaca kisahnya sendiri dalam buku yang saya sebutkan tadi...

p/s : Doakan untuk keselamatan umat Islam Palestin dan semua yang teraniaya.... Ya Allah....rebahkan Israel 

sekian

Sunday, November 18, 2012

ada apa dengan tudung labuh?

Assalamualaikum wbt...

suka saya bertanya khabar kalian... kepada yang masih sudi singgah ke teratak saya yang hampir nak reban ni kan? InsyaAllah, sedang cuba dibaiki dari teratak kayu kepada teratak konkrit heehe

tajuk kali ini ada apa dengan tudung labuh? Yalah, ada apa dengan tudung labuh? ada apa ni????

ramai orang kata, yang bertudung tak semestinya baik pon dari yang tak bertudung, ada juga yang kata yang pakai tudung labuh bukan baik sangat, yang pakai tudung singkat tu mungkin ada yang lebih baik dari mereka-mereka yang bertudung labuh tu... hehe, ermmm.... saya cuba nak tolong ni mana-mana insan yang mungkin dalam kotak memori dia hanya tahu apa yang depa nampak sahaja dan tak cuba nak tahu apa yang tersirat di sebalik tudung labuh itu sendiri....

'buat apa nak pakai tudung labuh-labuh ni? alah, pakai yang singkat kan senang, senang nak wat kerje... pakai tudung juga kan?'

ni kelompok pemikiran mereka-mereka yang masih tak dibukakan hati untuk menerima orang yang bertudung labuh, jauh sekali la nak didakwahkan .... 

masyaAllah tabarakallah....

memang susah nak mula tau, tapi lama-lama ok... best.... rasa tenang jer bila keluar rumah pakai dengan sopan... tak takut dengan mata-mata yang memandang sebab kita dah cukup menutup... cuma kalau benda tak diingini tetap terjadi, itu mungkin dalam batas keizinan Allah jua... kita hanya mampu berusaha menjadi maruah diri....


jom la cuba-cuba memakainya....

nak tau kelebihan lain? tengok bawah ni:


selamat mencuba dan semuga berhasil juga istiqamah hendaknya

wallahualam bisowwab

wslm

~selamatkan palestina~

Assalamualaikum wbt....

Palestina yang semakin terhimput kerana serangan antara negara yang lebih 64 tahun menjadi pelarian dibumi sendiri... Ya Allah selamatkan insan-insan di bumi Palestina.... Berita terkini setakat semalam mendapati 69 shahid dan 660 terluka.... Allahu Akbar!
 

~69 Tewas dan 660 Terluka Dalam Serangan Israel di Gaza~
[ 18/11/2012 - 11:04 ]



 

 Gaza - PIP: Pada hari kelima, agresi Israel di Jalur Gaza menyebabkan puluhan syuhada dan ratusan terluka di antara warga sipil Palestina termasuk anak-anak, perempuan, dan orang tua.
Sejak Rabu, 69 warga Palestina telah tewas dalam serangan udara Israel, tembakan tank dan angkatan laut Israel telah menghabisi nyawa 20 anak-anak dan 8 perempuan dan 9 lansia.

Departemen Kesehatan Palestina menegaskan, delapan syuhada gugur pada hari pertama, kemudian pada hari ke dua 10 syuhada kembali gugur. Pada hari ketiga 12 syuhada gugur dan pada hari keempat 15 syuhada gugur tewas diterjang rudal Israel.

Sementara itu,  660 warga lainya terluka, termasuk 113 anak, 53 di antaranya berusia kurang dari 5 tahun, dan 224 wanita dan 50 lansia. Pada Sebuah serangan udara Israel yang menghantam kendaraan di Jabaliya di Gaza utara, sore Ahad kemarin telah membunuh Suheil Hammad (45 tahun) dan anaknya Muaimin (15 tahun). Mereka sedang mengendari mobil tanki air untuk menjualnya ke kepada penduduk

Seorang reporter harian Ma'an mengatakan, Empat wanita dan empat anak-anak termasuk di antara 10 tewas dalam sebuah rudal Israel yang meratakan rumah keluarga al-Dalo di lingkungan Sheikh Radwan di Kota Gaza.

Serangan udara Israel menewaskan dua orang pada serangan udara terpisah di lingkungan Shejaiyya Kota Gaza, menewaskan Saadiyya al-Theib (24 tahun) dan Sami al-Faqir, petugas medis SAID.Muhammad Abu Naqira meninggal setelah jet Israel membom rumahnya di lingkungan Shaboura Rafah di Gaza selatan, kata seorang saksi.

