Sediakan ruang untuk pelajar berfikir !

by - March 19, 2011

Assalamualaikum wbt.

'Cita-cita kamu nak jadi apa? , Saya nak jadi cikgu...'

Bila disoal cikgu satu masa dulu dalam usia 7 tahun, itulah jawapan yang tidak pernah lekang dibibir saya. Tapi waktu itu jika ditanya kepada guru menjadi pilihan, saya senyap sebab tiada jawapan.

setelah 17 tahun berlalu...

'cita-cita kamu nak jadi apa? , saya nak jadi mat-rempit!'

Sekarang bila saya pula bertanya kepada anak didik, jawapan mereka sungguh mengecewakan hati saya. Apa benar seorang remaja hanya bercita-cita menjadi seorang mat-rempit? Sungguh kasihan kepadanya. Meskipun terkejut dan berkecil hati dengan jawapan yang tidak disangka darinya, saya masih cuba mengukir senyuman.

Tak tau la kalau dia menganggap itu senyuman sinis mahupun bermaksud lainnya..

'ooo, cikgu tak sangka ada yang bercita-cita nak jadi mat-rempit? setahu cikgu mat-rempit tak payah mai sekolah, p la rounder kat mana-mana, belajar dengan mat-mat rempit yang bertauliah kat sana, sini tak melahirkan mat rempit... kamu mungkin salah tempat agaknya...' saya gelak je ketawa kecil...

saya membiarkan pelajar itu duduk seperti kemahuannya dan soalan yang sama saya lemparkan kepada rakan sebelahnya. Alhamdulillah, jawapan yang baik dari rakannya,

'saya nak jadi polis cikgu...'

'mana boleh jadi polis saya', saya berseloroh...

satu kelas gelak besar, mungkin keceriaan begini yang saya inginkan ketika saya mengajar.

selang beberapa minit, pelajar yang nak jadi mat-rempit tadi bangun.

Cikgu, saya nak tukar la, saya nak jadi bomba... boleh kan cikgu?

boleh! saya jawab secepatnya untuk menyokongnya.

ternyata mereka ini boleh berfikir jika diberi ruang untuk berfikir dan merenung. kebanyakan guru sekarang terus terusan menyalahkan idea pelajar. Kadang-kadang pelajar ni, mereka bercakap dulu sebelum berfikir, jadi kita perlu menyediakan ruang dan peluang untuk mereka berfikir dan merenung apa yang telah mereka perkatakan tadi.

Pun begitu tak ramai pelajar yang jika diberi peluang berfikir dia akan berfikir. ada juga yang cakap ikut sedap ajer... itu mungkin perlu diambil tindakan yang lebih tegas dan biasanya pelajar yang berfikir jika diberi peluang adalah pelajar dalam semua peringkat.

Saya yakin semua pelajar akan berubah jika diberi peluang, cuma mungkin cepat atau lambat sahaja. saya akui memang susah untuk kendalikan pelajar. tapi sedaya mungkin cubalah menjadi yang terbaik untuk mereka.
Kepada semua pelajar saya, cikgu sentiasa mendoakan kejayaan kamu dan menginginkan perubahan positif dari kamu, dan ingatlah sesungguhnya setiap perbuatan itu bermula dari niat kamu :

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin ‘Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: 

Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

“Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.”
 
seqadar itu, wslm

You May Also Like

0 comments

Selamat Berkomen. Silakan komen yang membina ya!