~Pengajaran Daripada Satu Tamparan Seorang Guru~

by - March 15, 2013

Assalamualaikum wbt....

entah apa yang ada dalam benak fikiran hari ini, asyik terkenang zaman sekolah, Terkenang zaman cikgu dolu dolu mengajar.. walau pun cara chack and talk tapi sangat terkesan sampai hari ini...

Saya masih ingat sorang guru, sampai hari ini masih ingat namanya, cikgu Azizah Binti Mustafa...



Masa tu, saya baru darjah 5... cikgu Azizah mengajar subjek matematik... dulu juga saya lemah matematik... sifir pun tak berapa ingat... sampai la hari tu, cikgu azizah yang garang ni, ternampak saya mengira guna jari di dalam laci meja... cikgu azizah soal kami dalam kelas tentang sifir dan semuanya mesti dicongak sahaja, tak boleh kira...

Apa lagi, satu tamparan hebat melekat dimuka saya, sentap la saya, apa lagi kan... malu kot...


Story pasal cikgu azizah ni, saya pun tak tahu dia dah ada kat masa la ni, sebab dia masuk sekolah tu sekejap jer, around 1 tahun jer, lepas tu dia bertukar ke sekolah lain, Masa cikgu azizah mengajar saya, subjek matematik saya mesti dapat A.... masa darjah 5 result matematik saya naik.... dari C kepada A... menakjubkan bukan? Pelik tapi benar... Cuma lepas cikgu tu pindah, saya pun down dan result pun jatuh sikit.... lepas dapat semangat dari guru dan kengkawan lain, saya pun berusaha lagi, dah akhirnya UPSR alhamdillah dapat la A matematik....

Sampai hari ini kot, saya masih ingat tamparan hebat dari seorang guru yang hebat, saya langsung tak de dendam dengan beliau, malah saya bertambah suka dengan pengajarannya, mudah difahami....

**************************

Hari ini,

Saya terpaksa menggunakan kaedah tamparan kasih sayang kepada seorang pelajar saya, tetapi bukan kerana dia mengira sifir guna jari dibawah meja, tapi kerna dia berkata satu perkataan yang saya benci dengar , perkataan tu adalah 'BODOH'

Pertama kali saya menampar pelajar saya setelah hampir tiga tahun mengajar.... Memang tak nak, tapi saya pernah sebut, kalau ada pelajar yang sebut perkataan yang tak baik depan saya, saya akan tampar, jadi untuk buat mereka takut dan tak buat lagi, saya terpaksa menampar mulutnya.... Maafkan cikgu.... cikgu benar tak suka kalau kalian cakap macam tu, belajarlah menjadi pelajar yang baik dan berakhlak cam mana yang cikgu selalu tekan kan dalam kelas tu....

Saya sangat berharap kes hari ni tidak berlaku lagi sampai bila-bila... sayang kalau budak begini tidak berubah... ya saya akui , mungkin kekerasan semakin tidak sesuai untuk pelajar hari ini, tapi, entahlah, bila saya tinggikan suara baru mereka akan buka buku dan menulis, kalau tak, mereka akan main-main,,,

saya betul2 terpaksa buat semua ini...

Ya Allah, aku sedar caraku ini keras, tapi bagaimana lagi hari aku ubah anak-anak didikku, mereka tak solat.... hati mereka sangat keras dan tak mahu mendengar nasihat... berilah cara terbaik untuk aku mendidik mereka ini... bukakan lah pintu hati mereka Ya Allah untuk bersama agama Mu.... dan memperjuangkan agama Islam ini....

Satu pengajaran dari dua kisah berbeza ini dalam tamparan seorang guru, inilah naluri seorang guru bernama Azizah Mustafa dan hari ni aku benar-benar merasainya.... terima kasih kepada Allah atas pengalaman semalam buat diri ini


wallahu 'alam bisowwab

wslm wbt....

You May Also Like

7 comments

  1. Assalamualaikum cikgu, setahu saya cikgu azizah mustafa jika benar orangnya yang comel lawa tu..dah jadi penolong kanan di sek keb mergong dan buka tution maths di taman nuri alor setar...dia memang hebat..anak saya boleh dapat 100% selalu bila exam dan upsr boleh siapkan dalam masa 15 minit...dia punyai formulanya sendiri supaya budak senang ingat...mmg garang tapi berbaloi...w/pun anak saya dah form 3 dia masih mengharapkan cikgu azizah..tapi apakan daya dia hanya ngajar sek rendah saja..

    ReplyDelete
  2. owh ya ka??? terima kasih atas informasi puan... cikgu azizah mmang the best...

    ReplyDelete
  3. Saya kenal dan masih hubungi cg azizah.. Boleh saya taw sapa saudari?

    ReplyDelete
  4. Saya kenal dan masih hubungi cg azizah.. Boleh saya taw sapa saudari?

    ReplyDelete
  5. Saya adalah salah seorang pelajar beliau semasa darjah 5 di sktm... tahun 1998...

    kirim salam rindu pada cikgu azizah... katakan padanya saya kini bergelar guru matematik... kerana saya minat cara pengajaran cikgu azizah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum. Boleh saya dapatkan no telefon cikgu azizah jika ada? Beliau pernah mengajar saya Matematik, dari kerap dapat C kepada A

      Delete
  6. Bekas pelajar cikgu Azizah darjah 5 dan 6 di Alor Setar. Dengar cerita dia dah berpindah lepas saya habis sekolah, 2011, the only cikgu yang paling garang tapi hasilnya sangat terbaik. Sampai saya terfikir, dapatkah saya A dalam math klau bukan beliau yg ajar..Jauh sekali berdendam, saya jumpa tulisan saudari pun sbb tiba2 teringat dia n
    Cari di search haha.

    ReplyDelete

Selamat Berkomen. Silakan komen yang membina ya!