AL KISAH BULAN REJAB
Bismillahir rahmanir rahim
Hye, korang... tahu tak harini hari apa? yes, tahu , harini hari Isnin, Dato' Siti Nurhaliza selamat melahirkan anak perempuan secara ceaseran. Bukan tu lah, yang tu semua orang tahu sebab baca kenyataan beliau. Ni Ha, harini....dah 1 Rejab! Okay, then kenapa? Ada apa dengan 1 Rejab???
Bulan Rejab adalah salah satu dari empat bulan suci (haram) yang telah Allah tetapkan sejak diciptakannya langit dan bumi. Hal ini memberikan keistimewaan tersendiri bagi bulan Rejab. Selain itu, kedatangan bulan Rejab juga sering dipandang sebagai semakin dekatnya Ramadhan, tuan dari segala bulan. Kerananya, kaum muslimin menyambutnya dengan doa atau mengisinya dengan persiapan menyambut bulan puasa. Mereka yang mempunyai hutang puasa di tahun sebelumnya akan bersegera mengganti puasa tersebut di bulan ini.
Meskipun tidak ada ibadah khusus yang disyariatkan pada bulan Rajab, namun bulan ini dipandang istimewa oleh sebagian besar kaum muslimin kerana adanya peristiwa Isra’ dan Mi’raj (Benarkah Isra’ Mi’raj terjadi pada tanggal 27 Rajab?). Peristiwa bersejarah itu menjadi istimewa kerana sejak saat itulah kaum muslimin diwajibkan melaksanakan solat lima waktu. Ibadah solat ini menjadi tiang utama agama islam dan menjadi indikator amal kebaikan seseorang di mata Allah.
Peristiwa Bersejarah dalam Islam di Bulan Rejab
Bulan Rajeb juga menjadi saksi dari beberapa peristiwa bersejarah dalam islam, iaitu Perang Tabuk, Penaklukan Yerusalem oleh Shalahuddin Al Ayubi, dan Keruntuhan Khilafah Utsmaniyah Turki.
Pada bulan Rejab tahun 9 H, Rasulullah saw. bersama 30 ribu pasukan kaum muslimin pergi meninggalkan Madinah menuju Tabuk di wilayah Syam (Suriah). Ekspedisi ini bertujuan untuk menghadapi pasukan Romawi yang sudah bersiap di sana. Pasukan kaum muslimin bergerak menembus panasnya cuaca saat itu melewati ratusan kilometer gurun pasir. Mendengar kedatangan pasukan yang sedemikian besar dan pantang menyerah serta dipimpin oleh Nabi Muhammad sendiri, pasukan Romawi sudah merasa kalah. Mereka berkecut hati dan mundur ke benteng mereka. Akhirnya, kaum muslimin berhasil menguasai Tabuk tanpa perlawanan yang bererti. Dengan kemenangan dalam Perang Tabuk ini, maka kekuatan islam memperkukuh kedudukannya di seluruh Jazirah Arab.
Di bulan Rejab jugalah, pada tahun 583 H (1187 M), Shalahudin Al Ayubi memimpin pasukannya berangkat ke Yerusalem untuk membebaskannya dari cengkeraman pasukan perang salib yang telah menguasainya selama hampir satu abad(1000 tahun). Beberapa bulan sebelumnya, pasukan Shalahudin juga telah mengalahkan 2 pasukan perang salib dalam Perang Hittin. Kemenangan Shalahudin sangatlah istimewa kerana berhasil mengembalikan bumi Isra’ Mi’raj dan kiblat pertama kaum muslimin ke dalam pangkuan Islam. Selain itu, kemenangan ini juga mencegah penguasaan kaum kristian atas tanah dan negeri kaum muslimin.
Selain kemenangan bersejarah, bulan Rejab juga menjadi saksi kekalahan dan kemunduran kaum muslimin. Tujuh ratus enam puluh tahun kemudian, tepatnya pada 28 Rajab 1342 H (3 Mac 1924 M), Khilafah Islamiyah dihapus secara rasmi oleh Mustafa Kamal Pasha di Turki. Institusi yang menyatukan seluruh kaum muslimin di dunia ini hancur pada saat itu. Tidak ada lagi satu institusi yang menjadi pelindung bagi kaum muslimin secara global. Tidak ada lagi institusi yang menjamin terlaksananya syariat Islam dan hukum-hukum Allah di muka bumi. Kerajaan pelindung jiwa, kehormatan, harta dan kekayaan kaum muslimin telah dilenyapkan sehingga kaum muslimin hanya menjadi santapan lazat yang diperebutkan oleh kaum kolonialis dan kapitalis. Khilafah itu kini berganti menjadi negara-negara sekular yang tercerai berai di seluruh dunia.
Allahu Akbar. Begitu besar peristiwa yang berlaku pada bulan Rejab. Ramai yang tidak tahu, malah tidak mahu ambil tahu pun. Kenapa? Kenapa begitu? Kerana tidak pernah didedahkan dengan ilmu-ilmu ini. Islam itu sangat indah, kenapa kita perlu merosakkanya hanya dengan kecetekan ilmu kita?
sekadar itu perkongsian buat renungan bersama,
wslm
2 comments
Alhamdulillah...Allah izin kita menikmati Rejab..moga seterusnya juga...
ReplyDeleteAlhamdulillah... Rezeki sihat! terima kasih PERDU CINTA
DeleteSelamat Berkomen. Silakan komen yang membina ya!