Di bagian utara Gaza, petugas medis menemukan jenazah 52-tahun-wanita tua, diidentifikasi sebagai Nawal Abed al-Ali, di puing-puing bangunan akibat serangan udara Zionis pada sebuah kantor polisi di lingkungan al-Tufah.

Paramedis mengatakan, Ahmad Nahhal (27 tahun) dan Tasneem Nahhal (9 tahun)  meninggal dan delapan lainnya mengalami luka-luka dalam serangan di Kamp pengungsi Shati, di pantai Kota Gaza.

Saksi mata mengatakan pemboman udara Israel di Gaza terus berlanjut sejak semalam
. Sementara, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengatakan Israel siap memperluas serangannya ke Gaza, "Kami menuntut harga yang mahal dari Hamas dan organisasi teroris, katanya.  Angkatan perang Israel siap melakukan ekspansi secara signifikan katanya pada pertemuan kabinet terbatasnya kemarin Ahad, tanpa memberikan rincian lebih lanjut. (asy)

Demikian beritanya... ayuh sama-sama membaca doa ini:

A026
Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamuk hingga ke suatu yang lebih daripadanya (kerana perbuatan itu ada hikmatnya), iaitu kalau orang-orang yang beriman maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka; dan kalau orang-orang kafir pula maka mereka akan berkata: "Apakah maksud Allah membuat perbandingan dengan ini?" (Jawabnya): Tuhan akan menjadikan banyak orang sesat dengan sebab perbandingan itu, dan akan menjadikan banyak orang mendapat petunjuk dengan sebabnya; dan Tuhan tidak akan menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan orang-orang yang fasik; 


A027
(Iaitu) orang-orang yang merombak (mencabuli) perjanjian Allah sesudah diperteguhkannya, dan memutuskan perkara yang disuruh Allah supaya diperhubungkan, dan mereka pula membuat kerosakan dan bencana di muka bumi. Mereka itu ialah orang-orang yang rugi.

(surah Al Baqarah ayat 26 - 27)

wallahualam bisowwab

wslm

Saturday, November 17, 2012

Keindahan menutup aurat

Assalamualaikum wbt....

update : # berada di smk Segambut Jaya, Kuala Lumpur.

Alhamdulillah masih lagi bernyawa. Bukan apa, baru ada masa nak update this blog. Yelahkan sekarang cuti sekolah, walaupun cuti tapi kerja banyak sebenarnya. apa tah lagi dengan sistem pendidikan baru ni, Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Biar nampak susah tapi kami para guru ni akur dan cuba yang terbaik lah untuk pelajar insyaAllah.

melalut plak dari topik asal... heheh

Begini... hari-hari, mata naik jenuh melihat keadaan manusia yang makin kedekut. opsss jangan salah faham ok, maksud saya kedekut untuk labuhkan pakaian. Bukan susah pun nak labuhkan skit pakaian tu, baju ke seluar ke kain ke atau tudung perlulah dilabuhkan. Kejap lagi ada yang kata pula,

" nak labuh sampai meleret ke cikgu? Sampai boleh sapu tahi ayam?"

huhuhu tak da lah sampai macam tu sekali, itu dah ikut ajaran agama lain namanya...berpadalah...

saya sekarang setiap dengan i-Nur. Dunia bidang 60 anda gitu... kalau dulu orang cakap tudung labuh tu tak up to date la apa la, hah, i-nur ada jawapan kepada apa yang anda cari. Bergaya tapi dalam masa yang sama menutup aurat... insyaAllah.

tak percaya? meh kita tengok sket:

Kalau pelajar sekolah nak cari tudung yang terbaik di sini...






untuk bakal pengantin, auratmu perlu dijaga, jom tengok sini



untuk menggayakannya dalam pelbagai keadaan, semuanya nampak sopan....



ada banyak lagi sebenarnya....

semuga maal hijrah kali ini memberi satu perubahan dan usaha baru untuk diri kita... insyaAllah

p/s : Saya sedang mencari pasaran untuk tudung ini... sekiranya ada permintaan saya cuba tunaikan....harga sangat berpatutan... boleh PM saya di alamat FB saya Munirah Takiyudin

sedang berjinak dengan perniagaan insyaAllah!