Bismillahir rahmanir rahim..
Hye semua bloggers, apa khabar...Salam Malaysia Baru, Malaysia Bersih, Salam Kemerdekaan ke 62 tahun dan Salam Maal Hijrah!
Tingga beberapa hari je lagi murid tahun 6 akan mengadapi UPSR kan? Rasa begitu pantas masa, rasanya baru je awal tahun 2019, sekarang dah masuk bulan 9. Hebatkan masa? Pantas berlalu tinggalkan kita yang masih mengatakan... tak pa... lambat lagi... relax jangan gopoh! tengok tengok.. eh eh... rabu ini sudah mau UPSR? ha ambik!
Kebanyakan murid tiada masalah untuk subjek seperti Bahasa Melayu Pemahaman dan Penulisan kan? Tapi ramai yang akan ada masalah kertas Matematik kan? Tak sempat siap la, tak ingat sifir la.. masa cepat sangat laa... sedangkan..... Awak tu yang tak ready sebenarnya kan? Kenapa tak ready? Sebab utama murid tak ready untuk menduduki UPSR terutama subjek kritikal seperti matematik ini adalah :
⧪KURANGNYA LATIH TUBI
⧪MERASA PUAS HANYA DENGAN 1 LATIHAN SETIAP TOPIK
⧪PERASAN SUDAH PANDAI
⧪MALAS
⧪TIDAK MINAT MATEMATIK
⧪PENGAJARAN YANG TIDAK MENARIK
Betui tak? semua yang di atas tu? Kalau tak kesemuanya pon mungkin beberapa sebab itu punca murid lemah Matematik kan?
'Abis tu macam mana? Macam mana ni? aduhhhh tak sempat ahhhhh!'
SABARRRRR, Cikgu ada jalannya...
sabda Nabi Muhammad SAW,
"Jika esok nak kiamat, ada benih ditangan, TANAM!"
Hebatkan? So kenapa nak putu asa kalau boleh berusaha lagi? Kan?
Alamak panjang pulak cikgu membebel. Okay, kembali kepada point asal, TIPS CEMERLANG Matematik Cikgu Fadli Salleh. Sebagai seorang guru matematik, saya sendiri kagum dengan semangat hebat Cikgu Fadli ini. Beliau sanggup bersusah payah menyiapkan beberapa ebook terbaik untuk anak-anak cemerlang matematik.
Meh saya share 10 tips skor matematik UPSR yang saya belajar dari seorang guru.
Tip ini dikongsi oleh guru pakar Matematik iaitu Cikgu Shahril Othman. Jom kita ikuti tip daripada Cikgu Shahril ini.
- Minat Matematik, Sayang Matematik
- Tingkatkan Kemahiran Mengira
- Latih Diri Menjawab dalam Tempoh 1 jam
- Latih tubi Soalan-soalan UPSR Sebenar Tahun-tahun Sebelum
- Ketahui Teknik Menjawab Cara Pantas
- Jawab Soalan Mudah Terlebih Dahulu
- Jangan Cuai
- Menjawab Mengikut Apa yang Ditanya
- Wajibkan Diri Membuat Latihan Sekurang-kurangnya 20 Soalan Sehari
- Gariskan Maklumat dan Kata Kunci
Sumber: Guru Pakar Matematik, Cikgu Shahril Othman (SK Beruas, Perak)
antara Ebook Cikgu Fadli pulak yang saya nak suggest pada awak adalah:
Masih berkira ke dengan pendidikan anak-anak? Untuk hasil yang BOOM, labur lah untuk keuntungan jangka panjang! Saya share benda yang bagus untuk semua!
semoga bermanfaat!
wslm