Usaha Itu Biar Sedikit
Alhamdulillah, baru selesai kelas... Kelas pelajar yang sangat malas untuk belajar. Habis cara saya fikir untuk buka hati mereka untuk belajar. Huh.. memang memenatkan apabila mengajar kepada pelajar yang tidak mahu belajar. Sangat susah dan meletihkan.
Kelmarin saya terfikir 1 cara yang nampak macam tak sesuai. Tapi mungkin berbaloi juga la...
Macam mana tu?
heeee... mungkin ada sesetengah cikgu dah guna cara ni. Dulu saya fikir cara ni tak logik dan bagi muka kat pelajar. Tapi bila duduk sorang2 fikir balik... ada logiknya juga kan? Macam give and take pon ada juga... but just give a try la....
hishhh, apa caranya tu???
guna MUZIK!
saya tanya pelajar lagu lagu yang mereka minat... dan list down!
saya balik rumah... saya cari lagu-lagu tu dan download! DONE!
harini saya bawa pelajar saya yang 'nakal' tu ke LIBRARY. Pasangkan lagu sampai diorang layan habis laaa... then saya bagi nota suruh diorang salin... and WOW! memang diorang salin... tapi yelah kan biar sedikit pon, at lest diorang salin juga! Akhirnya!
Satu perasaan yang saya tak boleh nak gambarkan bila pelajar 'nakal' dapat patuh arahan guru. saya main tarik tali la dengan diorang! then saya dapatlah tarik rambut dalam tepung!
alhamdulillah itulah kan... usaha itu biar sedikit tapi berterusan! saya akan usahakan lagi! mula2 pasang la lagu diorang minat tu, then selitkan lah skit lagu2 ketuhanan! biar menusuk ke kalbu gitu!!
ok la masa pon dah nak balik ni. JOM!
wslm
0 comments
Selamat Berkomen. Silakan komen yang membina ya!