Tenangnya Wajah Ayah Saat Kematian Menjemput

by - November 16, 2018

Assalamualaikum wbt


Tanggal 9 November 2018 (Jumaat) adalah tarikh keramat yang akan terpatri dalam sanbubari. Perginya seorang ayah yang sangat penyayang ke alam yang lain buat selama-lamanya. Ayah pergi dengan sangat tenang dan perlahan-lahan. Ayah mertua saya Hj Hashim Bin Hj Ahmad, 72 telah menghembuskan nafanya yang terakhir pada jam 8.15 malam di rumahnya. 



Ayah telah lama menghidap penyakit kencing manis. Ayah juga penghidap Pakinson tahap awal. Ayah juga ada penyakit Alzheimer yang hanya kami dapat kenalpasti selepas dia mengalami kemalangan 3 tahun lepas. Setelah kemalangan, doktor sahkan yang terdapat satu Blood Clot di bahagian hadapan kepala.


TAPI

Semua penyakit itu adalah untuk 2 tahun lepas. Selepas semua sudah alert dengan tahap kesihatan ayah, dia tidak lagi dibenarkan memandu kerana bimbang akan lupa jalan pulang. Ditambah bimbang lagi apabila dia lupa hendak masuk gear ketika memandu. Mama (Mak Mertua) juga turut menjaga pemakanan ayah sehingga tahap gula dalam darah menjadi normal. Mama juga menjaga jadual makan ubat ayah sehingga pakinsonnya hampir tiada lagi. Walau bagaimanapun, mungkin Blood Clot di kepala ayah yang menyebabkan Alzheimer ayah tidak reda sehingga ayah terpaksa dipakaikan lampir pakai buang orang dewasa.

Beberapa bulan sebelumnya,

Ayah terjatuh dalam toilet menyebabkan ayah tidak lagi mampu untuk berjalan sendiri. Ayah terlantar di rumah setelah dibenarkan pulang dari hospital. Ya Allah beri peluang kepada mama untuk berbakti kepada suaminya. Namun, sejak sseminggu yang lepas, ayah sudah tidak ada selere untuk makan dan minum. Hanya mampu kelip-kelipkan matanya dan mengalirkan air mata.


Saat Kematian datang

Raut wajah ayah tenang semasa kami semua membaca Yassin dan ajarkan mengucap di telinganya. cuma sesekali matanya terbuka seolah-olah memandang sesuatu yang datang menghampirinya. Lidahnya tidak berhenti bergerak seolah-olah melafazkan kalimah La ilaha illallah... Saat itu kami memanggilnya, namun tiada respon balas, hanya nafas yang kedengaran berombak kencang dibahagian dada.

Ayah pergi dengan sangat tenang

Seusai mama membacakan Yassin, mama keluar sebentar dan saya serta Kak Jue (Kakak Ipar) terus datang untuk menyambung bacaan Yassin kerana saat saat ini ayah tidak boleh dibiarkan sendirian. Saat Kak Jue menyentuh bahu ayah, terasa seperti ayah terkejut dan ketika itu, ayah sudah pergi. Tubuhnya kaku. Wajahnya sangat tenang seperti tidur. Biasanya saya hanya mendengar kata orang. Jenazah seperti tidur. Kali ini saya mengalaminya dan menatapi wajah ayah sendiri.

Ayah pergi buat selama-lamanya

Saya mula menjadi menantunya pada tanggal 26 november 2011. Ayah seorang yang sangat ceria. Setiap katanya diselangi dengan ketawa. Syukur saya mendapat ayah dan mama sebagai mertua yang sangat sporting gilerz. Ayah pernah bertanya kepada saya, bilalah ayah akan menimang cucu memandangkan suami adalah satu-satunya anak lelakinya dalam keluarga. Dia sempat berseloroh  dengan saya,


'Ayah ada lagi 2 tahun sahaja tau'

Saya tak ambil pusing masa itu, dan hanya menganggap itu hanyalah gurauan. Tapi setelah difikirkan semula. Iya... Benar selama 7 tahun saya bersama suami, hanya dua tahun sahaja dibenar-benar mengenali saya kerana selebihnya dia lupa memori short term. Dia tidak lagi mengenali saya apa lagi cucunya yang lahir setelah 5 tahun saya dan suami bernikah. Ya saya redho. 

Akhirnya, ayah pergi...  bukan kerana semua penyakitnya itu. tetapi kerana sakit tua.

Jenazah ayah lembut, mudah sangat diuruskan.

wslm

You May Also Like

0 comments

Selamat Berkomen. Silakan komen yang membina ya!