Search This Blog

Thursday, November 4, 2010

Mangsa banjir di Kedah meningkat, lebih 28,000



ALOR SETAR, 4 Nov — Angka penduduk yang dipindahkan kerana banjir di negeri ini meningkat kepada lebih 28,000 orang pagi ini berbanding sekitar 27,000 malam tadi, ekoran keadaan yang semakin buruk di empat daerah.

Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena dan Pendang mencatatkan peningkatan jumlah mangsa yang dipindahkan, manakala keadaan banjir di Padang Terap pula semakin baik dan jumlah mereka berada di pusat pemindahan berkurangan.
Di Kubang Pasu, seramai 15,637 penduduk daripada 4,347 keluarga kini dipindahkan, manakala di Padang Terap seramai 3,219 orang masih berada di pusat pemindahan, Kota Setar melibatkan 1,788 penduduk, Pokok Sena (1,259 orang) dan daerah Pendang merekodkan 158 penduduk dipindahkan.

Jurucakap bilik gerakan Majlis Keselamatan Negara berkata sehingga 9 pagi ini, sebanyak 104 pusat penempatan mangsa banjir dibuka dan daripada jumlah itu, 46 di Kubang Pasu, 35 di Padang Terap, 15 di Kota Setar, tujuh di Pokok Sena dan satu di Pendang.

Katanya keadaan banjir di Padang Terap bertambah baik dengan 774 orang daripada 274 keluarga dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Keadaan banjir di Kota Setar semakin buruk dan tinjauan Bernama mendapati paras air semain naik walaupun hujan telah berhenti.

Beberapa jalan utama di bandar raya Alor Setar pula semakin digenangi air menyebabkan keadaan sesak.

Selain itu beberapa kawasan kediaman juga berdepan dengan gangguan bekalan air, termasuk terputus bekalan. — Bernama

p/s: takziah kepada pak njang sekeluarga dan pak lang sekeluarga atas musibah ini, semuga Allah memberi kesabaran dan ketabahan yang tingga buat kalian, insyaAllah!

No comments:

Post a Comment