10 TANDA MUDAH ANDA ALAMI KEGUGURAN

by - April 16, 2018

bismillahir rahminir rahim


Hye, my loyal readers! Terima kasih sebab masih setia menyokong keberadaan blog saya. Sejujurnya, beberapa hari ini saya tidak sihat dan mengalami sakit belakang yang agak menjadi-jadi. Benar telahan hati tidak pernah menipu. Mulut mungkin berkata tidak, tapi hatilah yang paling ikhlas.

Baru-baru2 ini, saya telah terlambat menstruasi selama 4 hari. TIDAK PERNAH, saya ulang tidak pernah terjadi sepanjang 8 tahun perkawinan, menstruasi saya lambat sedemikian melainkan saya hamil. Kitaran saya elok, teratur dan regular. Tak pernah lewat walau sehari. Inikan pula 4 hari, jadi naluri keibuan saya merasakan yang saya memang betul2 hamil anak ke2 setelah anak pertama genap 2 tahun. Tanda2 kehamilan sangat jelas. Bahkan, saya juga sudah pun buat Pregnanct Test sendiri dan ianya menunjukkan positif hamil walaupun ada garisan samar2.


(contoh ketulan dan lendir - gambar hiasan)
Selepas beberapa hari, innalillahi wainnailaihi rajiun. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk saya. Dan saya pada mulanya, sedih, tapi akhirnya akur dan redho. Ya Allah pasti berikan sesuatu pada waktu yang tepat. 

So, saya nak share skit tanda2 keguguran yang sangat mirip dengan keadaan saya ketika ini. Kalau korang ada rasa macam tanda2 ini, korang better hati2 dan buka hati untuk menerima ketentuanNya. Ingatlah, Allah uji tanda Dia sayang kita! Sabar, ikhlas dan redho kunci segalanya.

Image result for keguguran 5 minggu


TANDA TANDA KEGUGURAN YANG IBU HAMIL PERLU TAHU

Tiada tanda-tanda keguguran yang pasti dan sahih, namun berikut adalah tanda tanda keguguran sering kali terjadi kepada para ibu:

1. SAKIT

Tanda tanda keguguran yang pertama ialah apabila rasa sakit dan tidak selesa.
Anda mungkin mengalami kekejangan pada pelvis, sakit perut yang berterusan atau sakit pada bawah belakang. Sakit mungkin berterusan sehingga beberapa hari sebelum atau selepas pendarahan terjadi. Kekejangan yang kuat boleh menjadi satu tanda keguguran. 
yang ini serius, memang sakit. mengalahkah period pain saya. sebab period pain saya tidak seteruk mana. Saya masa sakit ini, badan rasa tak bermaya, lemah, malas dan bawah perut rasa sakit sampai nak berdiri pun, sakit - tapi bertahanlah, itu sahaja yang saya mampu buat)

2. PENDARAHAN

Pendarahan faraj yang mungkin bertompok-tompok atau banyak yang menjadi lebih kerap dan sekali sekala. Pendarahan merupakan salah satu tanda keguguran, tetapi ia juga boleh terjadi pada kehamilan yang normal. 
(yes, pendarahan yang banyak, dalam satu2 masa sahaja 2 pad penuh basah. Allahu, hanya Dia sahaja yang tahu. Pendarahan yang keluar termasuk lendir2 pekat dan ketulan2 - zigot yang tidak menjadi)

3. KEHILANGAN TANDA KEHAMILAN

Jika badan anda terasa kembali kepada normal dimana tanda kehamilan seperti mabuk hamil, keletihan, sakit belakang telah hilang. Ia kemungkinan tahap hormon telah jatuh dimana hormon tersebut tidak lagi mengekalkan kehamilan apabila semua tanda kehamilan telah hilang.
(yes, seharian saya menahan sakit. Tidur awal, sehinggakan anak pertama saya terpaksa biarkan en suami yang uruskan. Saya rehatkan diri serehat rehatnya sehingga keesokan pagi saya bangun, badan terus rasa segar dan tiada lagi tanda-tanda kehamilan - paling ketara, sakit belakang saya makin kurang) - terima kasih en suami kerana memahami sakit ini.

