7 Langkah Bijak Tangani Anak Trantum

by - March 23, 2018

Bismillahir rahmanir rahim,

TRANTUM ATAU DALAM ERTI KAta lain mengamuk



Saya terkesan dengan situasi anak mengamuk. Saya adalah seorang ibu yang mempunyai baru seorang anak lelaki, Ahmad Idrisnya. Ahmad Idris ni masa dia kecil kurang amuknya, tapi sejak dua menjak ni, dia mula menunjukkan reaksi mengamuk bila tidak kena. Al maklumlah, anak baru menginjak 2 tahun ke 3 tahun ni, biasanya suka protes. Itu tak kena, ini tak kena, kadang-kadang boleh stress juga. Tapi memandangkan nak dapatkan dia pon ambik masa 5 tahun, jadi hakak redho. So saya ada baca satu dua artikel pasal anak trantum, meh saya kongsikan kat sini. 
Sebenarnya, nak mengatasi anak mengamuk bukan perkara mudah. Tajuk kali ini adalah bagaimana kita mengawal anak yang mengamuk. Senang cerita, cara hadapi masalah bila anak ‘throw a tantrum’.
Tindakan serta cara kita mengendalikan anak sangat penting dalam pembentukannya. Temper tantrum atau sindrom mengamuk sering berlaku di kalangan kanak-kanak kerana ini juga salah satu cara mereka berkomunikasi. (baru ai tau!)
Anak-anak sebesar ini masih rendah tatabahasa dan bilangan perkataan yang diketahuinya. Cara mudah dan cepat untuk dia memberitahu sesuatu adalah dengan menangis dan mengamuk. (Yang ni betul, Idris cakap pon belum faham butirnya : yang saya tahu AKAKKK, AKAKKK maksudnya dia ingin suruh saya buat sesuatu contohnya, buka pintu, buka TV dan sebagainya)
Bukan mudah mengendalikan anak yang mengamuk jika kita tidak tahu cara yang paling baik bagi menanganinya. Ramai juga di kalangan ibubapa yang mengambil jalan mudah dengan memukul, menjerit dan memarahi anak dengan harapan anak akan berhenti mengamuk. Namun cara begitu lebih banyak memberikan impak negatif kepada anak-anak. (Iya, betul. Tapi tak dinafikan kadang-kadang bila stress, nak marah la juga, sabooo wahai hati)
Hanya ibu bapa yang mengetahui bila anak akan mengamuk. Kenali tanda-tandanya dan anda akan lebih bersedia jika anak anda mula mengamuk. Ada beberapa cara yang boleh kita lakukan jika anak mengamuk.
Antaranya:

1. BERTENANG

Jika anak mula mengamuk, ibu bapa atau orang yang berada berdekatan dengannya perlu menunjukkan sikap bertenang. Jangan mudah melenting dan marah. Kalau kita marah, lagi kuat dia menangis. Lagi teruk mengamuk dia.
Cuba buat muka relax sahaja. Tentu anak yang mengamuk akan kata dalam hati, “Eh, takkan mak aku tak marah pulak ni”. Ini namanya reverse psychology. (oooooo...)

2. CUBA PUJUK

Usaha dahulu memujuk dengan cara yang baik. Pegang atau dukung dengan lembut dan mesra. Itu petanda anda sedia untuk bekerjasama dan mendengar segala masalah yang sedang anak hadapi.
Korek rahsia, kenapa dia marah. Anak suka bila ada orang beri perhatian. Jika dia mengamuk, itu tandanya mahukan perhatian!

3. ALIHKAN FOKUS ANAK

Andaikan kita pergi ke hypermarket untuk berbelanja, contohnya Giant atau Tesco. Anak pula sudah tunjuk tanda-tanda yang dia mahukan sesuatu.  Kadang-kadang, benda yang dia minta itu mengarut.
Dan lagi, jika kita tidak dapat memenuhi hajatnya itu dan akan mencetuskan kemarahannya.
Apa perlu buat? Cepat-cepat alihkan perhatiannya. Fokuskan pada perkara yang lain. Pujuk akan ambil masa. Bawa dia ke bahagian yang lain. Jangan pula alihkan fokus dengan berikan telefon pintar kita.(huhu)

4. SISTEM GANJARAN (REWARD SYSTEM)

Jika anak mula mengamuk, berikan dia pilihan, samada dia mahu bersikap baik dan tidak dimarahi anda. Katakan kepadanya jika dia bersikap baik, anda akan menjanjikan sesuatu seperti menonton televisyen atau membaca bersama.
Kalau dia betul-betul inginkan benda yang sudah lama diidamkan, tentu sekali dia akan ikut kata kita.

5. BIARKAN SAHAJA!

Kes ini selalu terjadi bila anak nampak lollipop. Dia berkeras mahukan gula-gula. Jika pujukan tidak menjadi dan anak kita terus menghentakkan kaki atau berguling di atas lantai, biarkan dia.
Namun pastikan keadaan sekelilingnya selamat dari barang-barang yang membahayakan. Bila anak penat, dia akan berhenti. Ibu-bapa perlu pantau juga semasa anak berguling! (fuhhh, memang mencabar bila Idris dah mula pandai guling-guling, adehhhh...)

6. NASIHAT

Anak yang mengamuk tidak akan mengamuk sepanjang hari. Dia pasti penat juga akhirnya. Pada waktu begini, kita belailah dia dan katakan kepadanya bahawa apa yang dia lakukan sebentar tadi adalah salah dan dia akan lebih disayangi jika dia bersikap baik dan mendengar kata.

7. BERSIFAT TEGAS

Sesekali kita kena bertegas dengan anak. Jika dia mengamuk, katakan bahawa kita akan potong waktu bermainnya. Biar dia belajar bagaimana perasaan marah dan kecewa. Terangkan dengan jelas mengapa tindakan itu anda ambil.

KESIMPULAN

Bolehkah anak kecil memahami apa yang dikatakan oleh kita?
Sudah tentu! Walaupun mereka kecil, mereka tahu ketika mana ibu bapanya marah, sayang, gembira, benci mahupun kecewa. Selalulah berkomunikasi dengan anak dan berbual dengan mereka tentang apa yang mereka dan anda suka. Nasihat yang berpanjangan akan mengurangkan temper tantrumnya.
Selamat mencuba!
sumber :https://siraplimau.com/cara-mengatasi-anak-mengamuk-tantrum/
Seriusly, bagus sangat ilmu ini, saya akan cuba praktikkan. Korang pon boleh cuba. Setakat ini dulu perkongsian. Jumpa lagi dalam entry lain yang lebih banyak ilmunya.
wasalam

You May Also Like

4 comments

  1. Boleh share dengan kawan PC ni...sebab kawan PC pening setiap hari anaknya tantrum lebih ketara bila tahu ibunya hamil lagi...terima kasih perkongsian ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya silakan.. memang anak-anak akan lebih merengek bila tahu nak dapat adik lagi. setuju tu.. selamat berkongsi

      Delete

Selamat Berkomen. Silakan komen yang membina ya!