Alhamdulillah wasyukurillah! Masih bernyawa dan merasai nikmat Sya'ban dan bakal menemui Ramadhan Kareem sebentar sahaja lagi. Kadang-kadang hati bertanya sendiri, sempatkah aku? Ya Allah, rupanya, Engkau masih memberi peluang kepada diriku sehingga saat ini. Banyak sekali nikmat yang kukecapi dan banyak sekali aib aku yang Kau tutupi.
Ramadhan akan datang kurang lebih 5 hari sahaja lagi, persoalannya bersediakah kita? Akal waras pon menjawab, sedia untuk tidak makan waktu siang. Bukan itu yang kita perlu risaukan, sebab hal yang pertama perlu bersedia adalah tahu cara membaca niat.
Okaylah, meh sini nak bagi tau pasai niat puasa Ramadhan. Kita ini tahu niat tu, tapi biasalah kan bila dah sampai masanya, terlupa pulak... al maklumlah, nama pun MANUSIA. tapi sebelum tu, kita masih ada masa lagi ni nak ganti puasa Ramadhan yang lalu kan... nah, saya kasi cara niatkannya, sorry la walaupun rasanya agak lambat tapi nak share juga la...
Baiklah, ini pula cara niat puasa untuk satu hari sahaja. so hari-hari la korang kena baca niat ni, sebelum habis waktu sahur. Kalau lepas waktu sahur tu, niat korang tak dikira dah taw melainkan puasa sunat SAHAJA.
So, memandangkan bila dah terlepas niat sebelum imsak, puasa korang tak dikira, korang selit sekali niat puasa untuk sebulan. Niat masa hari pertama puasa sahaja. Jadi puasa korang masih sah kalau terlupa niat harian. Tapi bila dah niat sebulan, jangan la tak niat harian pulak. Kena niat juga. Bila kerap niat baru la kita lebih ikhlas berpuasa kan?
Rasanya, saya nak set sini sekali dengan pakej doa untuk berbuka puasa sekali lah, senang. Korang cari cam mana nak niat puasa, tapi dapat full pakej saya bagi. Okay tak? Okay tak? Saya bagi pakej semua sekali dengan lafaz dalam bahasa melayu lagi kay... Nah, tengok ni...
Sekadar itu perkongsian saya untuk entry kali ini. Saya harap sangat ianya membantu. Saya akan tulis entry pasal Ramadhan untuk next entry saya okay. tq
wslm
4 comments
terima kasih atas prkongsian ni.. <3
ReplyDeleteya sama kita kongsikan
ReplyDeletesaya kalau nak senang, baca niat puasa ikut dalam lagu Raihan hehehe.
ReplyDeleteHa betul tu awak.. memang masuk dalam kepala kan...
ReplyDeleteSelamat Berkomen. Silakan komen yang membina ya!