4. KETIADAAN DENYUTAN JANTUNG BAYI

Kena selalu aware dengan denyutan jantung bayi. Ini ada tanda tanda keguguran yang perlu diambil berat.
Denyutan jantung bayi biasanya boleh dikesan melalui ultrasound scan. Jika denyutan jantung bayi tidak boleh dikesan, ia mungkin menjadi satu tanda bahawa bayi telah mati dan tidak berkembang.
(kandungan baru 4 minggu lebih, jadi saya tak pergi klinik lagi)

5. TIADA PERGERAKAN JANIN

Ini antara tanda tanda keguguran yang penting. Anda harus sentiasa memerhati corak pergerakan bayi anda sepanjang hari dimana bayi anda mempunyai tempoh waktu tidur, kadang-kadang ia berkekalan selama 4 jam.
Walaubagaimanapun, tempoh ini tidak boleh melebihi 4 jam. Jumpalah doktor anda sekiranya anda tidak boleh merasa atau kurang pergerakan bayi. Pergerakan bayi hanya boleh dirasa dalam antara minggu ke-18 dan minggu ke 24.

6. SAKIT BELAKANG

Kadang-kadang, ibu hamil akan berasa kekejangan sakit belakang dan ketidakselesaan. Akan tetapi kesakitan yang tajam dan kerap mungkin merupakan kontraksi dan isyarat awal tanda keguguran.
(yes, masa terjadinya keguguran, sakit belakang menjadi2 menyucuk2)

7. UJIAN POSITIF KEMUDIAN BERTUKAR KEPADA NEGATIF

Jika ujian diambil pada dua pagi berturut-turut dimana hari pertama mendapat ujian positif dan kembali kepada negatif pada hari kedua, ia bukan sahaja menjadi tanda keguguran, ia mungkin juga menjadi tanda kehamilan luar rahim, ektopik.
(yes, mulanya, ada garisan samar, kali ke2 dan ke3 test, terus 1 line sahaja - confirm saya keguguran)

8. LELEHAN FARAJ

Jika darah ketulan dan tisu seperti daging keluar dari faraj, kemungkinan besar keguguran sudahpun terjadi.
(benar terjadi kepada saya)

9. SERVIKS TERBUKA

Dalam kehamilan yang sihat dan normal, serviks biasanya kekal ditutup rapat sehingga beberapa minggu sebelum kelahiran bayi. Jika serviks anda terbuka dalam tempoh beberapa minggu pertama kehamilan, risiko untuk mengalami keguguran adalah agak tinggi.

10. PARAS HORMON HCG JATUH

Tanda tanda keguguran yang terakhir ialah apabila paras hormon hCG jatuh. Badan perlu mengekalkan tahap hormon untuk mengekalkan kehamilan. Jika tahap hCG jatuh pada awal kehamilan, risiko keguguran adalah sangat tinggi.
Inilah antara 10 tanda kehamilan yang sangat perlu kita ketahui sepanjang tempoh kehamilan, mujur juga keguguran terjadi kepada saya terlalu awal dan saya tidaklah terlalu trauma akan hal ini, saya dah redho, inshaAllah, saya yakin yang Allah akan berikan apa kemahuan kita pada waktu yang tepat.
sekadar itu sahaja perkongsian, berjumpa lagi dilain entry yang lebih menarik dan deboom!
wslm
p/s : Allah uji tanda Allah sayang!

You May Also Like

4 comments

  1. Allahu...takziah.InshaAllah..ada rezeki nanti...hikmah itu tersangat manis..cuma ia menjadi rahsia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TERIMA KASIH PC, semuga ianya menjadi satu ketika dan saat yg tepat nanti...

      Delete
  2. Allah adalah sebaik2 perancang.. InshaAllah akan ada rezeki lain menantimu..

    ReplyDelete

Selamat Berkomen. Silakan komen yang membina ya!