Kenangan indah di SMK Teluk Kumbar 2

by - July 01, 2018

Bismillahir rahmanir rahim.


Tanggal 25 Jun 2018 (Isnin) jam 2.30 ptg, sehelai surat ku sambut dengan penuh tanda tanya. Ucapan tahniah terpancul dari mulut seorang Penolong Kanan Sekolah. Muka aku berkerut, pelik.. kenapa? Kenapa tahniah? Ku beranikan hati untuk membuka dan membaca isi surat. Aku hanya senyum tawar. Keliru sama ada nak senyum atau sedih.

Ya, perpisahan bakal berlaku. Aku angkat muka beranikan diri untuk bertanya kenapa tengah2 tahun? Isu suami isteri satu sekolah. TAK BOLEH... NO! Okay aku akur ajer. Sekolah yang bakal aku berikan khidmat nanti dekat jer... masih tak masalah bagi aku. No big deal! Sama sahaja. Ya menjadi seorang guru mesti berhati kental dan bersedia diri walau dilempar ke mana sahaja.

8 tahun berkhidmat sebagai guru di SMK Teluk Kumbar 2. Ya, macam-macam yang aku lalui, pahit manis sebagai guru muda di situ sangat aku ingat. Dulu masa mula-mula mengajar di situ, aku diberikan subjek KEMAHIRAN HIDUP, sedangkan major aku MATEMATIK. 3 tahun juga la aku mengajar subjek Kemahiran Hidup. Aku berdoa semoga aku dapat mengajar Matematik. Akhirnya 2014, aku dapat juga.

Sampailah ke saat ini. Esok aku akan mula menceduk pengalaman baru setelah 8 tahun di sekolah yang sama sebelum ini. Sungguh Allah itu Maha Mendengar. Aku doa supaya aku dapat merasa suasana baru dalam mengajar dan DIA bagi aku rasa. Terima Kasih Allah.

Berat sebenarnya untuk aku berpisah dengan pelajar di SMKTK2. Tapi demi tugas aku gagahkan juga! Terima kasih semua yang pernah menjadi sebahagian dalam kehidupanku di SMKTK2. Terlalu banyak kenangan suka duka di situ. Akan aku ingat sampai bila-bila.

wasalam





You May Also Like

2 comments

  1. Selamat bertugas di tempat baru ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, sekarang sudah bertugas dalam minggu ke 3, syukur. Betul dapat merasa suasana sekolah baru dan semangat baru walaupun majoriti latar belakang pelajar lebih kurang sama. Terima kasih Perdu Cinta

      Delete

Selamat Berkomen. Silakan komen yang membina ya!